Anda di halaman 1dari 43

Tajuk 5

Pemakanan Bayi dan


Kanak-kanak
Disediakan oleh:
Siti Nur Afiqah Binti Mohamed
Pemakanan
 Tempoh awal kelahiran seorang bayi hingga 2 tahun – tempoh kritikal.

 Mengalakkan pertumbuhan yang optimum, kesihatan dan perkembangan tingkah laku.


(kebantuan tumbesaran, kekurangan nutrien dan penyakit lazim seperti cirit-birit mudah berlaku)

 Pertumbuhan yang terbantut tidak dapat dipulihkan selepas kanak-kanak berumur 2 tahun.

 Pemakanan yang tidak mecukupi akan mengakibabkan:


- Peningkatan kadar morbiditi dan mortaliti
- Perkembangan mental dan motor yang terbantut

 Kekurangan zat makanan di peringkat awal ini, dalam jangka masa yang panjang:
- Penurunan dalam pencapaian intelek, kapasiti untuk bekerja, hasil reproduktif serta kesihatan

Morbiditi-indeks orang sakit di tempat dan waktu tertentu


Mortaliti-kadar kematian
Garis Panduan Kebangsaan Bagi
Pemberian Makanan Bayi dan
Kanak-kanak kecil
 Semua bayi perlu disusukan dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga berusia 6 bulan.

 Makanan pelengkap harus diperkenalkan pada usia enam bulan sementara penyusuan susu ibu
diteruskan sehingga anak berumur 2 tahun.

 Pemberian makanan kepada bayi dan kanak-kanak kecil seharusnya:


- Tepat pada masa
- Mencukupi
- Selamat
- Sesuai untuk dimakan
Prinsip
Pemberian
Makanan
Amalan penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir
hingga anak berusia 6 bulan. Makanan pelengkap perlu
diberi mulai umur 6 bulan (180 hari) di samping
meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berumur 2
tahun

- Penyusuan susu ibu – dimulakan 1 jam selepas


kelahiran

1
- Ibu perlu diberi tunjuk ajar untuk menyusukan bayi
dengan betul

- Penyusuan –diberi kerap dan mengikut kehendak


bayi

- Penyusuan eksklusif – tidak perlu diberi sebarang


jenis air termasuk air kosong

- Penggunaan puting tiruan tidak digalakkan kecuali


nasihat pengawai perubatan
- Susu ibu yang diperah atau susu tambahan (jika
perlu) tidak digalakkan menggunakan botol dan
puting. (guna kaedah cawan)

- Semua bayi normal dan sihat (bawah 6 bulan) perlu


diberi susu ibu (melainkan atas sebab-sebab
perubatan)

- Bayi kepada ibu yang HIV positif tidak boleh diberi


penyusuan susu ibu

- Bayi yang tidak menyusu ibu mesti diberi rumusan


bayi yang diperkaya dengan zat besi.

- Untuk mengelakkan penggunaan rumusan bayi


yang tidak selamat, sebarang keputusan menukar
jenis rumusan harus dibuat atas nasihat
professional perubatan.
Mulakan pemberian makanan pelengkap kepada bayi
yang menyusu susu ibu atau rumusan apabila berusia 6
bulan. Penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi
perlu diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.

• Mulakan makanan pelengkap hanya apabila bayi telah mencapai


koordinasi saraf otot (neuromuscular) dan kematangan fisiologi.

2 • Pengenalan makanan pelengkap di antara umur 4 hingga 6 bulan


boleh dipertimbangkan, secara individu ke atas bayi yang mengalami
pertumbuhan yang kurang memuaskan, setelah segala usaha untuk
memperbaiki amalan penyusuan dilakukan.
Beri makanan yang mencukupi untuk memenuhi
keperluan tenaga. Tingkatkan amaun makanan
mengikut umur.

- Beri bayi dan kanak-kanak makanan yang padat dengan


tenaga termasuk bijirin seperti beras, gandum dan ubi-ubian
(kentang dan ubi keledek)

3
- Mula dengan kuantiti makanan yang sedikit dan apabila bayi
dapat menyesuaikan diri, tingkatkan kuantiti makanan
secara beransur- ansur mengikut umur.

- Bayi (6-8 bulan) -1/2 cawan bubur nasi pekat

- Bayi (9-11 bulan) -1 cawan bubur nasi

- Kanak-kanak (1-3 tahun) – setengah cawan nasi

- (1-2 camca tea minyak)- ditambah dalam hidangan sehari


setiap peringkat umur
Beri pelbagai jenis makanan untuk memastikan semua
keperluan nutrient dipenuhi. Daging, ayam, ikan, telur,
susu dan produk tenusu perlu diberi dengan kerap

• Jenis dan kuantiti makanan yang diberi mesti memenuhi


keperluan nutrien harian terutamanya protein, lemak,
kalsium, zat besi, vitamin A dan vitamin C.

4 • Makanan daripada sumber haiwan seperti daging, ayam,


ikan dan telur perlu diberikan setiap kerana ia adalah
sumber utama zat besi dan zink.

• Elakkan memberi putih telur kepada bayi.

• Diet yang tidak mengandungi sumber haiwan tidak dapat


memenuhi keperluan nutrien pada peringkat umur ini
melainkan sekiranya produk atau makanan yang diperkaya
atau suplemen nutrien digunakan.
• Kanak-kanak kecil (6 bulan ke atas) yang tidak menyusu
ibu –susu dari sumber lain perlu diambil setiap hari.

• Sekiranya pengambilan makanan daripada sumber haiwan


mencukupi

• Amaun susu yang perlu -200-400 ml/hari

• Jika tidak, amaun susu yang diperlukan -300-500 ml/hari

• Bagi diet bayi tidak mengandungi sumber haiwan, amaun


rumusan bayi yang diperlukan adalah -400-550ml/hari

• Jenis susu yang boleh diberi termasuk:

- Rumusan bayi - susu suhu ultra tinggi (UHT)

- Rumasan susulan

- Susu penuh krim


• Jika susu dan makanan daripada sumber haiwan tidak dimakan
dengan mencukupi, sumber kekacang dan bijirin perlu diambil
setiap hari. ( 1 hidangan yang sama - menjamin kualiti protien
yang mencukupi)

• Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya denagn vitamin A


dan vitamin C harus dimakan setiap hari.

• Diet harian harus mengandungi lemak yang mencukupi. (10-20


gm lemak @ minyak perlu ditambah dalam diet sekiranya
sumber makanan daripada haiwan tidak diambil secara tetap.

• Makanan sumber haiwan diambil (5 gm lemak atau minyak


perlu diambil)

• Elakkan pemberian minuman yang mempunyai nilai kandungan


nutrient yang rendah seperti teh, kopi, susu pekat manis, sirap,
cordial dan minuman berkabonat.

• Hadkan pengambilan jus buah-buahan kerana ia boleh


menyebabkan pengurangan pengambilan makanan berkhasiat
yang lain.
Ubah tekstur serta cara penyediaan makanan secra
beransur-ansur mengikut umur bayi dan disesuaikan
dengan perkembangan serta keupayaannya.

• Bayi (6-8 bulan) mesti diberi makanan yang dipuri, dilecek


@ makanan separa pepejal.

• Bayi (9-11 bulan) bayi perlu diberi makanan yang dicincang


@ dipotong kecil. Makanan jejari (finger food) - biskut
lembut dan buah-buahan.
5
• Kanak-kanak (12 bulan) – makan makanan keluarga.

• Beri bayi makanan dengan tekstur yang sesuai –elak


tercekik.

• Penjaga perlu tahu pengetahuan asas tentang prosedur


keselamatan akibat tercekik.
9-12 bulan

9-11 bulan

6-8 bulan

Tekstur Makanan Bayi


Tingkatkan kekerapan pemberian makanan mengikut
umur

• Makanan pelengkap harus diberi berdasarkan kekerapan


mengikut umur seperti berikut:
6-8 bulan : 2-3 kali sehari dengan 1-2 kali snek berkhasiat
9-11 bulan : 3-4 kali sehari dengan 1-2 kali snek berkhasiat

6
1-3 tahun : 4-5 kali sehari dengan 1-2 kali snek berkhasiat

• Tambah kekerapan waktu makan sekiranya jumlah


makanan yang diambil adalah kurang atau makanan yang
dimakan adalah cair (kepadatan tenaga rendah).
Amalan pemberian makanan secara responsive dengan
menggunakan prinsip penjagaan psikososial

• Bayi perlu disuap manakala kanak-kanak kecil perlu


dibantu apabila mereka makan sendiri.

• Beri bayi dan kanak-kanak makan dengan perlahan dan


kesabaran. Mereka perlu diberi galakan untuk makan tanpa
dipaksa.
7
• Peka kepada tanda-tanda yang menunjukkan bayi dan
kanak-kanak lapar atau kenyang.

• Wujudkan hubungan yang positif dan mesra dengan bayi


dan kanak-kanak dalam persekitaran yang kondusif dan
selesa. Berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak semasa
waktu makan.
Amalan penyediaan, pengendalian dan penyimpanan
makanan secara selamat.
• Kebersihan diri, peralatan memasak dan makanan perlu
dititikberatkan bermula daripada peringkat penyediaan
sehinggalah pemberian makanan kepada bayi dan kanak-
kanak

8
• Basuh tangan dengan sempurna sebelum menyediakan
makanan dan selepas menggunakan tandas.

• Tangan bayi dan kanak-kanak juga mesti dicuci dengan


bersih sebelum makan.

• Berikan bayi dan kanak-kanak makan makanan yang baru


dimasak di rumah
• Makanan yang telah dimasak tidak boleh dibiarkan melebihi 2 jam pada suhu bilik.

• Makanan yang baru dimasak boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 24 jam
dan 1 bulan di dalam bahagian sejuk beku.

• Peralatan yang bersih mesti digunakan untuk menyediakan dan menghidangkan


makanan.

• Peralatan yang digunakan untuk memberi makan bayi dan kanak-kanak makan
sepert sudu, cawan dan mangkuk mestilah bersih.

• Pemberian makanan pelengkap dengan menggunakan botol dan putting hendaklah


dielakkan.
Semasa sakit, berikan bayi dan kanak-kanak lebih air
dan cecair lain. Berikan hidangan yang kecil tetapi
kerap

• Teruskan penyusuan susu ibu dengan kerap

9
• Beri kanak-kanak makan makanan yang digemari

• Galakkan kanak-kanak untuk makan makanan yang


lembut, pelbagai dan menyelerakan

• Setelah anak sembuh daripada sakit atau sedang pulih, beri


dia makan lebih kerap dan galakkan dia makan lebih
daripada biasa.
Anggaran Jumlah Susu Yang Diperlukan Oleh
Bayi Dalam Sehari

-bayi cukup bulan, 2.5kg @ lebih, memerlukan susu sebanyak


150ml/kg berat badan sehari.
-jumlah sebenar bagi setiap penyusuan adalah berbeza
Jumlah Keperluan Tenaga Harian Daripada
Makanan Pelengkap

Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia, 2015


Penyediaan Makanan
Kepada Bayi dan Kanak-
Kanak
Penyediaan Makanan Bayi
(6-8 bulan)

1. Sediakan beras (dibasuh bersih). Masak sehingga menjadi bubur nasi lembik.

2. Rebus ayam dan sayur (dibasuh bersih) sehingga masak.

3. Kisar semua bahan supaya tekstur menjadi lebih halus.

4. Hidangkan bubur nasi (mangkuk dan sudu yang bersih)


Penyediaan Snek Sihat Bayi
(6-8 bulan)
1. Lecek pisang sehingga tekstur lebih halus dan
tidak berketul.

