Anda di halaman 1dari 30

ECS2343: Keusahawanan Dalam PAKK

Unit 2:
USAHAWAN DAN EMPAT KUADRAN
ALIRAN WANG

Puan Fadliah binti Darini


PENGENALAN
o Sumber kewangan dalam kehidupan setiap individu adalah
berbeza dengan individu yang lainnya.
o Antara sumber kewangan yang boleh diperolehi bagi setiap
individu adalah seperti berikut :

1.Gaji tetap bulanan yang diperolehi oleh seorang pekerja.


2.Pendapatan daripada hasil bekerja sendiri seperti upah
atau bayaran menyiapkan projek.
3.Pendapatan tetap dalam bentuk dividen, bonus atau
faedah.
4.Pemerolehan elaun, komisyen atau keuntungan
Definisi Kuadran Aliran
Kewangan
• Kuadran aliran wang menerangkan
bahawa setiap individu akan
menggunakan salah satu daripada
empat (4) kuadran aliran kewangan
samada pekerja, bekerja sendiri,
pemilik perniagaan atau pelabur
sebagai sumber pendapatan dalam
meneruskan kehidupan seharian.
Siapa memperkenalkan kuadran
aliran kewangan?
• Seorang multibilionaire yang
sangat terkenal di dunia
perniagaan.

• Beliau adalah seorang pakar


kewangan , pelabur yang
berjaya , trainer dan penulis
buku yang terlaris di New
York Times iaitu "Rich Dad
Poor Dad“. Beliau bernama
Robert T. Kiyosaki.

Robert T. Kiyosaki
Model Empat Kuadran
Aliran Wang
B
E
BUSINESS
EMPLOYEE OWNER
PEKERJA PEMILIK
PERNIAGAAN

S I
SELF INVESTOR
EMPLOYED
PELABUR
BEKERJA SENDIRI
• Menurut Robert Kiyosaki terdapat empat (4) jenis orang di
dalam 4 kuadran yang berbeza, iaitu:

E Pekerja / Employee mendapat penghasilan bulanan tetap dari makan


gaji.

S Bekerja sendiri / Self berkerja sendiri atau memiliki perniagaan kecil yang
Employed di usahakan sendiri.

B Pemilik perniagaan / pemilik pernigaan yang memiliki pekerja yang ramai.


Business Owner

I Pelabur / Investor menjana wang hasil pelaburan(investment)


wang tanpa perlu bekerja/berniaga

• keempat-empat kuadran boleh memberikan kepuasan dalam


kebebasan kewangan yang ingin dicapai oleh setiap individu
dalam kehidupan masing-masing
PENERANGAN
o Kuadran E (Employee): Pekerja
- Individu yang bekerja secara tetap untuk sesebuah syarikat atau
perusahaan dan mempunyai majikan.
- Pendapatannya adalah tetap dalam bentuk bayaran gaji samada
hari, mingguan atau bulanan.

o Kuadran S (Self Employed): Bekerja Sendiri


- Individu yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang dan
bekerja mengikut kesesuaian masanya dengan mana-mana syarikat
secara separuh masa atau dikenali juga sebagai pemilik perniagaan
kecil.
- Pendapatan diterima adalah dalam bentuk elaun, gaji atau
keuntungan.
Kuadran B (Business Owner): Pemilik Perniagaan
- Individu yg menjadi pemilik sesebuah rangkaian perniagaan.
- Menjadi pengarah urusan dan melantik individu2 lain bekerja di
dalam syarikat yang ditubuhkannya.
- Pendapatan diterima adalah berbentuk keuntungan dari
rangkaian perniagaan yang dijalankan.

Kuadran I (Investor): Pelabur


- Individu yang menanam modal dalam perusahaan/perniagaan.
- Individu tersebut mencipta satu sistem yang membenarkannya
memperolehi pendapatan berterusan dari sistem yg dibinanya.
- Individu ini mungkin membuat pelaburan dalam bidang
kepakarannya atau bidang yang diluar kepakarannya.
- Pendapatannya berbentuk keuntungan, komisyen atau dividen.
Apakah kepentingan kuadran
dalam kehidupan individu?
• membantu setiap individu memahami
kedudukan kewangannya sekarang dan
merancang punca kewangan yang
diingininya di masa akan datang.

• memberikan garis panduan kepada setiap


individu untuk merancang dengan lebih
cekap dan bersistematik dalam
pengurusan kewangan dalam hidupnya.
PENDAPATAN PASIF DAN AKTIF

Pendapatan Aktif Pendapatan Pasif

• Anda dibayar • Anda kerja sekali


berdasarkan masa tetapi dapat dibayar
anda bekerja. secara berterusan
• (Lebih 90% orang • (Kurang 10% orang
kerja makan gaji) menggunakan teknik
ini)
a. Pendapatan Aktif
• Pendapatan aktif ialah pendapatan yang seseorang perlu
bekerja secara berterusan untuk mendapatkannya.

