Anda di halaman 1dari 33

UTM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kuliah 1
UHAS 1172
Dinamika Malaysia
Sejarah, masyarakat dan budaya
Disediakan oleh
Dr. Fadilah binti Haji Zaini
Istilah Sejarah

Kamus Dewan Di alam Melayu History (bahasa


• sastera lama, asal • Sejarah dikenali Inggeris)
usul keturunan, dengan istilah al- • Berasal dari
salasilah, peristiwa tarikh atau tarikh perkataan Yunani
yang benar-benar (bahasa Arab) yang historia yang
berlaku pada waktu diubahsuai menjadi bermaksud
yang lampau, kisah, tawarikh. penyelidikan.
riwayat, tawarikh.

2
Pengertian Sejarah
E.H Carr Zainal Abidin Wahid
• Sejarah adalah proses • Sejarah membolehkan
interaksi berterusan di kita memeriksa,
antara ahli sejarah mengambil pengertian
dengan fakta-faktanya, dan menimbangkan
suatu dialog yang satu-satu perkara itu
tidak berkesudahan di dengan lebih saksama
antara masa kini dan sempurna. Sejarah
dengan masa lampau juga boleh jadi
petunjuk dan pemandu
kita
3
Konsep Sejarah
Sejarah Merupakan Catatan

Sejarah merupakan rekod atau catatan masa


lalu tentang peristiwa yang telah berlaku

Ibn Khaldun – Sejarah merupakan catatan


tentang masyarakat manusia atau
peradaban dunia, perubahan-perubahan
yang telah berlaku pada sifat masyarakat,
tentang revolusi dan pemberontakan serta
pembentukan negara
Sejarah Sebagai Pengetahuan Masa
Lalu

Sejarah sebagai disiplin ilmu pengetahuan yang


mempunyai falsafah, kaedah dan teknik.

Sejarawan menghimpun, mengkaji dan memilih


untuk menghasilkan penulisan yang
menggambarkan sesuatu peristiwa dalam jangka
masa yang berkaitan serta dianggap penting

5
Kepentingan Sejarah
Kepada Manusia
Kesedaran manusia terhadap fungsi sejarah
Manusia tertarik terhadap masa lalu
Sejarah sebagai sumber abstrak dan nyata
Manusia sentiasa memerlukan masa lalu
Masa lalu sebagai petunjuk
6
Konsep Sosiologi

Masyarakat Kebudayaan
Definisi Masyarakat
• Masyarakat itu adalah kelompok
Aziz manusia, tua muda, lelaki
perempuan yang mempunyai
Deraman hubungan sosial dalam sesuatu
penempatan yang sama

• Kelompok manusia yang telah


Ralph lama hidup bersama dan saling
bekerjasama sebagai kesatuan
Linton sosial yang mempunyai batas-
batas tertentu

8
Ciri-ciri Masyarakat
Hidup dalam satu kelompok
Melahirkan kebudayaan
Saling berhubung
Mengalami perubahan
Berinteraksi
Kepimpinan
Stratifikasi sosial
Sistem sosial
Masyarakat Islam
Masyarakat yang dibentuk
bersumberkan Al-Quran dan
Definisi Al-Sunnah dan berasaskan
akidah, syariat dan akhlak.
Masyarakat Islam ini dikenali
sebagai ummah

Ummah adalah masyarakat Islam dan bukan Islam


yang hidup bersama-sama dalam satu kelompak
serta mengamalkan sistem Islam

10
Ciri-ciri masyarakat Islam
 Hak untuk hidup
 Hak untuk bebas
 Maruah dan hak peribadi
 Kekeluargaan
 Hak berfikir, beragama dan menyatakan pendapat
 Kebebasan bergerak
 Sama rata
 Keadilan dan kehakiman
 Menegakkan yang makruf dan menentang kemungkaran
 Perlindungan politik
 Ekonomi
 Pekerjaan
 Pendidikan dan pelajaran
Kebudayaan

E.B Taylor – Satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi antaranya
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, moral, adat resam
dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai ahli

Definisi Umum ●
sesebuah masyarakat
Aziz Deraman – Kebudayaan itu ialah apa yang kita fikir, buat dan punyai dalam
kehidupan merangkumi semua bidang kehidupan baik pengetahuan, kepercayaan,
kesenian, undang-undang moral, adat istiadat dan apa juga cara hidup kita yang
merupakan penglahiran dari apa yang kita warisi dari masyarakat kita


Ismail Faruqi – Kebudayaan adalah adab
Adab bermaksud cara hidup yang mempunyai
Definisi Dari

nilai-nilai akhlak yang tinggi dan mulia


Sudut Islam merangkumi segala aspek kehidupan yang
tertakluk kepada ketetapan Allah

12
Empat aspek penting
menggambarkan kebudayaan

 Kelakuan dan usaha manusia


Peraturan terhadap kelakuan dan
usaha manusia
Hasil daripada kelakuan dan usaha
manusia
Tujuan untuk kemajuan hidup
Ciri-ciri kebudayaan
 Dipelajari
 Dikongsi
 Sejagat
 Diwarisi
 Berubah
 Simbolik
 Berpola dan berstruktur
 Sistem perlambangan
 Mempunyai pandangan hidup
Konsep Sains Politik

Menurut Perspektif Barat

Ilmu (sains) dan seni (cara) yang berhubung


dengan urusan sesebuah organisasi atau negara
ataupun hubungan antara sesebuah negara.

15
Menurut Perspektif Islam

Dikenali sebagai siyasah dan lebih mudah dinyatakan


sebagai perkara-perkara yang berhubung dan
berurusan dengan hal ehwal keduniaan. Politik adalah
sebahagiaan daripada keperluandan tuntutan hidup
dalam ajaran Islam serta berkait rapat dengan masalah
khilafah (kepimpinan) dalam urusan dan pentadbiran
negara. Amalan politik wajib tunduk di bawah
ketentuan Tuhan melalui peraturan Allah

16
Sistem Politik

Barat Islam

Tradisi
Moden
Melayu
Masyarakat Etnosentrisme Akulturasi
Kebudayaan Jarak Sosial Diskriminasi
Ras Integrasi Prasangka
Etnik Akomodasi Stereotaip
Etnisiti Asimilasi

18
Masyarakat

Sekumpulan manusia
yang hidup bersama,
saling berhubung dan
bekerjasama,
mempunyai kesatuan
sosial serta sentiasa
membina kebudayaan.
19
Kebudayaan

Cara hidup manusia


yang mengandungi
semua hasil ciptaan
manusia itu sendiri
yang terdiri daripada
budaya benda dan
bukan benda.
20
Ras

Sekumpulan
manusia yang
memiliki ciri-ciri
fizikal yang
diwarisi secara
genetik.
21
Etnik

Apa itu
Etnik? Kelompok manusia yang
mempunyai ikatan kebudayaan
yang banyak persamaan , ras,
mahupun asal usulnya. Kumpulan
etnik yang sama berkongsi adat,
bahasa, pakaian tradisional,
makanan dan mempunyai
hubungan sosial sesama mereka.
Etnisiti

Gabungan pelbagai sifat dan komponen


yang kebiasaannya dimiliki oleh
kumpulan etnik.

23
Etnosentrisme

Tanggapan bahawa kumpulannya


adalah yang terbaik berbanding
dengan kumpulan yang lain.

24
Jarak Sosial

Pengasingan secara fizikal atau emosi antara


individu yang mempunyai perbezaan tanggapan.
25
Integrasi

Penyatuan antara
kelompok yang berbeza
tetapi hidup di bawah
sistem pemerintahan
yang sama

26
Akomodasi

Proses yang memerlukan kerjasama


dua atau lebih pihak yang mempunyai
matlamat yang berbeza untuk
membentuk satu matlamat yang dapat
memuaskan hati kedua-dua pihak
tersebut.

27
Asimilasi
Proses penggabungan kebudayaan
masyarakat yang berbeza-beza untuk
membentuk satu kebudayaan serta identiti
masyarakat yang baru.

A A A B A B
B B

Asimilasi Sehala Asimilasi Dua Hala

28
Akulturasi
Proses penerimaan unsur
budaya daripada satu
kelompok kepada satu
kelompok yang lain.

29
Diskriminasi
Sikap pilih kasih
sesebuah kelompok
terhadap satu kelompok
yang lain yang dirasakan
tidak setaraf dengannya

30
Prasangka
Kesimpulan yang dibuat berdasarkan
perasaan dalaman individu terhadap
individu lain atau antara kelompok
dengan kelompok lain yang tidak
berasarkan bukti atau maklumat yang
lengkap dan betul.

31
Stereotaip
Satu fahaman sesebuah kelompok
dengan menggeneralisasikan
kelompok yang lain berdasarkan
sikap, perbuatan serta fahaman
seseorang individu dari kelompok
tersebut

32
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai