Anda di halaman 1dari 4

ISI KANDUNGAN ARTIKEL

Bab 2 yang bertajuk “budaya, pengajaran dan pembelajaran” merupakan bahagian daripada
sebuah jurnal yang membincangkan tentang apakah yang dimaksudkan kepelbagaian budaya
dalam sesebuah masyarakat dan bagaimana seorang pendidik dapat mempersiapkan diri mereka
untuk mengajar di sekolah yang mempunyai pelajar pelbagai budaya. Pendekatan yang khusus
untuk memahami setiap budaya ini juga dikenali sebagai pendekatan berasaskan pelancongan
atau transmisi dijalankan terutamanya dalam latihan mengajar. Kebiasaannya pemahaman ini
melibatkan individu yang mahir dalam menyampaikan pengajaran kepada individu yang
mengamalkan ciri budaya X dan budaya tertentu Y.

Salah satu tujuan utama bab ini adalah bagi menjawab setiap persoalan bagi memberi
pemahaman yang lebih baik kepada pendidik khususnya mengenai budaya dan membolehkan
mereka menerapkan pemahaman tersebut. Selain itu, para pendidik dapat membantu dalam
meningkatkan hubungan yang lebih berkesan antara kehidupan sosial pelajar malahan
pembelajaran di sekolah juga. Dalam bahagian ini, penulis ingin menerangkan tentang
pendekatan antropologi untuk memahami budaya secara mendalam dan menyeluruh bagi
menyumbang kepada kepelbagaian dimensi terhadap pendidikan pelbagai budaya. Latar
kepelbagaian budaya dalam masyarakat dapat dipecahkan kepada lima aspek utama dalam
kehidupan, iaitu kepelbagaian agama, bahasa, etnik, gender, sosioekonomi dan keupayaan
mental dan fizikal (Banks,1999). Dalam kepelbagaian inilah suatu kehidupan perlu dicapai
melalui cara hidup bersama-sama, saling membantu serta sikap toleransi yang tinggi antara
masyarakat menerusi proses komunikasi dengan pengantaraan medium bahasa.

Seiring dengan arus pemodenan dunia, konsep budaya juga mengalami perubahan
mengikut pergeseran sosial, ekonomi, dan politik yang lebih luas. Terdapat sebilangan ahli
antropologi kontemporari yang mempersoalkan adakah konsep budaya itu masih lagi relevan
atau adakah ia perlu diubah semula. Oleh hal demikian, pengubahsuaian terhadap dasar
pendidikan perlu dilaksanakan kesan daripada perubahan sosial terutamanya dalam komposisi,
keperluan kehendak terhadap masyarakat tersebut. Sebagai contoh, perubahan daripada
masyarakat homogen kepada masyarakat heterogen dan bersifat pelbagai budaya. Manakala,
masyarakat berorientasikan lokal berubah menjadi lebih terdedah kepada arena antarabangsa dan
global. Dengan itu, pelaksanaan dan fungsi pendidikan sebagai saluran pemindahan ilmu dan
budaya masyarakat juga turut mengalami perubahan. Oleh itu, melalui peralihan ini akan
berlakunya perubahan nilai dan moral, persekitaran dan identiti masyarakat yang bersifat lebih
global.

Pemahaman antropologi tentang bagaimana amalan budaya diaplikasikan dalam


pengajaran dan pembelajaran kepada setiap pelajar adalah sangat penting untuk memberi makna
dan pendidikan yang berkesan. Dengan memperluaskan pengetahuan dan pemahaman tentang
kepelbagaian budaya, pelajar sebagai generasi masa hadapan dapat dibentuk untuk menjadi ahli
komuniti yang berketerampilan dan seterusnya menjadi warganegara yang serba boleh. Oleh itu,
guru mesti memupuk pemahaman yang lebih mendalam tentang kajian budaya dan bagaimana
pendidikan pelbagai budaya terlibat dalam pengajaran pelajar supaya sesi pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

Bahagian 2.2 pula akan diterangkan bagaimana wujudnya budaya dalam sesebuah
masyarakat. Terdapat perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa terhadap konsep budaya
tersebut. Evolusi budaya ini adalah suatu proses perubahan bagi masyarakat dan budaya yang
mengambil masa yang lama. Segala perubahan yang berlaku lebih kepada berupa secara
bersendirian iaitu tidak mengalami tekanan dari luar. Manakala, bagi konsep perubahan budaya
pula merupakan perubahan yang terjadi dalam jangka masa yang lebih pendek dan mungkin hasil
dari pertembungan dengan luar atau lebih bersifat tekanan dari luar.

Setelah berlakunya revolusi perindustrian, konsep budaya berubah daripada makna


pertumbuhan seperti hortikultur atau pertanian untuk menimbulkan aspirasi kreatif oleh akal
fikiran manusia. Idea budaya telah dikaitkan dengan idea akhir pada abad ke-19 dan awal ke-20
tentang perkembangan tahap evolusi bagi peringkat kumpulan antara kaum dari segi tahap
kecerdasan mahupun perkembangan. Menurut pandangan eucentric, terdapat masyarakat yang
beradab dan primitif. Masyarakat beradab adalah golongan yang lebih maju dan tinggi pada
tahap budayanya manakala masyarakat primitif mempunyai tahap budaya yang sedikit ataupun
tiada langsung. Setelah melakukan perbandingan sejarah, Frenz Boas telah menggantikan teori
kemajuan kepada teori relatisme budaya yang menyatakan bahawa budaya tidak unggul dan
lebih bersifat rendah diri yang berbeza antara satu sama lain (Viswewaran, 2010). Oleh itu,
jelaslah bahawa perbezaan pada perkembangan dan tingkah laku manusia dilihat berdasarkan
cara pengetahuan dan tradisi yang khusus untuk penyesuaian kumpulan sosial tersebut bukannya
pada tahap kemajuan atau perkembangan secara keseluruhan.

Seperti kita sedia maklum, proses penyebaran unsur-unsur budaya dalam masyarakat
yang sama disebut juga sebagai difusi dalam masyarakat yang sama dan proses difusi antara
masyarakat itu ialah “inter-society diffusion”. Dalam pandangan antropologi, proses difusi
budaya bermaksud penyebaran dan peresapan unsur-unsur budaya daripada satu masyarakat
kepada satu masyarakat lain. Proses ini berlaku mungkin secara dibawa oleh orang-orang.

Pada asasnya, definisi budaya adalah yang paling banyak terlibat dalam sistem
pendidikan. Selepas kemunculan abad ke 21, definisi budaya telah menjadi sangat jelas dalam
usaha untuk meningkatkan tahap pendidikan dengan tidak mengabaikan penyebaran budaya.
Perkataan 'budaya' sering kali menimbulkan kekeliruan kepada setiap individu. Oleh hal
demikian, budaya dapat didefinisikan sebagai idea, kepercayaan, tingkah laku dan nilai yang
dapat disebarkan dari satu individu ke individu lain melalui beberapa pembelajaran sosial secara
langsung.

Transmisi budaya adalah penyebaran kepercayaan keutamaan dan norma-norma tingkah


laku yang merupakan hasil interaksi sosial di seluruh generasi. Sebahagian besar bentuk
penyebaran budaya telah mewujudkan evolusi budaya iaitu perubahan frekuensi ataupun tingkah
laku, idea, kepercayaan dan nilai. Sebagai contoh, kognisi manusia yang mempunyai peraturan
seperti “lebih suka meniru orang yang mempunyai anak yang ramai”. maka secara tak langsung
individu tersebut akan mengikut setiap tingkah laku, idea, kepercayaan dan amalan yang negatif.

Terdapat juga kesan positif bagi transmisi budaya ini iaitu individu tersebut mempunyai
kesedaran mengenai perbezaan kod antara etnik. Selain itu, mereka dapat mengelakkan
tanggapan negatif terhadap perbezaan antara satu sama lain dan mendidik mengenai cara
menghormati pengetahuan dan peraturan budaya lain menjadi sebuah kebiasaan. Oleh hal
demikian, pendidikan memainkan peranan utama dalam penyebaran budaya apabila dilakukan
dari satu generasi ke generasi yang lain. Budaya berpotensi memberi kesan yang besar terhadap
pendidikan dan juga perubahan sosial. Fungsi utama sistem pendidikan adalah menyebarkan
warisan budaya kepada generasi baru. Perubahan sosial yang berlaku dari generasi ke generasi
dan sistem pendidikan dalam masyarakat tidak harus menyebarkan warisan budaya sahaja, tetapi
juga membantu dalam mempersiapkan anak muda untuk menyesuaikan diri dengan setiap
perubahan yang bermungkinan berlaku pada masa akan datang. Oleh itu, budaya dapat
ditingkatkan melalui pendidikan kerana akan membawa perubahan yang diharapkan dalam
budaya dan nilai untuk kemajuan dan pembangunan masyarakat sejagat.

Penyesuaian budaya adalah proses dan masa yang memerlukan seseorang untuk
menyesuaikan diri dengan budaya baru dan merasa selesa di dalamnya. Seseorang dalam situasi
ini mungkin menghadapi pelbagai emosi yang teori ini terangkan dalam empat tahap yang
berbeza. Mengapakah sangat penting untuk menyesuaikan dengan budaya? Penyesuaian budaya
mengajar kita untuk memiliki kesedaran tentang perbezaan antara satu sama lain dan memberi
kita hak untuk menangani potensi cabaran ini untuk mencari hasil yang terbaik. Individu akan
mudah mendapat manfaat dengan mempelajari bagaimana menyesuaikan diri dengan situasi
profesional yang berbeza dalam beberapa cara. Secara umumnya, individu akan memerlukan
kumpulan sosial untuk menyesuaikan diri keadaan baru melalui inovasi dan kemudian
menggabungkan dan mengabadikan penyesuaian ini melalui pemupukan secara berulang.

Anda mungkin juga menyukai