Anda di halaman 1dari 21

2

FIQH MUAMALAT PIS 3043


LARANGAN MUAMALAT

(RIBA, GHARAR, MAISIR)

DISEDIAKAN OLEH:
SHARIFAH NURULHUDA BT S AB LATIF
PENSYARAH SYARIAH
DEFINISI RIBA

Dari segi istilah:


akad menukarkan satu barang dengan
Dari segi bahasa: bertambah barang lain yang tidak sama banyak dalam
pandangan syara’ atau ditangguhkan
terimaan kedua-dua atau salah satu
daripada kedua-dua barang.

FIQH MUAMALAT PIS 3043


3
4
Takrif fuqaha:-

Hanafi: Shafie: Hanbali:

satu kontrak pertukaran harta


tertentu yang tidak diketahui ada
ada lebihan dalam pertukaran
lebihan bayaran dalam pertukaran persamaan nilainya mengikut
sesuatu, atau ada penangguhan
harta menjadikan lebihan itu tanpa syara’ketika kontrak diadakan atau
bayaran dalam pertukaran barang-
ada tukaran. berlakunya penanguhan
barang tertentu.
penyerahan antara dua harta yang
dikontrakkannya.

DISEDIAKAN OLEH: SHARIFAH NURULHUDA BT S AB


LATIF
DALIL PENGHARAMAN RIBA

 Al-Quran:
﴾ ‫ ﴿ يمحق اهلل الربوا ويربى الصدقات واهلل ال يحب كل كفار أثيم‬:‫قال اهلل تعالى‬
Firman Allah s.w.t: “Allah merugikan riba dan
menguntungkan /mengembangkan sedekah dan Allah tidak
suka kepada yang kuat kufurnya lagi banyak dosanya.
(surah al-Baqarah: 276)
﴾ ‫ ﴿ وأحل اهلل البيع وحرم الربا‬:‫قال اهلل تعالى‬
FIQH MUAMALAT PIS 3043
Firman Allah s.w.t: “Allah telah menghalalkan jual beli dab
5
6

As-Sunnah:

‫عن جابر رضي اهلل عنه قال ” لعن رسول اهلل أكل الربا وموكله كاتبه وشاهديه‬
“‫وقال هم سواء‬
Diriwayatkan oleh Jabir r.a katanya: “Rasulullah s.a.w
melaknat pemakan riba wakilnya penulisnya dan dua
orang saksinya. Baginda bersabda: “mereka semua
DISEDIAKAN OLEH: SHARIFAH NURULHUDA BT S AB
LATIF
sama”.
DALIL PENGHARAMAN RIBA

“Jauhilah tujuh perkara yang


membinasakan. Ada yang bertanya:
“Ya Rasululullah, apakah tujuh hal
itu?” Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Menyekutukan Allah, sihir,
membunuh jiwa yang diharamkan
Allah kecuali dengan alasan yang
hak, makan harta anak yatim,
makan riba, melarikan diri dari
medan pertempuran dan menuduh
zina wanita baik-baik lagi beriman”
(Riwayat Muslim)

FIQH MUAMALAT PIS 3043


7
BARANGAN BERUNSUR RIBA

Riba berlaku apabila


membabitkan 6 barangan
berikut:
• Emas
• Perak
• Gandum
• Barli
• Tamar
• Garam

FIQH MUAMALAT PIS 3043


8
9
JENIS-JENIS RIBA

RIBA AL RIBA AD-


BUYU’ (JUAL DUYUN
BELI_ (HUTANG)

Riba al- Riba al-


Fadhl Qardh

Riba al- Riba al-


Nasiah Jahiliyyah

DISEDIAKAN OLEH: SHARIFAH NURULHUDA BT S AB


LATIF
Riba al-Fadhl:
Contoh:
• menukar 10 gram
emas (jenis 916)
dengan 12 gram
emas (jenis kualiti
750).
Riba al-Fadhl: “jual beli atau
pertukaran antara 2 barangan
• haram kerana
Jumhur fuqaha berpendapat sepatutnya kedua-
ribawi yang sama jenis
bahawa riba yang diharamkan
ialah dua jenis iaitu riba al-
dengan berbeza kadar berat duanya mesti sama
(jika dijual dengan timbang) timbangan (contoh:
Fadhl dan riba al-Nasi’ah.
atau kuantiti (jika dijual
secara bilangan kuantiti).  10 gram atau 12
gram).
• Perbezaan kualiti
tidak memberikan
kesan kepada
hukum.
10
Riba Nasi’ah

Riba Nasi’ah: “adalah jualbeli jenis Contoh: (riba al-Nasi’ah)


barang yang sama dengan • seorang menjual segantang gandum dengan
harga satu gantang setengah gandum yang
menambah salah satu daripada akan dibayar dalam masa tiga bulan.
barang itu kadar lebih timbangan • Seorang menjual sebiji buah epal dengan
atau sukatan kerana tangguh harga dua biji buah epal yang akan dibayar
penyerahannya. dalam masa sebulan.

FIQH
MUAMA
11
LAT PIS
Riba’ ad-Duyun

Riba’ yang muncul dari hutang. Ia


merupakan lebihan yang terhasil
disebabkan tempoh. Ia terbahagi kepada
dua iaitu:

Riba al-
Qardh

Riba al-
Jahiliyyah
Riba al-Qardh

Iaitu sebarang manfaat tambahan yang disyaratkan ke atas pemberian jumlah


pinjaman pokok.

Syarat ini dibuat pada awal kontrak pinjaman. Ia dikenakan oleh pemberi
pinjam kepada yang meminjam. 

Sebagai contoh, Ahmad ingin meminjam RM1,000 daripada Mohd. Tetapi


Mohd menetapkan syarat bahawa Ahmad wajib membayar semula hutang
tersebut sebanyak RM1,200. Lebihan RM200 merupakan riba ad-Duyun
jenis al-Qardh.
Riba al-Jahiliyyah:

Merupakan kadar atau sebarang manfaat


tambahan lebih dari jumlah pokok, yang
dikenakan oleh pemberi pinjam kepada Mohd bersetuju memberi pinjaman
peminjam akibat si peminjam gagal kepada Ahmad sebanyak RM500
membayar pada tempoh yang telah
dipersetujui.  

Tetapi sekiranya Ahmad gagal membayar


hutang Mohd sebelum atau pada 1 bulan
Contoh: yang telah ditetapkan, maka Ahmad
dikehendaki membayar pada Mohd
sebanyak RM600.

Lebihan sebanyak RM100 merupakan


riba’ ad_Duyun jenis al-Jahiliyyah.
HIKMAH PENGHARAMAN RIBA

 Pengharaman riba dari al-Quran dan as-Sunnah


 Menceroboh kehormatan Muslim dengan mengambil berlebihan tanpa ada
pertukaran/I’wad.
 Memudharatkan golongan miskin /lemah kerana mengambil lebih daripada
yang sepatutnya.
 Boleh menyebabkan putuskan amalan bantu-membantu sesama manusia.

FIQH
MUAMA
15
LAT PIS
KESAN BURUK
AMALAN RIBA KE ATAS MASYARAKAT
 Islam mengharamkan amalan riba ini kerana ia mempunyai implikasi
yang besar ke atas kehidupan manusia. Menurut Al- Maududi riba
keburukan riba boleh dilihat dari segi akal, dari segi sosial , dari segi
akhlak dan dari segi ekonomi
i. Dari segi akal
Riba tumbuh dalam diri manusia dan menjadikan mereka mempunyai
sifat rakus, gelojoh, tamak, kedekut, ego dan sebagainya. Sifat-sifat ini
akan menebal dan akhirnya menjadi darah daging yang sukar untuk
dikikis lagi.

FIQH MUAMALAT PIS 3043


16
KESAN BURUK
AMALAN RIBA KE ATAS MASYARAKAT
ii. Dari segi sosial dan akhlak
 Amalan riba akan merosakkan kemaslahatan dunia. Riba
mendorong pemakannya hidup senang-lenang tanpa bekerja
dan berusaha sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk
berusaha dan bekerja.
 Ia juga merupakan penindasan terhadap orang-orang miskin
di mana pihak pemberi hutang akan bertambah kaya
sementara penerima hutang akan bertambah miskin dan
tertekan. Ini akan mewujudkan ketidaksaman di dalam
masyarakat.
 Selain itu, amalan riba boleh menyebabkan kasih-sayang,
sikap tolong-menolong dan mengasihani antara satu sama lain
akan hilang.

FIQH MUAMALAT PIS 3043


17
 Riba boleh merosak dan merenggang hubungan
antara orang kaya pemakan riba dengan orang
miskin dan menimbulkan perasaan benci dan iri hati
di kalangan mereka.
 Konflik boleh berlaku akibat ketidakpuasan hati di
kalangan peminjam seperti rompakan, pembunuhan
dan lain- lain. Ini boleh mengganggu gugat
KESAN BURUK kestabilan masyarakat secara keseluruhan.

AMALAN RIBA
iii. Dari segi ekonomi
KE ATAS  Riba yang tinggi memusnahkan daya penarik
MASYARAKAT pelabur, menyebabkan kekurangan pekerjaan dan
pendapatan.
 Ia juga merosakkan perkembangan ekonomi dan
mengakibatkan kan inflasi.
 Riba diperoleh tanpa mengusahakan sesuatu dan
meletakkan kesemua risiko ke atas bahu peminjam.

FIQH MUAMALAT PIS 3043 18

Anda mungkin juga menyukai