2. Sedia untuk dimakan.

1. Basuh labu (yang telah dibuang kulit).

2. Rebus labu hingga masak dan empuk.

3. Lecek labu sehingga tekstur lebih halus dan


tidak berketul.

4. Sedia untuk dimakan.


Penyediaan Makanan Bayi
(9-11 bulan)
1. Masak bubur nasi seperti biasa.

2. Bila mendidih masukkan ayam dan lobak merah.

3. Bubur hampir masak, masukkan bayam, mirepoix


dan chicken feet stick (CFS)

4. Sejukkan dan kisar serta titiskan evoo.

1. Stim lobak merah dan brokoli. Cincang kecil.

2. Rebus ubi kentang hingga lembut. Lenyek.

3. Masukkan tepung jagung, lobak merah dan brokoli.

4. Uli sehingga sebati dan goreng.


Penyediaan Snek Sihat Bayi
(6-8 bulan)

1 biji pisang bersaiz kecil (pisang emas)

ATAU

½ biji pisang berangan

Penyediaan tekstur makanan bayi:

• Separa pejal

• Dicincang halus

• Bentuk jejari

Bagi mengelakkan bayi daripada tercekik

Membantu bayi dalam mengalakkan perkembangan psikomotor


Penyusuan Bayi dalam
POS
Teknik Penyusuan Susu Ibu Yang
Betul
- Bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu.

- Posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan
bayi memerlukan masa dan latihan

- Langkah-langkah yang betul yang boleh membantu:

 Posisi

 Pelekapan

 Tanda-tanda pelekapan yang salah

 Penilaian samada bayi menyusu dengan baik.


Persediaan awal sebelum
menyusukan bayi
• Tenangkan diri dan duduk dengan selesa. Pastikan ada sokongan pada
bahagian belakang badan, payudara dan tangan ibu.

• Pegang bayi dengan lembut, kemudian rapatkan bayi ke arah badan dan
payu dara ibu. Usahakan bayi untuk membuka mulut dengan luas supaya
bayi dapat melekap dengan baik pada puting ibu.

• Perhatikan kepala dan badan bayi agar sentiasa dalam keadaan lurus.

• Berikan sokongan pada bahagian belakang dan punggung bayi dengan


kemas.
Bagaimana untuk menilai samada bayi
menyusu dengan betul?
• Mulut bayi terbuka dengan luas.

• Dagu bayi menyentuh payu dara ibu.

• Bibir bayi pada bahagian bawah bergulung keluar.

• Hidung bayi terletak pada payudara dan penafasan bayi berjalan dengan
normal.

• Bayi akan menghisap dan berhenti sejenak dan kemudian menghisap semula.
Hisapan dilakukan secara perlahan dan dalam.

• Para Ibu dapat mendengar bunyi bayi ketika menelan susu.

• Payudara menjadi semakin lembut semasa penyusuan.


• Bayi menelan dengan perlahan.

• Bayi mengalihkan mulut dan badan dari payudara dengan sendiri.

• Bayi kelihatan tenang selepas menyusu.

• Najis bayi bertukar warna daripada gelap kepada berwarna kekuningan.

• Lampin kerap ditukar dalam tempoh beberapa jam sekali.


Kebaikan susu ibu kepada
bayi
• Susu ibu mempunyai nutrien yang terbaik dan mencukupi untuk bayi. Ia dapat
melindungi bayi dari jangkitan seperti selsema, bronkitis, cirit birit dan lain-lain.

• Susu ibu mencegah pelbagai masalah alahan seperti asma dan ekzema.

• Susu ibu mengandungi nutrien tertentu membantu perkembangan otak. Ia dapat


meningkatkan kecerdasan bayi.

