Anda di halaman 1dari 13

PUSAT PENGAJIAN KERAJAAN/SCHOOL OF GOVERNMENT (SOG)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


SEMESTER 2 SESI 2021/2022 (A212)

KOD KURSUS:
GMJT 2013 (A) SOSIOLOGI PEMBANGUNAN

TAJUK:

ULASAN JURNAL

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK


HASLINDA BINTI MOKHTAR 284716

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. ROSFARALIZA AZURA BINTI RAMLI

1.0 PENGENALAN
Sosiologi merupakan satu kajian saintifik yang mengkaji masyarakat setempat dalam
konsep hubungan sosial yang berlaku dalam kumpulan orang yang tertentu. Sosiologi juga
merupakan antara disiplin yang menggunakan teori kaedah serta teknik yang berbeza dalam
menghuraikan dan mengenal pasti hubungan sebab-akibat gejala sosial. Dalam sejarah disiplin
ini, tokoh pertama yang mencadangkan penyelidikan saintifik serta teori tentang gejala sosial
ialah Henri de Saint-Simon dan beliau juga digelar bapa sosiologi. Antara tokoh – tokoh penting
dalam sosiologi ialah Augusto Comte, Karl Marx, Durmile Durkheim, Max Weber dan Herbert
Spencer yang juga merupakan tokoh yang mengkaji objek kajian dari sudut saintifik. Pada
kebiasaannya, asas sosiologi contohnya kelas, kuasa, perselisihan dan struktur sosial digunakan
untuk mengkaji kejadian yang diperhatikan dalam konsep sosial waktu ini. Ini adalah bentuk
yang hampir semua kajian sosiologi termasuklah mengenai masyarakat Malaysia itu sendiri.
Penyelidikan sosiologi dengan pemerhatian kehidupan sosial yang memainkan peranan-peranan
asas. Kepentingan sebuah teori terletak pada hubungan penjelasan antara kesan yang khusus.
Selain itu, tokoh sosiologi sentiasa mencuba serta memerlukan kepada sesuatu kebarangkalian.
Mana-mana pendapat dari aspek sosiologi boleh diambil untuk melakukan andaian yang betul
terhadap kelakuan masyarakat pada masa hadapan. Terdapat beberapa kepentingan mengenai
disiplin sosiologi iaitu yang pertama, pendapat dan teori sosiologi dapat menambahkan
kemampuan manusia dalam kehidupan seharian. Sekiranya individu dalam masyarakat mencari
rezeki masyarakat yang berlainan, mereka boleh melihat dengan betul cara masyarakat tersebut
bersosial sama seperti orang itu boleh berkomunikasi dan berpaut dengan baik serta mendorong
mereka untuk bekerja secara lebih produktif. Selain itu, pendapat dan pengetahuan sosiologi
boleh menyampaikan masalah sosial dengan lebih efektif. Semua penyelidikan hendaklah
mempunyai kebaikan serta keburukan dari pelbagai aspek. Akhir sekali, teori dan sosiologi juga
menyediakan peluang hidup berdasarkan semua kejadian yang berlaku yang membolehkan
seseorang melakukan tindakan yang terbaik dengan memenuhi fakta yang ingin dipilih untuk
manfaat semua masyarakat.

