Anda di halaman 1dari 22

ASAS

KEMASAN
KAYU

Muhammad Hamzah Bin Abd Rahim


PENGENALAN JENIS KAYU

PROSES PENGELUARAN KAYU

ALAT PENGIKAT KAYU

ALATAN PERTUKANGAN

TANGGAM KAYU

KEKEMASAN KAYU
JENIS – JENIS KAYU
PENGENALAN
KUMPULAN KAYU
Malaysia Timber Council (MTC), membahagikan kayu kepada empat kumpulan iaitu:
i. Kayu Keras Berat (heavy hardwood)
ii. Kayu Keras Serderhana Ringan (medium hardwood)
iii. Kayu Keras Ringan (light hardwood)
iv. Kayu Lembut (softwood)
KAYU KERAS PADU
 Kayu keras berat terdapat dalam pelbagai jenis iaitu kayu balau, cengal, kulim, mertas, resak,
merbau dan tembusu.

 Kayu keras berat mempunyai ketumpatan yang amat tinggi iaitu melebihi 880 kg/m³.

 Kayu ini digunakan untuk membuat cerucuk, jambatan, gelegar, rangka, ukiran, kapal, komponen
hiasan perabot, tiang, rasuk dan kemasan lantai.
KAYU KERAS SEDERHANA RINGAN
 Kayu keras sederhana berat terdapat dalam beberapa jenis iaitu kayu rengas, merawan, tualang,
keruing, kempas dan kapur.

 Kayu ini berketumpatan antara 720 kg/m³ hingga 880 kg/m³.

 Kegunaanya adalah untuk membina kasau, rasuk, tiang, kekuda bumbung, gelegar,
untukpembinaan yang berat, gerabak lori dan rasuk. Sama seperti kayu keras berat, kayu ini juga
bolehdigunakan untuk membuat kemasan lantai iaitu kemasanparket
KAYU KERAS RINGAN
 Jenis kayu keras ringan adalah kayu meranti, nyatuh, ramin, sepetir, kayu getah, dan jelutong.

 Ketumpatan kayu keras ringan ialah antara 400 kg/m³ hingga 720 kg/m³.

 Fungsi kayu ini adalah untuk membuat bingkai gambar, pensel, juga boleh digunakan untuk
pembuatan perabot, papan lapis, pintu, tingkap, lantai, panel, dan pembinaan siling.
KAYU LEMBUT
 Kayu lembut adalah kayu yang tumbuh dalam keadaan yang lebih sejuk, lebih kering dan pada
amnya keadaan yang buruk .

 Podo, selimpur, dan damar minyak adalah termasuk dalam jenis kayu lembut.

 Ketumpatan kayu lembut adalah kurang daripada 400 kg/m³.

