Anda di halaman 1dari 24

BAHASA MELAYU

KERTAS 2

BAHAGIAN C

(RUMUSAN)
Markah = 30 markah
Bahan yang disediakan dua atau lebih Lubuk
Pendahuluan: 2 markah
(Petikan, grafik, puisi, prosa) Markah
Isi : 16 markah (8 isi)
(Tema sama)
Kesimpulan: 2 markah
Bahasa: 10 markah
8 isi lengkap WAJIB diambil
Tema dan kata kunci daripada semua bahan dan
RUMUSAN menyentuh setiap fokus
tidak dinyatakan dalam
arahan soalan

Jumlah patah
Jumlah perenggan: Jawapan dalam perkataan=
Bergantung kepada bentuk esei tidak boleh lebih 120
jumlah fokus
Masa Menjawab
= 45 minit
1. Baca arahan soalan dengan teliti.
TIP
MENGANALISIS
SOALAN 2. Baca semua bahan yang disediakan.
RUMUSAN .
3. Kenal pasti tema dan kata kunci / fokus yang
terdapat dalam semua bahan. (Bulat/garis/label/tanda)
.

4. Garisi dan labelkan semua isi dalam setiap fokus

5. Ambil isi sahaja, jangan ambil huraian atau contoh.


KATA KUNCI + TEMA = FOKUS 6. Pilih 8 isi sahaja (sentuh setiap fokus dalam semua
Contoh: bahan) . Contoh:
P1 –Pendahuluan
Bahan 1 – Fokus 1: 6 isi ( ambil 3 isi) P2 – Fokus 1
Langkah mengatasi Bahan 1 – Fokus 2: 4 isi ( ambil 3 isi) P3 – Fokus 2
pencemaran alam sekitar P4 – Fokus 3
Bahan 2 – Fokus 3: 3 isi (ambil 2 isi) P5 - Kesimpulan
CONTOH KATA KUNCI/FOKUS RUMUSAN
BIL KATA KUNCI
1 Kesan/akibat/impak/impaklikasi
2 Faktor/sebab/punca/elemen TEKNIK MENGINGAT
3 Cara/langkah/kaedah/usaha/strategi
KFC ada keburukan dan
4 Kelebihan/kepentingan/kebaikan/faedah/manfaat kebaikan
5 Keburukan/kekangan/kekurangan/masalah/cabaran
3P ialah ciri atau tanda
6 Peranan/ fungsi/tanggungjawab/tugas matlamat tercapai
7 Persediaan/persiapan/perlengkapan
8 Pengorbanan/sumbangan/jasa

9. Tanda-tanda/gejala-gejala
10. Ciri/ kriteria/sifar
11. Matlamat/hala tuju/objektif

KATA KUNCI + TEMA = FOKUS


Contoh: Langkah mengatasi pencemaran alam sekitar
Mari analisis kata kunci ayat di bawah
1. Pengambilan tembakau atau merokok juga menjadi antara penyumbang utama kepada
berlakunya kanser khususnya kanser paru-paru. (faktor penyakit kanser)
2. Orang ramai pula harus melakukan ujian saringan dan dinasihatkan supaya mengenali
tanda dan gejala awal kanser. (Langkah mengatasi penyakit kanser)
3. Melalui telefon pintar juga, terdapat pihak-pihak tertentu yang menyebarkan maklumat
yang belum tentu kesahihannya secara sewenang-wenang. (Kesan penggunaan telefon
pintar)
4. Selain itu, program sambutan bulan kemerdekaan perlu dijalankan untuk
menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja. (Langkah—langkah
memupuk semangat patriotisme)
5. Kaunselor juga dapat membantu murid mengesan dan mengembangkan bakat dan
minatnya. (Peranan kaunselor)
6. Penyakit COVID-19 ini boleh merebak melalui udara atau apabila titisan cecair daripada
pesakit mencemari benda-benda di sekelilingnya. (cara penyebaran COVID-19)
7. Kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang bagi melarang orang ramai
menghisap rokok ditempat-tempat awam dan di premis-premis kerajaan. (Langkah-
langkah untuk melarang orang ramai menghisap rokok)
1. CARA MEMULAKAN PENDAHULUAN (2 FOKUS)
CARA MENULIS Rumusan membincangkan _[FOKUS 1]_ dan _[FOKUS 2]_ .
PENDAHULUA
N
Contoh:

Rumusan membincangkan punca pencemaran alam sekitar dan langkah-


langkah untuk mengatasinya.

2. CARA MEMULAKAN PENDAHULUAN (3 FOKUS)

Rumusan membincangkan _[FOKUS 1]_ dan _[FOKUS 2]_ serta _[FOKUS


3].

Contoh:

Rumusan membincangkan punca dan kesan pencemaran alam sekitar


serta langkah-langkah untuk mengatasinya.
CONTOH MENULIS ISI 3 FOKUS
Punca-punca pencemaran alam sekitar (fokus 1) ialah ____
CARA MENULIS (isi1) __ dan ____ (isi2) ____. Selain itu, ___ (isi 3) ____ .
ISI

Kesan pencemaran alam sekitar (fokus 2) ialah ___(isi 4) ____. Di


samping itu, ___ (isi 5) _____ dan ___(isi6)__.  

Langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar


(fokus 3) ialah ____ (isi 7) _____dan ____ (isi 8) ____.

Nota penting!
 Pastikan setiap kali memulakan perenggan baharu, anda perlu langkau 2/3 baris.
 Tujuannya adalah supaya ada ruang untuk menambah isi/ menulis isi baharu
sekiranya ada kesilapan.
 Pastikan setiap setiap ayat ada subjek dan predikat.
KESIMPULAN
1. Kesimpulan yang dibuat perlulah berdasarkan kepada tema bahan,
CARA MENULIS
KESIMPULAN cadangan dan kesan dalam satu ayat.
2. Mulakan ayat dengan
 penanda wacana kesimpulannya
 masukkan tema bahan,
 tambah kata hubung ( SABU – Supaya/agar/bagi/untuk)
 Nyatakan kesan/harapan daripada cadangan
Contoh:
Kesimpulannya, masalah pencemaran alam sekitar (tema) perlulah
ditangani segera supaya generasi akan datang dapat menikmatinya
(kesan/harapan).
Format lama:
Kesimpulannya, semua pihak (sasaran) haruslah bekerjasama mengatasi (cadangan)
masalah pencemaran alam sekitar (tema) agar generasi akan datang dapat
menikmatinya (kesan/harapan).
CONTOH JAWAPAN LENGKAP
Rumusan membincangkan punca-punca dan kesan-kesan pencemaran alam sekitar serta
langkah-langkah untuk mengatasinya. (11)
Punca-punca pencemaran alam sekitar adalah disebabkan pembuangan sisa industri dan
pertanian yang tidak terkawal dan pembakaran terbuka. Selain itu, masalah ini juga berpunca
daripada sikap tidak bertanggungjawab individu dan organisasi terhadap alam sekitar. (29)
Antara kesan pencemaran alam sekitar ialah menjejaskan kesihatan manusia dan hidupan
di bumi dan menyebabkan penipisan lapisan ozon. Di samping itu, pencemaran alam sekitar juga
menyebabkan kesan rumah hijau dan pemanasan global. (28)
Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini ialah pihak kerajaan atau swasta perlu
mengadakan Program Kitar Semula dan mengetatkan undang-undang berkaitan pencemaran
alam sekitar. (19)
Kesimpulannya, masalah pencemaran alam sekitar haruslah diatasi segera supaya generasi
akan datang dapat menikmatinya. (13) P= 2
I=16 perkataan
100 patah
K=2
MARKAH 20
B=10
30/30
 Antara frasa yang dikira sebagai satu perkataan ialah:
i. Kata nama khas = cth: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)/ Aysah Binti Jaafar
ii. Kata Ganda = cth: langkah-langkah/ tolong-menolong/ makan-makan
iii. Kata majmuk = cth: terima kasih/rumah tangga/ makan angin/ mata pelajaran
iv. Kata sendi nama (di & ke) = Cth: ke sekolah/ di rumah/ di sana/ ke hospital
v. Peribahasa = Cth: bagai aur dengan tebing/ mulut murai Jangan letak peribahasa dalam rumusan

vi. Penanda wacana = Cth: Selain itu/ sejak akhir-akhir ini/ Hal ini berlaku kerana
CONTOH ANALISIS SOALAN & BAHAN
atau bahan.