2.1: KEPENTINGAN TEORI DAN ILMU SOSIOLOGI DALAM KONTEKS PENDIDIKAN


MENURUT PERSPEKTIF IBNU KHALDUN
Jurnal tersebut disediakan oleh Aimi Khairunnisa Binti Abdul Karim dan Nurliana
Suhaini. Jurnal ini memfokuskan terhadap kelebihan pendapat dan pengetahuan dalam sosiologi
melalui perubahan ilmu pengetahuan yang semakin berkembang dalam aspek pendidikan yang
berkait rapat dengan peradaban Islam serta tamadun dunia. Jurnal ini mengemukakan beberapa
pandangan dan sumbangan Ibnu Khaldun berdasarkan pandangan beliau sebagai seorang perintis
dalam teori sosial dan sosiologi. Salah satu isi kandungan penting ialah perkembangan dalam
pendidikan yang menyumbang kepada tamadun intelektual dan idea terutamanya dalam
sosiologi. Pada permulaanya, pengarang menceritakan serba sedikit tentang latar belakang Ibnu
Khaldun atau nama sebenarnya Abu Zaid Abd Rahman bin Muhammad bin Khaldun. Lahir pada
tahun 732H/1332M dan menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 808H/1406M di negeri
Tunisia Afrika Utara. Beliau seorang ilmuwan yang melakukan kajian merangkumi bidang-
bidang seperti ilmu sejarah, ekonomi, politik, sosial dan seorang pemikir Islam yang paling
mendapat perhatian disebabkan sumbangan beliau.

Dengan adanya sesuatu teori, wujud kepentingan dalam hubungan antara implikasi yang
saintifik dan pendapat dalam sosiologi berpandukan kajian pengumpualan data. Matlamatnya
adalah supaya mengenal pasti serta akibat berlakunya tingkah laku sosial agar dapat difahami.
Begitu juga dengan pendidikan yang selalu mengalami perubahan dan pembaharuan. Ibnu
Khaldun memberi pandangan mengenai perubahan kearah ketamadunan dalam ilmu
pengetahuan. Perubahan masyarakat pada dasarnya berada di atas bahu manusia itu sendiri (Al-
Anfal:53). Ia merujuk kepada firman Tuhan, yang bermaksud “Tuhan tidak akan mengubah
nasib seseorang, tetapi manusia itu sendiri yang perlu mengubahnya” Tamadun adalah titik
permulaan dan titik pengakhiran pembangunan sosial dan organisasi politik. Menurut kajian
beliau dalam ‘Mukaddimah’ yang menghuraikan dua aspek saintifik yang penting iaitu yang
pertama mengenai hukum sebab musabab atau melalui ucapan yang dihuraikan oleh beliau iaitu
“setiap peristiwa, sama ada objek ataupun tindakan yang mempunyai tempatnya yang tersendiri”.
Aspek yang kedua ialah bergantung antara antara kejadian sosial yang berlaku di sekeliling. Ciri-
ciri masyarakat perlu dikaji sebelum hendak memahami masyarakat itu sendiri.

Dapat diringkaskan, teori saintifiknya menunjukkan bahawa dia seorang empiris dan
positif dan kebanyakan daripada ilmu pengetahuan yang diperolehinya adalah melalui
pancaindera dan falsafah. Pengetahuan saintifik dibahagikan kepada tiga bahagian utama
menurut Ibnu Khaldun iaitu pada bahagian pertama ialah kajian tentang makhluk yang berakal
dan dirinya sendiri seperti pengetahuan kajian dalam proses fizikal dan mental. Seterusnya,
bahagian kedua ialah pengetahuan logik yang diperolehi melalui penaakulan yang diterima akal
seperti ilmu sosiologi itu sendiri. Pada bahagian ketiga pula ialah mengenai pengalaman atau
pengetahuan empirikal, iaitu prinsip rasional umum contohnya, pengetahuan matematik dan
fizik. Melalui proses pendidikan, generasi muda masa kini diajar untuk meghayati nilai
kemanusiaan dalam adat resam serta institusi yang perlu ada dalam masyarakat seperti keluarga
dan pegangan agama.

Berdasarkan sumbangan beliau dalam ilmu sosiologi pula, Ibnu Khaldun banyak
menggariskan tentang teori kemasyarakatan dan pemikiran perpaduan nasional kepada asal usul
Mesir. Prinsip-prinsip idea Ibnu Khaldun adalah mengenai kepelbagaian yang merangkumi ilmu
sejarah,ilmu ekonomi, politik, sosial dan tasawuf. Akan tetapi, kesemua pemikiran beliau yang
terbaik dalam bidang sosiologi telah menjadikannya sebagai ilmuwan dalam pengetahuan
sosiologi. Menurut Wan Hashim (1986), Ibnu Khaldun banyak menyatakan beberapa konsep
asas berkaitan sesebuah komuniti sebelum kemunculan tokoh-tokoh sosiologi terkini pada kurun
ke-19 dan ke-20. Persamaan dan perbezaan yang dilakukan oleh Ibnu Khaldun tentang komuniti
di kampung dan komuniti di kota yang telah dihuraikan semula oleh seorang ahli sosiologi iaitu
Robert Redfield pada abad ke-20 melalui konsep folk continuum. Bidang sosiologi sejarah dalam
karya beliau bertajuk Mukaddimah menceritakan tentang hubung kait atau satu ikatan yang erat
antara maklumat untuk kejadian yang berlaku dalam masyarakat suatu ketika dahulu untuk
melakukan persamaan dan perbezaan dengan masyarakat moden generasi kini. Seterusnya,
beliau turut membincangkan serta menghuraikan mengenai ekonomi seperti sudut pengeluaran,
perdagangan setempat dan luar negara, peningkatan harga produk dan Ibnu Khaldun turut
berpendapat ada hubung kait yang erat antara politik dan ekonomi. Oleh itu, penerokaan beliau
yang mendalam banyak memberi sumbangan dari segi kaedah penerokaan yang memandang
bahawa kaedah ini mempunyai prinsip teori dan empirik, dilakukan secara pemerhatian serta
membuat pemerhatian yang teratur dalam mencari peraturan sosial. Kematangan Ibnu Khaldun
sebagai pemikir Islam untuk pembangunan insane jelas terlihat melalui idea-idea beliau yang
masih digunakan sehingga hari ini.
2.2 : TEORI ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI SERTA KEPENTINGANNYA DALAM
KEHIDUPAN SOSIAL SEHARIAN

Jurnal ini disediakan oleh Ismahalil Ishak dan Muhammad Hisyam Mohd yang
menceritakan tentang konsep asas teori serta menghuraikan tentang pengetahuan dan kelebihan
teori antropologi dan sosiologi di dalam masyarakat serta mengenal pasti beberapa teori utama
yang berkait dengan isu-isu yang berpadanan. Pada dasarnya, teori ialah satu bentuk idea
pemikiran yang menolong masyarakat untuk mengerti serta menghuraikan kenyataan sosial
dalam persekitaran sosial manusia. Teori juga merupakan proses-proses untuk idea berkembang
dan menghuraikan cara dan sebab sesuatu kejadian itu terjadi (Cohen, 1980). Manakala, Sullivan
(2012), menceritakan tentang teori yang merupakan satu perubahan yang efisien dalam
menyimpul serta menggabungkan buah fikiran untuk menjadi satu situasi tertentu yang dapat
difahami. Dapat dilihat melalui konsep teori itu sendiri adalah sesuatu yang abstrak dan satu
bentuk gagasan untuk berfikir secara kritikal bagi pendapat para tokoh tersebut.