• Ia tidak mudah tercemar jika dibandingkan dengan cara penyusuan lain.

• Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.

• Ketika menyusu, interaksi antara ibu dan bayi berlaku sekaligus mengeratkan
hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Panduan Pengendalian dan Pemberian Susu Ibu yang
Diperah
- Ibu bayi dan kanak-kanak kecil membekalkan susu perahan sebagai bekal di Pusat
Jagaan/TASKA.

- Susus ibu perlu disimpan dan dikendalikan secara selamat untuk mengelakkan daripada
rosak.

1. Pastikan cawan atau botol susu dilabelkan nama bayi dan tarikh.

2. Elakkan menyimpan susu ibu pada suhu biasa untuk mengelakkan kerosakan dan perubahan
kualiti susuu. Simpan susu ibu ke dalam peti sejuk sejurus terima daripada ibu bapa

3. Pastikan peti sejuk menyediakan aras yang khas untuk penyimpanan susu ibu.

4. Susu yang diterima boleh disimpan dalam peti dingin (0-2 degree celcius) selama 48 jam.
Buangkan susu ibu yang telah disimpan melebihi 48 jam.

5. Susu ibu yang disimpan dalam bahagian sejuk beku (-18-0 degree celcius) boleh bertahan 3
bulan..

6. Guna kaedah first in, first out – guna susu lama terlebih dahulu.
Cara Pemberian Susu Ibu Kepada Bayi

1. Cuci tangan dengan langkah yang betul.

2. Nyah sejuk beku susu ibu dalam kuantiti yang diperlukan di bawah aliran paip air.

3. Panaskan susu ibu dengan merendam botol susu dalam air suam.

4. Berikan susu kepada bayi sejurus dikeluarkan dari rendaman air suam. Goncang sebelum
diberi kepada bayi supaya ianya bercampur dengan sempurna.

5. Buangkan jika sekiranya tidak dihabiskan.

6. Cuci botol susu dengan sabun pencuci dan air panas serta merta untuk mengelakkan
pembiakan bakteria.

7. Beri mengikut kehendak bayi.


Cara Lain Pemberian Susu Perahan Melalui Cawan, Sudu
Atau Alat Penitis

1. Hanya beri apabila bayi sudah bangun.

2. Pastikan bayi disendawakan selepas penyusuan.


Cara Penyediaan Rumusan Bayi (Susu
Formula)
Cara Membasuh Botol Susu
Cara Menyahkuman Botol Susu
Cara Penyimpanan Botol Susu
Terima Kasih
Semoga Ilmu Bermanfaat Dapat Dikongsikan Bersama
Rujukan
1. Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-kanak Kecil, Kumpulan Kerja Teknikal Permakanan Bayi dan
Kanak-kanak Kecil, Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Panduan Pengendalian dan Pemberian Susu Yang Selamat Di Pusat Jagaan dan TASKA., Bahagian Pemakanan,
Kementerian Kesihatan Malaysia 2012.

3. Teknik Penyusuan susu ibu yang betul, Portal Rasmi MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia.

4. Makanan Pelengkap, Portal Rasmi MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia.

5. https://www.majalahpama.my/anak-dah-genap-6-bulan-ibu-kena-tahu-cara-penyediaan-makanan-bayi-umur-6-11-b
ulan-yang-tepat/

6. Idris, F. (2013). Membesarkan anak hebat dengan susu ibu. PTS Millennia.

7. Yusuf, A. A. (2002). Penyusuan susu ibu menurut perspektif Islam. Utusan Publications.

8. Jamil, S. M., & Yee, N. C. (2013). Pembentukan dan Penilaian Bahan Pendidikan Bercetak Bertajuk “Panduan
Penyusuan Susu Ibu: Fakta Vs Mitos”. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia (Malaysian Journal of Health
Sciences), 11(1).

Anda mungkin juga menyukai