 Kegunaan kayu lembut adalah untuk pembuatan perabot, papan lapis, papan hiasan, venir, untuk
kerja panel, ukiran, dan pintu panel.
KAYU NYATOH
 Jenis : Kayu keras ringan.
 Nama Botani : Spesis utama Sapotaceae dikenali sebagai Palaquium spp. (spesis ringan)
 Populasi : Ditemui di kawasan bertanah rendah, paya air tawar, paya ganbut dan kawasan pergunungan sebelah Pantai Timur.
 Keterangan Am :
i. kayu gubalnya agak jelas. Warna teras kayu merah jambu pekat atau coklat kemerahan.
ii. ira kayu lurus manun jarak antara ira kian rapat hingga bercantum di tengah batang. Turut ditemui ira berombak.
iii. bertekstur rata dan sedikit kasar.
iv. keratan rentasnya sangat halus hingga dapat dilihat dengan mata kasar.
 Ketahanan : Tahan lama
 Kegunaan : Paling elok dibuat perabot. Ia juga sering dijadikan kemasan perhiasan bermutu tinggi dan kabinet, panel, pengadang, kumai,
lantai parket, geladak/ dek bot dan venier.
KAYU NYATOH
KAYU SENTANG
 Jenis : Kayu keras ringan.
 Nama Botani : Azadirachta excelsa daripada keluarga Meliaceae.
 Populasi : Sering ditemui di hutan tanah dan kawasan bukit.
 Keterangan Am :
i. kayu gubalnya bercorak lebih jelas berbanding teras kayu. Ia berwarna coklat kemerahan
ii. ira kayunya berpanca.
iii. strukturnya yang mirip lingkaran cincin menyebabkan tekstur kayu kasar dan tidak rata.
 Ketahanan : Tidak tahan lama
 Kegunaan : Dijadikan kayu panyambung untuk membuat rangka, perabot, kemasan, panel,
pengadang dan lantai
KAYU KEMBANG SEMAGKUK
 Jenis : Kayu keras ringan.
 Nama Botani : Scaphium spp daripada spesis keluarga sterculiaceae.
 Populasi : Ditemui secara berselerak di hutan tanah rendah. Paling banyak terletak di rabung gunung dan kawasan
berpaya.
 Keterangan Am :
i. kayu gubal dalam pelbagai warna cerah, boleh jadi coklat kekuningan, kuning pucat atau coklat merah.
ii. ira kayu corak lurus dan berpanca rapat. Tekstur kasar dan tidak rata terbentuk daripada lapisan lebar
parankima.
 Ketahanan : Agak tahan lama.
 Kegunaan : Banyak diguna dalam pembuatan papan lapis perabot dan panel.
KAYU KEMBANG SEMAGKUK
KAYU MELUNAK
 Jenis : Kayu keras ringan.
 Nama Botani : Pentace spp dari spesies keluarga Tiliaceae.
 Populasi : Didapati berselerak di tanah rendah dan hutan bukit.
 Keterangan Am :
i. corak kayu gubal jelas. Teras kayu berwarna coklat bercampur merah dengan sedikit merah jambu atau
coklat kemerahan.
ii. ira rapat dan berpanca.
iii. tekstur agak halus dan rata.
 Ketahanan : Agak tahan lama.
 Kegunaan : Sesuai untuk pembinaan ringan, kemasan, panel, perabot, lantai, pembinaan bot, perhiasan dalaman
dan papan lapis.
KAYU MERBAU
 Jenis : kayu keras berat.
 Nama Botani : Intsia palembanica I. Bijuga dari spesies keluarga Leguminosae.
 Populasi : Tersebar secara meluas terutama di kawasan bertanah rendah dan sepanjang sungai.
 Keterangan Am :
i. Corak kayu gubal jelas serta berwarna kuning pucat.
ii. Teras kayu akan bertukar daripada kekuningan kepada coklat jingga apabila ia berkeadaan segar, bertukar warna
lagi kepada coklat atau coklat kemerahan gelap disebabkan perubahan cuaca.
iii. Ira berpanca, tekstur kasar dan tidak rata.
 Ketahanan : Tahan lasak
 Kegunaan : Gelang pertumbyhan dan warna gelapnya menjadikan ia menarik dibuat kemasan terutama untuk
panel, lantai parket, kabinet, bingkai pintu dan tingkap serta dijadikan pemegang alat pertukangan dan perabot
kegunaan harian.
KAYU WALNUT
Bermutu tinggi, senang dibentuk dan diperakui sebagai bahan
kemasan bernilai. Ia berguna untuk membuat perabot, panel
berukir dan venier. Berat kayunya dari ringan ke sederhana ia
menampilkan warna yang pelbagai iaitu colat kekelabuan dan
coklat ungu. Ia tumbuh meluas di Utara, Tengah dan Selatan
Amerika Syarikat, Eropah dan Barat Daya Asia.
KAYU OAK
Dahulunya menjadi asas binaan rumah kediaman dan kapal
dagang Britain. Seiring perkembangan masa, kegunaannya mula
dipelbagaikan dan kini ia menjadi pilihan utama untuk membuat
perabot, rangka penyambungan panel, lantai, pintu dan pagar.
Sungguhpun, sangat tahan lasak dan ampuh namun ia berat dan
sukar dibentuk. Oak hidup subur di serata Eropah, Jepun dan
Amerika serta ditemui dalam pelbagai warna daripada kuning
pucat hingga ke kuning kemerahan.
KAYU ROSEWOOD
 Antara kayu yang berbau wangi, berwarna gelap dan meniliki ira halus,
cantik dan mewah serta semakin berseri apabila digilap.
 Rosewood dinimati kerana menawarkan permukaan kayu mirip jubin.
 Jenis yang sering digunakan membuat perabot ialah Mexican
rosewood dan tigerwood.
 Walaupun sukar dibentuk, ia menjadi eksport utama Amerika Selatan dan
Barat, Tengah serta Selatan India.
 Kayu ini bagaimanapun tidak begitu mendapat perhatian kerana
permukaan kasar dan mudah merekah
KAYU ROTAN
 Tumbuh di kawasan lembap dan di Semenanjung Malaysia memang mudah
ditemui di kawasan pinggiran pantai hingga ke kawasan pergunungan
 Teksturnya unik dan ringan serta mudah dipindah-pindah.
 Mudah dibentuk
 Harga yang murah
 Perlu penjagaan yang rapi
 Tidak tahan lama dan mudah rapuh
KAYU CENGAL

 Keras dan berwarna kuning coklat gelap, kualitinya memang

terbaik

 Tahan lasak dan tahan lama dan berkualiti tinggi

 Sesuai nak dibuat perabot, lantai, ukiran tangga, tiang, dan

gazebo  yang banyak masanya terdedah kepada cuaca

 Namun kayu ini sukar dibentuk, berat dan harganya agak

mahal kerana ketahananya.


KAYU JATI
 Kayu ini memiliki istilah lain dalam bahasa Inggris

yaitu, Tectona Grandis.

 Sangat sesuai untuk dibuat perabot

 Ketahanannya boleh mencapai puluhan tahun

 Kuat dan tahan lama

 Tahan dalam berbagai cuaca

 Memiliki serat yang bagus

 Tidak mudah mengecut


PAPAN MDF
 Papan gentian (komposit) yang dikeringkan dan dimampatkan
bersama
 Mudah dibentuk
 Lebih keras dan berat dari papan lapis
 Tidak mudah bengkok, meleding, terbelah apabila di skru
 Tidak mecengkam paku
 Mudah rosak jika terkena air dan panas matahari
 Tidak boleh dilengkungkan

Anda mungkin juga menyukai