Jurnal ini dikaitkan dengan ilmu sosiologi yang menjadikan manusia untuk sedar akan
perihal masyarakat serta ahli-ahli yang berada dalam komuniti tersebut. Kemajuan ilmu sosiologi
dikesan sejak berkurun lama di mana kemajuannya digerakkan oleh tokoh-tokoh dari Barat. Asal
usul perkataan sosiologi digunakan setelah abad ke-19 kerana seorang tokoh iaitu Auguste
Comte dalam karya beliau iaitu Positive Philosophy yang menghuraikan tentang prosedur syarat
sosiologi. Pada dasarnya, prosedur tersebut bermaksud ianya satu bidang yang mengkaji tentang
masyarakat serta hubung kait dengan komuniti termasuklah daripada organisasi, satu kumpulan
dan masyarakat. Tokoh sosiologi memberi pandangan bahawa masyarakat dapat dilihat daripada
aspek yang berbeza iaitu sesuatu masyarakat dan persekitaran sebagai suatu situasi yang tidak
berubah-ubah. Selain itu, terdapat masyarakat yang terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang
berkonflik serta terdapat juga segelintir daripada mereka yang menunjukkan minat terhadap
prinsip-prinsip yang menjadi lambang dalam fakta sosial masyarakat seperti bahagian-bahagian
komunikasi antara seseorang di dalamnya (Rohana Yusof, 2010). Kesemua situasi ini pada
dasarnya memberi bayangan kepada fenomena dan gambaran yang sama.
Dalam mengerti teori dalam sosiologi, hubung kait antara konsep-konsep juga begitu
penting untuk difahami. Teori ini merupakan satu bentuk sistem pemikiran yang hendak
menghuraikan hubung kait antara satu pendapat yang lain sehingga boleh menyusun dan
menyimpul satu situasi lingkungan sosial. Contoh yang boleh diambil daripada situasi masa kini
ialah isu kemiskinan yang berlaku dalam komuniti. Di situ dapat dilihat bagaimana teori
memainkan peranan penting dalam menerangkan cara isu tersebut seperti perkaitan antara idea
pemikiran kelas sosial yang ada dalam komuniti, dapat pekerjaan yang ditetapkan serta
pengagihan pendapatan negara yang adil dalam komuniti. Terdapat tiga pandangan penting
dalam teori sosiologi iaitu dari sudut fungsional, sudut konflik dan sudut interaksionisme.
Perspektif fungsionalisme dalam sosiologi bermaksud matlamat atau tanggungjawab yang
khusus semua ahli komuniti mempunyai akibat untuk sistem dalam masyarakat dalam
masyarakatnya dan untuk orang lain. Teori ini diambil daripada pandangan beberapa orang tokoh
iaitu August Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim yang menekankan aspek masyarakat
dan hubungan antara institusi bukan dari sudut individu atau kumpulan seperti organisasi
keluarga yang kecil atau asas dalam masyarakat.

Manakala, dari sudut konflik pula memberi penekanan dalam satu prinsip yang penting
struktur sosial sesuatu komuniti iaitu satu kumpulan individu menguasai satu kumpulan yang
lain. Perspektif ini dianggap sebagai satu tempat terjadinya pergaduhan antara susunan sosial
yang berbeza bagi mendaatkan pendapatan-pendapatan ekonomi. Dari sudut pandangan ini juga
dpengaruhi oleh seorang tokoh dalam bidang sosiologi iaitu Karl Marx yang berfikiran bahawa
ketegangan dan perjuangan antara susunan sosial yang dikaitkan dengan pengaruh sejarah dan
sebab utama perkembangan sosial (Andeson & Taylor 2013). Akhir sekali, teori interaksionisme
yang dibawa oleh tokoh sosiologi iaitu Max Weber yang menceritakan tentang kepentingan
memahami dunia sosial dalam sesuatu komuniti daripada perspektif individu yang
berkomunikasi dengan ahli sama ada dalam kumpulan utama atau sekunder. Sudut pandangan ini
menekankan sesuatu prosedur yang menumpukan seseorang itu dan pertanyaan yang
dibangkitkan iaitu hubung kait dengan konsep yang sama dipegang oleh beberapa individu dalam
kumpulan yang minoriti. Dapat dirumuskan, kesemua teori dan konsep ini merupakan dua
perkara yang penting dalam memahami fenomena dan tingkah laku serta interaksi yang wujud
dalam masyarakat di sesebuah negara.

2.3 : IMPLIKASI SOSIOLOGI PEMIKIRAN GEORGE HERBERT MEAD


Jurnal ini dikarang oleh Najeemah Mohd Yusoff yang menghuraikan tentang keadaan
semula jadi manusia atau masyarakat dari perspektif George Herbert Mead. Meskipun Mead
telah menyusun kelompok masyarakat dalam susunan yang sangat berfaedah dalam rancangan
idea beliau, tetapi Mead hanya menerangkan sedikit berkait tentang sifat-sifat manusia. Melalui
pendedahannya yang sangat memberangsangkan berkaitan dengan idea dan deria yang ada
kepada manusia sejak dahulu lagi, beliau tidak menerangkan tentang teori komuniti manusia.
Fokus penting yang dibicarakan dalam jurnal tersebut berkaitan dengan individu, tindakan,
interaksi sosial, material dan kolektif yang berkaitan dengan cara manusia berfikir oleh Mead
sebagai organisasi dan bukan sebagai satu proses.

