Anda di halaman 1dari 31

KULIAH 1

PENENTUAN TEMPOH ASAS

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan


Universiti Kebangsaan Malaysia
SUBTOPIK

1. Pengenalan
2. Penentuan tempoh asas bagi:
1) Entiti yang baru memulakan operasi
2) Entiti yang telah beroperasi dan menukar tempoh
perakaunan
3) Syarikat yang sedang beroperasi memulakan satu lagi
operasi baru
4) Syarikat menyertai suatu perkongsian
3.Pemberitahuan pertukaran tempoh perakaunan oleh syarikat /
perkongsian liabiliti terhad / badan amanah / koperasi
PENGENALAN
Ketetapan Umum (KU) No. 8/2014 telah diterbitkan pada 1 Disember
2014 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjudul Tempoh Asas
Bagi Suatu Syarikat, Perkongsian Liabiliti Terhad, Badan Amanah Dan
Koperasi menerangkan:
1.Penentuan tempoh asas bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad,
badan amanah dan koperasi yang baru memulakan operasi:
2.Penentuan tempoh asas bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad,
badan amanah dan koperasi yang telah beroperasi dan menukar
tempoh perakaunan.
Peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) yang berkaitan dengan
KU ini adalah seksyen 2 dan 21A.
TEMPOH ASAS: ENTITI YANG
BARU MEMULAKAN
OPERASI
TEMPOH ASAS: ENTITI YANG BARU MEMULAKAN
OPERASI
• Mulai tahun taksiran 2014, tempoh asas bagi suatu syarikat, suatu PLT, suatu
badan amanah dan suatu koperasi yang baru memulakan operasinya
(dikehendaki/ tidak dikehendaki undang-undang ATAU mengikut tempoh
perakaunan kumpulan) ditentukan seperti berikut:
1) suatu tempoh sama dengan atau kurang daripada 12 bulan berakhir
pada hari dalam tahun yang sama, tempoh tersebut adalah tempoh
asas bagi tahun taksiran pertama;
2) apa-apa tempoh berakhir pada hari dalam tahun kedua, tempoh
tersebut adalah tempoh asas bagi tahun taksiran kedua dan tidak ada
tempoh asas bagi tahun taksiran pertama;
3) suatu tempoh melebihi daripada 12 bulan berakhir pada hari dalam
tahun ketiga, tempoh tersebut adalah tempoh asas bagi tahun taksiran
ketiga dan tidak ada tempoh asas bagi tahun taksiran pertama dan
tahun taksiran kedua.
TEMPOH ASAS: ENTITI YANG BARU MEMULAKAN
OPERASI
1. Akaun yang disediakan adalah bagi suatu tempoh kurang daripada 12 bulan
berakhir pada hari dalam tahun yang sama, tempoh tersebut adalah
tempoh asas bagi tahun taksiran pertama

Contoh 1:
Anuma Ria Sdn. Bhd. memulakan operasi syarikat pada 01.02.2019 dan menutup
akaun pertama pada 30.09.2019 dan pada setiap 30.09 untuk tahun-tahun berikutnya.

Tempoh asas bagi syarikat adalah:


Tahun Taksiran Tempoh Asas Tempoh
2019 1.02.2019 - 30.9.2019 8 bulan
2020 1.10.2019 - 30.9.2020 12 bulan
Catatan:
~Akaun pertama ditutup dalam tahun 2019.
~Tempoh perakaunan untuk 8 bulan diterima sebagai tempoh asas bagi tahun taksiran pertama walaupun
tempoh kurang daripada 12 bulan atau ditutup pada tarikh selain 31 Disember.
TEMPOH ASAS: ENTITI YANG BARU MEMULAKAN
OPERASI
2. Akaun yang disediakan adalah bagi apa-apa tempoh berakhir pada hari dalam
tahun kedua, tempoh tersebut adalah tempoh asas bagi tahun taksiran
kedua dan tidak ada tempoh asas bagi tahun taksiran pertama

Contoh 2:
Maimun Sdn Bhd memulakan operasi syarikat pada 01.05.2019 dan menutup
akaun pertama pada 31.03.2020 dan pada setiap 31.03 untuk tahun-tahun
berikutnya.
Tempoh asas bagi syarikat adalah:
Tahun Taksiran Tempoh Asas Tempoh
2020 1.5.2019 - 31.3.2020 11 bulan
2021 1.4.2020 - 31.3.2021 12 bulan