TEMA – Perkara yang sering disebut dalam


Bahan 1 – Petikan petikan

Patriotisme pada umumnya dikaitkan dengan semangat kecintaan dan pengorbanan yang kuat untuk negara.
Semangat cinta akan negara ini perlu disemai dan dipupuk dalam kalangan remaja kerana semangat ini tidak
hadir sendiri tanpa memahami sejarah negara secara jelas. Sejak akhir-akhir ini, semangat patriotisme
dikatakan semakin menipis dalam diri remaja kerana generasi pascamerdeka itu tidak pernah merasai jerih
perih seperti yang dialami pejuang kemerdekaan tanah air suatu ketika dahulu.L1Mereka juga berasa selesa
dengan kehidupan hari ini. Sehubungan dengan itu, semangat patriotisme mesti disemai melalui sistem
pendidikan khususnya dalam mata pelajaran Sejarah, bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Pada masa
yang sama,
L2 penerapan elemen sejarah melalui mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu, Kajian Tempatan
dan Kesusasteraan Melayu turut dapat menyemai semangat patriotisme.
FOKUS 1- Langkah-langkah
CONTOH ANALISIS SOALAN & BAHAN

L3
Untuk membina semangat patriotisme dan rasa cinta remaja terhadap negara, pelbagai aktiviti
menarik boleh dilaksanakan melalui aktiviti kokurikulum di sekolah seperti Persatuan Sejarah, Kelab Rukun
L4
Negara dan Kelab Setia. Di samping itu, kempen sayangi negara hendaklah diadakan secara berterusan.
L5 Media elektronik seperti televisyen dan radio perlu menyiarkan dokumentari tentang pejuang kemerdekaan
L6
dan menayangkan filem-filem yang berkaitan dengan peristiwa bersejarah negara kita. Selain itu, program
sambutan bulan kemerdekaan perlu dijalankan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam
kalangan remaja.
CONTOH ANALISIS SOALAN & BAHAN
L7
Dalam memupuk semangat patriotisme, ibu bapa turut memainkan peranan penting dengan menunjukkan
teladan kepada anak-anak. Misalnya, ibu bapa bersama anak-anak mengibarkan Jalur Gemilang atau
L8
melawat tempat-tempat bersejarah tanah air. Para remaja juga perlu dididik dan diterapkan konsep
berpegang pada prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara yang terdapat dalam Rukun Negara. Penerapan
terhadap prinsip ini diharap dapat melahirkan remaja yang bersemangat patriotisme dalam meniti arus
globalisasi. Oleh itu, setiap rakyat negara ini perlu mempunyai semangat patriotisme dalam
mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara tercinta.

TEMA
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Memupuk Semangat Patriotisme melalui Sejarah’
oleh Azam Rahman Dewan Siswa, Ogos 2014
CONTOH ANALISIS SOALAN & BAHAN
FOKUS 2- Cabaran
BAHAN 2 - GRAFIK

Memupuk Semangat Patriotisme: Mudah atau Sukar?

C1

C2

C3

C4
JAWAPAN
Rumusan membincangkan langkah-langkah memupuk semangat patriotisme dan punca-punca kurangnya
semangat patriotisme dalam kalangan remaja di negara kita. (16)

Langkah-langkah memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja adalah melalui sistem
pendidikan khususnya dalam mata pelajaran Sejarah dan menerapkan elemen sejarah melalui mata
pelajaran lain. Selain itu, Kempen Sayangi Negara juga hendaklah diadakan secara berterusan. Di samping
itu, dalam memupuk semangat patriotisme, ibu bapa turut memainkan peranan penting dengan
menunjukkan teladan kepada anak-anak. (45)

Salah satu cabaran dalam memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja adalah didorong
oleh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Di samping itu, remaja juga kurang melibatkan diri
dalam aktiviti kemasyarakatan. Selain itu, pengaruh budaya luar yang bertentangan dengan budaya rakyat
Malaysia dan nilai-nilai kemanusiaan dalam kalangan masyarakat yang kian luntur. (45)

Kesimpulannya, semangat patriotisme perlulah dipupuk dalam kalangan masyarakat supaya


kedaulatan negara tetap terpelihara. (13)

(119 patah perkataan)


