Anda di halaman 1dari 20

HMS3033: PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

TAJUK: ULASAN ARTIKEL

NO. NAMA NO. MATRIK

1. AN’NUR JANNAH BINTI ALI ALLAH D20191088157

2. CHE AHMAD FIRDAUS BIN CHE YUSOF D20191087876

3. NUR AMIRA BINTI AMRI D20191089141

4. SAIDATUL HAFIRAH BINTI RAZALI D20191088169

5. WAN NURUL IZZAH BINTI WAN ZAHARI D20192091282

PENSYARAH PROF. MADYA DR. TAN BEE PIANG

KUMPULAN A
TAJUK: BUDAYA, PENGAJARAN, DAN PEMBELAJARAN

TEMA: PENDIDIKAN MELALUI KEPELBAGAIAN BUDAYA

ISI KANDUNGAN ARTIKEL

BAB 2: BUDAYA, PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bab 2 yang bertajuk “budaya, pengajaran dan pembelajaran” merupakan bahagian daripada
sebuah jurnal yang membincangkan tentang apakah yang dimaksudkan kepelbagaian budaya
dalam sesebuah masyarakat dan bagaimana seorang pendidik dapat mempersiapkan diri
mereka untuk mengajar di sekolah yang mempunyai pelajar pelbagai budaya. Pendekatan
yang khusus untuk memahami setiap budaya ini juga dikenali sebagai pendekatan berasaskan
pelancongan atau transmisi dijalankan terutamanya dalam latihan mengajar. Kebiasaannya
pemahaman ini melibatkan individu yang mahir dalam menyampaikan pengajaran kepada
individu yang mengamalkan ciri budaya X dan budaya tertentu Y.

Salah satu tujuan utama bab ini adalah bagi menjawab setiap persoalan bagi memberi
pemahaman yang lebih baik kepada pendidik khususnya mengenai budaya dan membolehkan
mereka menerapkan pemahaman tersebut. Selain itu, para pendidik dapat membantu dalam
meningkatkan hubungan yang lebih berkesan antara kehidupan sosial pelajar malahan
pembelajaran di sekolah juga.

2.1

Dalam bahagian ini, penulis ingin menerangkan tentang pendekatan antropologi untuk
memahami budaya secara mendalam dan menyeluruh bagi menyumbang kepada
kepelbagaian dimensi terhadap pendidikan pelbagai budaya. Latar kepelbagaian budaya
dalam masyarakat dapat dipecahkan kepada lima aspek utama dalam kehidupan, iaitu
kepelbagaian agama, bahasa, etnik, gender, sosioekonomi dan keupayaan mental dan fizikal
(Banks,1999). Dalam kepelbagaian inilah suatu kehidupan perlu dicapai melalui cara hidup
bersama-sama, saling membantu serta sikap toleransi yang tinggi antara masyarakat menerusi
proses komunikasi dengan pengantaraan medium bahasa.

Seiring dengan arus pemodenan dunia, konsep budaya juga mengalami perubahan
mengikut pergeseran sosial, ekonomi, dan politik yang lebih luas. Terdapat sebilangan ahli
antropologi kontemporari yang mempersoalkan adakah konsep budaya itu masih lagi relevan
atau adakah ia perlu diubah semula. Oleh hal demikian, mengikut arus peredaran masa,
pengubahsuaian terhadap dasar pendidikan perlu dilaksanakan kesan daripada perubahan
sosial terutamanya dalam komposisi, keperluan kehendak terhadap masyarakat tersebut.
Sebagai contoh, perubahan daripada masyarakat homogen kepada masyarakat heterogen dan
bersifat pelbagai budaya. Manakala, masyarakat berorientasikan lokal berubah menjadi lebih
terdedah kepada arena antarabangsa dan global. Dengan itu, pelaksanaan dan fungsi
pendidikan sebagai saluran pemindahan ilmu dan budaya masyarakat juga turut mengalami
perubahan. Oleh itu, melalui peralihan ini akan berlakunya perubahan nilai dan moral,
persekitaran dan identiti masyarakat yang bersifat lebih global.

Pemahaman antropologi tentang bagaimana amalan budaya diaplikasikan dalam


pengajaran dan pembelajaran kepada setiap pelajar adalah sangat penting untuk memberi
makna dan pendidikan yang berkesan. Dengan memperluaskan pengetahuan dan pemahaman
tentang kepelbagaian budaya, pelajar sebagai generasi masa hadapan dapat dibentuk untuk
menjadi ahli komuniti yang berketerampilan dan seterusnya menjadi warganegara yang serba
boleh. Oleh itu, guru mesti memupuk pemahaman yang lebih mendalam tentang kajian
budaya dan bagaimana pendidikan pelbagai budaya terlibat dalam pengajaran pelajar supaya
sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.
2.2 ASAL PERMULAAN KEWUJUDAN PEMBINAAN BUDAYA

Bahagian ini akan menerangkan bagaimana wujudnya budaya dalam sesebuah masyarakat.
Terdapat perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa terhadap konsep budaya tersebut.
Evolusi budaya ini adalah suatu proses perubahan bagi masyarakat dan budaya yang
mengambil masa yang lama. Segala perubahan yang berlaku lebih kepada berupa secara
bersendirian iaitu tidak mengalami tekanan dari luar. Manakala, bagi konsep perubahan
budaya pula merupakan perubahan yang terjadi dalam jangka masa yang lebih pendek dan
mungkin hasil dari pertembungan dengan luar atau lebih bersifat tekanan dari luar.

