Anda di halaman 1dari 13

CU08- INDUSTRIAL MAINTENANCE

SUPERVISION
WA 1- Carry Out Daily Briefing
Pengertian briefing ( Taklimat )
• Penyampaian sesuatu maklumat kepada
seseorang sebelum sesuatu perkara
dilaksanakan.
• Satu kaedah komunikasi secara bersemuka
yang efektif dan dapat dinilai dengan segera
dalam menjalankan tugas sehari-hari.
• Bersifat singkat, jelas, ringkas dan maklumat
disampaikan secara terus dam interaksi
berlaku secara langsung.
KEPENTINGAN BRIEFING
• Seseorang ketua serta ahli kumpulan dapat
saling berinteraksi secara langsung dalam
mencari penyelesaian sesuatu permasalahan
serta menyusun keutamaan sesuatu kerja
yang dilakukan seharian.
• Meningkatkan perhubungan dan komunikasi
diantara ketua serta ahli kumpulan.
• Dapat memberi ruang sesama ahli dalam
mencari kesepakatan dan menguatkan
semangat kerjasama sesama ahli pasukan.
• Kaedah komunikasi yang dipraktikan bagi
menyatukan segala kefahaman dan persepsi
setiap ahli kumpulan dalam melaksanakan
setiap objektif yang ingin dicapai.
• Dapat memberikan penjelasan serta
maklumat dengan lebih tepat, relevan serta
sesuai dengan keadaan persekitaran.
• Melalui komunikasi secara bersemuka yang
dilakukan dapat memastikan komitmen,
kepercayaan, keyakinan serta rasa
tanggungjawab bersama.
• Pelbagai penjelasan berkaitan sebarang isu
dan salah faham yang berlaku dapat
diselesaikan dengan segera dan tepat.
• Dapat menguatkan peranan dan semangat
kerja dan menguatkan komitmen bersama
diantara setiap ahli kumpulan.
Kelemahan Tanpa Briefing
• Arahan kerja sering disalah tafsir.
• Pembahagian tugas tidak tepat.
• Objektif organisasi gagal dicapai dengan baik.
• Penjadualan kerja menjadi tidak teratur.
• Informasi terkini tidak dapat disampaikan secara
berkesan.
• Hubungan diantara ketua dan ahli kumpulan
kurang rapat.
• Proses pencapaian objektif dan target tidak
dapat dikawal dengan baik.
• Boleh berlaku kemalangan yang tidak
dijangka.
• Tiada komunikasi dalam sesuatu kerja
• Tidak mengambil peduli dengan sesuatu kerja
yang hendak dilakukan
• Tiada kerjasama antara pekerja
• Tidak dapat mengetahui masalah pekerja.
Ciri-ciri Briefing yang baik
• Taklimat disampaikan secara professional
melalui komunikasi yang cepat, tepat, efisien
dan efektif.
• Taklimat disampaikan mempunyai daya
dorong yang positif.
• Objektif yang ingin disampaikan dapat
difahami tanpa sebarang keraguan oleh
semua ahli.
• Masalah pekerja dapat diketahui.
• Dapat hasilkan idea untuk capai KPI.
• Motivasi atau semangat bekerja.
• Hubungan komunikasi yang baik diantara
penyelia dengan pekerja.
• Informasi terkini diketahui.
• Menyatukan visi (matlamat) dan persepsi
serta semangat pekerja.
• Masalah kualiti dapat diketahui.
• Mengeratkan hubungan.
• Keperluan pelanggan
• Elakkan general discussion
• Beri taklimat dalam tempoh yang singkat bagi
mengelakkan pekerja tidak selesa disebabkan
berdiri terlalu lama.
• Dapatkan papan putih dan tulis maklumat
yang penting.

• Taklimat dilakukan dalam tempoh 5 hingga 15
minit dapat mengingatkan semua pihak agar
sentiasa fokus serta lebih produktif.
• Ketika sesi taklimat, penyampai dapat,
memotivasikan para ahli kumpulan supaya
memahami dan bertanggungjawab terhadap
setiap tugas yang diberikan.
Terima kasih….

Q&A

Anda mungkin juga menyukai