Serba sedikit dapat disimpulkan tentang George Herbert Mead ialah seorang ahli falsafah
dari Amerika Syarikat yang terkenal. Dalam buku ciptaan beliau yang berjudul Mind, Self and
Society (1934), Mead menyusun tahap umat manusia paling penting dalam teorinya. Mead
memberi gambaran bahawa manusia merupakan seorang yang berlainan secara ekstrem daripada
satu gambaran bahawa manusia menguasai bidang psikologi dan sains sosial terkini. Masyarakat
ini dianggap sebagai satu benda untuk dirinya sendiri kerana boleh terima dirinya sendiri, ada
gambaran berkaitan diri sendiri, dapat berkomunikasi serta bertindak balas dengan dirinya
sendiri. Apabila tingkah laku tersebut terlibat, manusia merupakan benda, manusia
berkemungkinan menjadi sesuatu benda terhadap tindakannya sendiri.

Jurnal ini turut memperlihatkan perbandingan yang nyata antara definisi komunikasi yang
dihuraikan Mead melalui teori sosiologi yang berpendapat komuniti itu merupakan satu
organisasi. Konsep yang merujuk kepada peranan sosial, peringkat status, pangkat atau taraf,
organisasi birokratik, perhubungan antara institusi, dan sebagainya ialah konsep yang sangat
penting. Salah satu kesan daripada pemikiran Mead yang utama iaitu kepada persoalan tentang
faktor yang mengikat masyarakat manusia. Pelbagai lagi kesan atau implikasi sosiologi yang
penting dalam idea pemikiran Mead. Kawalan sosial menjadi satu kepentingan terhadap diri
sendiri. Perkembangan dalam bidang sosial lebih menjadi prosedur asal yang berlanjutan dalam
hidup masyarakat manusia dengan cara berkelompok dan dinilai sebagai sesuatu perkara yang
selalu tidak sempurna dan masih berproses dari bertukar daripada sesuatu situasi yang lengkap
ke satu situasi yang lain. Ketidaktentuan sosial tidak dipandang sebagai pembahagian organisasi
yang tetap tetapi dilihat sebagai ketidaksempurnaan untuk memastikan langkah-langkah secara
berkesan dalam menghadapi keadaan yang disediakan. Sebagai rumusan dalam jurnal ini,
huraian ini telah melebihi idea pemikiran Mead terutamanya pada bahagian tertentu iaitu tentang
sosialisasi manusia.

2.4 : PERANAN SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN ALAM SEKITAR : SATU CABARAN

Jurnal ini disediakan oleh Nurul Hidayah Liew Abdullah, Jamilah Ahmad dan Suhaizal
Hashim yang menghuraikan tentang isu alam sekitar yang dikaitkan dengan sosiologi. Alam
sekitar merupakan faktor utama untuk kelangsungan hidup manusia yang memerlukan langkah-
langkah untuk melindungi alam sekitar. Oleh sebab itu, tanggungjawab sosiologi dinilai sebagai
perkara yang penting yang mesti dijalankan bagi mencapai kelestarian alam sekitar bukan sahaja
untuk masa sekarang tetapi juga untuk masa hadapan. Tingkah laku dan kepelbagaian kehidupan
manusia yang semakin sukar pada masa kini memberi banyak akibat kepada flora dan fauna serta
kepada manusia itu sendiri. Memandangkan manusia adalah makhluk yang utama menggunakan
alam sekitar, penekanan diberikan kepada manusia terhadap alam sekitar untk meningkatkan
kulaiti dan kelestariannya. Jurnal ini mengulas tanggunjawab sosiologi dalam pendidikan alam
sekitar.

Pertama sekali, jurnal tersebut menyentuh tentang konsep sosiologi dalam isu alam
sekitar iaitu satu sudut pandangan akademik kajian komuniti tentang sosial, masalah sosial serta
organisasi merupakan tingkah laku sains umat manusia. Pandangan yang berlainan berkaitan
tahap yang lebih utama akan muncul selalu melalui sekumpulan tokoh sosiologi namun tumpuan
yang penting sosiologi dalam aspek ini merupakan umat manusia dalam komuniti dan perkara
yang perlu dilakukan serta isu yang perlu ditanganinya. Selain daripada itu, sosiologi juga
berperanan dalam meneliti tingkah laku manusia secara lebih mendalam dan teliti supaya bukti
yang tepat boleh didapati dalam memperjelaskan setiap tingkah laku manusia. Dapat dilihat,
banyak teori sosiologi telah dijadikan contoh dalam menghuraikan perkara yang berkaitan
dengan makhluk seperti manusia, hidup manusia tersebut dan keadaan sekeliling yang saling
berkait untuk mempunyai ekosistem yang teratur. Sosiologi turut menghuraikan tentang umat
manusia sebagai hidupan yang bernyawa dalam kelompok, hidup dalam masyarakat dan satu
komuniti. Oleh hal yang demikian, hubung kait dan berhubung dalam kalangan manusia sesama
manusia, manusia dan alam sekitar dan masyarakat serta benda yang hidup sangat penting.
Hubung kait ini turut menentukan kesan komuniti kepada alam sekitar dan cara manusia
mengambil tindakan terhadap perkara tersebut.

Tokoh-tokoh sosiologi juga bertanggungjawab melalui organisasi pendidikan sama ada


sebagai perunding, pentadbir atau mereka yang membuat kajian dengan matlamat untuk
memastikan sistem pendidikan dan seterusnya membentuk masyarakat yang terbilang.
Pendidikan bertanggungjawab dalam mencapai kata sepakat dan sepakatan antara bangsa dan
sesama masyarakat. Fokus utama dalam jurnal ini iaitu sosiologi berperanan yang penting dalan
pendidikan alam sekitar kerana hubungan antara manusia, alam sekitar serta ekosistem yang
berhubungan dan menentukan langkah tindakan manusia sebagai makhluk yang banyak
menggunakan alam sekitar terhadap dalam kehidupan seharian.

Teori yang terkandung dalam jurnal ini ialah teori fungsionalisme yang diperkenalkan
oleh Herbert Spencer dan Emile Durkheim yang menghuraikan tentang kesaksamaan antara
masyarakat dengan kumpulan yang berperanan dalam membentuk struktur sosial yang kukuh. Ini
membuktikan bahawa setiap manusia dalam sesebuah komuniti bertanggungjawab dalam
menstabilkan kehidupan secara keseluruhannya. Pendidikan alam sekitar perlu diketengahkan
agar dapat melestarikan kawasan atau persekitaran dengan masyarakat setempat. Semua pihak
memainkan peranan yang penting bertepatan dengan peralatan yang semakin canggih pada
zaman teknologi maklumat ini. Contohnya, melalui media massa sebagai perantaraan untuk
menyampaikan info yang berguna tentang keperluan alam sekitar kepada masyarakat.
Perkembangan teknologi mestilah seimbang serta pembangunan insan yang telus dapat
membentuk masyarakat yang berfaedah kepada keadaan sekeliling, dan seluruh alam semesta.