Setelah berlakunya revolusi perindustrian, konsep budaya berubah daripada makna


pertumbuhan seperti hortikultur atau pertanian untuk menimbulkan aspirasi kreatif oleh akal
fikiran manusia. Idea budaya telah dikaitkan dengan idea akhir pada abad ke-19 dan awal ke-
20 tentang perkembangan tahap evolusi bagi peringkat kumpulan antara kaum dari segi tahap
kecerdasan mahupun perkembangan. Menurut pandangan eucentric, terdapat masyarakat
yang beradab dan primitif. Masyarakat beradab adalah golongan yang lebih maju dan tinggi
pada tahap budayanya manakala masyarakat primitif mempunyai tahap budaya yang sedikit
ataupun tiada langsung. Setelah melakukan perbandingan sejarah, Frenz Boas telah
menggantikan teori kemajuan kepada teori relatisme budaya yang menyatakan bahawa
budaya tidak unggul dan lebih bersifat rendah diri yang berbeza antara satu sama lain
(Viswewaran, 2010). Oleh itu, jelaslah bahawa perbezaan pada perkembangan dan tingkah
laku manusia dilihat berdasarkan cara pengetahuan dan tradisi yang khusus untuk
penyesuaian kumpulan sosial tersebut bukannya pada tahap kemajuan atau perkembangan
secara keseluruhan.

Seperti kita sedia maklum, proses penyebaran unsur-unsur budaya dalam masyarakat
yang sama disebut juga sebagai difusi dalam masyarakat yang sama dan proses difusi antara
masyarakat itu ialah “inter-society diffusion”. Dalam pandangan antropologi, proses difusi
budaya bermaksud penyebaran dan peresapan unsur-unsur budaya daripada satu masyarakat
kepada satu masyarakat lain. Proses ini berlaku mungkin secara dibawa oleh orang-orang
2.3 BUDAYA SEBAGAI TRANSMISI DAN PENYESUAIAN

Pada asasnya, definisi budaya adalah yang paling banyak terlibat dalam sistem pendidikan.
Selepas kemunculan abad ke 21, definisi budaya telah menjadi sangat jelas dalam usaha
untuk meningkatkan tahap pendidikan dengan tidak mengabaikan penyebaran budaya.
Perkataan 'budaya' sering kali menimbulkan kekeliruan kepada setiap individu. Oleh hal
demikian, budaya dapat didefinisikan sebagai idea, kepercayaan, tingkah laku dan nilai yang
dapat disebarkan dari satu individu ke individu lain melalui beberapa pembelajaran sosial
secara langsung.

Transmisi budaya adalah penyebaran kepercayaan keutamaan dan norma-norma


tingkah laku yang merupakan hasil interaksi sosial di seluruh generasi. Sebahagian besar
bentuk penyebaran budaya telah mewujudkan evolusi budaya iaitu perubahan frekuensi
ataupun tingkah laku, idea, kepercayaan dan nilai. Sebagai contoh, kognisi manusia yang
mempunyai peraturan seperti “lebih suka meniru orang yang mempunyai anak yang ramai”.
maka secara tak langsung individu tersebut akan mengikut setiap tingkah laku, idea,
kepercayaan dan amalan yang negatif.

Terdapat juga kesan positif bagi transmisi budaya ini iaitu individu tersebut
mempunyai kesedaran mengenai perbezaan kod antara etnik. Selain itu, mereka dapat
mengelakkan tanggapan negatif terhadap perbezaan antara satu sama lain dan mendidik
mengenai cara menghormati pengetahuan dan peraturan budaya lain menjadi sebuah
kebiasaan. Oleh hal demikian, pendidikan memainkan peranan utama dalam penyebaran
budaya apabila dilakukan dari satu generasi ke generasi yang lain. Budaya berpotensi
memberi kesan yang besar terhadap pendidikan dan juga perubahan sosial. Fungsi utama
sistem pendidikan adalah menyebarkan warisan budaya kepada generasi baru. Perubahan
sosial yang berlaku dari generasi ke generasi dan sistem pendidikan dalam masyarakat tidak
harus menyebarkan warisan budaya sahaja, tetapi juga membantu dalam mempersiapkan
anak muda untuk menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang bermungkinan berlaku
pada masa akan datang. Oleh itu, budaya dapat ditingkatkan melalui pendidikan kerana akan
membawa perubahan yang diharapkan dalam budaya dan nilai untuk kemajuan dan
pembangunan masyarakat sejagat.

Penyesuaian budaya adalah proses dan masa yang memerlukan seseorang untuk
menyesuaikan diri dengan budaya baru dan merasa selesa di dalamnya. Seseorang dalam
situasi ini mungkin menghadapi pelbagai emosi yang teori ini terangkan dalam empat tahap
yang berbeza. Mengapakah sangat penting untuk menyesuaikan dengan budaya? Penyesuaian
budaya mengajar kita untuk memiliki kesedaran tentang perbezaan antara satu sama lain dan
memberi kita hak untuk menangani potensi cabaran ini untuk mencari hasil yang terbaik.
Individu akan mudah mendapat manfaat dengan mempelajari bagaimana menyesuaikan diri
dengan situasi profesional yang berbeza dalam beberapa cara. Secara umumnya, individu
akan memerlukan kumpulan sosial untuk menyesuaikan diri keadaan baru melalui inovasi
dan kemudian menggabungkan dan mengabadikan penyesuaian ini melalui pemupukan
secara berulang.

2.4 PENCIPTAAN BUDAYA: PENGHANTARAN DAN PENDIDIKAN BUDAYA

Berdasarkan artikel ini, penulis mengetengahkan tentang isu penciptaan budaya yang bermula
melalui penyebaran dan pendidikan budaya. Dalam ini turut membincangkan persoalan-
persoalan yang timbul dalam kalangan ahli antropologi dan ahli sosiologi tentang asal usul
disiplin akademik pada akhir tahun 1800-an antaranya cara masyarakat manusia
mengembangkan populasi masyarakat secara berterusan dari satu generasi ke generasi yang
lain tanpa gangguan, faktor masyarakat dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sambil
mengekalkan beberapa perpaduan dan kesinambungan sejarah serta kaedah masyarakat
menyimpan ciri-ciri penting dari segi pelbagai budaya dan teknologi. Teori sains sosial
pendidikan dilihat menjawab persoalan-persoalan berikut melalui analisis proses penyebaran
budaya, penularan asas pengetahuan dan nilai budaya antara generasi seperti dalam proses
pengurusan bilik darjah tradisional di sekolah berpotensi mengajar cara komunikasi budaya
yang dominan.

Penulis juga menyatakan bahawa budaya sekolah biasanya menggambarkan budaya


yang dominan menyebabkan komuniti pelajar yang dalam budaya dominan akan mempunyai
modal budaya yang lebih besar berbanding pelajar yang memiliki budaya yang berbeza.
Modal budaya dapat mempunyai banyak definisi berdasarkan pandangan para tokoh
antaranya bermaksud "pandangan, standard dan bentuk budaya", dikenal pasti melalui ciri
fizikal, gerak tubuh, sifat tingkah laku, gaya bercakap, dan sebagainya yang khusus untuk
kelas yang bervariasi dalam masyarakat kapitalis. Berdasarkan kajian-kajian terdahulu
penulis meringkaskan bahawa sekolah memberi keistimewaan kepada modal budaya pelajar
dari kumpulan dominan dengan memberikan keutamaan yang lebih besar kepada mereka
seperti kelayakan akademik yang unggul dan sumbangan mata wang yang diperlukan bagi
mengakses peluang ekonomi yang lebih besar berbanding pelajar yang memiliki modal
budaya yang sebaliknya akan berdepan dengan "keganasan simbolik", di mana sumber
budaya sosial dinilai oleh sekolah. Penulis turut menegaskan sekolah yang lebih
mengutamakan sifat modal budaya kumpulan dominan menyebabkan wujudnya struktur dan
ketaksamaan kelas. Artikel ini juga membahaskan tentang akulturasi yang merujuk kepada
proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya yang lain
melalui aktiviti dalam masyarakat seperti perayaan, gereja, masjid dan lain-lain. Daripada
artikel ini, penulis mendapati bahawa akulturasi yang tidak sesuai perlu dielakkan kerana
mampu mewujudkan jurang antara anak-anak dengan ibu bapa kerana mereka saling
membandingkan tingkah laku budaya mereka dengan budaya di negara lain.

2.5 PERUBAHAN BUDAYA: PSIKOLOGI BUDAYA DAN PENGELUARAN


BUDAYA

Selain itu, artikel ini turut menerangkan tentang perubahan budaya melalui psikologi budaya
dan pengeluaran budaya. Dapat dilihat dalam artikel ini, penulis telah membuktikan bahawa
pendidikan sememangnya mampu mengubah status sosial budaya dalam kalangan
masyarakat. Oleh itu, pendidikan sebagai pengantaraan yang sesuai dan para pelajar
berperanan untuk meningkatkan pencapaian mereka ke tahap yang lebih tinggi agar dapat
mengubah status sosial budaya mereka dengan lebih baik. Hal ini sangat berkait dengan teori
Jean Lave dan Etienne Wenger (1991) menjelaskan mengenai kedudukan pembelajaran di
mana masyarakat menjadikan asas budaya masyarakat sebagai wahana pemerolehan yang
mampu meletakkan identiti sebagai nadi pembelajaran budaya. Dengan ini secara tak
langsung seseorang dapat mengembangkan identiti masyarakat dan pelaburan emosi yang
mantap melalui pendidikan.

Penulis turut membincangkan tentang pengeluaran budaya yang bergantung kepada


pemindahan dan pemerolehan sesuatu budaya. Pendidikan sebagai alat dalam proses
pengeluaran budaya dengan cara individu atau subkultur dapat memperluas pengetahuan bagi
memperoleh pengetahuan budaya yang dipindahkan kepada mereka bagi memajukan diri
mereka dan secara tak langsung dapat menghasilkan suatu budaya yang dapat diterima dalam
kalangan masyarakat. Oleh itu, pendidikan sememangnya penting sebagai alat dalam
mewujudkan mobiliti sosial budaya dalam masyarakat. Mesej yang ingin disampaikan oleh
penulis adalah setiap komuniti berhak mengubah status sosial mereka ke arah yang lebih baik
agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa dan baik. Setiap kaum di
Malaysia hendaklah saling bersatu padu bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni
dan dipandang tinggi oleh negara lain melalui saling menghormati budaya, agama dan bahasa
kaum lain. Sesungguhnya keunikan pelbagai budaya di Malaysia menyebabkan negara
Malaysia menjadi tarikan pelancong asing untuk datang melancong ke Malaysia.

2.6 KRITIKAN BUDAYA

Bukan itu sahaja, dalam artikel ini juga penulis ada membincangkan tentang kritikan budaya.
Dalam artikel ini dapat, dilihat bahawa ahli antropologi tidak sepakat dalam satu definisi
budaya iaitu budaya bercirikan terikat, holistik dan statis. Hal ini menyebabkan munculnya
pelbagai kritikan daripada banyak tokoh mendefinisikan tentang budaya. Antara kritikannya
adalah "senarai cucian ciri budaya" (Spindler, 1996), satu set "bola biliar" yang bersaing telah
menjadi semakin sukar dipertahankan (Wolf, 1982). Sebaliknya, budaya semakin dilihat
sebagai dinamik, berinteraksi, dan muncul. Selalunya, konsep budaya baru terikat dengan
memeriksa kawasan perbatasan (Anzaldúa, 1987) yang terdiri daripada amalan yang muncul
dan konvensyen campuran yang tidak menepati jangkaan. Dengan ini jelaslah bahawa penulis
ingin menyimpulkan bahawa budaya didefinisikan agak dinamik, saling berinteraksi dan
muncul daripada pelbagai pandangan masyarakat itu sendiri dan mempunyai maksud yang
agak meluas untuk dikaji. Penulis juga mengajak para pelajar untuk mempelajari lebih
mendalam tentang budaya lain dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang mempunyai unsur-
unsur kebudayaan dalam kalangan masyarakat. Dalam ini juga penulis menjelaskan tentang
peranan konseptualisasi dalam mengubah teori kritikal dengan membangkitkan teori
postmodern dan poststrukturalisme yang akan bertindak dalam menentukan tingkah laku
pelajar terutamanya dalam pembelajaran di sekolah iaitu sama ada baik atau buruk, dan gagal
atau berjaya.
2.7 BUDAYA DAN PENCAPAIAN PENDIDIKAN