• Contohnya ialah seseorang yang bekerja dari pukul 8 pagi


sehingga 5 petang akan menerima pendapatan pada setiap
bulan.

• Ini yang dinamakan sebagai pendapatan aktif iaitu seseorang


perlu bekerja untuk mendapatkan wang. Sekiranya dia tidak
bekerja sudah tentu dia tidak memperolehi pendapatan.

• Bekerja secara part-time selepas waktu pejabat juga


merupakan pendapatan aktif kerana seseorang perlu bekerja
untuk mendapatkan wang.
Pendapatan Aktif – sambungan:
Kuadran E dan kuadran S dikategorikan sebagai
kumpulan pendapatan aktif kerana individu
dalam kuadran ini perlu bekerja dengan
berterusan untuk memperolehi pendapatan
dalam kehidupannya.

Pendapatan yang diperolehi oleh individu dalam


kedua-dua kuadran ini adalah terhad.

Ini bermakna jika individu ini berhenti bekerja,


maka pendapatannya juga akan terhenti.
b. Pendapatan Pasif
• Pendapatan pasif didefinisikan sebagai kerja
yang dilakukan sekali atau beberapa peringkat
tetapi sentiasa mendapat pulangan tanpa perlu
terus menumpukan masa kepada kerja tersebut.

• Antara contoh pendapatan pasif ialah pelaburan


bidang hartanah, menulis buku, MLM, menjadi
agen takaful dan sebagainya.
Pendapatan Pasif – sambungan:
Kuadran B dan kuadran I dikategorikan sebagai kumpulan pendapatan
pasif kerana individu dalam kuadran ini perlu bekerja pada peringkat
awal untuk membina rangkaian perniagaan atau membangunkan suatu
sistem, kemudian rangkaian atau sistem ini akan bekerja secara
automatik dan berterusan menghasilkan pendapatan kepada individu
dalam kedua-dua kuadran ini.

Umumnya rangkaian atau sistem yang dibina berjalan lancar


menghasilkan pendapatan yang berterusan kepada kuadran B dan
kuadran I dengan menggunakan khidmat individu-individu dari kuadran
E dan kuadran S.

Pendapatan pasif berfungsi sebagai back-up untuk situasi kecemasan


atau sebagai pendapatan di hari tua.
Contoh kerjaya yang
memperolehi pendapatan pasif
• * Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah
Tiga Jenis Sistem Perniagaan
• Menurut Robert T. Kiyosaki, terdapat tiga jenis
sistem perniagaan boleh diceburi oleh usahawan
yang boleh memberikan pendapatan dan
keuntungan yang berterusan:

• Perniagaan berkonsepkan konvensional


• Perniagaan berkonsepkan francais
• Perniagaan berkonsepkan pemasaran
berangkaian (network marketing /multilevel
marketing)
Perniagaan berkonsepkan konvensional

• Contoh: Usahawan yang bercadang menubuhkan sebuah


tadika persendirian perlu merancang dan melaksanakan
keseluruhan sistem pengurusan tadika tersebut
merangkumi aspek operasi tadika, keselamatan, kurikulum,
sumber manusia dan kewangan mengikut keperluan
tadikanya.

• Kebaikan
•Usahawan lebih memahami sistem pengurusan yang
diciptanya sendiri
•Menjimatkan kos kerana usahawan dapat mencipta sistem
pengurusannya mengikut kehendak dan keperluan
syarikatnya.
Sambungan:
• Kelemahan
• Pembaziran sumber kerana usahawan perlu
memperuntukkan masa, tenaga, kepakaran untuk
membina sistem pengurusan yang sesuai dengan
keperluan syarikatnya.

• Risiko kegagalan. Sistem pengurusan yang dicipta


belum teruji kejayaan dalam pelaksanaannya.
Perniagaan berkonsepkan francais
• Contoh: Usahawan yang menubuhkan tadika francais seperti
Smart Reader, Q-Dees atau Genius Aulad hanya perlu
menyediakan modal permulaan yang besar antara RM250 –
RM300 ribu untuk mendapatkan kebenaran pelaksanaan
pengurusan tadika menggunakan konsep sama dengan tadika
induk.

• Kebaikan
• Memudahkan pelaksanaan. Sistem francais memiliki
pengurusan yang lengkap dengan ciri asas 3S iaitu
sistem (system), pengkhususan (specialization) dan
piawaian (standardization).
Sambungan:
• Kebaikan
• Risiko kegagalan rendah. Usahawan dapat
memulakan perniagaan dengan risiko perniagaan yang
rendah dan berpeluang memperdagangkan produknya
berdasarkan suatu sistem yang lengkap dan terbukti
berdaya maju / keberkesanannya. 

