Anda di halaman 1dari 19

Maksud Rangkap

Rangkap 1 Laksamana mendapat perintah daripada betara agar segera ke negeri Patani bagi mendapatkan panji atau lambang kebesaran Raja Senggora (menyatakan taat setia kepada Raja Senggora) yang dikatakan akan menjatuhkan hukuman dan siksaan.

Rangkap 2

Laksamana dititahkan agar memohon maaf daripada Raja Senggora dan merayu agar hukuman tidak dijatuhkan ke atas pegawai yang ditahan.

Rangkap 3

Setelah menerima titah betara, Laksamana tidak mahu menunjukkan keresahannya kerana keamanan negeri perlu dipelihara.

Rangkap 4

Kerana pada ketika itu, bonda saudaranya iaitu Duli Mahkota Indera sedang sakit tenat dan hati Laksamana amat berat untuk meninggalkan bondanya itu

Rangkap 5 Segala kebimbangannya diketepikan kerana situasi negara berada dalam keadaan yang mencemaskan. Bencana yang bakal menimpa akan menyebabkan kemudaratan kepada negeri. Oleh itu, Betara menitahkan agar dijatuhkan hukuman bunuh.

Rangkap 6 Laksamana tidak dapat membantah arahan Betara iaitu Sang Nata walaupun hatinya amat berat untuk melaksanakan tugas tersebut. Akhirnya, Laksamana menyerahkan segala-galanya kepada Allah S.W.T.

Rangkap 7

Laksamana tetap menjunjung perintah raja demi memastikan raja terus berdaulat dan berkuasa dalam negeri dan negeri berada dalam keadaan sentosa.

Rangkap 8 Laksamana ke Patani walaupun hatinya amat sedih dan berat untuk meninggalkan bonda saudaranya kerana dia yakin bahawa dia tidak dapat lagi bertemu dengan bonda saudaranya.

Rangkap 9

Tanggungjawab memelihara kedaulatan negeri lebih utama daripada kepentingan diri. Hal ini demikian kerana yang sakit itu cuma seorang, sedangkan ancaman musuh akan memusnahkan seluruh negeri.

Rangkap 10

Maka, perintah Betara (Seri Betara) segera dijunjung tanpa berfikir panjang. Laksamana segera berjalan ke Patani bagi mendapatkan perlindungan daripada Raja Senggora.

Tema
Semangat Patriotik atau semangat cinta akan tanah air Laksamana mempunyai semangat cinta akan negara yang tinggi. Dia melaksanakan tugas yang diberikan oleh Betara walaupun beliau berdepan dengan keadaan ibu saudaranya yang sedang sakit tenat.

Persoalan
1. 2. 3. 4. 5. Ketaatan terhadap pemerintah dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Kepentingan negara adalah lebih utama daripada kepentingan diri dan keluarga. Tanggungjawab dan sifat amanah pegawai kerajaan dalam memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat. Sikap pasrah dan berserah kepada Allah sepanjang melaksanakan tugas. Kesanggupan berkorban jiwa dan raga demi kemakmuran negara.

Bentuk
Terikat / tidak bebas Sepuluh rangkap Setiap rangkap adalah maksud Tiga hingga lima patah kata dalam satu baris Lapan hingga 14 suku kata sebaris Rima akhir - aaaa

Gaya Bahasa
Kata arkaik (kata klasik) - dura ( risau/ susah hati) - pegari ( dapat dilihat/ muncul / menjelma) Bahasa istana - dititahkan, bonda daulat, baginda Pengulangan / repetisi - mendapat cogan Raja Senggora (rangkap 1, baris 3 ; rangkap 10, baris 4)

Inversi - Pada Laksamana emak saudara ( Emak saudara pada Laksamana) Asonansi - pengulangan bunyi vokal a : Kesalahan pinta dimaafkan Aliterasi - pengulangan bunyi konsonan r : Sakit terlantar hampir bermara

Nilai
Taat / setia Laksamana taat kepada perintah Bentara untuk mendapatkan cogan Raja Senggora. Berkorban Laksamana sanggup berkorban demi kepentingan negara. Keberanian Laksamana berani ke negeri Patani untuk menghapuskan pemberontak. Tawakal Laksamana menghadapi masalah yang menimpa dirinya dengan sabar dan bertawakal kepada Allah atas suratan takdir. Kasih sayang Laksamana sayang akan ibu saudaranya yang sedang sakit tenat.

Pengajaran
Kita mesti taat akan perintah yang diberikan oleh ketua. Setiap rakyat harus berani menggalas tanggungjawab untuk mempertahankan negara. Kepentingan negara hendakan didahulukan dan diutamakan daripada kepentingan diri dan keluarga. Kita hendaklah sanggup berkorban jiwa dan raga demi kemakmuran negara. Janganlah kita melengah-lengahkan urusan negara bagi memastikan kelancaran dan kelicinan pemerintahan sesebuah negara.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai