Anda di halaman 1dari 20

HMS3033: PENDIDIKAN PELBAGAI

BUDAYA

TAJUK: ULASAN ARTIKEL

NO. NAMA NO. MATRIK


1. AN’NUR JANNAH BINTI ALI ALLAH D20191088157
2. CHE AHMAD FIRDAUS BIN CHE D20191087876
YUSOF
3. NUR AMIRA BINTI AMRI D20191089141
4. SAIDATUL HAFIRAH BINTI RAZALI D20191088169
5. WAN NURUL IZZAH BINTI WAN D20192091282
ZAHARI
PENSYARAH PROF. MADYA DR. TAN BEE PIANG
KUMPULAN A
TAJUK: BUDAYA, PENGAJARAN, DAN PEMBELAJARAN

TEMA: PENDIDIKAN MELALUI KEPELBAGAIAN BUDAYA

ISI KANDUNGAN ARTIKEL

BAB 2: BUDAYA, PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bab 2 yang bertajuk “budaya, pengajaran dan pembelajaran” merupakan bahagian daripada
sebuah jurnal yang membincangkan tentang apakah yang dimaksudkan kepelbagaian budaya
dalam sesebuah masyarakat dan bagaimana seorang pendidik dapat mempersiapkan diri mereka
untuk mengajar di sekolah yang mempunyai pelajar pelbagai budaya. Pendekatan yang khusus
untuk memahami setiap budaya ini juga dikenali sebagai pendekatan berasaskan pelancongan
atau transmisi dijalankan terutamanya dalam latihan mengajar. Kebiasaannya pemahaman ini
melibatkan individu yang mahir dalam menyampaikan pengajaran kepada individu yang
mengamalkan ciri budaya X dan budaya tertentu Y.

Salah satu tujuan utama bab ini adalah bagi menjawab setiap persoalan bagi memberi
pemahaman yang lebih baik kepada pendidik khususnya mengenai budaya dan membolehkan
mereka menerapkan pemahaman tersebut. Selain itu, para pendidik dapat membantu dalam
meningkatkan hubungan yang lebih berkesan antara kehidupan sosial pelajar malahan
pembelajaran di sekolah juga.
2.1 MENGENAL BUDAYA: GAMBARAN KESELURUHAN MAKNA DAN
KEGUNAAN BUDAYA

Dalam bahagian ini, penulis ingin menerangkan tentang pendekatan antropologi untuk
memahami budaya secara mendalam dan menyeluruh bagi menyumbang kepada kepelbagaian
dimensi terhadap pendidikan pelbagai budaya. Latar kepelbagaian budaya dalam masyarakat
dapat dipecahkan kepada lima aspek utama dalam kehidupan, iaitu kepelbagaian agama, bahasa,
etnik, gender, sosioekonomi dan keupayaan mental dan fizikal (Banks,1999). Dalam
kepelbagaian inilah suatu kehidupan perlu dicapai melalui cara hidup bersama-sama, saling
membantu serta sikap toleransi yang tinggi antara masyarakat menerusi proses komunikasi
dengan pengantaraan medium bahasa. Seiring dengan arus pemodenan dunia, konsep budaya
juga mengalami perubahan mengikut pergeseran sosial, ekonomi, dan politik yang lebih luas.
Terdapat sebilangan ahli antropologi kontemporari yang mempersoalkan adakah konsep budaya
itu masih lagi relevan atau adakah ia perlu diubah semula. Oleh hal demikian, mengikut arus
peredaran masa, pengubahsuaian terhadap dasar pendidikan perlu dilaksanakan kesan daripada
perubahan sosial terutamanya dalam komposisi, keperluan kehendak terhadap masyarakat
tersebut. Sebagai contoh, perubahan daripada masyarakat homogen kepada masyarakat
heterogen dan bersifat pelbagai budaya. Manakala, masyarakat berorientasikan lokal berubah
menjadi lebih terdedah kepada arena antarabangsa dan global. Dengan itu, pelaksanaan dan
fungsi pendidikan sebagai saluran pemindahan ilmu dan budaya masyarakat juga turut
mengalami perubahan. Oleh itu, melalui peralihan ini akan berlakunya perubahan nilai dan
moral, persekitaran dan identiti masyarakat yang bersifat lebih global.

Pemahaman antropologi tentang bagaimana amalan budaya diaplikasikan dalam


pengajaran dan pembelajaran kepada setiap pelajar adalah sangat penting untuk memberi makna
dan pendidikan yang berkesan. Dengan memperluaskan pengetahuan dan pemahaman tentang
kepelbagaian budaya, pelajar sebagai generasi masa hadapan dapat dibentuk untuk menjadi ahli
komuniti yang berketerampilan dan seterusnya menjadi warganegara yang serba boleh. Oleh itu,
guru mesti memupuk pemahaman yang lebih mendalam tentang kajian budaya dan bagaimana
pendidikan pelbagai budaya terlibat dalam pengajaran pelajar supaya sesi pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.
2.2 ASAL PERMULAAN KEWUJUDAN PEMBINAAN BUDAYA

Bahagian ini akan menerangkan bagaimana wujudnya budaya dalam sesebuah masyarakat.
Terdapat perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa terhadap konsep budaya tersebut.
Evolusi budaya ini adalah suatu proses perubahan bagi masyarakat dan budaya yang mengambil
masa yang lama. Segala perubahan yang berlaku lebih kepada berupa secara bersendirian iaitu
tidak mengalami tekanan dari luar. Manakala, bagi konsep perubahan budaya pula merupakan
perubahan yang terjadi dalam jangka masa yang lebih pendek dan mungkin hasil dari
pertembungan dengan luar atau lebih bersifat tekanan dari luar.

Setelah berlakunya revolusi perindustrian, konsep budaya berubah daripada makna


pertumbuhan seperti hortikultur atau pertanian untuk menimbulkan aspirasi kreatif oleh akal
fikiran manusia. Idea budaya telah dikaitkan dengan idea akhir pada abad ke-19 dan awal ke-20
tentang perkembangan tahap evolusi bagi peringkat kumpulan antara kaum dari segi tahap
kecerdasan mahupun perkembangan. Menurut pandangan eucentric, terdapat masyarakat yang
beradab dan primitif. Masyarakat beradab adalah golongan yang lebih maju dan tinggi pada
tahap budayanya manakala masyarakat primitif mempunyai tahap budaya yang sedikit ataupun
tiada langsung. Setelah melakukan perbandingan sejarah, Frenz Boas telah menggantikan teori
kemajuan kepada teori relatisme budaya yang menyatakan bahawa budaya tidak unggul dan
lebih bersifat rendah diri yang berbeza antara satu sama lain (Viswewaran, 2010). Oleh itu,
jelaslah bahawa perbezaan pada perkembangan dan tingkah laku manusia dilihat berdasarkan
cara pengetahuan dan tradisi yang khusus untuk penyesuaian kumpulan sosial tersebut bukannya
pada tahap kemajuan atau perkembangan secara keseluruhan. Seperti kita sedia maklum, proses
penyebaran unsur-unsur budaya dalam masyarakat yang sama disebut juga sebagai difusi dalam
masyarakat yang sama dan proses difusi antara masyarakat itu ialah “inter-society diffusion”.
Dalam pandangan antropologi, proses difusi budaya bermaksud penyebaran dan peresapan
unsur-unsur budaya daripada satu masyarakat kepada satu masyarakat lain.
2.3 BUDAYA SEBAGAI TRANSMISI DAN PENYESUAIAN

Pada asasnya, definisi budaya paling banyak terlibat dalam sistem pendidikan. Selepas
kemunculan abad ke 21, definisi budaya telah menjadi sangat jelas dalam usaha untuk
meningkatkan tahap pendidikan dengan tidak mengabaikan penyebaran budaya. Perkataan
'budaya' sering kali menimbulkan kekeliruan kepada setiap individu. Oleh hal demikian, budaya
dapat didefinisikan sebagai idea, kepercayaan, tingkah laku dan nilai yang dapat disebarkan dari
satu individu ke individu lain melalui beberapa pembelajaran sosial secara langsung.

Transmisi budaya adalah penyebaran kepercayaan keutamaan dan norma-norma tingkah


laku yang merupakan hasil interaksi sosial di seluruh generasi. Sebahagian besar bentuk
penyebaran budaya telah mewujudkan evolusi budaya iaitu perubahan frekuensi ataupun tingkah
laku, idea, kepercayaan dan nilai. Sebagai contoh, kognisi manusia yang mempunyai peraturan
seperti “lebih suka meniru orang yang mempunyai anak yang ramai”. Maka secara tak langsung
individu tersebut akan mengikut setiap tingkah laku, idea, kepercayaan dan amalan yang negatif.

Terdapat juga kesan positif bagi transmisi budaya ini iaitu individu tersebut mempunyai
kesedaran mengenai perbezaan kod antara etnik. Selain itu, mereka dapat mengelakkan
tanggapan negatif terhadap perbezaan antara satu sama lain dan mendidik mengenai cara
menghormati pengetahuan dan peraturan budaya lain menjadi sebuah kebiasaan. Oleh hal
demikian, pendidikan memainkan peranan utama dalam penyebaran budaya apabila dilakukan
dari satu generasi ke generasi yang lain. Budaya berpotensi memberi kesan yang besar terhadap
pendidikan dan juga perubahan sosial. Fungsi utama sistem pendidikan adalah menyebarkan
warisan budaya kepada generasi baru. Perubahan sosial yang berlaku dari generasi ke generasi
dan sistem pendidikan dalam masyarakat tidak harus menyebarkan warisan budaya sahaja, tetapi
juga membantu dalam mempersiapkan anak muda untuk menyesuaikan diri dengan setiap
perubahan yang bermungkinan berlaku pada masa akan datang. Oleh itu, budaya dapat
ditingkatkan melalui pendidikan kerana akan membawa perubahan yang diharapkan dalam
budaya dan nilai untuk kemajuan dan pembangunan masyarakat sejagat.

Penyesuaian budaya adalah proses dan masa yang memerlukan seseorang untuk
menyesuaikan diri dengan budaya baru dan merasa selesa di dalamnya. Seseorang dalam situasi
ini mungkin menghadapi pelbagai emosi yang teori ini terangkan dalam empat tahap yang
berbeza. Mengapakah sangat penting untuk menyesuaikan dengan budaya? Penyesuaian budaya
mengajar kita untuk memiliki kesedaran tentang perbezaan antara satu sama lain dan memberi
kita hak untuk menangani potensi cabaran ini untuk mencari hasil yang terbaik. Individu akan
mudah mendapat manfaat dengan mempelajari bagaimana menyesuaikan diri dengan situasi
profesional yang berbeza dalam beberapa cara. Secara umumnya, individu akan memerlukan
kumpulan sosial untuk menyesuaikan diri keadaan baru melalui inovasi dan kemudian
menggabungkan dan mengabadikan penyesuaian ini melalui pemupukan secara berulang.

2.4 PENCIPTAAN BUDAYA: PENGHANTARAN DAN PENDIDIKAN BUDAYA

Berdasarkan artikel ini, penulis mengetengahkan tentang isu penciptaan budaya yang bermula
melalui penyebaran dan pendidikan budaya. Dalam ini turut membincangkan persoalan-
persoalan yang timbul dalam kalangan ahli antropologi dan ahli sosiologi tentang asal usul
disiplin akademik pada akhir tahun 1800-an antaranya cara masyarakat manusia
mengembangkan populasi masyarakat secara berterusan dari satu generasi ke generasi yang lain
tanpa gangguan, faktor masyarakat dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sambil
mengekalkan beberapa perpaduan dan kesinambungan sejarah serta kaedah masyarakat
menyimpan ciri-ciri penting dari segi pelbagai budaya dan teknologi. Teori sains sosial
pendidikan dilihat menjawab persoalan-persoalan berikut melalui analisis proses penyebaran
budaya, penularan asas pengetahuan dan nilai budaya antara generasi seperti dalam proses
pengurusan bilik darjah tradisional di sekolah berpotensi mengajar cara komunikasi budaya yang
dominan.

Penulis juga menyatakan bahawa budaya sekolah biasanya menggambarkan budaya yang
dominan menyebabkan komuniti pelajar yang dalam budaya dominan akan mempunyai modal
budaya yang lebih besar berbanding pelajar yang memiliki budaya yang berbeza. Modal budaya
dapat mempunyai banyak definisi berdasarkan pandangan para tokoh antaranya bermaksud
"pandangan, standard dan bentuk budaya", dikenal pasti melalui ciri fizikal, gerak tubuh, sifat
tingkah laku, gaya bercakap, dan sebagainya yang khusus untuk kelas yang bervariasi dalam
masyarakat kapitalis. Berdasarkan kajian-kajian terdahulu penulis meringkaskan bahawa sekolah
memberi keistimewaan kepada modal budaya pelajar dari kumpulan dominan dengan
memberikan keutamaan yang lebih besar kepada mereka seperti kelayakan akademik yang
unggul dan sumbangan mata wang yang diperlukan bagi mengakses peluang ekonomi yang lebih
besar berbanding pelajar yang memiliki modal budaya yang sebaliknya akan berdepan dengan
"keganasan simbolik", di mana sumber budaya sosial dinilai oleh sekolah. Penulis turut
menegaskan sekolah yang lebih mengutamakan sifat modal budaya kumpulan dominan
menyebabkan wujudnya struktur dan ketaksamaan kelas. Artikel ini juga membahaskan tentang
akulturasi yang merujuk kepada proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu
budaya kepada budaya yang lain melalui aktiviti dalam masyarakat seperti perayaan, gereja,
masjid dan lain-lain. Daripada artikel ini, penulis mendapati bahawa akulturasi yang tidak sesuai
perlu dielakkan kerana mampu mewujudkan jurang antara anak-anak dengan ibu bapa kerana
mereka saling membandingkan tingkah laku budaya mereka dengan budaya di negara lain.

2.5 PERUBAHAN BUDAYA: PSIKOLOGI BUDAYA DAN PENGELUARAN


BUDAYA

Selain itu, artikel ini turut menerangkan tentang perubahan budaya melalui psikologi budaya dan
pengeluaran budaya. Dapat dilihat dalam artikel ini, penulis telah membuktikan bahawa
pendidikan sememangnya mampu mengubah status sosial budaya dalam kalangan masyarakat.
Oleh itu, pendidikan sebagai pengantaraan yang sesuai dan para pelajar berperanan untuk
meningkatkan pencapaian mereka ke tahap yang lebih tinggi agar dapat mengubah status sosial
budaya mereka dengan lebih baik. Hal ini sangat berkait dengan teori Jean Lave dan Etienne
Wenger (1991) menjelaskan mengenai kedudukan pembelajaran di mana masyarakat menjadikan
asas budaya masyarakat sebagai wahana pemerolehan yang mampu meletakkan identiti sebagai
nadi pembelajaran budaya. Dengan ini secara tak langsung seseorang dapat mengembangkan
identiti masyarakat dan pelaburan emosi yang mantap melalui pendidikan.

Penulis turut membincangkan tentang pengeluaran budaya yang bergantung kepada


pemindahan dan pemerolehan sesuatu budaya. Pendidikan sebagai alat dalam proses pengeluaran
budaya dengan cara individu atau subkultur dapat memperluas pengetahuan bagi memperoleh
pengetahuan budaya yang dipindahkan kepada mereka bagi memajukan diri mereka dan secara
tak langsung dapat menghasilkan suatu budaya yang dapat diterima dalam kalangan masyarakat.
Oleh itu, pendidikan sememangnya penting sebagai alat dalam mewujudkan mobiliti sosial
budaya dalam masyarakat. Mesej yang ingin disampaikan oleh penulis adalah setiap komuniti
berhak mengubah status sosial mereka ke arah yang lebih baik agar mereka dapat menjalani
kehidupan dengan lebih selesa dan baik. Setiap kaum di Malaysia hendaklah saling bersatu padu
bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dipandang tinggi oleh negara lain
melalui saling menghormati budaya, agama dan bahasa kaum lain. Sesungguhnya keunikan
pelbagai budaya di Malaysia menyebabkan negara Malaysia menjadi tarikan pelancong asing
untuk datang melancong ke Malaysia.

2.6 KRITIKAN BUDAYA

Bukan itu sahaja, dalam artikel ini juga penulis ada membincangkan tentang kritikan budaya.
Dalam artikel ini dapat, dilihat bahawa ahli antropologi tidak sepakat dalam satu definisi budaya
iaitu budaya bercirikan terikat, holistik dan statis. Hal ini menyebabkan munculnya pelbagai
kritikan daripada banyak tokoh mendefinisikan tentang budaya. Antara kritikannya adalah
"senarai cucian ciri budaya" (Spindler, 1996), satu set "bola biliar" yang bersaing telah menjadi
semakin sukar dipertahankan (Wolf, 1982). Sebaliknya, budaya semakin dilihat sebagai dinamik,
berinteraksi, dan muncul. Selalunya, konsep budaya baru terikat dengan memeriksa kawasan
perbatasan (Anzaldúa, 1987) yang terdiri daripada amalan yang muncul dan konvensyen
campuran yang tidak menepati jangkaan. Dengan ini jelaslah bahawa penulis ingin
menyimpulkan bahawa budaya didefinisikan agak dinamik, saling berinteraksi dan muncul
daripada pelbagai pandangan masyarakat itu sendiri dan mempunyai maksud yang agak meluas
untuk dikaji. Penulis juga mengajak para pelajar untuk mempelajari lebih mendalam tentang
budaya lain dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang mempunyai unsur-unsur kebudayaan
dalam kalangan masyarakat. Dalam ini juga penulis menjelaskan tentang peranan konseptualisasi
dalam mengubah teori kritikal dengan membangkitkan teori postmodern dan poststrukturalisme
yang akan bertindak dalam menentukan tingkah laku pelajar terutamanya dalam pembelajaran di
sekolah iaitu sama ada baik atau buruk, dan gagal atau berjaya.
2.7 BUDAYA DAN PENCAPAIAN PENDIDIKAN

Dalam artikel ini, penulis juga mengetengahkan tentang konsep budaya yang bervariasi dan
berubah-ubah, terutama dari segi hubungan dengan pengajaran, pembelajaran, dan sekolah. Pada
bahagian ini, penulis juga ada menerangkan tentang langkah-langkah pemahaman awal tentang
konsep budaya sebagai ciri-ciri dan statik yang menjadi fokus utama dalam dunia pendidikan
dari tahun 1950-an hingga hari ini. Secara khusus, penulis turut memaparkan sumbangan dan
kekurangan teori pendidikan utama yang menjadikan budaya sebagai konsep unggul untuk
menjelaskan perbezaan pencapaian dalam pendidikan.

2.8 MODEL KEKURANGAN BUDAYA

Dalam artikel ini, penulis juga menerangkan tentang ahli antropologi iaitu Oscar Lewis (1959)
yang berpendapat bahawa keahlian dalam kumpulan itu menghadapi tahap kemiskinan selama
beberapa generasi sehingga dapat membentuk budaya yang terpisah iaitu budaya kemiskinan.
Bagi Lewis, budaya model kemiskinan adalah bermaksud menjadi pembahas kepada konsep
keluarga yang seharusnya ketidakstabilan dan penstrukturan serta alternatif dijadikan idea
biologi perkauman dan rasa kemiskinan. Namun demikian, konsep ini diambil bertengtangan
dengan kesusahan kehidupan seseorang. Hal ini telah menimbulkan pandangan bahawa “budaya
kemiskinan” bertentangan dengan pencapaian sekolah yang membawa kepada kegagalan dalam
pendidikan. Teori ini membawa kepada kekurangan perkembangan model budaya di sekolah.
menurut pelajar miskin dan minoriti dapatlah dikatakan tiada kualiti dalam sosialisasi amalan
mereka, kebiasaan bahasa, dan orientasi keluarga terhadap pencapaian skolastik.

Model Vestiges menjelaskan bahawa penyebaran budaya terus memberi kesan negatif
terutamanya yang berkaitan dengan pelajar minoriti dan miskin. Penggunaan kerangka kerja
Ruby Payne yang meluas (1996) dapat menjelaskan tentang Kerangka Memahami Kemiskinan
dalam latihan guru adalah salah satu contoh penting model defisit budaya yang terus
mempengaruhi pemikiran dan pemahaman guru mengenai budaya. Menurut kerangka kerja
Payne, kemiskinan adalah budaya yang sama seperti kewankela. Hal ini dikatakan demikian
kerana, guru tidak dapat memahami pelajarnya yang miskin kerana mereka tidak mengetahui
peraturan tersembunyi dalam kemiskinan dengan lebih baik. Ini adalah kerana pelajar miskin
lebih mengetahui peraturan tersembunyi dalam budaya kelas menengah. Sebagai contoh, guru
kurang mengetahui bagaimana melawan dan membela dirinya secara fizikal daripada orang
miskin yang tahu cara menempah meja di restoran. Menurut Payne, guru perlu mengajar mereka
tentang peraturan tersembunyi dalam budaya kelas menengah supaya guru dapat mengesan
pelajar yang lemah. Kerangka kerja Payne sangat popular dalam kalangan pendidik dan
pentadbir sekolah kerana menyediakan penyelesaian yang kelihatan mudah dan cepat untuk
masalah yang sangat rumit.

Model defisit budaya dari segi penampilan asalnya dan kontemporari terdapat dua
kesalahfahaman budaya yang sangat penting yang menyebabkan penyalahgunaan konsep budaya
dalam pendidikan. Kesalahfahaman yang pertama adalah budaya terdiri daripada satu set statik
dan terikat sifatnya dan nilai yang sama rata dapat diberikan kepada semua ahli kumpulan.
Sebagai contoh, semua pelajar dari kumpulan budaya X mengalami kemiskinan, maka akibatnya
tidak dapat belajar membaca, tidak mahu bekerja, dan mempunyai ibu bapa yang tidak
mementingkan pendidikan. Selain stereotaip terang dan menghapuskan kumpulan dan
kepelbagaian individu, kesalahpahaman budaya ini boleh menyebabkan kegagalan dalam
pendidikan. Kesalahfahaman seterusnya yang ketara adalah hakikat bahawa model defisit budaya
sebenarnya digunakan untuk menjelaskan kegagalan pendidikan pelajar miskin dan minoriti.
Dengan kata lain, budaya pelajar-pelajar ini disifatkan dengan kekurangan yang berbeza dengan
budaya menengah. Cara pemikiran dan penggunaan budaya ini menyalahkan individu dan gagal
memperhitungkan untuk keadaan struktur yang secara konsisten mencirikan sekolah yang
miskin.

Di samping itu, yang mendasari model defisit budaya adalah idea lama peringkat
perkauman yang asalnya diserang antropologi pada abad ke-19 secara sederhana. Pendidik yang
mengikuti budaya model defisit kemungkinan menggunakan budaya sebagai konsep kukuh untuk
mewakili pandangan mendalam mengenai perlumbaan. Menurut Ladson, para pendidik
bergantung kepada “budaya” untuk menerangkan tingkah laku pelajar yang tidak etnik, atau
secara linguistik berbeza daripada diri mereka sendiri. Dalam pada itu, Valenzuela (1999) telah
meneroka pencapaian akademik dan gabungan pendidikan pelajar Mexico dan Mexico yang
menghadiri pusat bandar yang komprehensif di Texas. Walaupun pelajar dalam kajian tersebut
melaporkan sikap positif terhadap pendidikan secara umum, mereka menyatakan penurunan
hubungan positif dengan sekolah kerana dasar berasaskan sekolah dan amalan-amalan yang
mengabaikan sumber budaya dan bahasa mereka. Valenzuela menggunakan konsep persekolahan
subtraktif untuk menerangkan polisi dan amalan pendidikan budaya dan linguistik pelajar supaya
mereka berjaya dalam akademik.

2.9 MODEL PERBEZAAN BUDAYA DAN HIPOTESIS YANG TIDAK SESUAI

Penulis telah menyatakan bahawa kira-kira satu dekad yang lalu setelah ahli sosiologi
memperkenalkan model defisit budaya sebagai kaedah untuk menerangkan perbezaan
pencapaian pendidikan dan mobiliti sosial. Pendek kata, penekanan terhadap budaya diambil lagi
sekali dalam bidang antropologi dan pendidikan. Selaras dengan perhatian akademik dalam
perbezaan pendidikan pelajar minoriti, pada tahun 1970-an dan 1980-an anthropologi
membantah pendekatan yang didorong oleh defisit dan berpendapat bahawa kegagalan
pendidikan yang konsisten dalam kumpulan pelajar disebabkan oleh ketidaksesuaian antara
budaya rumah dan komuniti dengan budaya sekolah. Dengan kata lain, pelajar miskin dan
minoriti budaya hanya menunjukkan perbezaan kepercayaan dan amalan budaya sekolah yang
sedia ada. Di sini kita dapat melihat kembalinya relativisme antropologi yang berfungsi melawan
bentuk yang tersembunyi dalam perkauman evolusionis.

Dalam hal ini, penulis turut menyatakan budaya paradigma mengalami perbezaan tetap
yang tertumpu kepada proses interaksi mikro iaitu pada amalan kelas dan bahasa. Secara amnya
diandaikan bahawa semua anggota kumpulan tertentu berkongsi budaya normatif, terikat, dan
bersepadu. Pendekatan ini cenderung menutupi isu-isu hubungan politik-ekonomi dan kuasa
antara populasi dominan dan minoriti, dan mencari penyelesaian untuk memperbaiki corak
interaksi guru.
2.10 PENCAPAIAN PENDIDIKAN: PELAJAR IMIGRAN SUKARELA
BERBANDING PELAJAR IMIGRAN TIDAK SUKARELA

Dalam Bab 2.10, John Ogbu (1978) memperhatikan bahawa pelajar yang sangat berbeza budaya
cenderung mempunyai prestasi yang baik di sekolah. Sebagai contohnya ialah seperti pelajar
imigran Cina. Situasi ini sangat berkait rapat dengan keadaan persekolahan di Malaysia.
Malaysia mempunyai penduduk pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Orang Asli, dan
pelbagai Bumiputera Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun di Malaysia, wujud sekolah
vernakular yang menggunakan bahasa pengantar Cina dan Tamil selain daripada sekolah
kebangsaan. Jadi, usaha untuk membentuk perpaduan sejak dari awal mengalami sedikit
kesukaran disebabkan oleh mereka diasingkan untuk berkomunikasi dan bercampur-gaul sejak
dari awal. Hal ini secara langsung menyumbang kepada berlakunya jurang kefahaman antara
kaum. Menurut Teo Kok Seong dalam Azie Yahya (2019), gabungan sekolah kebangsaan, jenis
kebangsaan dan agama adalah cara terbaik meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan
menggalakkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa. Kewujudan sekolah
vernakular telah menyebabkan pembentukan identiti nasional terhalang dan menjadi punca
jurang persefahaman antara kaum. Menurut Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin (2011),
melalui sistem persekolahan, mereka yang berbilang bangsa dapat saling kenal-mengenal dan
berinteraksi dengan baik. Dari ketika itu mula wujud hubungan antara masyarakat dan seterusnya
membina perpaduan nasional yang kukuh. Pada pendapat saya, jika para pelajar menuntut ilmu
dalam keadaan bercampur dengan pelbagai kaum, maka wujud interaksi dan persaingan sihat
antara mereka. Perkara ini secara tidak langsung mengukuhkan perpaduan antara kaum dan dapat
memastikan hak pendidikan sama rata diberikan kepada semua.

2.11 MELAKSANAKAN BUDAYA: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Bab 2.11 secara keseluruhannya menjelaskan tentang pemahaman budaya. Memahami budaya
dan mengadaptasi budaya dalam pekerjaan dapat menunjukkan orientasi holistik dalam
pendidikan. Terdapat lima perkara yang dinyatakan secara jelas berkaitan dengan pemahaman
budaya ini iaitu yang pertama pendidikan di dalam dan luar dari sekolah. Kedua, pandangan
budaya belajar yang merangkumi wacana, pengaruh, motivasi, kognitif dan identiti. Ketiga ialah
menyedari dan mengenal pasti kepelbagaian di antara sekumpulan budaya. Keempat ialah
memahami bahawa setiap individu pasti mempunyai budaya yang tersendiri walaupun berlaku
beberapa perubahan mengikut peredaran masa. Akhir sekali yang kelima ialah menyedari dan
mengiktiraf bahawa budaya bukanlah sesuatu perkara yang dibawa oleh setiap pelajar dari rumah
dan sekolah pula adalah tempat pertemuan antara budaya serta guru-guru juga pasti mempunyai
budaya yang tersendiri. Menurut Saporito dan Riper (2016) dalam Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku
Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang & Adlina Ab Halim (2018), matlamat
sekolah adalah menyatupadukan pelajar daripada pelbagai latar belakang dan kaum. Peranan
guru amatlah penting untuk mendidik anak-anak murid supaya saling hormat-menghormati
antara satu sama lain tidak mengira kaum dan latar belakang budaya. Menurut Jacobsen,
Frankenberg dan Lenhoff (2012) dalam Yong et.al (2018), kesesuaian persekitaran sekolah yang
mengumpulkan pelbagai kaum pelajar dapat menghasilkan kesefahaman antara kaum kerana
sering terdapat penambahan idea dan perspektif yang dibangkitkan. Perkara ini jelas
menunjukkan bahawa sekolah berperanan sebagai tempat pertembungan pelbagai budaya dan
sebagai medan untuk saling bertukar-tukar ilmu pengetahuan tentang budaya masing-masing.

2.12 MEMIKIRKAN SEMULA PROSES PEMBELAJARAN DAN BUDAYA DALAM


PENDIDIKAN

Seterusnya, dalam bab 2.12 menekankan supaya guru memahami dan mengetahui latar belakang
budaya pelajar-pelajar yang merangkumi linguistik dan amalan serta sejarah kebudayaan mereka.
Dengan memahami budaya dan cara hidup para pelajar, maka guru-guru dapat mengetahui cara-
cara untuk mendekatkan diri kepada mereka dan berkomunikasi dengan lebih mudah.
Persefahaman budaya antara pelajar dan guru sangat penting supaya proses pembelajaran dua
hala dapat dilakukan dengan baik dan senang. Sebagai contohya ialah, Cikgu Sam atau nama
sebenarnya Samuel Isaiah A/L Joel Christie Isaiah berusaha keras untuk memahami budaya
murid-muird Orang Asli supaya beliau mudah untuk mendidik dan mengajar Bahasa Inggeris
kepada mereka. Cikgu Sam telah menganggap anak-anak muridnya sebagai keluarga dan kawan
dan kesannya, beliau mudah untuk berkomunikasi kepada mereka dan meyakinkan anak-anak
muridnya untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

2.13 PEMBELAJARAN DALAM KONTEKS: APA YANG PERLU DIKETAHUI


OLEH GURU

Pada bahagian penulisan ini iaitu Apa yang Perlu Diketahui oleh Guru (What Teachers Need to
Know) perkara pertama yang dinyatakan adalah mengenai penulisan Wyman dan Kashatok
(2008), yang bertajuk “Getting to Know Students’ Communities,”. Wyman dan Kashatok telah
mengemukakan beberapa cadangan untuk guru dalam mengenali murid mereka serta bagaimana
pengajaran mereka dapat ditingkatkan dengan cara yang relevan serta sesuai dengan budaya.
Perkara yang pertama adalah semua guru perlulah mengenal pelajar dan juga komuniti mereka.
Hal ini bagi mengelakkan guru dipengaruhi oleh stereotaip yang boleh mempengaruhi proses
pembelajaran pelajar. Malahan juga, apabila seseorang guru itu mengenal pelajar dan komuniti
mereka ianya juga dapat mewujudkan hubungan yang baik antara guru dan pelajar. Apabila
wujudnya hubungan yang baik antara guru dan pelajar ianya mampu menyokong perkembangan
emosi pelajar dengan baik, membina sikap positif, dan motivasi dalam mencapai hasil akademik.
Selain itu, kemahiran-kemahiran sosial yang sebenar juga dapat diperolehi (Wentzel (2009)
dalam Ahmad Firdaus Mohd Noor, Kamarul Azmi Jasmi & Khairunnisa A Shukor, 2016, ms.
138). Seterusnya, penggunaan kaedah “triangulating stance” dalam pembelajaran lebih berkesan
dalam menyokong murid serta mengetahui amalan budaya mereka. Hasilnya akan membolehkan
seseorang guru itu mengambil bahagian dalam konteks masyarakat serta terus belajar mengenai
pelajar dan komuniti mereka. Penggunaan kaedah ini adalah melibatkan proses di mana seorang
guru akan mengumpulkan bukti mengenai pembelajaran pelajar. Bukti-bukti ini akan
dikumpulkan dari tiga sumber yang berbeza iaitu perbualan, pemerhatian, dan produk. Antara
tujuan penggunaan kaedah ini adalah untuk mendorong pelajar turut terlibat dalam pembelajaran
mereka sehingga dapat meningkatkan motivasi pelajar tersebut (Bilash, 2009).

Seterusnya, mengenai kerangka Funds of Knowledge yang ditulis oleh González (2005).
Penulisan tersebut membincangkan mengenai konsep serta metodologi dalam merancang
kurikulum untuk mengenal pasti sumber pedagogi serta kekuatan yang terdapat dalam isi rumah
dan sesebuah komuniti. Malahan Moll dan González (2004) dalam Convertino, Levinson dan
Gonzalez (2016), menekankan kehidupan yang menarik iaitu dengan “living culturally” melalui
amalan yang sedia ada. Penggunaan pengetahuan isi rumah, pengalaman pelajar serta amalan
kelas yang dapat membina pengetahuan pelajar dapat digunakan oleh guru dalam meningkatkan
tahap pembelajaran pelajar dalam beberapa bidang. Walau bagaimanapun, pendekatan
pengetahuan ini tidak mewakili perpindahan linear pengetahuan subjek. Sebagai contoh,
pengetahuan matematik yang kita belajar di rumah tidak sama dengan subjek matematik yang
kita belajar di sekolah.

Selain itu, pendekatan Fund of Knowledge bukan hanya mengenai pengetahuan yang ada
dalam isi rumah malah ia juga mengenai bagaimana pengetahuan itu dibina secara sosial dan
kolektif. Menurut Pollock (2008,) dalam Convertino, Levinson dan Gonzalez (2016), penekanan
terhadap sosial dan kolektif pembinaan pengetahuan dan pembelajaran menunjukkan
kepentingan dalam mengkaji hubungan antara guru dengan pelajar dalam memantapkan
pembelajaran. Hubungan antara guru dan pelajar tersebut dilihat melalui “consequential
interactions” ataupun interaksi berurutan (ms. 371). Malahan guru juga perlu menyedari corak
mereka sendiri dalam berinteraksi dengan pelajar di dalam kelas. Hal ini dikatakan demikian
supaya guru dapat lebih memahami bagaimana mereka mencipta atau melarang peluang belajar
dalam kehidupan individu pelajar. Bukan itu sahaja apabila guru itu menyedari bahawa mereka
terlibat dengan interaksi berpola yang besar untuk kanak-kanak ianya akan menyebabkan mereka
akan berfikir secara budaya (Pollock, 2008, ms. 373-374 dalam Convertino, Levinson &
Gonzalez, 2016). Seterusnya, penglibatan dalam pelbagai bentuk penyelidikan etnografi bilik
darjah dan komuniti dapat membantu guru untuk melihat dan menggambarkan tempat-tempat
budaya tersebut berinteraksi. Penyelidikan etnografi merupakan perkataan yang berasal dari
Greek iaitu “Ethnos” yang bermaksud manusia, bangsa atau budaya. Ia merupakan sejenis kajian
lapangan yang berbentuk pemerhatian yang sering digunakan dalam kajian sosiologi dan
antroplogi.
2.14 PERNYATAAN KESIMPULAN (CONCLUDING REMARKS)

Dalam subtopik ini, penulis menerangkan bahawa pendidik dan pelajar sangat memerlukan
perkembangan pengetahuan yang fleksibel serta pemindahan maklumat yang mudah dan
berkesan dalam melakukan pelbagai tugasan. Malahan kepakaran adaptif iaitu kaedah
penyesuaian dengan keadaan yang baru atau berbeza amatlah penting bagi belia dari komuniti
bukan dominan yang selalu menghadapi cabaran dan rintangan masyarakat. Seterusnya, bagi
konteks dunia global yang dicirikan oleh multikulturalisme yang berkembang secara berterusan
menyebabkan hubungan sosial yang memantapkan pembelajaran dan penghasilan pengetahuan
tidak dapat dikurangkan menjadi rujukan tunggal atau normatif. Misalnya menurut hubungan
transnasional yang melintasi sempadan geopolitik dan ruang sosiobudaya mengingatkan kita
bahawa pelajar dapat melibatkan diri dalam amalan bahasa dan literasi merentasi bidang sosial
transnasional (Lam & Warriner, 2012 dalam Convertino, Levinson & Gonzalez, 2016).

Dengan itu, pendidik pada masa kini tidak hanya boleh bergantung pada satu bentuk
pandangan mengenai budaya, pengajaran dan pembelajaran sahaja. Sebaliknya, mereka mesti
memupuk kemampuan untuk melihat diri mereka sendiri, pelajar mereka, dan pembelajaran dan
pengajaran mereka sebagai pelbagai bentuk. Oleh itu, Banks (2007) dalam Siti Zuraida Maaruf
dan Saedah Siraj (2011), telah membangunkan satu pertalian atau perwatakkan pendidikan
pelbagai budaya yang mengandungi lima kompleks dan dimensi yang saling bergantung iaitu
integrasi, proses pembinaan pengetahuan, pengurangan prejudis, pedagogi ekuiti, dan pemberian
kuasa kepada budaya sekolah dan struktur sosial. Integrasi kandungan merupakan satu bahagian
yang penting apabila digunakan secara serentak bersama dengan empat dimensi yang lain di
dalam persekitaran pendidikan pelbagai budaya (ms. 211). Malahan penulis turut berpendapat
bahawa pendidik perlu tahu bagaimana untuk mengajar dalam masyarakat yang berbilang
budaya seterusnya, mengamalkan pendekatan budaya untuk belajar dan mengajar. Oleh hal yang
demikian para guru haruslah merancang pengajaran sepanjang tahun pengajian tersebut agar
dapat memastikan setiap subjek pembelajaran itu berkaitan di antara satu sama lain bagi
mendapatkan maksud yang lebih mendalam (Siti Zuraida Maaruf & Saedah Siraj, 2011, ms.
212). Akhir sekali, penulis turut menyatakan mengenai pendekatan budaya untuk pengajaran dan
pembelajaran adalah dengan mengkaji “interaksi organisasi masyarakat sehari-hari dalam
konteks konkrit”, memahami “pola pendekatan orang terhadap situasi tertentu” serta bagaimana
orang lain memahami kehidupan mereka (Convertino, Levinson & Gonzalez, 2016, ms. 38).

PENDAPAT MENGENAI ARTIKEL

Pada pendapat saya artikel ini sangat membantu seseorang guru dalam mengenal pasti cara untuk
mengenali murid serta cara meningkatkan teknik pengajaran yang sesuai dengan budaya sesuatu
komuniti pelajar itu. Perkara tersebut ada dibincangkan pada bahagian Pembelajaran dalam
Konteks: Apa yang Perlu Diketahui oleh Guru (Learning in Context: What Teachers Need to
Know). Antara cara yang dinyatakan adalah guru perlulah mengenal pelajar dan juga komuniti
mereka. Cara yang kedua adalah melalui penggunaan kaedah “triangulating stance” dalam
pembelajaran. Malah berdasarkan pendekatan Funds of Knowledge yang ditulis oleh González
(2005), guru perlulah menyedari corak mereka sendiri dalam berinteraksi dengan pelajar di
dalam kelas. Hal ini dikatakan demikian kerana corak pengajaran guru ini menentukan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah dan menentukan keberkesanan
sesuatu amalan pengajaran. Kebiasaannya, corak pengajaran dikategorikan sama ada pengajaran
berpusatkan guru ataupun pengajaran berpusatkan pelajar (Sim & Mohammad Yusof Arshad,
2014, ms. 1).

Selain itu, artikel ini juga mampu memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa setiap pelajar
mempunyai hak yang sama rata untuk mendapat pendidikan tanpa mengira pelajar tersebut
datang daripada komuniti budaya yang besar ataupun kecil. Dengan ini, guru perlulah
memberikan layanan yang sama rata kepada setiap pelajar di dalam kelas dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran supaya pelajar lebih bermotivasi untuk belajar dengan lebih bersungguh-
sungguh.
KESIMPULAN

Berdasarkan ulasan artikel yang telah dibuat dalam bab 2 yang telah ditetapkan bertajuk Budaya
Pengajaran dan Pembelajaran, dapat dirumuskan bahawa pembaca sememangnya mendapat
banyak pengetahuan baru yang berguna hasil daripada pembacaan artikel ini antaranya adalah
dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang maksud kepelbagaian dalam masyarakat dan
dapat mempersiapkan diri seseorang pendidik dalam mengajar para pelajar yang terdiri daripada
pelbagai budaya di sekolah. Hal ini dapat dilihat dalam 13 subtopik yang dibahas dalam artikel
ini yang terdiri daripada asal permulaan kewujudan pembinaan budaya, budaya sebagai transmisi
dan penyesuaian, penciptaan budaya: penghantaran dan pendidikan budaya, perubahan budaya:
psikologi budaya dan pengeluaran budaya, kritikan budaya, budaya dan pencapaian pendidikan,
model kekurangan budaya, model perbezaan budaya dan hipotesis yang tidak sesuai, pencapaian
pendidikan: pelajar imigran sukarela berbanding pelajar imigran tidak sukarela, melaksanakan
budaya: budaya dan pembelajaran abad ke-21, memikirkan semula proses pembelajaran dan
budaya dalam pendidikan, pembelajaran dalam konteks apa yang perlu diketahui oleh guru, dan
pernyataan kesimpulan. Pengetahuan baru yang diperoleh daripada artikel ini dapat memberi
pendedahan kepada guru untuk mempelbagaikan lagi kaedah pembelajaran dan pengajaran yang
sesuai digunakan bagi mengajar pelajar daripada pelbagai budaya agar dapat memudahkan
proses pemindahan ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar dengan lebih berkesan. Oleh itu,
guru perlulah memberi galakkan dan dorongan kepada pelajar untuk belajar tanpa mengira
budaya agar dapat melahirkan generasi yang berjaya pada masa akan datang.
RUJUKAN

Ahmad Firdaus Mohd Noor, Kamarul Azmi Jasmi & Khairunnisa A Shukor. (2016). Pembinaan
hubungan di antara guru dengan pelajar. Technical and Social Science Journal (TSSJ),
5(1),138-148. Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/55385/1/
AhmadFirdausMohdNoor2016_PembinaanHubungandiantaraGuru.pdf.

Azie Yahya, (2019, November), Sekolah Satu Aliran Satukan Kaum. Diperoleh daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/56632/SUARA-SINAR/Analisis-Sinar/Sekolah-
satu-aliran-satukan-kaum

Convertino, C., Levinson, B. A. & Gonzalez, N. (2016). Culture, Teaching, and Learning. Dalam
Banks, J. A. & McGee Banks, C. A. (Pnyt.), Multicultural Education (ms. 24). United
States: John Wiley & Sons, Inc.

Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin, 2011, Sistem Pendidikan Di Malaysia: Dasar, Cabaran dan
Perlaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional, SOSIOHUMANIKA, 4(1), ms 33-48.
Diperoleh daripada https://journals.mindamas.com/index.php/sosiohumanika/article
/download/436/434

Sarina Mohd Som, (2020, November), Cikgu Samuel Kongsi 8 Tip Tarik Minat Belajar Anak
Orang Asli. Diperoleh daripada https://www.gpsbestari.com/tip/tip-mengajar/cikgu-
samuel -kongsi-lapan-tip-tarik-minat-belajar-anak-orang-asli-1.926737

Sim, W. S. L. & Mohammad Yusof Arshad. (2014). Corak amalan pengajaran inkuiri
berdasarkan interaksi verbal Guru Kimia. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik,
2(3), 1-10. Diperoleh daripada https://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:
HjWrKVQ3FCoJ:https://juku.um.edu.my/article/download/8078/5589/+&cd=3&hl=en&
ct=clnk&gl=my.

Siti Zuraida Maaruf & Saedah Siraj. (2011). Pedagogi responsif budaya satu dimensi pendidikan
global. In: 1st International Conference on World-Class Education 2011. Diperoleh
daripada http://eprints.um.edu.my/13586/1/0001.pdf.
Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang &Adlina Ab
Halim, 2018, Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan
Kaum di Sekolah, Akademika 88(2), Julai 2018:95-108. Diperoleh daripada
http://journalarticle.ukm.my/12833/1/18914-81005-1-PB.pdf

Anda mungkin juga menyukai