Anda di halaman 1dari 19

Maksud Rangkap

Rangkap 1
Laksamana mendapat perintah
daripada betara agar segera ke negeri
Patani bagi mendapatkan panji atau
lambang kebesaran Raja Senggora
(menyatakan taat setia kepada Raja
Senggora) yang dikatakan akan
menjatuhkan hukuman dan siksaan.
Rangkap 2

Laksamana dititahkan agar memohon


maaf daripada Raja Senggora dan
merayu agar hukuman tidak dijatuhkan
ke atas pegawai yang ditahan.
Rangkap 3

Setelah menerima titah betara,


Laksamana tidak mahu
menunjukkan keresahannya kerana
keamanan negeri perlu dipelihara.
Rangkap 4

Kerana pada ketika itu, bonda


saudaranya iaitu Duli Mahkota
Indera sedang sakit tenat dan
hati Laksamana amat berat
untuk meninggalkan bondanya
itu
Rangkap 5

Segala kebimbangannya diketepikan


kerana situasi negara berada dalam
keadaan yang mencemaskan.
Bencana yang bakal menimpa akan
menyebabkan kemudaratan kepada
negeri. Oleh itu, Betara menitahkan
agar dijatuhkan hukuman bunuh.
Rangkap 6

Laksamana tidak dapat membantah


arahan Betara iaitu Sang Nata
walaupun hatinya amat berat untuk
melaksanakan tugas tersebut.
Akhirnya, Laksamana menyerahkan
segala-galanya kepada Allah S.W.T.
Rangkap 7

Laksamana tetap menjunjung


perintah raja demi memastikan raja
terus berdaulat dan berkuasa dalam
negeri dan negeri berada dalam
keadaan sentosa.
Rangkap 8

Laksamana ke Patani walaupun


hatinya amat sedih dan berat untuk
meninggalkan bonda saudaranya
kerana dia yakin bahawa dia tidak
dapat lagi bertemu dengan bonda
saudaranya.
Rangkap 9

Tanggungjawab memelihara
kedaulatan negeri lebih utama
daripada kepentingan diri. Hal ini
demikian kerana yang sakit itu cuma
seorang, sedangkan ancaman musuh
akan memusnahkan seluruh negeri.
Rangkap 10

Maka, perintah Betara (Seri Betara)


segera dijunjung tanpa berfikir
panjang. Laksamana segera
berjalan ke Patani bagi
mendapatkan perlindungan
daripada Raja Senggora.
Tema
Semangat Patriotik atau semangat cinta akan
tanah air

Laksamana mempunyai semangat cinta akan


negara yang tinggi. Dia melaksanakan tugas
yang diberikan oleh Betara walaupun beliau
berdepan dengan keadaan ibu saudaranya yang
sedang sakit tenat.
Persoalan
1. Ketaatan terhadap pemerintah dalam
melaksanakan tugas yang diberikan.
2. Kepentingan negara adalah lebih utama daripada
kepentingan diri dan keluarga.
3. Tanggungjawab dan sifat amanah pegawai
kerajaan dalam memastikan negara sentiasa
berada dalam keadaan baik dan selamat.
4. Sikap pasrah dan berserah kepada Allah
sepanjang melaksanakan tugas.
5. Kesanggupan berkorban jiwa dan raga demi
kemakmuran negara.
Bentuk
• Terikat / tidak bebas
• Sepuluh rangkap
• Setiap rangkap adalah maksud
• Tiga hingga lima patah kata dalam satu baris
• Lapan hingga 14 suku kata sebaris
• Rima akhir - aaaa
Gaya Bahasa
• Kata arkaik (kata klasik)
- dura ( risau/ susah hati)
- pegari ( dapat dilihat/ muncul / menjelma)
• Bahasa istana
- dititahkan, bonda daulat, baginda
• Pengulangan / repetisi
- mendapat cogan Raja Senggora
(rangkap 1, baris 3 ; rangkap 10, baris 4)
• Inversi
- Pada Laksamana emak saudara
( Emak saudara pada Laksamana)
• Asonansi
- pengulangan bunyi vokal a :
Kesalahan pinta dimaafkan
• Aliterasi
- pengulangan bunyi konsonan r :
Sakit terlantar hampir bermara
Nilai
• Taat / setia – Laksamana taat kepada perintah
Bentara untuk mendapatkan cogan Raja Senggora.
• Berkorban – Laksamana sanggup berkorban demi
kepentingan negara.
• Keberanian – Laksamana berani ke negeri Patani
untuk menghapuskan pemberontak.
• Tawakal – Laksamana menghadapi masalah yang
menimpa dirinya dengan sabar dan bertawakal
kepada Allah atas suratan takdir.
• Kasih sayang – Laksamana sayang akan ibu
saudaranya yang sedang sakit tenat.
Pengajaran
• Kita mesti taat akan perintah yang diberikan oleh
ketua.
• Setiap rakyat harus berani menggalas
tanggungjawab untuk mempertahankan negara.
• Kepentingan negara hendakan didahulukan dan
diutamakan daripada kepentingan diri dan keluarga.
• Kita hendaklah sanggup berkorban jiwa dan raga
demi kemakmuran negara.
• Janganlah kita melengah-lengahkan urusan negara
bagi memastikan kelancaran dan kelicinan
pemerintahan sesebuah negara.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai