Anda di halaman 1dari 38

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM

KONSEP EKONOMI ISLAM


CTU 241: M3

CTU241
TOPIK
 Pendahuluan

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


 Prinsip Ekonomi Islam
 Etika Ekonomi Islam
 Matlamat Ekonomi Islam
 Ciri-ciri Keistimewaan Ekonomi Islam

 Hasil pembelajaran topik ini ialah pelajar dapat


menghuraikan prinsip dan etika ekonomi Islam.

2
Pendahuluan
• Abad 20 adalah zaman kebangkitan semula sistem ekonomi Islam

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


kerana terdapat peningkatan usaha untuk mengembalikan
keunggulannya di samping penerimaan masyarakat.
• Dalam keghairahan umat Islam menonjolkan keistimewaan sistem
ekonomi Islam, mereka mungkin terpedaya dengan usaha
menyepadukan @ mengintegrasikan ekonomi Islam dengan
ekonomi asing (kapitalis, sosialis @ campuran) yang akhirnya dinilai
oleh masyarakat adalah sama dengan sistem ekonomi tersebut.
• Oleh itu, untuk mengelakkan masalah tersebut, umat Islam amnya
dan para sarjana ekonomi khususnya mesti memahami kedudukan
ekonomi dalam ajaran Islam dan konsep ekonomi Islam dengan
betul dan seterusnya mampu menggunanya untuk membentuk
teori2 ekonomi Islam yang tersendiri tanpa bergantung kepada
pemikiran asing/barat. 3
BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM
4
Prinsip Ekonomi Islam
1) Kebebasan Ekonomi Yang
Berpanduan
 Bebas menjalankan aktiviti ekonomi demi memperoleh

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


manfaat ibadat dan jihad.
 Memberi motivasi untuk berlumba-lumba mengumpul
keperluan sebanyak mungkin mengikut kemampuan masing-
masing.
 Berpanduan – kebebasan dengan mengambilkira asas ajaran
Islam.
 Tujuan ;
- mengelakkan individu dari melakukan kezaliman.
- menggalakkan individu bekerja keras

5
Kebebasan Ekonomi Berpanduan

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


6
2) Hak Milik

 Allah adalah pemilik mutlak.

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


“KepunyaanNyalah semua di langit, semua di bumi, semua di
antara kedua-duanya dan semua yang di bawah tanah.”
Surah Taha : 6

 Pemilikan oleh manusia adalah kurniaan Allah dan


sementara mengikut peraturan, hukum dan kaedah yang
ditentukan Allah.
 2 jenis hak milik;
- Hak milik peribadi
- Hak milik awam 7
Hak Milik Peribadi

Cara mengurus ;

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


Harta diperolehi secara halal
Mengeluarkan zakat,
membayar cukai dan
menyumbangkan harta
Melipat gandakan usaha
untuk mengembangkan harta
dengan cara yang diharuskan
syarak

8
Hak Milik Awam
Antara sumber ekonomi hak

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


milik awam;
Tanah simpanan yang
dikhaskan untuk orang ramai.
Ladang tidak
bertuan/ditinggalkan sama
ada kerana peperangan atau
tuannya mati.
Bahan galian yang terdapat
di dalam sesebuah negara.

9
3) Keadilan Sosial
 Keadilan antara tujuan

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


utama perutusan nabi
dan rasul.
 Aspek ekonomi, keadilan
mestilah diwujudkan
dalam pengeluaran,
penggunaan dan
pengagihan.
 Ketidakadilan berlaku
apabila unit-unit ekonomi
melakukan tindakan-
tindakan melampaui
batas. 10
4) Campurtangan Pemerintah
 Tujuan - melindungi dan

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


menjamin kestabilan dan
keadilan sosial.
 Tanggungjawab ekonomi
pemerintah ialah :
i. Menyediakan jaminan sosial
ii. Mengagihkan harta dan
kekayaan dengan saksama
iii. Memberi hak dan peluang
yang saksama dalam
ekonomi.
iv. Mengawas pasaran
v. Melaksanakan polisi kerja
dan upah. 11
BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM
13
Etika Ekonomi Islam
a) Tauhid (Unity)
 Kepercayaan dan kepatuhan manusia terhadap Allah

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


membentuk gelagat dalam aktiviti ekonomi.
 Kesannya:
i. Meletakkan Allah sebagai Pentadbir dan tempat
tumpuan hidup.
ii. Mentaati segala perintah Allah tanpa ragu-ragu.
iii. Melaksana prinsip al-amru bil-ma’ruf dan nahyu
`anil-munkar.
iv. Melaksana amanah kepada Allah, rasul dan manusia.
v. Konsep pemilikan sebenar milik siapa

14
b) Adil (Equalibrium)
 Setiap kegiatan

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


pengeluaran, penggunaan
dan pengagihan selari dan
menepati aqidah, syariat
dan akhlak Islam.
 Kegiatan yang melanggar
asas ajaran Islam adalah
zalim dan mendapat
kemurkaan Allah.

15
c) Kebebasan kehendak (Free will)
 Konsep kebebasan??

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


 Hak kebebasan bukanlah suatu
yang mutlak – sebaliknya mestilah
berada dalam lingkungan ajaran
Islam.
 Kebebasan dinikmati berdasarkan
kemampuan masing-masing.
 Hasilnya wujud perbezaan aspek
usaha dan habuan.
 **konsep kebebasan bagi polis??

16
d) Bertanggungjawab (responsibility)

 Beriringan dengan  Kesan ;

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


kebebasan kehendak.  Dapat mengelakkan
 Bertanggungjawab ; isu-isu semasa ketika
 Manusia memikirkan ekonomi seperti
kesan perbuatan pencemaran alam dan
 Garispanduan penindasan.
melaksanakan aktiviti  Dapat memupuk
pengeluaran, amalan positif seperti
penggunaan dan bekerjasama dan adil.
pengagihan.

17
• Ekonomi Greece: (merebak ke  Itali, Sepanyol dan Portugal  )
• Pengangguran, inflasi, rasuah, krisis hutang Greece, kehadiran 
IMF, tindakan potongan kebajikan
• Hutang : 181% ($$400,000,000,000,000), enggan melabur
• Telah dibiayai oleh bank-bank Perancis, United Kingdom, Amerika
Syarikat (AS), Jerman dan bank-bank tempatannya sendiri melalui
terbitan (penjualan) bon kerajaan Greece.
BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM
19
Matlamat Ekonomi Islam
Matlamat Unggul
o Matlamat unggul ekonomi Islam adalah sama dengan

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


matlamat Islam sebagi satu cara hidup iaitu al-falah.
o Al-falah adalah kejayaan dan kesejahteraan hidup di dunia
dan di akhirat berdasarkan ketaatan dan pengabdian diri
kepada Allah secara ikhlas.
o Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 201 yang
bermaksud :

“Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat”


o Dalam konteks ekonomi, matlamat khusus iaitu
kesejahteraan ekonomi dan sosial diperlukan sebagai
pengantara untuk memastikan pencapaian matlamat unggul 20
• MATLAMAT KESEJAHTERAAN
EKONOMI DAN SOSIAL
a) Menyediakan Keperluan Asas
• Lima keperluan utama hidup manusia adalah akidah, akal,

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


nyawa, kehormatan dan harta. Ia dikategorikan sebagai indeks
menunjukkan tahap kesejahteraan sesebuah masyarakat.
• Keperluan utama ini dapat dipelihara melalui penawaran dan
penyediaan pelbagai keperluan asas seperti makanan,
pakaian, perlindungan, pendidikan dan kesihatan.
• Keperluan tersebut mestilah mencukupi, mengikut keperluan
semasa dan keutamaan serta berkualiti tetapi pada harga
yang berpatutan (mampu milik).
• Matlamat ini dapat menghindarkan kesesatan akidah,
keruntuhan akhlak, kelaparan, kemiskinan dan ketakutan. Ia
membantu meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T dan
seterusnya melahirkan jiwa yang senang dan tenteram.
22
b) Mengguna Dan Memperuntukan
Sumber Dengan Optima
• Kesejahteraan ekonomi dalam menyediakan keperluan asas

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


melibatkan aktiviti pengeluaran yang berkait rapat dengan
strategi mengguna dan memperuntukan sumber.
• Aktiviti tersebut merupakan amanah yang diberi oleh Allah
kepada manusia, firmanNya;

“Dan Dia telah menjadikan berguna bagi kamu apa yg


ada di langit dan di bumi”. (al-Jathiyah : 13)
• Ekonomi Islam menekankan konsep ini untuk meningkatkan
daya kecekapan, keberkesanan dan ketahanan supaya sumber
yang dianugerahkan oleh Allah mencukupi untuk 23
menyediakan keperluan manusia.
c) Mengagih Harta, Kekayaan,
Pendapatan Dan Pembangunan Dengan
Saksama
• Saksama merujuk kepada adil dan ihsan.

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


• Adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya manakala
ihsan pula adalah belas kasihan/berbuat baik.
• Firman Allah S.W.T surah al-Dzariyat ayat 19;
“Dan dalam harta mereka ada hak untuk orang yang
meminta dan orang miskin yang tidak mahu meminta”.
• Ayat ini menjelaskan bahawa Islam telah melaksanakan
prinsip adil dan ihsan dengan mengiktiraf hak milik individu
tetapi mengutamakan pemilikan masyarakat khususnya hak
golongan yang memerlukan.
• Saksama dilakukan supaya kekayaan tidak berada di tangan
segelintir masyarakat sahaja seperti firman Allah dlm surah al-
Hasyr ayat 7;
“…(ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak
hanya beredar di antara orang-orang kaya di kalangan 24
kamu…”
d) Mewujud Dan Menggalakkan
Persaingan Yang Sihat
• Merujuk kepada setiap individu mahukan kejayaan dan pada

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


masa yang sama akan memastikan masyarakat sekelilingnya
juga berjaya.
• Ia berdasarkan konsep persaudaraan, kerjasama dan
kesaksamaan tanpa mengira bangsa, warna kulit dan darjat.
• Dapat menghindarkan berbagai aktiviti negatif yang boleh
menyemarakkan api permusuhan dan pemberontakkan di
antara unit-unit ekonomi.
• Dapat mewujudkan hubungan yang baik di kalangan pekerja
dan antara para pekerja dengan majikan, di kalangan
pengeluar dan antara pengeluar dgn pengguna, antara pihak
swasta dengan kerajaan, serta antara negara-negara Islam.
• Dapat melahirkan tenaga pekerja yang produktif dan
berkualiti, pengeluaran yang optima, serta pembangunan
yang seimbang dan saksama. 25
e) Menyediakan Perkhidmatan Dan
Kebajikan Sosial
• Setiap yang diusahakan oleh individu adalah untuk kebaikan

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


dirinya, tanggungannya dan masyarakat.
• Individu mestilah memberi keutamaan kepada perkhidmatan
dan kebajikan sosial untuk kebaikan masyarakat jika berlaku
pertembungan antara kepentingan diri dan masyarakat.
• Matlamat ini dapat memastikan sekurang-kurangnya semua
lapisan masyarakat berada di atas paras dharuriyyah dan
akhirnya membantu kerajaan membasmi masalah kemiskinan
tegar.
• Jika usaha ini berterusan kerajaan akan mampu meningkatkan
taraf hidup majoriti masyarakat ke tahap hajiyyah dan
seterusnya bersesuaian dengan tahap pembangunan semasa.

26
f) Membebaskan Diri Dari
Bergantung Kepada Orang Lain
Pembebasan diri dibincangkan dalam 2 aspek :

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


1) Pembebasan diri umat Islam dalam masyarakat Islam
itu sendiri.
- Umat Islam tidak boleh mengharapkan bantuan orang
lain sehingga akhir hayat
- Rasulullah s.a.w. bersabda :
“ Jika seseorang daripada kamu mengambil seutas tali
dan membawa pulang seberkas kayu api di atas bahunya
dan menjualkannya (untuk mendapatkan
penghidupannya, itu lebih baik baginya daripada
meminta-minta” (Riwayat Bukhari)
27
samb …

2) Pembebasan diri dari musuh Islam

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


- Islam mewajibkan umat Islam membebaskan diri dari
bergantung kepada musuh Islam dalam pelbagai
aspek keperluan kehidupan sama ada pengeluaran
barangan @ perkhidmatan sepertt makanan, minuman,
ubat-ubatan, insurans perlindungan, perbankan,
pendidikan serta melarang dari bersubahat dengan
mereka dalam menghancurkan Islam.
- Firman Allah dalam surah al-Mumtahanah ayat 191,
maksudnya :
“Wahai orang-orang yg beriman janganlah kamu
mengambil musuhku dan musuh kamu menjadi 28
teman rapat.”
• Ekonomi pakistan.
• Masalah : kemiskinan, hutang IMF $6.7b
• Kesan: jual ginjal dgn harga US$ 2.500 , ayah membunuh anak
Ciri Keistimewaan Ekonomi Islam

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


30
a) Ekonomi Ketuhanan (Rabbani)
 Berdasarkan kepada cara-

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


cara yang telah digariskan
oleh Islam dan bertujuan
mendapatkan keredhaan
Allah.
 Aktiviti pengeluaran,
penggunaan, pengagihan
dan pengedaran adalah
berdasarkan dan
bermatlamatkan
ketuhanan.
 Membentuk beberapa
pemikiran ekonomi Islam. 31
b) Ekonomi Yang Berakhlak
(Akhlaqiah)
 Akhlak mahmudah adalah

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


antara matlamat risalah
Islam.
 Kesepaduan akhlak dengan
ekonomi dalam Islam
diakui oleh beberapa
sarjana barat. Antaranya
Prancis Jacque Ostorois.

32
c) Ekonomi Yang Manusiawi (Insaniah)

 Bertujuan membantu

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


manusia memenuhi hajat
dan keperluan dalam
kehidupan supaya
menjalankan kewajipan
terhadap Allah, diri,
keluarga, masyarakat dan
negara.
 Sifat manusia dalam
ekonomi Islam ialah
memuliakan manusia dan
membantu golongan yang
tidak bernasib baik. 33
d) Ekonomi Yang Seimbang (Wasatiah)

 Nadi kepada sistem

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


ekonomi Islam.
 Meliputi dunia dan akhirat,
rohani dan jasmani,
spiritual dan material.
 Dunia sebagai alat
mencapai kebahagiaan
akhirat.

34
• Sistem mata wang dunia…
• Adil atau tidak??

• -sistem Bretton Woods


• -menggantikan emas dengan not
• Masalah ekonomi Malaysia???

• 1. Hutang (nilai?)
• 2. Pengangguran
• 3. Inflasi
• 4. Kemiskinan
Soalan Perbincangan…
 Bincangkan 4 matlamat ekonomi Islam.

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


 Bincangkan 4 prinsip ekonomi Islam.
 Huraikan pengertian ekonomi berpanduan.
 Huraikan 4 ciri-ciri ekonomi Islam.

37
Topik seterusnya…
 Methodologi dan sumber pengkajian ekonomi Islam

BAB 2 : KONSEP EKONOMI ISLAM


38

Anda mungkin juga menyukai