Catatan:
~Tiada tempoh asas bagi tahun taksiran 2019.
~Walaupun operasi bermula dalam tahun 2019 tetapi disebabkan akaun pertama ditutup dalam tahun 2020,
maka peruntukan baru subseksyen 21A(4) ACP terpakai. Akaun pertama untuk tempoh
11 bulan yang berakhir dalam tahun 2020 adalah tempoh asas bagi tahun taksiran 2020.
TEMPOH ASAS: ENTITI YANG BARU MEMULAKAN
OPERASI

Contoh 3:
Koperasi Bukit Saujana memulakan operasi perniagaan pada 01.02.2019 dan
menutup akaun pertama pada 30.04.2020 dan pada setiap 30.04 untuk tahun-tahun
berikutnya.

Tempoh asas bagi koperasi adalah:


Tahun Taksiran Tempoh Asas Tempoh
2020 1.2.2019 - 30.4.2020 15 bulan
2021 1.5.2020 - 30.4.2021 12 bulan

Catatan:
~Tiada tempoh asas bagi tahun taksiran 2019.
~Walaupun operasi bermula dalam tahun 2019 tetapi disebabkan akaun pertama ditutup dalam tahun 2020,
maka peruntukan baru subseksyen 21A(4) ACP terpakai. Akaun pertama untuk tempoh 15 bulan yang
berakhir dalam tahun 2020 adalah tempoh asas bagi tahun taksiran 2020.
TEMPOH ASAS: ENTITI YANG BARU MEMULAKAN
OPERASI
3. Akaun yang disediakan adalah bagi suatu tempoh melebihi daripada 12 bulan
berakhir pada hari dalam tahun ketiga, tempoh tersebut adalah tempoh
asas bagi tahun taksiran ketiga dan tidak ada tempoh asas bagi tahun
taksiran pertama dan tahun taksiran kedua

Contoh 4:
Teraju Gemilang PLT memulakan operasi perniagaan pada 01.11.2019 dan menutup
akaun pertama pada 30.04.2021 dan pada setiap 30.04 untuk tahun-tahun
berikutnya.

Tempoh asas bagi Teraju Gemilang PLT adalah:


Tahun Taksiran Tempoh Asas Tempoh
2021 1.11.2019 - 30.4.2021 18 bulan
2022 1.05.2021 - 30.4.2022 12 bulan
Catatan:
~Tiada tempoh asas bagi tahun taksiran 2019 dan tahun taksiran 2020.
~Akaun pertama yang disediakan melibatkan 3 tahun kalendar (tahun 2019 hingga 2021) dan ditutup dalam tahun 2021.
Tempoh perakaunan pertama selama 18 bulan diterima sebagai tempoh asas untuk tahun taksiran pertama iaitu
tahun taksiran 2021.
Carta Ringkasan Seksyen 21A:
Permulaan perniagaan

1. Tempoh perakaunan pertama berakhir


dalam tahun yang sama dengan tahun
permulaan perniagaan: TERIMA: tempoh
perakaunan=tempoh asas TT pertama
[Contoh1][Sek21A(4)]
2. Tempoh perakaunan pertama berakhir
Permulaan Perniagaan dalam tahun kedua bermula dari tahun
permulaan perniagaan: TERIMA: tempoh
perakaunan=tempoh asas TT
kedua[Contoh2,3][Sek 21A(4)]
3. Tempoh perakaunan pertama berakhir
dalam tahun ketiga bermula dari tahun
permulaan perniagaan: TERIMA: tempoh
perakaunan=tempoh asas TT
ketiga[Contoh4][Sek 21A(4)]
TEMPOH ASAS: ENTITI YANG
TELAH BEROPERASI DAN
MENUKAR TEMPOH
PERAKAUNAN
TEMPOH ASAS: ENTITI YANG TELAH BEROPERASI DAN
MENUKAR TEMPOH PERAKAUNAN

