Anda di halaman 1dari 19

Social Diagnosis for Curriculum Development

PENGENALAN

Kurikulum dalam masyarakat mencerminkan akan apa yang manusia fikir, percaya dan
lakukan. Untuk memahami akan struktur dan fungsi kurikulum, perlulah memahami terlebih
dahulu akan pengertian budaya, elemen budaya yang penting dan bagaimana perkara ini
disusun serta kaitannya.
Pengertian Budaya

Budaya ialah struktur idea, kesesuaian, kepercayaan, kemahiran, alat, objek estetik, gaya pemikiran, adat dan institusi di mana setiap individu dalam sesebuah masyarakat itu dilahirkan.

Budaya melibatkan cara individu itu hidup, permainan yang dimainkan, cerita yang disampaikan, hero yang disanjungi, muzik yang dimainkan, cara mereka membentuk anak-anak mereka, organisasi kekeluargaan, bentuk kenderaan dan komunikasi.
Istilah budaya berbeza dari konsep masyarakat:-

Masyarakat ialah sekumpulan individu manusia yang disusun


dalam suatu organisasi yang memikirkan bahawa mereka adalah
kumpulan yang berbeza kerana mereka adalah ahli dari suatu unit
sosial yang berbeza dan mempunyai peranan yang berbeza.

Masyarakat terdiri dari budaya. Budaya mengandungi perkara yang


manusia pelajari untuk dilakukan, percaya, menilai, menikmati dan
nilai sejarahnya. Apa yang individu tertentu percaya dan lakukan
dan bagaimana dia bertindakbalas ke atas ransgangan tertentu
bergantung akan budaya dimana dia dibesarkan.

Jadi, struktur asas personaliti individu tertentu terbentuk


oleh budaya dimana dia dilahirkan dan membesar menuju
kematangan.
Struktur Budaya
Menurut analisis yang diutarakan oleh Ralph Linton bertajuk ‘The Study
of Man’ bertujuan untuk memahami tujuan dan pembangunan semula
kurikulum dengan lebih tepat. Daripada analisisnya, elemen budaya
boleh dibahagikan kepada 3 kategori:

Pertama dikenali sebagai universal aspek iaitu perkara yang


diletakkan dikalangan orang dewasa yang diterima oleh ahli dalam
masyarakat tersebut. Contohnya, mereka makan makanan
yang sama, gaya pemakaian pakaian yang sama, memerlukan
pematuhan dan kehormatan yang sama dari anak-anaknya
ataupun idea politik dan ekonomi yang sama.
Kedua dikenali sebagai specialties aspek iaitu sesetengah
elemen atau perkara yang terdapat, diketahui dan boleh
dilakukan dikalangan orang dewasa yang tertentu dalam
masyarakat. Contohnya, perkara yang mengandungi prinsip
vokasional yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal.

Ketiga dikenali sebagai alternatives aspek iaitu elemen budaya


yang dikongsi di kalangan universal dan specialties. Elemen ini
merangkumi cara pemikiran dan kelakuan yang baru dengan
meninggalkan idea dan amalan yang biasanya diterima. Mereka
menerima cara untuk mendapatkan keputusan yang berlainan dari
teknik atau prosidur yang secara amnya telah diterima. Alternatives
mungkin memasuki sesuatu budaya melalui penciptaan dalam
masyarakat atau meresap dari budaya yang lain.
Contoh makanan seperti maruku.
Budaya Asas Kurikulum

pemerhatian dilakukan pada kurikulum sekolah dalam mana-mana


masyarakat, akan didapati, set objektif pendidikan, perkara, senarai
latihan atau aktiviti yang ingin dilakukan dan cara penilaian untuk
menentukan sama ada objektif telah dicapai oleh pelajar ada dinyatakan
atau diaplikasikan. Jadi, dalam setiap masyarakat kurikulum mesti
digubal dari budayanya.

Dari struktur budaya pula adalah tidak mustahil untuk mendapat idea
yang jelas akan perbezaan antara kurikulum pendidikan yang biasa dan
pendidikan istimewa.
Pendidikan biasa berdasarkan budaya universal

Pendidikan biasa adalah berdasarkan elemen universal dan


berkaitan perkara am. Pendidikan biasa berkaitan dengan
masalah untuk menjaga masyarakat supaya bersatupadu dan dalam
unit integrasi yang baik.

Kandungan universal, adalah standard atau pengetahuan di mana


manusia mengenalpasti dan memilih yang mana benar dan
salah, baik dan buruk, cantik dan hodoh, betul dan salah,
sesuai dan kurang sesuai dalam segala macam aktiviti samada
politik, ekonomi, estetik, pendidikan dan sebagainya. Standard ini
membentuk kandungan moral masyarakat. Selain itu, ia juga
mengandungi pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan
kawalan dan peningkatan aktiviti biasa manusia seperti tingkahlaku
politik, ekonomi dan pendidikan.
Pendidikan istimewa berkaitan kepakaran budaya

Pendidikan istimewa pula berdasarkan keistimewaan dominan


budaya tersebut. Ianya direka untuk melatih individu untuk bersosial
dan posisi vokasional (kemahiran).

Contohnya kelas pendidikan khas, keistimewaan budaya merupakan


cara pemikiran dan geraklaku yang berkaitan sama ada dengan
kumpulan vokasional atau kelas sosial tersebut. Oleh itu, pendidikan
boleh diikuti dengan penuh minat oleh kumpulan istimewa ini.

Pendidikan untuk tujuan vokasional pula berkait rapat dengan


keperluan seseorang dari tahap sosio-ekonomi tertentu.
oleh itu, sukar untuk menentukan jenis pendidikan
khas mana yang direka untuk menghasilkan individu untuk
memenuhi posisi tertentu dalam masyarakat.
Perubahan Budaya dan Kurikulum

Budaya melalui perubahan yang serius yang mana kurikulum akan


menjadi tumpuan dikalangan ahli pendidik yang sensitif dan
masyarakat.

Terdapat penekanan terhadap elemen yang tertentu dalam budaya itu


yang dapat dilihat jelas menerusi perbuatan. Contohnya seni
pertukangan.
Perubahan Budaya Berkaitan untuk Meningkatkan Alternatif (Pilihan)

Sesuatu Budaya bukan sahaja mengandungi elemen, tetapi elemen


ini saling kait dan di olah sehingga ianya membentuk konfigurasi atau
paten budaya. Apabila elemen alternatif wujud dalam budaya, maka
ianya mula mengganggu paten budaya sedia ada. Contohnya:
penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian.

Apabila bilangan alternatif adalah rendah


berbanding aspek universals budaya, kemungkinan besar
integrasi budaya berlaku. Tetapi apabila alternatif meningkat berbanding
aspek universal, kemungkinan
berlaku ketidaksepaduan.
Community Changes and Problems of
Curriculum Development
Sains & Teknologi mempengaruhi budaya

Satu dari ciri utama ketamadunan moden ialah pengembangan


penaklukannya. Manusia moden mencari dan membongkar
pengetahuan baru, teknik baru dan menghasilkan mesin yang canggih.
Jadi, mereka tidak hanya tahu menggunakan hasil penciptaan sains &
teknologi tetapi secara sengaja mampu menghasilkan alat yang
berkualiti tinggi.

Sains dan Teknologi sebagai Punca Perubahan Sosial

Sains dan teknologi mempengaruhi kehidupan sosial dengan memberi


peluang pekerjaan, menghubungkan manusia dengan manusia yang lain
walaupun dalam kedudukan geografi yang jauh, memusatkan populasi
dan meningkatkan komunikasi manusia.
Peningkatan Tenaga Buruh dengan Kebergantungan Sosial

Pembangunan kurikulum perlulah sejajar dengan kehendak pasaran


semasa.Kuasa dan kecekapan bidang sains dan teknologi bergantung
kepada prinsip pembahagian buruh (mempunyai kepakaran dalam
bidang masing-masing)yang menghasilkan kebergantungan. Jika
sesuatu produk dibuat oleh bilangan individu yang besar, setiap individu
hanya bertanggungjawab terhadap yang elemen yang sedikit dari
keseluruhannya, (berlakunya pengkhususan pekerjaan). Sekiranya
salah seorang gagal menunaikan tangungjawab tersebut, maka
produk tersebut akan tergendala. Ini kerana organisasi dan pengurusan
membentuk memerlukan kerjasama menyeluruh.
Perubahan dalam Kehidupan Berkomuniti

Individu dalam Komuniti yang kecil abad ke-19


Manusia pada abad ini secara asasnya bersetuju akan makna kehidupan
yang saling memerlukan di samping memahami tanggungjawab individu.
Individu dalam masyarakat urban hari ini
Dengan peningkatan urban, kehidupan individu menjadi kurang terbentuk
kerana semakin banyak dibentuk oleh kehidupan dan aktiviti lain.Mereka
hanya berhubungan yang berkaitan dengan pekerjaan.
Tindakan Sosial dipengaruhi oleh kumpulan berkepentingan khas

Mereka yang berkepentingan biasanya adalah golongan majoriti yang


sangat berkepentingan dalam organisasi masyaarakat tersebut. Contohnya
ahli usahawan, agrikultur dan buruh.
Susun lapis Sosial Komuniti

• Pergaulan meletakkan mereka dalam golongan kelas tertentu


• Terma kelas sosial merujuk kepada tahap susun lapis sosial
• Fakta bahawa sistem kelas tidak konsisten dengan persamaan ideal
demokratik terlalu jelas dan kini wujud jurang berdasarkan kelas sosial
dalam masyarakat.
Perubahan Dalam Kehidupan Kekeluargaan

Budaya telah membawa pengaruh dalam komuniti tempatan, yang


bermula daripada pembangunan individu yang datangnya dari aspek
kekeeluargaan sebagai unit asas sosial.

Keluarga bertanggungjawab membentuk generasi muda sebagai persediaan


menempuh ke alam masyarakat sosial. Corak kehidupan berkeluarga
ditentukan oleh keseluruhannya corak budaya dalam masyarakat tersebut.

Fungsi kekeluargaan di zaman urban ini telah berkurangan kerana faktor


kehidupan yang terlalu menuntut ke arah peningkatan ekonomi and
kerjaya.
Perubahan dalam Pekerjaan dan peluang pekerjaan

• Manusia bertanggungjawab meningkatkan dan membangunkan industri


teknologi dan sistem kilang, kerana mereka mendapat upah bagi meneruskan
kehidupan..

• Pembangunan teknologi dan perubahan pekerja


• Oleh keran pembangunan teknologi semakin tinggi, permintaan ke atas
tenaga buru semakin berkurangan dan menyebabkan pekerja diletakkan
secara shif dan bergilir. Maka pendapatan manusia semakin berkurangan
kerana faktor kebergantungan sepenuhnya terhadap teknologi.

• Dengan pengurusan yang lebih baik dan mesin yang lebih efisien, inovasi
teknologi boleh meletakkan pekerja secara terus atau secara tidak langsung .
Manusia perlulah meningkatkan kemahiran teknologi kerana kelancaran
sektor pekerjaan bergantung kepada perubahan industri.
Perubahan yang membawa kepada Pembentukan Kurikulum

• Beberapa kesan yang berlaku hasil daripada perubahan itu ialah unit kekeluargaan yang
semakin kurang pengaruhnya, peningkatan organisasi sosial yang besar, ketidakstabilan
pekerjaan dan pentingnya revolusi saintifik dan teknologi.

• Logik manusia diperlukan bagi mengatasi masalah yang timbul. Kurikulum harus mengenal
pasti fakta ini bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

• Kurikulum harus di rancang untuk memasukkan pengalaman, membina kesesuaian yang


sewajarnya dan harus diterima oleh semua pihak yang merangkumi sektor perubahan dan
peluang pekerjaan.

Anda mungkin juga menyukai