Dalam artikel ini, penulis juga mengetengahkan tentang konsep budaya yang bervariasi dan
berubah-ubah, terutama dari segi hubungan dengan pengajaran, pembelajaran, dan sekolah.
Pada bahagian ini, penulis juga ada menerangkan tentang langkah-langkah pemahaman awal
tentang konsep budaya sebagai ciri-ciri dan statik yang menjadi fokus utama dalam dunia
pendidikan dari tahun 1950-an hingga hari ini. Secara khusus, penulis turut memaparkan
sumbangan dan kekurangan teori pendidikan utama yang menjadikan budaya sebagai konsep
unggul untuk menjelaskan perbezaan pencapaian dalam pendidikan.

2.8 MODEL KEKURANGAN BUDAYA

Dalam artikel ini, penulis juga menerangkan tentang ahli antropologi iaitu Oscar Lewis
(1959) yang berpendapat bahawa keahlian dalam kumpulan itu menghadapi tahap kemiskinan
selama beberapa generasi sehingga dapat membentuk budaya yang terpisah iaitu budaya
kemiskinan. Bagi Lewis, budaya model kemiskinan adalah bermaksud menjadi pembahas
kepada konsep keluarga yang seharusnya ketidakstabilan dan penstrukturan serta alternatif
dijadikan idea biologi perkauman dan rasa kemiskinan. Namun demikian, konsep ini diambil
bertengtangan dengan kesusahan kehidupan seseorang. Hal ini telah menimbulkan
pandangan bahawa “budaya kemiskinan” bertentangan dengan pencapaian sekolah yang
membawa kepada kegagalan dalam pendidikan. Teori ini membawa kepada kekurangan
perkembangan model budaya di sekolah. menurut pelajar miskin dan minoriti dapatlah
dikatakan tiada kualiti dalam sosialisasi amalan mereka, kebiasaan bahasa, dan orientasi
keluarga terhadap pencapaian skolastik.

Model Vestiges menjelaskan bahawa penyebaran budaya terus memberi kesan negatif
terutamanya yang berkaitan dengan pelajar minoriti dan miskin. Penggunaan kerangka kerja
Ruby Payne yang meluas (1996) dapat menjelaskan tentang Kerangka Memahami
Kemiskinan dalam latihan guru adalah salah satu contoh penting model defisit budaya yang
terus mempengaruhi pemikiran dan pemahaman guru mengenai budaya. Menurut kerangka
kerja Payne, kemiskinan adalah budaya yang sama seperti kewankela. Hal ini dikatakan
demikian kerana, guru tidak dapat memahami pelajarnya yang miskin kerana mereka tidak
mengetahui peraturan tersembunyi dalam kemiskinan dengan lebih baik. Ini adalah kerana
pelajar miskin lebih mengetahui peraturan tersembunyi dalam budaya kelas menengah.
Sebagai contoh, guru kurang mengetahui bagaimana melawan dan membela dirinya secara
fizikal daripada orang miskin yang tahu cara menempah meja di restoran. Menurut Payne,
guru perlu mengajar mereka tentang peraturan tersembunyi dalam budaya kelas menengah
supaya guru dapat mengesan pelajar yang lemah. Kerangka kerja Payne sangat popular dalam
kalangan pendidik dan pentadbir sekolah kerana menyediakan penyelesaian yang kelihatan
mudah dan cepat untuk masalah yang sangat rumit.

Model defisit budaya dari segi penampilan asalnya dan kontemporari terdapat dua
kesalahfahaman budaya yang sangat penting yang menyebabkan penyalahgunaan konsep
budaya dalam pendidikan. Kesalahfahaman yang pertama adalah budaya terdiri daripada satu
set statik dan terikat sifatnya dan nilai yang sama rata dapat diberikan kepada semua ahli
kumpulan. Sebagai contoh, semua pelajar dari kumpulan budaya X mengalami kemiskinan,
maka akibatnya tidak dapat belajar membaca, tidak mahu bekerja, dan mempunyai ibu bapa
yang tidak mementingkan pendidikan. Selain stereotaip terang dan menghapuskan kumpulan
dan kepelbagaian individu, kesalahpahaman budaya ini boleh menyebabkan kegagalan dalam
pendidikan. Kesalahfahaman seterusnya yang ketara adalah hakikat bahawa model defisit
budaya sebenarnya digunakan untuk menjelaskan kegagalan pendidikan pelajar miskin dan
minoriti. Dengan kata lain, budaya pelajar-pelajar ini disifatkan dengan kekurangan yang
berbeza dengan budaya menengah. Cara pemikiran dan penggunaan budaya ini menyalahkan
individu dan gagal memperhitungkan untuk keadaan struktur yang secara konsisten
mencirikan sekolah yang miskin.

Di samping itu, yang mendasari model defisit budaya adalah idea lama peringkat perkauman
yang asalnya diserang antropologi pada abad ke-19 secara sederhana. Pendidik yang
mengikuti budaya model defisit kemungkinan menggunakan budaya sebagai konsep kukuh
untuk mewakili pandangan mendalam mengenai perlumbaan. Menurut Ladson, para pendidik
bergantung kepada “budaya” untuk menerangkan tingkah laku pelajar yang tidak etnik, atau
secara linguistik berbeza daripada diri mereka sendiri. Dalam pada itu, Valenzuela (1999)
telah meneroka pencapaian akademik dan gabungan pendidikan pelajar Mexico dan Mexico
yang menghadiri pusat bandar yang komprehensif di Texas. Walaupun pelajar dalam kajian
tersebut melaporkan sikap positif terhadap pendidikan secara umum, mereka menyatakan
penurunan hubungan positif dengan sekolah kerana dasar berasaskan sekolah dan amalan-
amalan yang mengabaikan sumber budaya dan bahasa mereka. Valenzuela menggunakan
konsep persekolahan subtraktif untuk menerangkan polisi dan amalan pendidikan budaya dan
linguistik pelajar supaya mereka berjaya dalam akademik.

2.9 MODEL PERBEZAAN BUDAYA DAN HIPOTESIS YANG TIDAK SESUAI

Penulis telah menyatakan bahawa kira-kira satu dekad yang lalu setelah ahli sosiologi
memperkenalkan model defisit budaya sebagai kaedah untuk menerangkan perbezaan
pencapaian pendidikan dan mobiliti sosial. Pendek kata, penekanan terhadap budaya diambil
lagi sekali dalam bidang antropologi dan pendidikan. Selaras dengan perhatian akademik
dalam perbezaan pendidikan pelajar minoriti, pada tahun 1970-an dan 1980-an anthropologi
membantah pendekatan yang didorong oleh defisit dan berpendapat bahawa kegagalan
pendidikan yang konsisten dalam kumpulan pelajar disebabkan oleh ketidaksesuaian antara
budaya rumah dan komuniti dengan budaya sekolah. Dengan kata lain, pelajar miskin dan
minoriti budaya hanya menunjukkan perbezaan kepercayaan dan amalan budaya sekolah
yang sedia ada. Di sini kita dapat melihat kembalinya relativisme antropologi yang berfungsi
melawan bentuk yang tersembunyi dalam perkauman evolusionis.

Dalam hal ini, penulis turut menyatakan budaya paradigma mengalami perbezaan tetap yang
tertumpu kepada proses interaksi mikro iaitu pada amalan kelas dan bahasa. Secara amnya
diandaikan bahawa semua anggota kumpulan tertentu berkongsi budaya normatif, terikat, dan
bersepadu. Pendekatan ini cenderung menutupi isu-isu hubungan politik-ekonomi dan kuasa
antara populasi dominan dan minoriti, dan mencari penyelesaian untuk memperbaiki corak
interaksi guru.

2.10 PENCAPAIAN PENDIDIKAN: PELAJAR IMIGRAN SUKARELA


BERBANDING PELAJAR IMIGRAN TIDAK SUKARELA

Dalam Bab 2.10, John Ogbu (1978) memperhatikan bahawa pelajar yang sangat berbeza
budaya cenderung mempunyai prestasi yang baik di sekolah. Sebagai contohnya ialah seperti
pelajar imigran Cina. Situasi ini sangat berkait rapat dengan keadaan persekolahan di
Malaysia. Malaysia mempunyai penduduk pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Orang
Asli, dan pelbagai Bumiputera Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun di Malaysia, wujud
sekolah vernakular yang menggunakan bahasa pengantar Cina dan Tamil selain daripada
sekolah kebangsaan. Jadi, usaha untuk membentuk perpaduan sejak dari awal mengalami
sedikit kesukaran disebabkan oleh mereka diasingkan untuk berkomunikasi dan bercampur-
gaul sejak dari awal. Hal ini secara langsung menyumbang kepada berlakunya jurang
kefahaman antara kaum. Menurut Teo Kok Seong dalam Azie Yahya (2019), gabungan
sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan dan agama adalah cara terbaik meningkatkan
penguasaan bahasa Melayu dan menggalakkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang
bangsa. Kewujudan sekolah vernakular telah menyebabkan pembentukan identiti nasional
terhalang dan menjadi punca jurang persefahaman antara kaum. Menurut Mior Khairul Azrin
Mior Jamaluddin (2011), melalui sistem persekolahan, mereka yang berbilang bangsa dapat
saling kenal-mengenal dan berinteraksi dengan baik. Dari ketika itu mula wujud hubungan
antara masyarakat dan seterusnya membina perpaduan nasional yang kukuh. Pada pendapat
saya, jika para pelajar menuntut ilmu dalam keadaan bercampur dengan pelbagai kaum, maka
wujud interaksi dan persaingan sihat antara mereka. Perkara ini secara tidak langsung
mengukuhkan perpaduan antara kaum dan dapat memastikan hak pendidikan sama rata
diberikan kepada semua.

2.11 MELAKSANAKAN BUDAYA: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-


21

Bab 2.11 secara keseluruhannya menjelaskan tentang pemahaman budaya. Memahami


budaya dan mengadaptasi budaya dalam pekerjaan dapat menunjukkan orientasi holistik
dalam pendidikan. Terdapat lima perkara yang dinyatakan secara jelas berkaitan dengan
pemahaman budaya ini iaitu yang pertama pendidikan di dalam dan luar dari sekolah. Kedua,
pandangan budaya belajar yang merangkumi wacana, pengaruh, motivasi, kognitif dan
identiti. Ketiga ialah menyedari dan mengenal pasti kepelbagaian di antara sekumpulan
budaya. Keempat ialah memahami bahawa setiap individu pasti mempunyai budaya yang
tersendiri walaupun berlaku beberapa perubahan mengikut peredaran masa. Akhir sekali yang
kelima ialah menyedari dan mengiktiraf bahawa budaya bukanlah sesuatu perkara yang
dibawa oleh setiap pelajar dari rumah dan sekolah pula adalah tempat pertemuan antara
budaya serta guru-guru juga pasti mempunyai budaya yang tersendiri. Menurut Saporito dan
Riper (2016) dalam Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd
Daud Awang & Adlina Ab Halim (2018), matlamat sekolah adalah menyatupadukan pelajar
daripada pelbagai latar belakang dan kaum. Peranan guru amatlah penting untuk mendidik
anak-anak murid supaya saling hormat-menghormati antara satu sama lain tidak mengira
kaum dan latar belakang budaya. Menurut Jacobsen, Frankenberg dan Lenhoff (2012) dalam
Yong et.al (2018), kesesuaian persekitaran sekolah yang mengumpulkan pelbagai kaum
pelajar dapat menghasilkan kesefahaman antara kaum kerana sering terdapat penambahan
idea dan perspektif yang dibangkitkan. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa sekolah
berperanan sebagai tempat pertembungan pelbagai budaya dan sebagai medan untuk saling
bertukar-tukar ilmu pengetahuan tentang budaya masing-masing.

2.12 MEMIKIRKAN SEMULA PROSES PEMBELAJARAN DAN BUDAYA


DALAM PENDIDIKAN

Seterusnya, dalam bab 2.12 menekankan supaya guru memahami dan mengetahui latar
belakang budaya pelajar-pelajar yang merangkumi linguistik dan amalan serta sejarah
kebudayaan mereka. Dengan memahami budaya dan cara hidup para pelajar, maka guru-guru
dapat mengetahui cara-cara untuk mendekatkan diri kepada mereka dan berkomunikasi
dengan lebih mudah. Persefahaman budaya antara pelajar dan guru sangat penting supaya
proses pembelajaran dua hala dapat dilakukan dengan baik dan senang. Sebagai contohya
ialah, Cikgu Sam atau nama sebenarnya Samuel Isaiah A/L Joel Christie Isaiah berusaha
keras untuk memahami budaya murid-muird Orang Asli supaya beliau mudah untuk
mendidik dan mengajar Bahasa Inggeris kepada mereka. Cikgu Sam telah menganggap anak-
anak muridnya sebagai keluarga dan kawan dan kesannya, beliau mudah untuk
berkomunikasi kepada mereka dan meyakinkan anak-anak muridnya untuk berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris.

2.13 PEMBELAJARAN DALAM KONTEKS: APA YANG PERLU DIKETAHUI


OLEH GURU

Pada bahagian penulisan ini iaitu Apa yang Perlu Diketahui oleh Guru (What Teachers Need
to Know) perkara pertama yang dinyatakan adalah mengenai penulisan Wyman dan Kashatok
(2008), yang bertajuk “Getting to Know Students’ Communities,”. Wyman dan Kashatok
telah mengemukakan beberapa cadangan untuk guru dalam mengenali murid mereka serta
bagaimana pengajaran mereka dapat ditingkatkan dengan cara yang relevan serta sesuai
dengan budaya. Perkara yang pertama adalah semua guru perlulah mengenal pelajar dan juga
komuniti mereka. Hal ini bagi mengelakkan guru dipengaruhi oleh stereotaip yang boleh
mempengaruhi proses pembelajaran pelajar. Malahan juga, apabila seseorang guru itu
mengenal pelajar dan komuniti mereka ianya juga dapat mewujudkan hubungan yang baik
antara guru dan pelajar. Apabila wujudnya hubungan yang baik antara guru dan pelajar ianya
mampu menyokong perkembangan emosi pelajar dengan baik, membina sikap positif, dan
motivasi dalam mencapai hasil akademik. Selain itu, kemahiran-kemahiran sosial yang
sebenar juga dapat diperolehi (Wentzel (2009) dalam Ahmad Firdaus Mohd Noor, Kamarul
Azmi Jasmi & Khairunnisa A Shukor, 2016, ms. 138). Seterusnya, penggunaan kaedah
“triangulating stance” dalam pembelajaran lebih berkesan dalam menyokong murid serta
mengetahui amalan budaya mereka. Hasilnya akan membolehkan seseorang guru itu
mengambil bahagian dalam konteks masyarakat serta terus belajar mengenai pelajar dan
komuniti mereka. Penggunaan kaedah ini adalah melibatkan proses di mana seorang guru
akan mengumpulkan bukti mengenai pembelajaran pelajar. Bukti-bukti ini akan dikumpulkan
dari tiga sumber yang berbeza iaitu perbualan, pemerhatian, dan produk. Antara tujuan
penggunaan kaedah ini adalah untuk mendorong pelajar turut terlibat dalam pembelajaran
mereka sehingga dapat meningkatkan motivasi pelajar tersebut (Bilash, 2009).

Seterusnya, mengenai kerangka Funds of Knowledge yang ditulis oleh González (2005).
Penulisan tersebut membincangkan mengenai konsep serta metodologi dalam merancang
kurikulum untuk mengenal pasti sumber pedagogi serta kekuatan yang terdapat dalam isi
rumah dan sesebuah komuniti. Malahan Moll dan González (2004) dalam Convertino,
Levinson dan Gonzalez (2016), menekankan kehidupan yang menarik iaitu dengan “living
culturally” melalui amalan yang sedia ada. Penggunaan pengetahuan isi rumah, pengalaman
pelajar serta amalan kelas yang dapat membina pengetahuan pelajar dapat digunakan oleh
guru dalam meningkatkan tahap pembelajaran pelajar dalam beberapa bidang. Walau
bagaimanapun, pendekatan pengetahuan ini tidak mewakili perpindahan linear pengetahuan
subjek. Sebagai contoh, pengetahuan matematik yang kita belajar di rumah tidak sama
dengan subjek matematik yang kita belajar di sekolah.

Selain itu, pendekatan Fund of Knowledge bukan hanya mengenai pengetahuan yang ada
dalam isi rumah malah ia juga mengenai bagaimana pengetahuan itu dibina secara sosial dan
kolektif. Menurut Pollock (2008,) dalam Convertino, Levinson dan Gonzalez (2016),
penekanan terhadap sosial dan kolektif pembinaan pengetahuan dan pembelajaran
menunjukkan kepentingan dalam mengkaji hubungan antara guru dengan pelajar dalam
memantapkan pembelajaran. Hubungan antara guru dan pelajar tersebut dilihat melalui
“consequential interactions” ataupun interaksi berurutan (ms. 371). Malahan guru juga perlu
menyedari corak mereka sendiri dalam berinteraksi dengan pelajar di dalam kelas. Hal ini
dikatakan demikian supaya guru dapat lebih memahami bagaimana mereka mencipta atau
melarang peluang belajar dalam kehidupan individu pelajar. Bukan itu sahaja apabila guru itu
menyedari bahawa mereka terlibat dengan interaksi berpola yang besar untuk kanak-kanak
ianya akan menyebabkan mereka akan berfikir secara budaya (Pollock, 2008, ms. 373-374
dalam Convertino, Levinson & Gonzalez, 2016). Seterusnya, penglibatan dalam pelbagai
bentuk penyelidikan etnografi bilik darjah dan komuniti dapat membantu guru untuk melihat
dan menggambarkan tempat-tempat budaya tersebut berinteraksi. Penyelidikan etnografi
merupakan perkataan yang berasal dari Greek iaitu “Ethnos” yang bermaksud manusia,
bangsa atau budaya. Ia merupakan sejenis kajian lapangan yang berbentuk pemerhatian yang
sering digunakan dalam kajian sosiologi dan antroplogi.

2.14 PERNYATAAN KESIMPULAN (CONCLUDING REMARKS)

Dalam subtopik ini, penulis menerangkan bahawa pendidik dan pelajar sangat memerlukan
perkembangan pengetahuan yang fleksibel serta pemindahan maklumat yang mudah dan
berkesan dalam melakukan pelbagai tugasan. Malahan kepakaran adaptif iaitu kaedah
penyesuaian dengan keadaan yang baru atau berbeza amatlah penting bagi belia dari komuniti
bukan dominan yang selalu menghadapi cabaran dan rintangan masyarakat. Seterusnya, bagi
konteks dunia global yang dicirikan oleh multikulturalisme yang berkembang secara
berterusan menyebabkan hubungan sosial yang memantapkan pembelajaran dan penghasilan
pengetahuan tidak dapat dikurangkan menjadi rujukan tunggal atau normatif. Misalnya
menurut hubungan transnasional yang melintasi sempadan geopolitik dan ruang sosiobudaya
mengingatkan kita bahawa pelajar dapat melibatkan diri dalam amalan bahasa dan literasi
merentasi bidang sosial transnasional (Lam & Warriner, 2012 dalam Convertino, Levinson &
Gonzalez, 2016).

Dengan itu, pendidik pada masa kini tidak hanya boleh bergantung pada satu bentuk
pandangan mengenai budaya, pengajaran dan pembelajaran sahaja. Sebaliknya, mereka mesti
memupuk kemampuan untuk melihat diri mereka sendiri, pelajar mereka, dan pembelajaran
dan pengajaran mereka sebagai pelbagai bentuk. Oleh itu, Banks (2007) dalam Siti Zuraida
Maaruf dan Saedah Siraj (2011), telah membangunkan satu pertalian atau perwatakkan
pendidikan pelbagai budaya yang mengandungi lima kompleks dan dimensi yang saling
bergantung iaitu integrasi, proses pembinaan pengetahuan, pengurangan prejudis, pedagogi
ekuiti, dan pemberian kuasa kepada budaya sekolah dan struktur sosial. Integrasi kandungan
merupakan satu bahagian yang penting apabila digunakan secara serentak bersama dengan
empat dimensi yang lain di dalam persekitaran pendidikan pelbagai budaya (ms. 211).
Malahan penulis turut berpendapat bahawa pendidik perlu tahu bagaimana untuk mengajar
dalam masyarakat yang berbilang budaya seterusnya, mengamalkan pendekatan budaya
untuk belajar dan mengajar. Oleh hal yang demikian para guru haruslah merancang
pengajaran sepanjang tahun pengajian tersebut agar dapat memastikan setiap subjek
pembelajaran itu berkaitan di antara satu sama lain bagi mendapatkan maksud yang lebih
mendalam (Siti Zuraida Maaruf & Saedah Siraj, 2011, ms. 212). Akhir sekali, penulis turut
menyatakan mengenai pendekatan budaya untuk pengajaran dan pembelajaran adalah dengan
mengkaji “interaksi organisasi masyarakat sehari-hari dalam konteks konkrit”, memahami
“pola pendekatan orang terhadap situasi tertentu” serta bagaimana orang lain memahami
kehidupan mereka (Convertino, Levinson & Gonzalez, 2016, ms. 38).

