Anda di halaman 1dari 32

JIX 1001: PERADABAN MELAYU

PENSYARAH:
PROF.MADYA DR. NORHAYATI AB.RAHMAN

1
K2: Konsep Sastera
 Sastera bermaksud ‘huruf’ atau ‘buku’
 ‘Su’ bermakna ‘indah’, ‘baik’, ‘lebih berfaedah’.
 ‘Susastera’ – hasil-hasil sastera yang bernilai
estetika.
 ‘Kesusasteraan’ membawa makna kumpulan
buku-buku yang indah bahasanya dan baik
isinya.
 Buku-buku yang indah bahasanya itu disebut
sebagai “karya” atau ciptaan sastera.
 Nama lain yang digunakan bagi merujuk
kesusasteraan Melayu ialah “Persuratan Melayu”.
2
 Dalam bahasa Arab sastera disebut
sebagai adab.
 Menurut Shauqi, adab atau sastera ialah
“apa jua hasil tulisan yg dapat
membentuk ke arah kemanusiaan, yang
terkandung di dalamnya ciri-ciri estetika
dan kebenaran”.
 Dalam pertumbuhan dan sejarah manusia di
seluruh dunia (termasuk Melayu), sastera
menjadi lambang kejiwaan sesuatu bangsa.
 Misalnya, sastera Melayu adalah jiwa kepada
pemikiran bangsa Melayu.
 Karya-karya sastera merakamkan pemikiran
sesuatu bangsa, dan ia menjadi induk kepada
segala disiplin ilmu yg muncul kemudian.

4
 Tamadun-tamadun besar dunia seperti yang
dibuktikan salam tamadun India, Sumeria, Mesir,
Babylon, Parsi, Tiongkok, Yunani dan Romawi –
semua merakamkan tamadun mereka ke dalam
bentuk penulisan karya sastera.
 Karya seperti Upanishad, Bhagavad Gita,
Ramayana dan Laliteta Wishtra misalnya - adalah
antara karya utama dunia yang menjadi rujukan
dan kajian sejak ribuan tahun sampai kini.

5
 Gambaran mengenai Tuhan seperti Marduk (tuhan air)
yang mengalahkan Tiamat (tuhan kejahatan) dalam
tamadun Sumeria misalnya, adalah karya yang indah -
lambang pada usaha aktivit pertanian dalam masyarakat
Sumeria.
 Tugas tuhan Horus, Osiris, Re (Ra’) Thot dan Anubis pula
memberikan kefahaman yang jelas tentang pembinaan
tamadun Mesir.
 Sementara ajaran Lao-tze, Kong-Fu-Tze, Ming-tze dan lain-
lain fahaman dalam tamadun Tiongkok adalah dirakamkan
dalam bentuk penulisan karya.
6
 Semua contoh di atas adalah karya sastera yang
amat tinggi nilainya.
 Bermula daripada kecerdasan pemikiran yang
berbentuk sastera inilah setiap bangsa itu
berkembang kepada pemikiran sains.
 Maknanya, pemikiran sastera yang asasnya
berprinsipkan agama dan falsafah, telah menjadi
dasar hakikat induk pemikiran, sebelum
berkembang pemikiran-pemikiran lain seperti
sains dan teknologi.

7
 Contoh dalam zaman moden Eropah, bermula dengan
fiksyen sains telescreen dalam sebuah novel, munculnya
TV yang kemudiannya menguasai dunia.
 Pemikiran yang dirakamkan dalam karya menjadi lakaran
untuk dunia pemikiran yang lebih konkrit.
 Begitu jugalah dengan dunia sastera Melayu.
 Karya Melayu klasik banyak merakamkan perilaku ini,
termasuk dunia kayangan, raja keinderaan, gambarab
taat-setia yg menakjubkan dan sesuatu peristiwa yg
wujud dalam masyarakat Melayu.
 Semuanya diungkapkan dalam karya sastera, khususnya
karya sastera klasik/tradisional.
8
Konsep Sastera Melayu Tradisional
 Sastera Melayu tradisional atau persuratan Melayu
Tradisional membawakan konsep yang luas.
 Ia berisikan pelbagai permasalahan dan berbagai-bagai
ilmu oleh/tentang masyarakat Melayu seperti ilmu
tasawuf, fikah, sejarah, undang-undang, perubatan dan
lain-lain.
 Hasil-hasil karya sastera Melayu tradisional ini merupakan
satu khazanah warisan kebudayaan dan peradaban
Melayu yang amat tinggi nilainya.
 Sastera Melayu Tradisional terbahagi kepada 2 bentuk
utama, iaitu bentuk lisan dan bentuk tulisan.
9
Keintelektualan Dalam Karya Sastera Melayu
Tradisisional

 Keintelektualan bermaksud pemikiran yang mencari


penyelesaian, melalui proses bertahap, teratur dan
tersusun utk mendapatkan jawaban atau kesempurnaan.

 Ciri-ciri keintelektualan pula dapat dilihat pada proses


berfikir, kekreatifan berfikir, kerasionalan idea dan melalui
hujah-hujah yang dapat pula dipertanggungjawaban
alasannya, dalam menyelesaikan satu-satu permasaalahan.

10
 Tradisi ilmu daripada kemunculan berbagai bentuk
pengetahuan dan pengalaman dapat membentuk tradisi
keintelektualan, sehingga jelas menampakkan
kebijaksanaannya.
 Keintelektualan tersebut dapat pula memanfaatkan
pelbagai fungsi kehidupan dunia dan akhirat.
 Tradisi keinteletualan Melayu, khususnya masyarakat
Melayu tradisi dapat dilihat melalui hasil-hasil
kesusasteraannya, baik yang berbentuk lisan atau pun
berbentuk tulisan.

11
 Dalam konteks ini, masyarakat Melayu, seperti
bangsa-bangsa lain di dunia, mempunyai tradisi
lisan (oral tradition) yang tersendiri.
 Dalam tradisi lisan, karya disebarkan secara
tradisi, iaitu daripada mulut ke mulut dan
daripada satu generasi ke generasi.
 Karya-karya ini juga dikenali sebagai sastera
rakyat.

12
 Sastera Rakyat terdiri terdiri daripada 2 bentukk
utama, iaitu berbentuk bukan cerita
(non-naratif/puisi) dan berbentuk cerita
(naratif/prosa)
 Kedua-dua bentuk tersebut merupakan
wadah/medium pengucapan masyarakat Melayu
tradisi, sekali gus ia memancarkan corak pemikiran,
sosiobudaya, nilai-nilai dan kepercayaan masyarakat
tersebut pada zaman karya berkenaan dirakamkan.

13
 Sebagai khazanah bangsa Melayu yang tinggi
nilainya, karya-karya tradisional tersebut dapat
memancarkan kembali corak kehidupan
masyarakat Melayu lama.
 Sebagai contoh, kalau meneliti karya-karya
bentuk non-naratif dan naratif, dapat ditinjau
pelbagai aspek sosiobudaya masyarakat Melayu,
sekali gus menyerlahkan bentuk pemikiran di
dalamnya.
14
 Karya-karya non-naratif seperti pantun, syair, bahasa
berirama, perbilangan, mantera, teka-teki, peribahasa,
gurindam, teromba, dikir, nazam – mempamerkan nilai2
jatidiri dan pemikiran masyarakat Melayu tradisi.
 Karya berbentuk naratif spt cerita rakyat, cerita lagenda
dan cerita mitos misalnya, akan memberi pelbagai
maklumat tentang masyarakat Melayu.
 Begitu juga dengan cerita binatang, cerita jenaka, cerita
lipurlara, cerita asal usul – semuanya merakam dan
merefleksikan realiti sosiobudaya masyarakat Melayu
pada zaman lampau.

15
Nilai-Nilai Pemikiran dan Budaya dalam
karya Non-naratif

Karya-karya berbentuk non-naratif memperlihatkan bentuk


pemikiran dan budaya hidup masyarakat Melayu pada
zaman tersebut, antaranya:

 Masyarakat yang mementingkan nilai budi.


Budi merupakan satu nilai sosiobudaya yg amat
dipentingkan dalam masyarakat Melayu, sehingga setiap
anggota masyarakat diterapkan dengan nilai-nilai tersebut
semenjak kecil lagi.

Budi merangkumi segala bentuk budi, termasuklah budi


bahasa, budi pekerti dan berbudi.
16
Contoh berdasarkan pantun
 Pulau pandan jauh ke tengah
 Gunung daik bercabang tiga
 Hancur badan dikandung tanah
 Budi yang baik dikenang juga {nilai budi}

 Pisang emas dibawa belayar


 Masak sebiji di atas peti
 Hutang emas boleh dibayar
 Hutang budi dibawa mati {nilai budi}

17
 Mengamalkan sikap kerjasama/ pemufakatan

 Masyarakat Melayu tradisional mempunyai sikap


permufakatan/kerjasama yang tinggi, sesuai dengan ciri
masyarakat yang bersifat kolektif (kekitaan).

 Contoh (perbilangan):
 ke bukit sama di daki
 ke lurah sama dituruni
 yang berat sama dipikul
 yang ringan sama dijinjing
 hati gajah sama di lapah
 hati nyamuk sama dicecah.
18
 Mementingkan Nilai-Nilai Moral

 Masyarakat Melayu sangat mementingkan nilai-nilai moral


atau unsur pengajaran kepada setiap anggotanya,
terutama anak-anak.
 Justeru, unsur pengajaran sangat ditekankan dan
disampaikan dalam setiap kaedah penyampaian
termasuklah dalam karya sastera.
 Nilai moral termasuklah mengandungi mengajaran
tentang cara-cara kehidupan bermasyarakat, nasihat,
pelajaran agama, adat dan norma hidup mengikut garis
panduan atau norma-norma yang ditetapkan oleh
masyarakat.
19
 Contoh dalam nazam:

 Dengan bapa jangan durhaka


 Supaya Allah tidak murka.
 Dengan ibu hendaklah hormat
 Supaya badan dapat selamat
 Dengan anak janganlah lalai
 Supaya boleh naik ke tengah balai..
20
Nilai Kepercayaan Masyarakat Melayu Tradisi

 Kepercayaan Animisme: world view masyarakat Melayu


sebelum kedatangan Islam.
 Amalan dan kepercayaan termasuk percaya kepada kuasa
ghaib yang dianggap boleh ‘berperanan’ dalam kehidupan
mereka pada masa tersebut.
 Cth: Ulek Mayang – sejenis tarian ritual yang berasal
daripada upacara rawatan kuno oleh bomoh ke atas
seorang nelayan yang berkeadaan tidak sedar, dipercayai
dipukau oleh puteri laut yang jatuh cinta padanya.
 Percubaan bomoh membawa balik roh nelayan itu
menyebabkan puteri itu menyeru 5 lagi saudaranya untuk
melawan bomoh tersebut.
21
Pertarungan antara si bomoh dan enam puteri
berlanjutan sehingga kemunculan puteri yang ketujuh
dan paling sulung.
"Ku tahu asal-usulmu” kata puteri sulung dan beliau

memerintahkan semua orang, "Yang laut balik ke laut,


yang darat balik ke darat".
Bomoh yang terhutang budi dan rakan-rakan nelayan

menyampaikan sembahan nasi berwarna kepada sang


puteri.
Ini merupakan satu upacara yang diamalkan sebelum

kedatangan Islam, untuk menunjukkan rasa terhutang


budi kepada semangat-semangat laut.
Hinduisme.
Contoh dalam mantera:

 Hei om pali
 Hei hantu tanah
 Jembalang bumi
 Kau pergi mengambil semangat roh di anu
 Bawa gila kepada aku
 Menyala seperti api
 Seperti nasi mendidih..

