Anda di halaman 1dari 13

HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR

YANG MENYEBABKAN
TERCETUS PERANG CANDU
PERTAMA (1839-1842) DI
NEGARA CHINA
PENDAHULUAN
Kuasa-kuasa Barat berminat untuk menjalinkan hubungan perdagangan
dengan China.
Kuasa-kuasa Barat menghadapi kesukaran untuk berdagang kerana kerajaan
China mengamalkan Dasar Tutup Pintu.
Kerajaan China mengenakan pelbagai sekatan terhadap terhadap pedang-
pedang Barat.
Perkembangan ini menyebabkan hubungan perdagangan antara kerajaan
China dan British merosot.
British dan kuasa-kuasa barat berusaha untuk memujuk kerajaan China agar
mengubah dasar perdagangan mereka tetapi gagal.
British terpaksa mengisytiharkan peperangan terhadap kerajaan China pada
tahun 1939.
Peperangan ini dikenal+i sebagai Perang Candu Pertama atau Peperangan
Inggeris-China Pertama.
KONSEP PERDAGANGAN YANG
BERTENTANGAN
Kerajaan China dan negara-negara Barat mengamalkan konsep perdagangan
yang bertentangan.
Kerajaan China tidak berminat untuk mengadakan hubungan perdagangan
dengan negara-negara Barat.
Masyarakat Cina menganggap aktiviti perdagangan sebagai kegiatan yang
hina.
Negara-negara barat berminat untuk menjalinkan hubungan perdagangan
dengan China.
Terdapat permintaan yang tinggi untuk barangan China seperti teh dan
sutera di Britain.
Negara-negara barat berlumba-lumba untuk mendapatkan bekalan bahan
mentah ekoran kemunculan Revolusi Perindustrian.
Konsep perdagangan yang bertentangan merupakan salah satu faktor
mencetuskan Perang Candu Pertama.
SEKATAN TERHADAP PERDAGANGAN ASING
Maharaja Chien Lung mengeluarkan perintah bahawa perdagang-perdagang
asing hanya dibenarkan berdagang di pelabuhan Canton.
Pedagang-pedagang asing tidak dibenarkan membawa anggota keluarga
mereka ke pelabuhan Canton.
Selepas selesai menjalankan urusan perdagangan di Canton, mereka
dikehendaki kembali ke Macau.
Pedagang-pedagang asing dibenarkan untuk menjalannkan urusan
perdagangan melalui kesatuan saudagar China yang dikenali sebagai Co-hong.
Tindakan kerajaan mengenakan cukai yang tinggi menimbulkan perasaan
tidak puas hati dalam kalangan perdagang asing.
Sekatan yang dikenakan oleh kerajaan China bertentangan dengan dasar
perdagangan bebas yang diamalkan oleh negara-negara Barat.
Pelbagai sekatan yang dikenakan kerajaan China mendorong kuasa-kuasa
barat melancarkan Perang Candu Pertama.
SISTEM HUBUNGAN ANTARABANGSA
YANG BERTENTANGAN
Orang Cina menganggap diri mereka sebagai ‘Chung Kao’ atau ‘Pusat Dunia
yang Bertamadun’.
Mereka menganggap orang Barat sebagai orang gasar yang tidak
bertamadun.
Dengan demikian, negara China menganggap negara-negara Barat bertaraf
rendah dan tidak mahu menjalinkan hubungan diplomatic atas dasar
persamaan taraf.
Keengganan China untuk mengadakan hubungan diplomatic atas dasar
persamaan taraf memaksa British menggunakan kekerasan.
Sistem hubungan antarabangsa yang bertentangan juga menjadi penyebab
tercetus Perang Candu Pertama.
PERTENTANGAN KONSEP UNDANG-
UNDANG
Mengikut konsep undang-undang China, sseseorang itu dianggap bersalah
sehingga ia dapat membuktikan bahawa ia tidak bersalah.
Manakala konsep undang-undang Barat pula menekankan bahawa seseorang
itu tidak bersalah sehingga kesalahannya dapat dibuktikan.
Pertentangan konsep undang-undang China dan Barat menyebabkan
hubungan menjadi bertambah buruk.
Pertentangan ini menyebabkan hubungan menjadi renggang dan
mencetuskan Perang Candu Pertama.
KEMASUKAN CANDU
Faktor serta merta yang menyebabkan tercetus Perang Candu ialah tindakan
Inggeris membawa masuk bekalan candu ke negara China.
Orang Inggeris membawa masuk candu bagi mengimbangkan perdagangan
teh dengan China.
Perkembangan ini menyebabkan berlaku imbangan perdagangan yang tidak
menguntungkan China.
Kegiatan import candu menyebabkan pengaliran keluar mata wang perak
yang menjejaskan ekonomi China.
Kerajaan China menentangkan pengimportan candu kerana menjejaskan
kesihatan penduduk China.
KESIMPULAN
Perang Candu Pertama menyebabkan kuasa-kuasa barat mula bertapak dan
meluaskan pengaruh di negara China.
Perang ini telah menjejaskan maruah dan kedaulatan negara China apabila
kerajaan China terpaksa menandatangani perjanjian dengan kuasa-kuasa
Barat.
Perang ini menandakan kelemahan dinasti Manchu dan meletakkan asas bagi
tercetus Pemberontakan Taiping.
SOALAN STPM
STPM 2017 / S5
Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan tercetus Perang Candu I
(1839 – 1842) di China

Anda mungkin juga menyukai