PENDAPAT MENGENAI ARTIKEL

Pada pendapat saya artikel ini sangat membantu seseorang guru dalam mengenal pasti cara
untuk mengenali murid serta cara meningkatkan teknik pengajaran yang sesuai dengan
budaya sesuatu komuniti pelajar itu. Perkara tersebut ada dibincangkan pada bahagian
Pembelajaran dalam Konteks: Apa yang Perlu Diketahui oleh Guru (Learning in Context:
What Teachers Need to Know). Antara cara yang dinyatakan adalah guru perlulah mengenal
pelajar dan juga komuniti mereka. Cara yang kedua adalah melalui penggunaan kaedah
“triangulating stance” dalam pembelajaran. Malah berdasarkan pendekatan Funds of
Knowledge yang ditulis oleh González (2005), guru perlulah menyedari corak mereka sendiri
dalam berinteraksi dengan pelajar di dalam kelas. Hal ini dikatakan demikian kerana corak
pengajaran guru ini menentukan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam
bilik darjah dan menentukan keberkesanan sesuatu amalan pengajaran. Kebiasaannya, corak
pengajaran dikategorikan sama ada pengajaran berpusatkan guru ataupun pengajaran
berpusatkan pelajar (Sim & Mohammad Yusof Arshad, 2014, ms. 1).
Selain itu, artikel ini juga mampu memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa setiap
pelajar mempunyai hak yang sama rata untuk mendapat pendidikan tanpa mengira pelajar
tersebut datang daripada komuniti budaya yang besar ataupun kecil. Dengan ini, guru
perlulah memberikan layanan yang sama rata kepada setiap pelajar di dalam kelas dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar lebih bermotivasi untuk belajar dengan lebih
bersungguh-sungguh.

KESIMPULAN

Berdasarkan ulasan artikel yang telah dibuat dalam bab 2 yang telah ditetapkan bertajuk
Budaya Pengajaran dan Pembelajaran, dapat dirumuskan bahawa pembaca sememangnya
mendapat banyak pengetahuan baru yang berguna hasil daripada pembacaan artikel ini
antaranya adalah dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang maksud kepelbagaian
dalam masyarakat dan dapat mempersiapkan diri seseorang pendidik dalam mengajar para
pelajar yang terdiri daripada pelbagai budaya di sekolah. Hal ini dapat dilihat dalam 13
subtopik yang dibahas dalam artikel ini yang terdiri daripada asal permulaan kewujudan
pembinaan budaya, budaya sebagai transmisi dan penyesuaian, penciptaan budaya:
penghantaran dan pendidikan budaya, perubahan budaya: psikologi budaya dan pengeluaran
budaya, kritikan budaya, budaya dan pencapaian pendidikan, model kekurangan budaya,
model perbezaan budaya dan hipotesis yang tidak sesuai, pencapaian pendidikan: pelajar
imigran sukarela berbanding pelajar imigran tidak sukarela, melaksanakan budaya: budaya
dan pembelajaran abad ke-21, memikirkan semula proses pembelajaran dan budaya dalam
pendidikan, pembelajaran dalam konteks apa yang perlu diketahui oleh guru, dan pernyataan
kesimpulan. Pengetahuan baru yang diperoleh daripada artikel ini dapat memberi pendedahan
kepada guru untuk mempelbagaikan lagi kaedah pembelajaran dan pengajaran yang sesuai
digunakan bagi mengajar pelajar daripada pelbagai budaya agar dapat memudahkan proses
pemindahan ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar dengan lebih berkesan. Oleh itu, guru
perlulah memberi galakkan dan dorongan kepada pelajar untuk belajar tanpa mengira budaya
agar dapat melahirkan generasi yang berjaya pada masa akan datang.

RUJUKAN

Ahmad Firdaus Mohd Noor, Kamarul Azmi Jasmi & Khairunnisa A Shukor. (2016).
Pembinaan hubungan di antara guru dengan pelajar. Technical and Social Science
Journal (TSSJ), 5(1), 138-148. Diperoleh daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/55385/1/AhmadFirdausMohdNoor2016_PembinaanHu
bungandiantaraGuru.pdf.

Azie Yahya, (2019, November), Sekolah Satu Aliran Satukan Kaum. Diperoleh
daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/56632/SUARA-SINAR/Analisis-
Sinar/Sekolah-satu-aliran-satukan-kaum

Convertino, C., Levinson, B. A. & Gonzalez, N. (2016). Culture, Teaching, and


Learning. Dalam Banks, J. A. & McGee Banks, C. A. (Pnyt.), Multicultural
Education (ms. 24). United States: John Wiley & Sons, Inc.

Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin, 2011, Sistem Pendidikan Di Malaysia: Dasar,
Cabaran dan Perlaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional, SOSIOHUMANIKA, 4(1),
ms 33-48. Diperoleh daripada
https://journals.mindamas.com/index.php/sosiohumanika/article /download/436/434

Sarina Mohd Som, (2020, November), Cikgu Samuel Kongsi 8 Tip Tarik Minat
Belajar Anak Orang Asli. Diperoleh daripada
https://www.gpsbestari.com/tip/tip-mengajar/cikgu-samuel-kongsi-lapan-tip-
tarik -minat-belajar-anak-orang-asli-1.926737

Sim, W. S. L. & Mohammad Yusof Arshad. (2014). Corak amalan pengajaran inkuiri
berdasarkan interaksi verbal Guru Kimia. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia
Pasifik, 2(3), 1-10. Diperoleh daripada
https://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:
HjWrKVQ3FCoJ:https://juku.um.edu.my/article/download/8078/5589/+&cd=3&hl=e
n&ct=clnk&gl=my.

Siti Zuraida Maaruf & Saedah Siraj. (2011). Pedagogi responsif budaya satu dimensi
pendidikan global. In: 1st International Conference on World-Class Education 2011.
Diperoleh daripada http://eprints.um.edu.my/13586/1/0001.pdf.

Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang
&Adlina Ab Halim, 2018, Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam
Membentuk Perpaduan Kaum di Sekolah, Akademika 88(2), Julai
2018:95-108. Diperoleh daripada
http://journalarticle.ukm.my/12833/1/18914-81005-1-PB.pdf

Anda mungkin juga menyukai