Anda di halaman 1dari 13

EKOSISTEM TASIK

AHLI KUMPULAN
Adeline Lau
Fabian Ling
Lau Siew Lian
Lei Sim Chung
Konsep ekosistem Tasik
• Merujuk kepada ekosistem air yang tidak
berarus yang dikenali juga sebagai ekosistem
Lentus sama seperti ekosistem kolam dan
perigi
• Air yang ditakung dalam sesebuah tasik adalah
tidak mengalir seperti aliran sungai
• Input air boleh berpunca daripada hujan dan
juga sistem saliran yang lain yang memasuki ke
dalam tasik tidak berkenaan atau berakhir di
dalam tasik tersebut
• Mungkin juga terdapat saluran-saluran air
keluar dari tasik berkenaan yang bertindak
sebagai outputnya
• Output terbesar air tasik ialah melalui proses
sejatan air dari permukaan tasik ke atmosfera
Komponen Biotik dan Abiotik dalam
ekosistem Tasik
• Medium utama dalam tasik ialah air
• Kadar dan kuantiti penerimaan tenaga dari
matahari bergantung kepada kedalaman air
• Perbezaan penerimaan tenaga telah
mewujudkan zon:
 zon profundal
 zon litoral
 zon limne
• zon limne – bahagian tasik yang sentiasa
mendapat cahaya matahari
• Ia dipenuhi oleh organisma autotrof yang
mampu membuat makanan sendiri.
• Antaranya seperti plankton, diatom, lumut,
alga,hidupan seni ( krustasea, protozoa,
rotifera)
• zon profundal – bahagian tasik di sebelah
bawah yang tidak menerima cahaya matahari
• Jarang menemui organisma autotrof di zon ini
• Terdapat organisma hetertrof ( pelbagai jenis
ikan, labi-labi dan kura- kura , ular air)
bertindak sebagai karnivor
• zon litoral – merupakan zon yang paling kaya
dengan pelbagai jenis organisma
• zon infra-litoral – sentiasa dibasahi air ( zon
litoral ), mengandungi pelbagai tumbuhan
berakar
• Di bawah tumbuhan air terdapat pelbagai jenis
hidupan lain seperti zooplankton, kumbang air,
jentik-jentik, berudu, katak, larva serangga
• Komponen abiotik : komponen bukan hidupan
dalam ekosistem sesebuah tasik pula
termasuklah air , udara , cahaya matahari,
pelbagai jenis garam galian yang menjadi
nutrient
• Komponen biotik : komponen hidupan dalam
ekosistem tasik terdiri daripada plankton,
lumut, alga, teratai, rumpai air, krustasea,
protozoa, rotifera
Aliran Tenaga dan Siratan Makanan dalam
Ekosistem Tasik
• Tenaga dari matahari terus ke tumbuhan hijau
seperti lumut dan alga yang ada di permukaan
tasik atau tebing tasik.
• Tumbuhan hijau ini memproses makanannya
sendiri menerusi proses fotosintensi setelah
memperolehi tenaga secara langsung dari
matahari.
• Tenaga kimia yang disimpan oleh tumbuhan
hijau seperti lumut akan dipindahkan pula
kepada hidupan zooplankton apabila hidupan
tersebut memakan tumbuhan berkenaan
• Tenaga dalam zooplankton akan berpindah
kepada pengguna sekunder seperti ikan kecil
dan cacing apabila haiwan tersebut memakan
zooplankton
• Tenaga kimia akan diguna untuk tumbesaran,
bergerak, dan membiak
• Seterusnya, tenaga kimia di dalam pengguna
sekunder akan dialirkan/berpindah ke
pengguna tertier
• Akhirnya, tenaga akan berpindah kepada
pengurai yang terdiri daripada bakteria dan
fungi apabila ia menghuraikan segala
pengguna yang mati dan reput daripada
tumbuhan dan haiwan
• Bahan organik yang reput ini akan
menambahkan nutrien dalam tasik tersebut
yang seterusnya digunakan kembali oleh
tumbuhan hijau untuk membesar.
Sekian
terima kasih

Anda mungkin juga menyukai