• Mulai tahun taksiran 2014, sesuatu entiti yang telah beroperasi dan
gagal menutup akaun pada tarikh yang sama dalam tahun
berikutnya (tahun gagal*):
– Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) akan menentukan tempoh asas bagi
tahun gagal dan tahun berikutnya.
– Bagi menentukan tempoh asas bagi tahun gagal dan tahun berikutnya, tempoh
perakaunan yang disediakan oleh pembayar cukai dalam tahun gagal boleh diterima
oleh KPHDN dengan syarat bahawa -
(a) tiada tahun taksiran yang terlepas/tertinggal; dan
(b) tiada dua atau lebih akaun yang ditutup dalam tahun taksiran yang sama.
• Peruntukan ini terpakai kepada semua kes sama ada akaun sebelum
tahun gagal ditutup pada 31 Disember atau selain daripada 31
Disember.
*“Tahun gagal” bermaksud tahun yang di dalamnya terdapat kegagalan untuk menutup
akaun pada tarikh perakaunan biasa.
TEMPOH ASAS: ENTITI YANG TELAH BEROPERASI
DAN MENUKAR TEMPOH PERAKAUNAN
I. Menukar Tempoh Perakaunan Kurang Daripada 12 Bulan Dan Berakhir Dalam Tahun
Yang Sama
1. Akaun baru dan akaun lama berakhir dalam tahun yang sama:
Tempoh asas TT pertama digabungkan dengan tempoh asas TT kedua
sebagai tempoh asas bagi TT kedua

Contoh 6:
Bumi Senang Sdn. Bhd. kebiasaannya menutup akaun pada 28 Februari setiap tahun dan menukar tempoh
perakaunan kepada 31 Disember dalam tahun 2019.
Tahun Taksiran Tempoh Perakaunan Tempoh
2019 1.3.2018 - 28.02.2019 12 bulan
Tahun gagal 1.3.2019 - 31.12.2019 10 bulan
1.1.2020 - 31.12.2020 12 bulan
1.1.2021 - 31.12.2021 12 bulan
Tempoh asas bagi syarikat adalah:
Tahun Taksiran Tempoh Asas Tempoh
2019 1.3.2018 - 28.02.2019 12 bulan
2020 1.3.2019 - 31.12.2020 22 bulan
2021 1.1.2021 - 31.12.2021 12 bulan
Catatan:
~Tahun gagal ialah tahun 2020. KPHDN akan menentukan tempoh asas bagi tahun taksiran 2020 dan tahun taksiran 2021.
~Akaun bagi keseluruhan tempoh dari 1.3.2019 hingga 31.12.2019 digabungkan dengan akaun 1.1.2020 hingga 31.12.2020 dan dikira sebagai
tempoh asas bagi tahun taksiran 2020.
TEMPOH ASAS: ENTITI YANG TELAH BEROPERASI
DAN MENUKAR TEMPOH PERAKAUNAN
I. Menukar Tempoh Perakaunan Kurang Daripada 12 Bulan Dan Berakhir Dalam Tahun
Yang Berikutnya
2. Akaun baru berakhir dalam tahun berikutnya:
Tempoh Asas = Tempoh Perakaunan

Contoh 7:
Ahmad Albab PLT kebiasaannya menutup akaun pada 30 September setiap tahun dan menukar tempoh perakaunan
kepada 30 April pada tahun berikutnya.
Tahun Taksiran Tempoh Perakaunan Tempoh
2019 1.10.2018- 30.09.2019 12 bulan
Tahun gagal 1.10.2019 - 30.04.2020 7 bulan
1.5.2020 - 30.04.2021 12 bulan
Tempoh asas bagi PLT adalah:
Tahun Taksiran Tempoh Asas Tempoh
2019 1.10.2018 - 30.09.2019 12 bulan
2020 1.10.2019 - 30.04.2020 7 bulan
2021 1.5.2020 - 30.04.2021 12 bulan

Catatan:
~Tahun gagal ialah tahun 2020. KPHDN akan menentukan tempoh asas bagi tahun taksiran 2020 dan tahun taksiran 2021.
~Walaupun tempoh perakaunan bagi tahun gagal kurang daripada 12 bulan, tempoh tersebut boleh diterima sebagai tempoh
asas bagi tahun taksiran 2020 kerana akaun dalam tahun gagal telah ditutup dalam tahun 2020.
TEMPOH ASAS: ENTITI YANG TELAH BEROPERASI
DAN MENUKAR TEMPOH PERAKAUNAN
II. Menukar Tempoh Perakaunan Lebih 12 Bulan Dan Berakhir Dalam Tahun Yang
Berikutnya
1. Akaun baru berakhir dalam tahun berikutnya:
Tempoh Asas = Tempoh Perakaunan

Contoh 8:
Aizah Wahab Sdn. Bhd. kebiasaannya menutup akaun pada 31 Julai setiap tahun dan menukar tempoh perakaunan
kepada 31 Oktober pada tahun berikutnya.
Tahun Taksiran Tempoh Perakaunan Tempoh
2019 1.08.2018 - 31.07.2019 12 bulan
Tahun gagal 1.08.2019 - 31.10.2020 15 bulan
1.11.2020 - 31.10.2021 12 bulan

Tempoh asas bagi syarikat adalah:


Tahun Taksiran Tempoh Asas Tempoh
2019 1.08.2018 - 31.07.2019 12 bulan
2020 1.08.2019 - 31.10.2020 15 bulan
2021 1.11.2020 - 31.10.2021 12 bulan
Catatan:
~Tahun gagal ialah tahun 2020. KPHDN akan menentukan tempoh asas bagi tahun taksiran 2020 dan tahun taksiran 2021.
~Walaupun tempoh perakaunan bagi tahun gagal lebih daripada 12 bulan, namun tempoh tersebut boleh diterima sebagai
tempoh asas bagi tahun taksiran 2020.
TEMPOH ASAS: ENTITI YANG TELAH BEROPERASI
DAN MENUKAR TEMPOH PERAKAUNAN
II. Menukar Tempoh Perakaunan Lebih 12 Bulan Dan Berakhir Dalam Tahun Ketiga
2. Akaun baru berakhir dalam tahun berikutnya:
TEMPOH ASAS (TT kedua dan ketiga) = TEMPOH PERAKAUNAN dibahagi sekata

Contoh 9:
Koperasi Rania Emas kebiasaannya menutup akaun pada 30 November setiap tahun dan menukar tempoh perakaunan
kepada 28 Feb pada tahun ketiga.
Tahun Taksiran Tempoh Perakaunan Tempoh
2019 1.12.2018 - 30.11.2019 12 bulan
Tahun gagal 1.12.2019 - 28.02.2021 15 bulan
1.3.2021 - 29.02.2022 12 bulan
Tempoh asas bagi koperasi adalah:
Tahun Taksiran Tempoh Asas Tempoh
2019 1.12.2018 - 30.11.2019 12 bulan
2020 1.12.2019 - 31.07.2020 8 bulan
2021 1.8.2020 - 28.02.2021 7 bulan
2022 1.3.2021 - 28.02.2022 12 bulan
Catatan:
~Akaun yang disediakan melangkaui satu tahun taksiran iaitu tahun taksiran 2020. Oleh itu KPHDN akan menentukan tempoh asas bagi tahun taksiran
2020 dan tahun taksiran 2021.
~Oleh sebab tempoh perakaunan 1.12.2019 hingga 28.02.2021 melibatkan 2 tahun taksiran, maka tempoh asas bagi tahun taksiran 2020 dan 2021 boleh
ditentukan dengan membahagikannya kepada 2 tempoh iaitu 8 bulan bagi tahun taksiran 2020 dan 7 bulan bagi tahun taksiran 2021.
~Apabila terdapat pembahagian tidak sama rata kepada tempoh asas bagi dua tahun taksiran, bahagian bulan yang selebihnya hendaklah dianggap
terjatuh ke dalam tempoh asas pertama.
Carta Ringkasan Seksyen 21A:
Perubahan tarikh perakaunan
Perubahan Tarikh Perakaunan

a) akaun baru berakhir dalam tahun yang


sama. (tempoh akaun baru
digabungkan dengan tempoh
Adakah akaun baru disediakan YA
berikutnya). [Contoh 6]
< 12 bulan?

b) tempoh perakaunan baru berakhir


TIDAK pada tahun berikutnya: terima tempoh
asas tersebut. [Contoh 7]

a) tempoh perakaunan baru b) akaun baru berakhir dalam


berakhir pada tahun berikutnya: tahun ketiga. Tempoh perakaunan
terima tempoh asas tersebut. diagihkan sama rata. [Contoh 9]
[Contoh 8]
TEMPOH ASAS: SYARIKAT
YANG SEDANG BEROPERASI
MEMULAKAN SATU LAGI
OPERASI BARU
SYARIKAT YANG SEDANG BEROPERASI
MEMULAKAN SATU LAGI OPERASI BARU

• Jika sebuah syarikat yang sedang menjalankan satu atau lebih


operasi memulakan satu lagi operasi baru, tempoh asas bagi
syarikat yang baru beroperasi adalah sama dengan tempoh
asas bagi syarikat yang sedang beroperasi.

