Anda di halaman 1dari 29

LUKISAN TEKNIK DAN BANGUNAN

03.03- INTERPRET BUILDING PLAN

• Elevation Plan ( Pelan Tegak )


• Plan ( Pelan )
• Section plan ( Pelan keratan )
• Site Plan ( Pelan Tapak bina )
• Dimensioning of drawing ( cara-caranya)
• Mengenal penentuan (specification) dan kaitannya dengan lukisan
PELAN TEGAK (ELEVATION PLAN)

• Disetiap lukisan pelan, kita pasti terdapat sesuatu bangunan itu diberikan
rupabentuknya dari pandangan hadapan atau pelan tegak ( elevation )

• Pelan tegak ini adalah untuk menunjukkan secara keseluruhan


bagaimana rupanya bangunan itu dipandang dengan mata kasar

• Pelan tegak ini hanya memberikan gambaran di luar bangunan itu, atau
ianya hanya apa yang akan benar-benar kita lihat ditengok dari luar.

• Rupabentuk disebelah dalam atau dibelakangnya pastilah tidak dapat


dilihat kiranya pelan tegak ini diberikan.

• Pelan tegak selalunya diberikan dalam bentuk:-


1. Pandangan dari hadapan
2. Pandangan dari belakang
3. Pandangan dari tepi
PELAN (PLAN)

• Melalui pelan tegak, kita cuma diberi gambaran keseluruhan dari luar
bangunan sahaja,

• Untuk mengetahui pula rupabentuk didalamnya, kenalah dibuat pelan


agar itu keadaan didalamnya dapat dilihat.

• Pelan lukisan bolehlah dikatakan seolah-olah bangunan itu dikerat


ditengahnya dan dilihat dari atas.

• Tiap-tiap lukisan perlulah ada pelan untuk mengetahui keadaan didalam


bangunan itu serta susunannya
KEGUNAAN LUKISAN PELAN
• Memberi kedudukan sebenarnya bilik dan pecahan bahagian (partition)

• Dapat memberi keterangan kemasan lantai (Floor Finishes)

• Memberi kedudukan kelengkapanpertukangan tanggam (Joining Fittings)


seperti wardrobe, gerobok ( cabinet ) almari atau gerobok dapur dan lain-lain.

• Menunjukkan tempat dan jenis kelengkapan kebersihan (sanitary Fittings)


seperti besin cuci, besin keluli di dapur, tandas cangkung, tandas berkaki,
tempat buang air kecil, besin mandi dan lain-lain.

• Menunjukkan susunan kelengkapan elektrik (Electrical layout) seperti suis,


plug, lampu siling, kipas siling dan lain-lain.

• Dapat menunjukkan susunan dan arah perjalanan tali air najis (Drains Layout),
lurang (manhole) dan tangki najis (septic tank) beserta dengan jenis-jenis dan
saiz paip yang patut digunakan.
PELAN KERATAN (SECTION PLAN)

• Lukisan keratan adalah merupakan lukisan yang menerangkan butir-butir pada


tempat ianya dikeratkan dengan menggunakan simbol garisan keratan (section
line).

• Tanpa lukisan section ini, tak mungkin kita mengetahui butir-butir lanjut tentang
keadaan bangunan itu. Katakan kita ingin mengetahui rupabentuk di sebelah
dalam buah limau, yang perlu kita buat ialah keratkan dua, akan kelihatanlah isi
didalamnya. Begitu juga lukisan section ini umpamanya.

• Didalam lukisan pelan, banyak terdapat lukisan section ini untuk melihatkan
butir-butir bangunan itu. Seperti yang telah dinyatakan dahulu, lukisan section
ini dapat menunjukkan butir-butir yang terdapat di garisan keratan itu dipotong,
dan apa yang akan dapat dilihat dihadapannya.

• Biasanya, lukisan section ini adalah seperti lukisan tegak, cuma bezanya ia
mempunyai butir-butir yang dipotong. Contoh yang dapat kita lihat seperti
didalam rajah tersebut dan juga section untuk pintu dalam rajah (ii)
LUKISAN BUTIRAN (DETAIL DRAWING)

• Lukisan butir-butir ini pula dapat menampakkan lagi sesuatu butir-butir


lukisan itu dengan jelas.

• Melalui pelan dan lukisan bahagian-bahagian bangunan yang


tersembunyi atau kecil ukurannya, lukisan detail adalah diberikan.

• Lukisan detail ini selalunya mempunyai sekil yang terbesar untuk


membesarkan butir-butir itu agar jelas dilihat.

• Contoh yang dapat dilihat untuk lukisan detail ini ialah seperti dalam
rajah (ii) dimana butir-butir bingkai pintu sebelah atasnya diperbesarkan
lagi supaya jelas kelihatan dan ditunjukkan dalam Detail E.
PELAN TAPAK (SITE PLAN)

• Tiap-tiap sesuatu projek atau cadangan untuk membina


bangunan, pelan tapakbina mestilah ada untuk kedudukan
keseluruhan bangunan itu dipandang dari atas.

• Melalui pelan tapakbina inilah dapat diketahui kedudukan


bangunan itu dimana tempatnya, luas tapakbina, struktur tanah
sekelilingnya dan kerja-kerja luar (External Works) Rajah (i)

• Pelan tapakbina ini selalunya mempunyai ukuran sekil 1 inci


bersamaan 1 rantai. Melalui sekil ini tidak banyak yang dapat
dilihat kecuali bentuk pelan bangunan itudan perkara-perkara
lain seperti yang diterangkan dibawah ini: -
PELAN TAPAK
• Perkara-perkara yang lazim terdapat dalam pelan tapak bina:

• Kedudukan tapakbina (site location) – nama jalan tapak-bina itu terletak, bangunan-bangunan
sekelilingnya yang sedia ada (existing) jika terdapat.

• Pelan bangunan yang dicadangkan.

• Contour line atau spot height – penerangan ini adalah untuk kegunaan meratakan tanah (oversite
leveling)

• Susunan dan perjalan paip tali air najis (drain layout) “manhole” (lurang) hingga ke tangki najis
(septic tank)

• Susunan pagar dan pintu pagar disekeliling tapakbina (fencing layout & gates)

• Tempat meletak kereta ataupun “Hardstanding”

• Kerja-kerja merumput tanah (turfing) – luas kawasan yang perlu ditanam rumput ditunjukkan,
juga ditanah rata atau dilereng bukit. Sering juga dinyatakan dalam pelan tapakbina ini, rumput-
rumput itu perlu ditanam berjark atau rapat-rapat (spot & close turfing)
PELAN LOKASI (LOCATION PLAN)
PELAN PUNCA (KEY PLAN)
PELAN TAPAK (SITE PLAN)
PELAN LANTAI (FLOOR PLAN)
PANDANGAN HADAPAN (FRONT
ELEVATION)
REAR ELEVATION (PANDANGAN
BELAKANG)
PANDANGAN SISI (SIDE ELEVATION)
LUKISAN KERATAN (SECTION VIEW)
JADUAL PINTU & TINGKAP
LUKISAN BUTIRAN (DETAIL DRAWING)
PELAN STRUKTUR (STRUCTURAL PLAN)
LUKISAN BUTIRAN-STRUKTUR (SECTION
VIEW)
PELAN SUSUN ATUR ELEKTRIK
(ELECTRICAL LAYOUT PLAN)
LUKISAN SKEMATIK BEKALAN AIR
(WATER SUPPLY SCHEMATIC DRAWING)
LUKISAN SKEMATIK SISTEM AIR
BUANGAN
(SANITARY SCHEMATIC DRAWING)
CONTOH PELAN ELEKTRIK
PENDIMENSIAN
• Setiap lukisan pelan, ukuran-ukuran yang diberi selalunya sama ada dicatitkan
didalamnya ataupun diberi ukuran sekilnya. Keseluruhannya, pelan itu diberikan
ukuran skalanya dan ukuran yang dicatitkan itu juga adalah mengikut skala yang
diberikan.

• Untuk ukuran yang dicatitkan, adalah dinasihatkan ukuran itu diambil seperti yang
tercatit didalam lukisan itu daripada mengukurnya dengan menggunakan sekil yang
diberi. Ini adalah kerana ukuran yang tercatit itu lebih tepat ukurannya dan lebih
senang pula diambil tanpa mengukur dengan sekil.

• Sebab lainnya pula adalah kerana kertas lukisan dimana lukisan pelan itu dilukis,
mungkin mengalami perubahan.

• Ukuran yang dicatitkan itu adalah diberikan dengan tanda garisan. Sepanjang
ukurannya dan diselang dikedua hujung garisan itu (lihat contoh)

• Disamping ukuran yang tercatit, ukuran-ukuran yang lainnya jika tidak dicatit
adalah dimaksudkan supaya diukur dengan “scale rule“ mengikut ukuran sekil yang
diberi.
PENENTUAN (SPESIFICATION)

• Penentuan adalah merupakan penerangan tentang butir-butir sesuatu


kerja yang tidak dapat ditunjukkan di atas lukisan. Penentuan
menentukan:-

• Cara-cara sebenar dan sempurna menjalankan sesuatu kerja itu;

• Standard bahan-bahan dan jenis yang patut digunakan

• Hasil kerja (workmanship) yang dikehendaki.