• Sokongan pengurusan. Usahawan yang menjalankan


perniagaan francais mendapat pelbagai sokongan dari
aspek kewangan, khidmat latihan daripada syarikat
induk
Sambungan:
• Kelemahan
• Modal permulaan tinggi. Perniagaan francais
memerlukan modal permulaan besar.
• Kreativiti terhad. Perniagaan francais boleh
menghadkan tahap daya kreativiti dan innovasi
usahawan terutamanya dalam aspek pengendalian
perniagaannya.
• Perniagaan berkonsepkan pemasaran
berangkaian (network marketing /multilevel
marketing)
• Contoh: Individu yang melibatkan diri dalam perniagaan
berkonsepkan pemasaran rangkaian seperti Avon, Herbalife,
Shaklee, Amway dan lain-lain berperluang untuk menjana
pendapatan berterusan melalui pembinaan rangkaian
pemasaran yang mantap dari kesemua ahli.

• Kebaikan
• Risiko yang minimum - Bayaran sebagai ahli/pengedar
dan kos stok yang rendah ini tidak memberi risiko yang
besar untuk memulakan perniagaan.
• Jumlah pelaburan yang rendah – caj yang nominal
untuk menjadi ahli/pengedar.
Sambungan:
Kelemahan
• Memerlukan disiplin diri yang tinggi untuk merancang
strategi dan melaksanakan strategi yang telah
dirancangkan.

• Memerlukan strategi pemasaran yang berkesan untuk


membina rangkaian perniagaan, menjana jualan dan
keuntungan seperti yang diinginkan oleh usahawan.

• Memerlukan kemahiran komunikasi dan kepimpinan


yang berkesan untuk membina rangkaian dan
meyakinkan pengedar, peruncit atau pelanggan
terhadap pembelian produk yang ditawarkan.
Lonjakan Kuadran Aliran Wang
• Pindah kuadran adalah istilah yang digunakan untuk
menerangkan usaha seseorang yang berpindah dari satu kuadran
ke kuadran lainnya. Biasanya istilah ini digunakan untuk
menunjukkan perpindahan dari kuadran kiri (Employee, Self
Employed) ke kuadran kanan (Business Owner, Investor).  
PENDIDIKAN PENDIDIKAN
(SEKOLAH / (SEKOLAH /
UNIVERSITI) UNIVERSITI)

B E
E B

S I S I

RAJAH A RAJAH B

Apakah perbezaan antara rajah A dan rajah B ?


Individu yang ingin berjaya mencapai kebebasan kewangan
dalam hidupnya (individu yang mahu membuat lonjakan
kuadran) perlu menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam
hidupnya.

Individu perlu mengoptimakan kebolehan, bakat, ilmu,


kemahiran, kepakaran, personaliti yang dimilikinya dan
menggunakan setiap peluang yang ada untuk mencapai
kebebasan sumber kewangan yang berterusan dalam
hidupnya dengan menjana pendapatan daripada keempat –
empat kuadran.
ASPEK UTAMA UNTUK MEMBUAT LONJAKAN
KUADRAN ALIRAN KEWANGAN

BAKAT/
PERSONALITI
KEBOLEHAN

ASPEK
UTAMA

KEMAHIRAN
ILMU
PENGETAHUAN
1. Personaliti
- Memiliki personaliti, peribadi dan penampilan diri yang
bertepatan dengan jenis pekerjaan yang dilakukan amat penting
untuk memastikan kesesuaian individu tersebut dengan
pekerjaannya.
- Contoh: personaliti guru

2. Kemahiran/ Kepakaran
- Setiap pekerjaan memerlukan kemahiran dan kepakaran yang
berbeza untuk memastikan kejayaan dalam melaksanakan
pekerjaan tersebut. Kemahiran yang diperolehi boleh dalam
bentuk teknikal atau ilmu pengetahuan.
- Contoh: kemahiran komunikasi dengan pelajar & kemahiran
mengajar
3. Bakat/ Kebolehan
- Bakat adalah anugerah semulajadi dan boleh dipupuk dengan baik dengan
ransangan yang berterusan dari persekitaran dapat meningkatkan
kemahiran seseorang individu dalam memastikan kejayaan dalam
pekerjaan yang dilakukan untuk mencapai kepuasan dalam sumber
kewangan yang diperolehinya.
- Contoh: Kebolehan menguruskan sebuah pusat tuisyen

4. Ilmu Pengetahuan
- Ilmu pengetahuan amat penting dalam apa jua matlamat kejayaan yang
ingin dicapai dalam hidup. Tanpa ilmu pengetahuan yang menyeluruh,
seseorang individu tidak mampu membina bakat dan kemahiran dalam
sesuatu bidang.
- Contoh: Ilmu mengurus dan mengembangkan pusat tuisyen secara online.

Anda mungkin juga menyukai