Contoh 10:
Sebuah syarikat telah beroperasi beberapa tahun dan menutup akaunnya pada 30
September setiap tahun. Syarikat itu memulakan operasi baru pada 1.6.2019.
Tempoh asas bagi syarikat yang baru beroperasi adalah sama dengan tempoh
perakaunan bagi syarikat yang sedang beroperasi iaitu berakhir 30 September.
Oleh itu, tempoh asas bagi operasi baru bagi tahun taksiran 2019 adalah 1.6.2019
hingga 30.9.2019.
TEMPOH ASAS: SYARIKAT
MENYERTAI SATU
PERKONGSIAN
SYARIKAT MENYERTAI SUATU PERKONGSIAN
• Jika sebuah syarikat menyertai suatu perkongsian, perkongsian itu
dianggap sebagai operasi baru. Oleh itu, tempoh asas bagi
syarikat yang sedang beroperasi adalah juga tempoh asas bagi
punca perkongsian.

Contoh 11:
Sebuah syarikat (yang akaunnya ditutup pada 30 Jun) menyertai suatu perkongsian
baru yang memulakan perniagaan pada 18.2.2019. Akaun pertama perkongsian
disediakan hingga 30.9.2019 dan akaun berikutnya disediakan hingga 30
September setiap tahun. Walau apa pun tempoh perakaunan perkongsian, tempoh
asas bagi syarikat itu berhubung dengan punca perkongsiannya adalah:
Tahun Taksiran 2019 : 18.2.2019 hingga 30.6.2019
Tahun Taksiran 2020 : 1.7.2019 hingga 30.6.2020
PEMBERITAHUAN
PERTUKARAN TEMPOH
PERAKAUNAN OLEH
SYARIKAT/ PERKONGSIAN
LIABILITI TERHAD/ BADAN
AMANAH/ KOPERASI
PENGENALAN

Ketetapan Umum (KU) No. 8/2019 telah diterbitkan pada 6 Disember 2019 oleh
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjudul Pemberitahuan Pertukaran
Tempoh Perakaunan oleh Syarikat/ Perkongsian Liabiliti Terhad/ Badan Amanah/
Koperasi menerangkan:

Keperluan memaklumkan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN)


mengenai pertukaran tempoh perakaunan oleh sesebuah syarikat, perkongsian
liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi yang perlu membuat bayaran secara
ansuran ke atas anggaran cukai yang kena dibayar untuk suatu tahun taksiran
(TT).

Peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) yang berkaitan dengan KU ini
adalah seksyen 2 dan 107C, subseksyen 21A(3A) dan 112(3A) dan perenggan
120(1)(i).
PEMBERITAHUAN PERTUKARAN TEMPOH
PERAKAUNAN

•Mulai TT 2019, peruntukan di bawah subseksyen 21A(3A) ACP menghendaki supaya


syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi memaklumkan
KPHDN mengenai sebarang pertukaran tempoh perakaunan melalui Borang
Pemberitahuan Pertukaran Tempoh Perakaunan (Borang CP204B) dalam tempoh
berikut:

1) Tempoh perakaunan dipendekkan


• KPHDN hendaklah dimaklumkan melalui Borang CP204B, 30 hari sebelum
berakhirnya tempoh perakaunan yang baharu jika akaun baharu
disediakan untuk tempoh kurang daripada 12 bulan dan ditutup sebelum
berakhirnya tempoh perakaunan asal.
PEMBERITAHUAN PERTUKARAN TEMPOH
PERAKAUNAN
Contoh 12:
(Tempoh perakaunan 12 bulan dipendekkan kepada 9 bulan)
Frozen Dynamic Sdn Bhd menukar tarikh penutupan akaun perniagaannya daripada 31
Disember kepada 30 September. Tempoh perakaunan asal bagi TT 2019 adalah daripada
1.1.2019 hingga 31.12.2019. Tempoh perakaunan selepas pindaan (perakaunan baharu) bagi
TT 2019 adalah daripada 1.1.2019 sehingga 30.9.2019 (9 bulan).

Ringkasan Pertukaran Tempoh Perakaunan dan Tarikh Pengemukaan Borang CP204B:

Tarikh
Pengemukaan
Tempoh Perakaunan TT Tempoh Asas
Borang
CP204B
Asal Akaun 1.1.2019 – 1.1.2019 –
2019
berakhir 31 Dis 31.12.2019 31.12.2019
1.1.2019 – Selewat-
1.1.2019 –
30.9.2019 2019 lewatnya pada
Baharu Akaun 30.9.2019
(akaun baharu) 30.8.2019
berakhir 30 Sept
1.10.2019 – 1.10.2019 –
2020
30.9.2020 30.9.2020
PEMBERITAHUAN PERTUKARAN TEMPOH
PERAKAUNAN

Borang CP204B bagi TT 2019 hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada


30.8.2019 (30 hari sebelum berakhir tempoh perakaunan baharu iaitu pada
30.9.2019).
PEMBERITAHUAN PERTUKARAN TEMPOH
PERAKAUNAN

•Mulai TT 2019, peruntukan di bawah subseksyen 21A(3A) ACP menghendaki supaya


syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi memaklumkan
KPHDN mengenai sebarang pertukaran tempoh perakaunan melalui Borang
Pemberitahuan Pertukaran Tempoh Perakaunan (Borang CP204B) dalam tempoh
berikut:

2) Tempoh perakaunan dipanjangkan


• KPHDN hendaklah dimaklumkan melalui Borang CP204B, 30 hari sebelum
tarikh akhir tempoh perakaunan asal jika akaun baharu disediakan untuk
tempoh melebihi 12 bulan dan ditutup selepas berakhirnya tempoh
perakaunan asal.
PEMBERITAHUAN PERTUKARAN TEMPOH
PERAKAUNAN
Contoh 13:
(Tempoh perakaunan 12 bulan dipanjangkan kepada 21 bulan)
Gahara Maju Sdn Bhd menukar tarikh penutupan akaun perniagaannya daripada 31 Mac kepada 31
Disember. Tempoh perakaunan asal bagi TT 2019 adalah daripada 1.4.2018 hingga 31.3.2019.
Tempoh perakaunan selepas pindaan (akaun baharu) bagi TT 2019 adalah daripada 1.4.2018 hingga
31.12.2019 (21 bulan).

Ringkasan Pertukaran Tempoh Perakaunan dan Tarikh Pengemukaan Borang CP204B:

Tarikh
Tempoh Perakaunan TT Tempoh Asas Pengemukaan
Borang CP204B
Asal Akaun 1.4.2018 – 1.4.2018 –
2019
berakhir 31 Mac 31.3.2019 31.3.2019
1.4.2018 –
1.4.2018 – Selewat- lewatnya
31.12.2019 2019
Baharu Akaun 31.12.2019 pada 28.2.2019
(akaun baharu)
berakhir 31 Dis
1.1.2020 – 1.1.2020 –
2020
31.12.2020 31.12.2020
PEMBERITAHUAN PERTUKARAN TEMPOH
PERAKAUNAN

Borang CP204B bagi TT 2019 hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada


28.2.2019 (30 hari sebelum berakhir tempoh perakaunan asal iaitu pada
31.3.2019).
KEGAGALAN PEMBERITAHUAN PERTUKARAN
TEMPOH PERAKAUNAN
RUJUKAN

•Lembaga Hasil Dalam Negeri. Ketetapan Umum No. 8/2019. Pemberitahuan Pertukaran
Tempoh Perakaunan Oleh Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad / Badan Amanah /
Koperasi
•Lembaga Hasil Dalam Negeri. Ketetapan Umum No. 8/2014. Tempoh Asas Bagi Suatu
Syarikat, Perkongsian Liabiliti Terhad, Badan Amanah Dan Koperasi

Anda mungkin juga menyukai