PENENTUAN
• Segala kerja yang dikehendaki dibuat adalah dikehendaki mengikut penentuan yang
diberikan. Selalunya penentuan kerja yang terkandung didalam satu-satu kontrak itumeliputi
semua ketukangan ( trademanship ) seperti kerja menggali tanah, parit dan lain-lain, tukang
konkrit, tukang batu-bata, tukang tali air najis

• (Drain layer), tukang batu (Manson) tukang bumbung (roofer) tukang kayu dan tukang
tanggam (carpenter & joiner) tukang peralatan besi (ironmonger) keluli dan kerja besi (steel
and ironworker) pengubin, tukang lepa dan pemasangan genting (pavior, plasterer and tiler
fixer, pertukangan paip (plumber) penukangan kaca (glasier) dan tukang cat (painter).

• Penentuan yang diberikan dalam kontrak itu akan menerangkan segala butir lanjut mengenai
sesuatu pekerja dalam ketukangan yang berkenaan, dan ini adalah menyeluruh
penggunaannya.

• Misal kata dalam kerja tukang konkrit, selalunya akan terdapat jenis-jenis bahan yang patut
digunakan seperti simen, pasir, batu-batu kasar dan lain-lain. Dan nyatakan gred atau standard
bahan-bahan tadi yang mana mestilah dari jenis yang baik sekali, mutu buatannya mengikut
dasar British Standard and Codes of Practice ataupun yang diluluskan oleh Pegawai Penguasa.
Selain dari itu akan diterangkan pula cara sebenar konkrit itu patut dibancuh misalnya, lama
masa membancuh dan bagaiamana cara yang sempurna teratur dan memuaskan.
PENENTUAN

• Didalam luksian pelan, keterangan dan butir-butir kerja yang diberikan


mestilah berpandukan kepada penentuan untuk kerja-kerja yang berkaitan.

• Dilukiskan pelan itu hanya diberikan penerangan ringkas sahaja tentang


kerja-kerja dan bahan-bahan yang dikehendaki. Umpamanya, di lukisan
pelan ditunjukkan dinding atau pecahan bahagian yang dibuat dari kayu
jenis gred ‘B’ sahaja, tapi cara-cara seterusnya tidak didapati.

• Di sini kita mestilah berpandu pada penentuannya, yang mana didalam


penentuan untuk tukang kayu dan tukang tanggam akan dinyatakan senarai
nama-nama kayu untuk kelas B yang boleh digunakan, mutu kayu yang
baik yang tidak ada kesilapan-kesilapan (efect) yang dinyatakan seperti
basah, retak, bergetah dan lain-lain. Juga selalunya dinyatakan bagaimana
kayu-kayu itu diawet (Pressure treated) atau pun dibubuh ubat (creosoted)
dan kelegaan-kelegaan ukuran kayu yang diberikan bagi setiap ukuran
kayu itu.
PENENTUAN

• Begitu juga kiranya dinding itu di buat dari bata misalnya, penentuannya
mestilah dirujukan kepada tukang batu-bata. Di dalam lukisan pelan itu
mungkin dinyatakan sahaja dinding tadi ialah dinding batu-bata 4” tebalnya.
Dari lukisan itu kita dapatlah mengetahui tebal dinding itu, melalui
penentuannya pula akan dinyatakan cara keseluruhan dinding bata itu patut
dibuat. Didalam penentuan tukang batu-bata itu selalunya diterangkan jenis
batu-bata yang digunakan, standard saiznya, bagaimana batu-bata itu diikat
dengan simen motar dan campuran simen motar itu seperti 1 bahagian
simen dan 4 bahagian pasir . Diterangkan juga hasil kerja (workmaship)
yang patut dibuat untuk mendirikan dinding batu-bata tadi, seperti
merendam dahulu batu-bata yang hendak diikat itu setengah jam lamanya.
Jenis-jenis ikatan batu-batu seperti English bond, strecther bond dan lain-
lain, dan mencakar (rake-out) motar diantara sendi (joint) untuk cengkaman
plaster (lepa).
• Disinilah kaitanya penentuan tadi dengan lukisan pelan, keseluruhannya
lukisan pelan itu menerangkan apa kerja dan bahan yang hendak di buat dan
penentuannya pula menerangkan cara-cara, kegunaan bahan-bahan dan hasil
kerja yang patut dipraktikkan.

Anda mungkin juga menyukai