2.5 : SOSIOLOGI ISLAM : SUATU PENGENALAN

Jurnal ini dikarang oleh Prof. Madya Mohamad Kamil bin Hj. Ab. Majid yang
menghuraikan tentang sosiologi secara umum dari perspektif Islam. Dalam dunia Islam, tokoh-
tokoh yang terkenal seperti al-Farabi (950) dan Ibnu Khaldun (1406) memainkan peranan
penting dalam aspek sosiologi. Melalui jurnal ini, membincangkan tentang sumbangan Ibnu
Khaldun dalam karyanya iaitu Mukaddimah serta terdapat teori-teori yang berkaitan dengan
sosiologi. Kewujudan ini membuktikan bahawa sosiologi Islam berkembang selama 400 tahun
sebelum munculnya sosiologi Barat. Sosiologi merupakan satu disiplin yang bermatlamat dalam
mengkaji interaksi kemanusiaan, merangkumi tajuk-tajuk dari pelbagai sektor. Akan tetapi, ilmu
sosiologi ini berbeza dengan pengetahuan sains kemanusiaan yang lain walaupun kajiannya
menyentuh tentang hal-hal kemanusiaan seperti ekonomi, sejarah, psikologi dan sebagainya.

Definisi yang pelbagai pandangan dari beberapa orang tokoh memperlihatkan beberapa
perbandingan tentang pendapat dalam menyatakan konsep sosiologi. Terdapat pandangan yang
berpendapat bahawa sosiologi merupakan satu kajian intelektual tentang masyarakat,
pengetahuan masyarakat, pengetahuan kejadian sosial, kajian tentang manusia dan pengaruhnya
terhadap masyarakat. Terdapat perbezaan yang jelas dalam jurnal ini antara pendapat sosiologi
Barat dengan sosiologi Islam. Hal ini kerana pada Islam, al-Quran dan hadis mengandungi ajaran
Islam termasuklah ilmu mengenai sosiologi. Penjelasan, analisis, tafsiran dan rumusan yang
berkaitan sosiologi membentuk teori-teori iaitu teori sosiologi Islam. Kajian Barat telah
mengambil data daripada masyarakat dan daripadanya dipupuk oleh teori sosiologi, tetapi
keadaan ini berlainan dengan kajian saintifik Islam yang tidak mengambil maklumat daripada
umat Islam untuk mengembangkan teori sosiologi, tetapi diambil daripada ajaran Islam (al-
Quran dan Hadis).

Sehubungan dengan itu, perkara ini adalah sesuatu yang agak pelik sekiranya pendekatan
sosiologi Barat iaitu berdasarkan tindak balas dan rumusan kajian yang terasing tentang realiti
sosial masyarakat bukan Barat digunakan untuk masyarakat Islam. Penyebaran Islam turut
menyebarkan prinsip serta pendapat daripada sosiologi seperti yang terdapat dalam al-Quran dan
Hadis (Dr. Abdul Hamid Lutfi, 1966). Manakala Ibnu Khaldun yang dianggap sebagai perintis
sebenar dalam kajian sosiologi di alam semesta ini sememangnya telah melihat dari pandangan
yang baik dalam pemerhatiannya terhadap semua fenomena. Beliau mencuba untuk menemui
hukum-hukum tertentu terhadap situasi yang berlaku berulang kali. Namun begitu, isi-isi yang
terdapat dalam karyanya iaitu Mukaddimah terdapat sedikit kekeliruan tetapi pemikiran beliau
masih bersifat ilmiah.
Kecenderungan Ibnu Khaldun ketika menghuraikan kitab Mukaddimah yang mempunyai
enam bahagian kepada beberapa pendapat sosiologi yang begitu penting. Pada bahagian
permulaan menyentuh tentang perkembangan masyarakat yang dicirikan oleh beliau sebagai
perkara yang penting untuk persatuan, dan tanggapan keadaan geografi kepada psikologi
masyarakat, malah memberi kesan kepada bentuk badan atau fizikal dan kegiatan tamadunnya.
Dalam bahagian kedua, beliau mengemukakan kaedah dalam menyahut gerakan sejarah bagi
masyarkat manusia. Pernyataan tersebut menyentuh dari awal peringkat Badwin sehingga
mencapai tamadun dan beliau turut menyatakan pendapat-pendapat yang amat berguna dan
hukum-hukum yang mendalam bagi sejarah Badwin. Pada bahagian ketiga pula membincangkan
hal-hal tentang negara, sama ada usia, perniagaan yang dijalankan oleh kerajaan membahayakan
rakyat dan system percukaian. Kerajaan yang zalim bermaksud permulaan untuk kemusnahan
dalam pembangunan serta banyak lagi hal-hal yang diketengahkan. Bahagian keempat pula
merupakan sambungan daripada bab ketiga berkenaan dengan isu-isu kenegaraan dan
memfokuskan kepada persoalan tentang bandar sebagai pusat hiburan. Selain daripada itu, dalam
bab kelima menyentuh mengenai isu ekonomi iaitu tentang pendapatan dan pelbagai isu
mengenai pekerjaan. Pada bab yang terakhir iaitu Ibnu Khaldun menumpukan kepada topic sains
dan pengajaran serta perkembangan ilmu sebagai tanda wujudnya tamadun pada ketika itu.

Daripada fakta yang dihuraikan, ternyata pemikiran Islam dalam sosiologi lebih daripada
400 tahun mendahului sosiologi Barat, namun malangnya, teori Ibnu Khaldun dibiarkan begitu
sahaja selepas zaman beliau sendiri. Selepas itu, muncul beberapa tokoh besar dalam dunia Islam
sebagai golongan untuk menegakkan agama Islam serta cuba memperkenalkan disiplin sosiologi
di negara-negara Islam seluruh dunia. Kini sosiologi Islam merupakan satu bidang penyelidikan
sosiologi perbandingan dan semakin berkembang dari semasa ke semasa.

3.0 KESIMPULAN

Bidang sosiologi ini mempunyai kaitan dengan bidang-bidang lain seperti psikologi,
antropologi dan kerja sosial. Perspektif ini mendorong manusia untuk melibatkan diri dalam
masyarakat. Imaginasi sosiologi pula adalah merupakan salah satu konsep yang amat penting
dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana melalui konsep ini dapat mengetahui lebih mendalama
permasalahan yang berlaku berkait dengan sosial. Kesan dari penerokaan konsep ini dapat
jelaskan bahawa sosiologi memainkan peranan penting dalam sesuatu masalah peribadi. Dari
sudut sosiologi, ahli masyarakat diajar secara formal atau tidak formal dalam menerimaa ilmu,
kemahiran, norma dan sebagainya dalam aspek masyarakat tertentu. Manusia saling berkait rapat
antara satu sama lain dengan konsep sosiologi berserta teori yang berkenaan.

4.0 RUJUKAN

Aimi Khairunnisa Binti Abdul Karim dan Nurliana Suhaini, (2010). Kepentingan Teori Dan Ilmu
Sosiologi Dalam Konteks Pendidikan Menurut Perspektif Ibnu Khaldun. Retrieved from
https://kuim.edu.my/journal/index.php/JTuah/article/download/687/544.

Ismahalil Ishak & Muhammad Hisyam Mohd, ( 2010 ). Teori Antropologi dan Sosiologi Serta
Kepentingan Dalam Kehidupan Sosial Seharian. Retrieved from
https://www.academia.edu/17331766/TEORI_ANTROPOLOGI_DAN_SOSIOLOGI_SERTA_
KEPENTINGANNYA_DALAM_KEHIDUPAN_SOSIAL_SEHARIAN.
Kee Man Chuah, (2020). Panduan Mudah Format Rujukan APA Edisi Ke-7. Retrieved from
https://www.academia.edu/44617624/Panduan_Mudah_Format_Rujukan_APA_Edisi_Ke
_7.
Najeemah Mohd Yusof, (2004). Implikasi Sosiologi Pemikiran George Herbert. Retrieved from
http: //apjee.usm.my/JPP_19_2004/Jilid%2019%20Artikel%2010.pdf.

Nurul Hidayah Liew Abdullah, Jamilah Ahmad & Suhaizal Hashim, ( 2018). Peranan Sosiologi
Dalam Pendidikan Alam Sekitar : Satu Cabaran. Retrieved from
https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4835.

Prof. Madya Mohamad Kamil bin Hj. Ab. Majid, (1996). Sosiologi Islam: Satu Pengenalan.
Retrieved from
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/download/2981/1127/8435.

Anda mungkin juga menyukai