AKTIVITI 1 – CUBA JAYA MENGANALISIS BAHAN

KUMPULAN/PASANGAN 1
BAHAN 1
Perenggan 1
Hari Kanser Sedunia disambut di seluruh dunia pada 4 Februari dengan tujuan
mengajak orang ramai untuk menyokong dan sama-sama mengambil bahagian
dalam usaha mencegah dan mengawal penyakit kanser. Kanser merupakan satu
daripada penyakit kronik yang ditakuti kerana memberi impak negatif kepada
pesakit, keluarga dan negara. Secara amnya, faktor-faktor kanser adalah serupa
dengan faktor penyakit kronik. yang lain.
KUMPULAN/PASANGAN 2
Perenggan 2
Kanser dikatakan berpunca daripada amalan pemakanan yang kurang sihat,
iaitu kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam masa yang
sama, banyak juga kes kanser dikesan dalam kalangan mereka yang mempunyai
berat badan berlebihan. Pengambilan tembakau atau merokok juga menjadi
antara penyumbang utama kepada berlakunya kanser khususnya kanser paru-
paru. Kurang melakukan aktiviti fizikal seperti berjoging, mendaki, dan bersukan
akibat sibuk dengan kerjaya turut menyumbang kepada peningkatan kes kanser
di Malaysia. Kanser juga boleh berlaku disebabkan oleh pengambilan alkohol
yang melampau..
KUMPULAN/PASANGAN 3
Perenggan 3
Sebagai langkah pencegahan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
sentiasa komited dalam menggalakkan orang ramai supaya mengamalkan gaya
hidup sihat. Di samping itu, KKM juga menyediakan perkhidmatan immunisasi
Human Papilloma Virus (HPV) untuk murid perempuan di tingkatan satu bagi
mencegah kanser serviks dan immunisasi Hepatitis B kepada bayi bagi mencegah
kanser hati. Orang ramai pula harus melakukan ujian saringan dan dinasihatkan
supaya mengenali tanda dan gejala awal kanser. Hal ini perlu demikian kerana
pengesanan awal dan rawatan yang cepat serta berkesan amat perlu untuk
memberi peluang yang baik kepada pesakit untuk sembuh.
KUMPULAN/PASANGAN 4
Perenggan 4

Walau bagaimanapun, peratus keseluruhan kes kanser yang dikesan lewat


(tahap III dan IV) meningkat dari 58.7% pada 2001-2011 kepada 63.7% pada 2012-
2016. Situasi ini adalah membimbangkan dan perlu diberi perhatian sewajarnya.
Dalam hal ini, KKM menyediakan perkhidmatan saringan kanser payudara,
kolorektal, serviks dan mulut di seluruh negara secara percuma. Selari dengan
tema sambutan Hari Kanser Sedunia tahun ini “Saya Akan dan Saya Boleh” (I Am
and I Will), semua individu perlu memainkan peranan masing-masing dalam
mencegah dan mengawal kanser di negara ini kerana pencegahan dan
pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.
KUMPULAN/PASANGAN 5
BAHAN 2 - GRAFIK
FOKUS 3- Tanda-
tanda/simptom
CONTOH JAWAPAN

Rumusan membincangkan faktor-faktor dan langkah-langkah pencegahan kanser serta tanda-tanda


seseorang menghidap kanser. (12)

Faktor-faktor kanser dikatakan berpunca daripada amalan pemakanan yang kurang sihat dan
mempunyai berat badan berlebihan. Selain itu, pengambilan tembakau atau merokok juga menjadi antara
penyumbang utama kepada berlakunya kanser. Seterusnya, kurang melakukan aktiviti fizikal dan
pengambilan alkohol yang melampau juga penyebab kanser. (40)

Antara langkah pencegahan kanser ialah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa komited
dalam menggalakkan orang ramai supaya mengamalkan gaya hidup sihat. Di samping itu, KKM juga
menyediakan perkhidmatan immunisasi Human Papilloma Virus (HPV) untuk murid perempuan di tingkatan
satu dan immunisasi Hepatitis B kepada bayi. Selain itu, KKM juga menyediakan perkhidmatan saringan
kanser payudara, kolorektal, serviks dan mulut di seluruh negara. (49)

Antara tanda seseorang menghidap kanser ialah perubahan pada pola membuang air besar, benjolan
pada payudara dan sakit atau ketidakselesaan pada perut secara berterusan. (23)

Kesimpulannya, pencegahan kanser perlu dilakukan lebih awal oleh setiap individu agar rawatan
dapat diberikan dengan segera. (16)

(117 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai