Anda di halaman 1dari 15

KULIAH 9

PERANAN DAN ORIENTASI SAINS SOSIAL DI MALAYSIA

 8.0 PENGENALAN
 8.1 PERKEMBANGAN SAINS SOSIAL

 8.2 PERANAN AHLI SAINS SOSIAL

 8.3 ORIENTASI SAINS SOSIAL DI MALAYSIA

 8.4 SAINS SOSIAL DALAM ERA GLOBALISASI

 8.5 KESIMPULAN

1
8.0 PENGENALAN
 Bidang sains sosial adalah penting dalam perkembangan
ilmu dan juga dalam proses pembangunan masyarakat
selain daripada bidang sains tulen, sains fizikal dan juga
teknologi.
 Sains sosial adalah merupakan suatu sains tingkah laku

 Ia cuba menghuraikan tingkah laku manusia sezaman


atau masa lampau sebagaimana yang kita alami sendiri
atau yang kita temui dalam artifak, undang-undang,
buku-buku dan fenomena sejarah, ekonomi, politik dan
sebagainya

2
8.1 PERKEMBANGAN SAINS SOSIAL
 Sains sosial memberi tumpuan kepada hal-hal sosial dan
kemasyarakatan yang sering dikaitkan dengan pelbagai
bidang serta terbukti berjaya mengarap masalah dan isu
sosial dengan baik.
 Meskipun sains sosial berbeza daripada sains tulen
namun disiplin ini menggunakan kaedah saintifik untuk
melakukan penyelidikan.
 Ciri-ciri sains ditekankan supaya penyelidikan
berdasarkan bukti empirikal meskipun subjek kajian
adalah manusia dan masyarakat.

3
 Walaupun sains sosial yang didasari oleh falsafah rasional
berkembang mengikut 3 zaman utama, iaitu: Zaman
Pertengahan, Zaman Renaissance dan Zaman Pencerahan, kini
gugusan sains sosial telah diinstitusikan antara tahun 1850
hingga 1945 di lima negara utama Barat iaitu Perancis, Britiain,
Jerman, Itali dan Amerika Syarikat kemudiannya disebarkan ke
seluruh dunia termasuk Malaysia. Ianya sudah berkembang
maju mengikut arus perubahan masa yang telah mengalami
proses globalisasi terutamanya peningkatan dalam teknologi.
 Pemahaman budaya, norma dan aturan hidup penting supaya
pembangunan teknologi daat diterima selaras dengan nilai dan
pegangan hidup masyarakat setempat yang mana tidak semua
masalah boleh diselesaikan menggunakan teknologi.
 Manusia masih lagi subjek utama walau apa pun kemajuan
yang dibawa supaya manusia sentiasa menjadi bukan sahaja
pencetus pembangunan tetapi juga kemakmuran serta
kesejahteraan sejagat dapat dijamin dengan sebaik mungkin. 4
 Abdul Rahman Embong (1974) berpandangan bahawa
Malaysia terdapat dua ruang yang mempunyai kaitan
secara langsung atau tidak langsung dengan kelahiran
dan perkembangan ilmu sosial.
 Ruang pertama ialah ruang awam yang dicirikan oleh
pemikiran sosial tempatan manakala ruang yang kedua
ialah ruang pentadbiran penjajah yang menjanakan ilmu
kolonial.
 Titik peralihan penting dalam sejarah perkembangan
sains sosial di Malaysia boleh disimpulkan bermula
akhir 1960-an dan awal 1970-an.
 Mengimbas kembali sejarah perkembangan sains sosial
di Malaysi selama beberapa dekad kini didapati ianya
telah mengalami gelombang pasang surutnya.
5
8.2 PERANAN AHLI SAINS SOSIAL
 Peranan ahli sains sosial boleh dibezakan mengikut
bidang.
 Bidang ekonomi: ahli ekonomi mengkaji tentang
pengeluaran dan pembahagian barang-barang dan
perkhidmatan. Secara eksklusifnya ianya mengkaji
hubungan antara angkubah ekonomi
 Mengkaji tingkah laku atau motivasi ekonomi yang
sebenarnya di kalangan individu dan mengkaji
perusahaan pengeluaran sebagai organisasi sosial.

6
 Bidang sejarah: umumnya ahli sejarah melihat dan
membentuk urutan peristiwa-peristiwa yang berlaku ; ia
merupakan aturan tingkah laku mengikut masa dan
memberi tumpuan dalam mencari saling kaitan antara
peristiwa dan menunjukkan susunan sebab musababnya.
 Begitu juga bidang- bidang yang merangkumi disiplin
sains sosial yang lain seperti sains politik, antropologi,
komunikasi, geografi dan psikologi. Semua bidang ini
ahlinya mengkaji tingkah laku individu dan masyarakat
dari aspek masing-masing. Setiap bidang ini mempunyai
peranan dan kepentingan masing-masing melalui
perkembangan ilmu yang dihasilkan oleh pakar-pakara
bidang tersebut.

7
8.3 ORIENTASI SAINS SOSIAL DI
MALAYSIA
 Orientasi ahli-ahli sains sosial di Malaysia pada
keseluruhannya dapat disimpulkan kepada beberapa
perkara sepertu berikut.
 1) Mereka hendaklah menumpukan minat yang
mendalam kepada profesionnya bukan sekadar di
lapangan akademik semata-mata malahan mereka
hendaklah menceburkan diri ke dalam penyelidikan yang
berupa problem solving dalam jurusan pembangunan di
Malaysia yang melibatkan perubahan-perubahan sosial
dan ekonomi. Objektifnya terdorong kepada hasrat untuk
menolong negara dan rakyat menempuh masa
pembangunan dengan positif akan akibat-akibat pada 8
masa hadapan
 2) Ahli-ahli sains sosial juga harus mempunyai minat
untuk mendalamkan kajian terhadap sistem-sistem yang
ada dalam masyarakat kita dan berani membuat syor-
syor yang dapat diterima supaya perubahan berlaku
dengan tersusun mengikut hala tuju yang tertentu.
Perubahan-perubahan selalunya mendapat tentangan atau
rintangan terutama bersangkutan dengan nilai sikap
maka ahli-ahli sains sosial hendaklah memahami
hakikat-hakikat ini.

9
 3) Ahli-ahli sains sosial sendiri mestilah juga
mempunyai motivasi untuk berkhidmat kepada
masyarakat, untuk melihat perubahan-perubahan dalam
negara ini.Mereka hendaklah mempunyai dedikasi dan
mempunyai kepercayaan penuh bahawa rakyat hanya
akan maju melalui pembangunan. Ahli-ahli sains sosial
tidak harus menjadi orang atas pagar dalam pergolakan
pembangunan ataupun kelompok penentang dengan
tidak memberi apa-apa panduan kepada kerajaan.

10
8.4 SAINS SOSIAL DALAM ERA GLOBALISASI
 Kebimbangan di kalangan sarjana sains sosial tidak dapat
dielakkan kerana seolah-olah ilmu sains sosial di ambang
keruntuhan atau mungkin akan hilang apabila berdepan
dengan saingan ilmu sains dan teknologi.
 Era teknologi maklumat telah menyebabkan kekhuatiran ilmu
sains sosial akan terpinggir kerana kebanyakan bidang yang
mempunyai nilai pasaran akan lebih diambil perhatian seperti
bidang kejuruteraan, teknologi maklumat, perubatan dan
sebagainya.
 Ilmu sains sosial dianggap tidak lagi penting atau perlu
berhubungan dengan pendidikan sains dan teknologi,

11
 Tetapi ini semua hanya tanggapan sahaja. Sebenarnya
ilmu sains sosial tetap relevan kerana ia menjadi
penyuluh perjalanan hidup manusia.
 Husaini (1989) menyatakan ini kerana disiplin ini
tergolong ke dalam struktur kurikulum yang mempunyai
fungsi kemanusiaan, kewajipan sosial dan indoktrinasi
iaitu teras penyelesaian masalah kehidupan manusia.
 Sains sosial boleh digunakan untuk meningkatkan taraf
kemanusiaan, sehingga ia dapat memperbaiki kualiti
moral di muka bumi ini dan dapat mengajar manusia
yang berkaitan dengan persekitaran kita, hubungan kita
dengan individu, masyarakat dan kumpulan.

12
 Sains sosial merupakan alat yang menyampaikan orientasi
nilai dan tingkah laku untuk merubah budaya primitif
kepada budaya yang maju.
 Sorokin (1930) mengatakan kedua-dua ilmu ini sama
penting dan merupakan serangkai ilmu yang saling
melengkapi kerana semakin canggih teknologi semakin
diperlukan sains sosial. Kemajuan mungkin akan dikecapi
tetapi nilai-nilai moral akan diketepikan jika tidak
disepadukan sekali.
 Sains sosial juga merupakan agen-agen utama kepada
perubahan dalam pembangunan sosioekonomi dan
perindustrian
 Perhubungan antara manusia dengan mesin, persekitaran
sosial serta proses-proese menghasilkan barangan saintifik
dan teknologi telah meningkatkan penggunaan sains
13
sosial.
8.5 KESIMPULAN
 Ilmu sains sosial boleh memberi gambaran yang
menyeluruh tentang disiplin ilmu.
 Secara tidak langsung, manusia akan sedar bahawa bukan
hanya satu pendekatan sahaja dapat digunakan dalam
menyelesaikan satu masalah tetapi boleh mengunakan
pelbagai pendekatan dari disipin ilmu yang berbeza.
 Keperluan kepada sains sosial adalah sepanjang masa.
Dunia tetap memerlukan manusia berfikiran kritis, berfikir
secara falsafah yang boleh merenungi dan menganalisis
masyarakatnya.
 Ilmu sains sosial penting untuk meningkatkan
ketamadunan manusia. 14
SELAMAT MAJU JAYA DALAM
PEPERIKSAAN
SEMOGA BERJAYA DALAM
KEHIDUPAN DUNIA SERTA
AKHIRAT

15

Anda mungkin juga menyukai