Anda di halaman 1dari 21

Hakikat Iman

Topik 8
Maksud Iman
•Iman dari segi konsepnya merujuk kepada pembenaran (al-tasdiq) dalam hati.
•Menurut jumhur ulama, inilah konsep iman yang sebenarnya.
•Adapun, manifestasi pembenaran (al-tasdiq) tersebut diserlahkan lagi melalui ucapan dua kalimah
syahadah yang merupakan syarat untuk membolehkan seseorang individu itu dilaksanakan hukum-
hakam Islam ke atasnya (Abd al-Malik Abd al-Rahman al-Sadi, 1999).
•Hal ini bermakna seseorang yang beriman dengan hatinya, tetapi tidak
•mengungkapkan dengan lidahnya, ia dikira sebagai seorang Mukmin di sisi Allah
•SWT.
•Semua ini menunjukkan bahawa pembenaran hati itu ialah asas dalam menentukan keimanan
seseorang. Seseorang yang diuruskan segala urusan kehidupannya mengikut kebiasaan orang kafir
pun masih tetap dikira Mukmin jika dia tetap dengan pembenaran (al-tasdiq) tadi.
Al-Tasdiq

• Contohnya, individu Muslim yang tidak diketahui status keislamannya


oleh orang lain telah meninggal dunia dan urusan kematiannya
diuruskan mengikut upacara yang sesuai mengikut agama asal atau
bangsanya, maka dia masih dikira Mukmin.

• Begitu juga sebaliknya, seseorang yang mengaku bahawa dirinya


beriman, namun hatinya tidak beriman dengan Allah SWT seperti orang
munafik, maka dia adalah seorang yang kafir walaupun semasa dia
hidup dunia ini, segala urusan hidupnya diuruskan mengikut kebiasaan
seorang Muslim.
• Al-Imam al-Asyari (t. t.) berpendapat bahawa keimanan tidak
cukup sekadar pembenaran dalam hati, namun perlu ada
pengakuan menerusi lidah di atas keimanannya.
• sebahagian ulama lain pula cenderung kepada pandangan
ketiga, iaitu
• iman merangkumi:
• (a) Pembenaran dalam hati;
• (b) Pengakuan menerusi lidah; dan
• (c) Pengamalan (tuntutan iman) menerusi anggota badan.
Maksud Iman
• Berbangkit daripada perbezaan pandangan sebelum ini, golongan muktazilah
dan khawarij berpendapat bahawa sesiapa yang meninggalkan salah satu
rukun Islam atau melakukan perbuatan dosa besar, maka dia menjadi kafir.
• Jumhur ulama yang terdiri daripada kalangan ulama mutakalim, ulama hadis
dan fikah,
• termasuk Imam Syafii berpendapat bahawa pelaksanaan amalan adalah
rukun bagi penyempurnaan iman.
• Hal ini bermakna seseorang yang meninggalkan rukun Islam atau melakukan
perbuatan yang terkutuk, maka perbuatan tersebut tidak menjejaskan
keimanan yang ada, tetapi menjejaskan kesempurnaan iman atau
menyebabkan ia menjadi semakin kurang.
Jumhur Ulama Golongan Kedua
Iman Boleh Bertambah Dan Berkurang Iman tidak bertambah dan berkurang. Pandangan ini dikemukakan oleh
golongan yang tidak menjadikan amal perbuatan sebagai sebahagian daripada
‫يمانًا َو ُه ْم‬
َ ‫ادتْ ُه ْم ِإ‬
َ ‫آمنُوا َف َز‬ َ ‫فَأ َ َّما ال َّ ِذ‬ ‫يمانًا‬
َ ‫ين‬ َ ‫ولأَيُّك ُْم َز‬
َ ‫ادتْ ُه َٰه ِذ ِه ِإ‬ ُ ‫ورةٌ ف َِمن ْ ُهم َّمن يَ ُق‬
َ ‫َت ُس‬ ِ ُ ‫َو ِإذَا َما أ‬
ْ ‫نزل‬ komponen iman.
]٩:١٢٤[‫ون‬ َ ‫يَ ْستَبْ ِش ُر‬
Maksudnya: Hal ini demikian kerana mereka berpendapat bahawa iman yang
Dan apabila diturunkan sesuatu surah (daripada al-Quran) maka antara membenarkan dalam hati yang mencecah tahap jazam (muktamad) dan
mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): pengakuan yang tulus, iman tersebut tidak boleh digambarkan sebagai
„Siapakah antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini? bertambah atau berkurang lagi.
Adapun orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka,
sedang mereka bergembira (dengan turunnya surah tersebut). Al-Quran menjadikan iman sebagai syarat bagi penerimaan amal kebaikan.
(Surah at-Taubah, 9:124) Hal ini menunjukkan bahawa amalan adalah berbeza dengan iman kerana
sesuatu yang disyaratkan tidak termasuk dalam sesuatu syarat.

َ‫ون ن َ ِق ًيرا‬
َ ‫ُون ال َْجن َّ َة َول َا يُ ْظل َُم‬
َ ‫خل‬ُ ‫ات ِمن َذك ٍَر أ َ ْو أُنثَ ٰى َو ُه َو ُم ْؤ ِم ٌن فَأُول َٰ ِئ َك يَ ْد‬
ِ ‫ح‬َ ِ‫الصال‬
َّ ‫َمن ي َ ْع َم ْل ِم َن‬
]٤:١٢٤[
Maksudnya:
Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, daripada lelaki atau perempuan,
sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula
tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikit pun.
(Surah an-Nisa, 4:124)

Hujah ini ditolak oleh golongan pertama yang berpandangan bahawa iman boleh bertambah dan berkurang. Hal ini
demikian kerana golongan yang menyatakan bahawa iman boleh bertambah tidak bermaksud menyatakan bahawa amalan
adalah sebahagian daripada komponen asasi iman dan tidak juga bermaksud bahawa apabila amalan tersebut tiada atau
tidak dilakukan oleh seseorang hamba, maka imannya juga akan tiada atau hilang.
Mereka hanya menegaskan bahawa amalan perbuatan adalah bahagian yang boleh menyempurnakan iman itu sendiri.
(a) Terdedah dengan bacaan ayat suci al-
Quran (ayat-ayat Allah SWT)

Cara iman
boleh menjadi (b) Meneliti keajaiban ciptaan-Nya di alam
ini.
kuat dan
bertambah
(c) Merenung bagaimanakah Allah SWT
mentadbirkan alam maya ini dan
menciptakan sesuatu perkara yang tidak
pernah terlintas langsung pada fikirannya.
(a) Berpaling daripada
Iman boleh mendengar bacaan ayat
menjadi suci al-Quran; dan
lemah dan
berkurang? (b) Kurang memerhatikan
tanda keagungan dan
kebesaran Allah SWT.
Pembatalan Iman Melalui Iktikad

• Mengingkari Allah SWT sebagai Tuhan pencipta alam, atau salah satu sifat
kesempurnaan-Nya atau menyifatkan-Nya dengan sifat yang tidak layak bagi-Nya seperti
Dia satu daripada tiga Tuhan (triniti) atau Dia berjasad,lemah, penat dan sebagainya.

• Kekufuran juga berlaku apabila seseorang mengingkari nabi yang telah dinyatakan secara
qati (muktamad) tentang nama mereka daripada sumber wahyu atau salah seorang
daripada mereka atau menolak keuniversalan risalah Nabi Muhammad SAW dan Baginda
SAW ialah rasul yang terakhir.

• Begitu juga apabila dia mengingkari perkara samiyyat (perkara yang didengar keterangan
mengenainya daripada nabi) seperti menolak adanya kebangkitan manusia dari kubur,
hari kiamat, terdapatnya malaikat, jin atau mengingkari satu ayat daripada al-Quran.
Pembatalan Iman Melalui Iktikad
• Mengingkari perkara yang diketahui secara daruri atau diketahui secara mudah
oleh setiap lapisan masyarakat Muslim. Perkara ini merujuk kepada sesuatu
perkara yang telah diisbatkan secara qati dalam al-Quran atau hadis yang
mutawatir dan maknanya juga diisbatkan secara qati oleh jumhur ulama Islam,
iaitu tiada keraguan yang timbul tentang maksud keterangan tersebut. Misalnya,
kewajipan solat, pengharaman zina dan riba.

• Mengingkari sesuatu perkara yang telah disepakati atau telah diijmakkan oleh
para ulama Islam dan menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah
SWT atau sebaliknya. Menurut al-Asyari (t. t.), beriktikad bahawa dosa besar
seperti zina, mencuri dan minum arak adalah tidak diharamkan oleh Allah SWT
adalah kufur.
Pembatalan Iman Melalui Lisan
• Memperkatakan sesuatu yang tidak harus bagi Allah SWT kerana ia termasuk
dalam perkara mustahil bagi Allah SWT seperti menyifatkan-Nya sebagai jahil dan
sebagainya.

• Begitu juga mempersendakan sesuatu rukun iman atau rukun Islam atau
menyatakan bahawa peraturan Islam tidak cukup untuk membahagiakan hidup
manusia di dunia ini.

• Mendakwa bahawa syariat Islam ada kelemahan atau kekurangan atau


menyatakan bahawa ia tidak sesuai dilaksanakan selain dari zaman nabi.

• Begitu juga menyatakan bahawa sebahagian hukum-hakamnya atau hukum hudud


adalah keras dan kerana itu, ia tidak sesuai dilaksanakan pada masa kini.
Pembatalan Iman Melalui Amalan

• Melakukan perbuatan seperti menggantungkan pada dirinya syiar


kekufuran secara sukarela, mengoyakkan al-Quran dengan tujuan
menghinanya atau mencampaknya ke tempat yang kotor atau melakukan
amalan sujud kepada berhala.

• Melaksanakan hukuman selain daripada apa-apa yang telah diturunkan


oleh Allah SWT yang diiringi dengan iktikad bahawa tidak wajib
melaksanakan hukum yang telah diturunkan oleh Allah SWT atau
mempercayai bahawa dia dibenarkan membuat pilihan dalam menjalankan
sesuatu hukum atau menghina hukum tersebut, sedangkan dia mengetahui
bahawa hukum tersebut datang daripada Allah SWT.
TAKFIR MUSLIM

Ulama Huraian
Imam Malik Beliau menyatakan, “Apa-apa yang terbit daripada (kata-kata seseorang) yang
(r.h.) boleh diandaikan (ihtimal) 99 aspek (atau 99 peratus) kufur dan hanya satu sahaja
(satu peratus sahaja) boleh diandaikan iman, maka perkara tersebut diandaikan
  sebagai iman.”
 
Maksudnya, andainya seseorang mengeluarkan sesuatu ungkapan kata yang boleh
diandaikan atau ditafsirkan 99 peratus cenderung kepada kekufuran dan hanya satu
peratus sahaja yang boleh ditafsirkan sebagai tidak bercanggah dengan Islam, maka
kata-kata tersebut wajar ditafsirkan sebagai tidak boleh membawa seseorang yang
mengatakannya sebagai kafir.
Hal ini membawa maksud bahawa satu peratus iman itu perlu diberi perhatian
dalam menilai keimanan seseorang Muslim.
TAKFIR MUSLIM

Menurutnya, „Apa-apa yang patut dicenderungi oleh


seseorang ialah berwaspada daripada mengkafirkan
seseorang kalau ada jalan untuk mengelakkannya.
Sesungguhnya tindakan menghalalkan darah dan harta
Imam al-Ghazali orang yang bersolat arah kiblat (Baitullah di Mekah) yang
(r.h.) secara terang mengungkapkan lafaz syahadah, iaitu tiada
Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah
adalah satu tindakan yang silap. Kesilapan membiarkan
1,000 orang kafir untuk terus hidup adalah lebih ringan
daripada menumpahkan semangkuk darah seorang
individu Muslim.
TAKFIR MUSLIM

Beliau menyatakan, „Manusia telah berbeza pandangan selepas


kematian Rasulullah SAW dalam banyak perkara. Sebahagian
Imam al-Asyari menyatakan kesesatan sebahagian yang lain dan membersihkan
(r.h.) sebahagian yang lagi daripada kesesatan. Lantaran itu, maka
terbentuklah beberapa puak (firqah) dan aliran pemikiran yang
pelbagai. Namun, semua mereka disatukan di atas agama Islam
yang satu dan Islam mencakupkan semua mereka.
TAKFIR MUSLIM

Beliau berpendapat, „Pandangan terpilih daripada kita


ialah kita tidak mengkafirkan mana-mana ahli kiblat
melainkan berdasarkan dalil yang terperinci (atas
Imam Fakhruddin kekufurannya). Katanya lagi: „Mana-mana ahli kiblat
al- Razi (r.h.) tidak dikafirkan kalau mereka mengingkari sesuatu
perkara yang dibawa oleh Rasulullah SAW yang tidak
diketahui secara mudah atau daruri mengenainya.
TAKFIR MUSLIM

Imam Shafii (r.h.) Beliau menyatakan, „Aku tidak menolak penyaksian


mana- mana orang yang mengikut hawa nafsu (ahl al-
ahwaÊ) melainkan pendokong aliran al-Khitabiyyah
kerana pengikut aliran ini beriktikad bahawa berdusta
  adalah dihalalkan.„
Kenyataan ini bermakna bahawa Imam Syafii tidak
mengkafirkan mana-mana pengikut aliran atau
kumpulan yang mengikut hawa nafsu pada zamannya.
Imam
(r.a.) Abu Hanifah Beliau tidak mengkafirkan mana-mana ahli kiblat.
RUMUSAN
• Iman boleh bertambah dan berkurang berdasarkan amalan atau perbuatan yang
dikerjakan oleh seseorang Muslim.

• Terdapat dua isu yang berkaitan dengan iman, iaitu boleh bertambah dan berkurang dan
tidak bertambah dan berkurang.

• Bagi iman yang boleh bertambah dan berkurang, ia merujuk kepada iman yang lebih
sempurna dan yang kurang sempurna.

• Bagi iman yang tidak bertambah dan berkurang, ia merujuk kepada iman yang
membenarkan dalam hati yang mencecah tahap jazam (muktamad) dan pengakuan yang
tulus, maka iman tersebut tidak boleh digambarkan sebagai bertambah atau berkurang
lagi.
RUMUSAN
• Namun, kesimpulannya adalah iman boleh bertambah dan berkurang kerana iman boleh menjadi kuat
apabila seseorang Muslim terdedah dengan bacaan ayat al-Quran dan merenung cara Allah SWT
mencipta dan mentadbirkan alam maya ini.

• Iman boleh terbatal menerusi iktikad, perkataan dan perbuatan. Antaranya adalah seperti mengingkari
Allah SWT sebagai Tuhan pencipta alam, mengingkari perkara yang diketahui secara daruri,
memperkatakan sesuatu yang tidak harus bagi Allah SWT dan mendakwa bahawa syariat Islam
terdapat kelemahannya.

• Takfir ialah menuduh seseorang Muslim sebagai kafir atau saling kafir- mengkafir sesama Islam.

• Kita dilarang untuk mengkafirkan seseorang individu Muslim melainkan dia telah melakukan sesuatu
yang jelas bertentangan dengan Islam.

Anda mungkin juga menyukai