23
Islamisme

 Contoh dalam pantun:

 Asam kandis asam gelugur


 Ketiga asam riang-riang
 Mayat menangis di pintu kubur
 Mengenang badan tidak sembahyang.

24
 Mempunyai nilai sense of humor.

 Masyarakat Melayu juga adalah golongan yang


selalu gembira, mudah ketawa, cepat mesra dan
penuh dgn sense of humour.
 Dalam karya berbentuk puisi, banyak yang
menggambarkan nada jenaka, mengejek, sama
ada dengan tujuan bergurau senda atau secara
tidak langsung menyindir seseorang, sesuatu pihak
atau masyarakat seluruhnya.
25
 Contoh dalam pantun (2 dan 4 kerat):

Gendang gendut tali kecapi


Kenyang perut suka hati.

Rumah besar berdinding tidak


Berdinding dengan daun palas
Badan besar berbini tidak
Itu tanda orang pemalas.
26
 Mementingkan nilai ketaatan kepada
raja/Pemimpin.

 Dalam masyarakat Melayu tradisi, kedudukan raja adalah


mulia dan berdaulat.
 Ini bermula dengan konsep raja sebagai khalifah di muka
bumi dan mempunyai daulat kerana dikatakan raja berasal
dari keturunan dewa atau Raja Zulkarnain.
 Adalah menjadi kewajiban bagi setiap rakyat untuk
mentaati raja atau pemimpin mereka.

27
 Contoh dalam bahasa berirama:

 Yang capik datang bertongkat


 Yang buta meraba-raba
 Yang tuli leka bertanya
 Yang kecil terambing-lintang
 Yang jarak tolak-tolakan
 Yang pendek tinjau meninjau
 Yang kurap mengekor angin..

28
 Mementingkan Nilai Adat.

 Sebagai masyarakat yang mementingkan nilai-nilai adat,


sering ditekankan apa juga yang dilakukan dalam
kehidupan sehari-hari mereka, hendaklah mengikut adat
atau kebiasaan yang baik.
 Adat di sini termasuk akur atau mematuhi segala
peraturan atau norma yg ditetapkan oleh masyarakat, di
samping mengamalkan adat istiadat yang terdapat dalam
masyarakat tersebut.

29
 Contoh dalam perumpamaan dan pantun:

 Biar mati anak, jangan mati adat (perumpamaan)

 Apa dipikat burung dekut


 Kerana sudah patah kaki
 Adat orang hendak diikut
 Kalau tidak malulah diri. (pantun).

30
Rumusan
 Berdasarkan contoh dan perbincangan di atas, dapat
dirumuskan bahawa hasil karya sastera yang bercorak non-
naratif telah memcerminkan berbagai-bagai bentuk nilai,
world-view, adat, kepercayaan, dan pola pemikiran
masyarakat Melayu lama.
 Penelitian terhadap setiap paparan tersebut juga dapat
menunjukkan dan membuktikan bahawa masyarakat
tersebut sudah pun memiliki suatu tahap pemikiran tinggi,
cara hidup dan nilai-nilai kekreatifan serta peradaban yang
tinggi.
 Justeru, adalah amat wajar karya sastera Melayu (tradisional
khususnya) sebagai bahan dokumentasi untuk digali, dinilai
dan ditelusuri setiap aspek penciptaannya bagi memahami
nilai-nilai masyarakat Melayu tradisional serta
peradabannya. 31
Rujukan
 Ismail Hamid, 1986. Sastera Rakyat: Suatu Warisan.
Petaling Jaya:Fajar Bakti.

 Mohd.Taib Osman, 1974. Kesusasteraan Melayu Lama.


Kuala Lumpur: Oxford University Press.

 Harun Mat Piah,1999. Puisi Melayu Tradisional:satu


pembicaraan genre dan fungsi. Kuala Lumpur: Dewan
Bhasa dan Pustaka.

 R.O.Winstedt, 1969. A History of Classical Malay Literature.


Kuala Lumpur: Oxford University Press.
32

Anda mungkin juga menyukai