Anda di halaman 1dari 17

SYAIR

PEMBERONTAKAN
PATANI
Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman
Kaeh(penyelenggara)
Oleh:Ain Natrah binti Mat Tarmizi.
Maksud setiap rangkap
Rangkap 1:Laksamana dititahkan Betara,
Ke negeri Patani berjalan segera,
Mendapat cogan Raja Senggora,
Akan menerima hukum dan dera.

maksud:Betara menitahkan Laksamana ke Patani, di sana


Raja Senggora akan dihukum.
Rangkap 2:Barang yang hendak dihukumkan,
Sekalian tidak boleh disalahkan,
Kesalahan pinta dimaafkan,
Pegawai yang dipegang itu dipohonkan.

Maksud:Hukuman terhadap yang bersalah itu


kekal,walaupun ada permohonan maaf.
Rangkap 3:Setelah demikian titah Betara,
Laksamana tiada berani dura,
Kerana negeri hendak dipelihara,
Kelak menjadi huru-hara.

Maksud:Laksamana tidak berani menunjukkan


kebimbangannya setelah menerima arahan daripada Betara
kerana arahan itu berkaitan dengan tanggungjawabnya
memelihara keamanan negeri. Sekiranya arahan itu
diingkari akan menimbulkan keadaaan huru-hara dalam
negeri pula.
Rangkap 4:Bonda Duli Mahkota Indera,
Pada Laksamana emak saudara,
Sakit terlantar hampir bermara,
Meninggalkan dia tiada terkira.

Maksud:Ibu saudara Laksamana, iaitu Bonda Duli Mahkota


Indera sedang sakit tenat. Oleh itu, Laksamana berasa
serba salah untuk meninggalkan ibu saudaranya itu.
Rangkap 5:Daripada kerja terlalu berat,
Ke atas negeri hendak mudarat,
Jadilah dititahkan duli hadirat,
Bimbang dan masyghul disuruh kerat.

Maksud:Bencana yang bakal menimpa itu akan


menyebabkan kemudaratan kepada negeri. Oleh itu, Betara
menitahkan agar dijatuhi hukuman bunuh.
Rangkap 6:Tiadalah lagi terkata-kata,
Sudah dengan titah Sang Nata,
Diputuslah hati yang bercinta,
Kepada Allah diserah semata.

Maksud:Setelah mendengar arahan Betara yang juga


disebut sebagai Sang Nata, Laksamana telah membulatkan
hatinya untuk melaksanakan arahan tersebut sambil
menyerahkan segalanya kepada Allah S.W.T.
Rangkap 7:Niat Laksamana yang pegari,
Daulat baginda barang berdiri,
Jika selamat sentosa negeri,
Biarlah susah di atas diri.

Maksud:Laksamana, mahu menjunjung daulat raja. Dia


sanggup menghadapi sebarang kesusahan demi
memastikan keselamatan negerinya.
Rangkap 8:Berjalan ia berhati hampa,
Bonda yang sakit tiada dilupa,
Kerana sakit berat menimpa,
Yakin hatinya tiada berjumpa.

Maksud:Laksamana berjalan dengan perasaan hampa.


Dalam masa yang sama dia tidak melupakan ibu
saudaranya yang sedang sakit itu. Laksamana juga yakin
bahawa dia tidak akan berjumpa dengan ibu saudaranya
kerana beliau sakit tenat.
Rangkap 9:Daripada sudah demikian peri,
Keberatan tertanggung di atas negeri,
Yang sakit itu seorang diri,
Bala yang datang meliput negeri.

Maksud:Laksamana mengutamakan kepentingan negeri


lebih daripada kepentingan diri. Hal ini demikian kerana
yang sakit itu cuma seorang, sedangkan ancaman musuh
akan memusnahkan seluruh negeri.
Rangkap 10:Jadilah dititahkan Seri Betara,
Tiadalah lagi terkira-kira,
Berjalanlah pergi bersegera-segera,
Mendapat cogan Raja Senggora.

Maksud:Titah Betara bagi mendapatkan cogan Raja


Senggora dilaksanakan tanpa bertangguh-tangguh lagi.
Tema

 “Syair Pemberontakan Patani” bertemakan semangat


patriotik atau cinta akan tanah air seorang tokoh
sejarah, iaitu Laksamana. Laksamana yang
mempunyai semangat cinta akan negara yang tinggi
tanpa berlengah-lengah melaksanakan tugas yang
diberikan oleh Betara walaupun beliau berdepan dengan
keadaan ibu saudaranya sedang sakit tenat.
Persoalan

1. Ketaatan terhadap pemerintah dalam melaksanakan


tugas yang diberikan.
2. Kepentingan negara adalah lebih utama daripada
kepentingan diri dan keluarga.
3. Kesanggupan berkorban jiwa dan raga demi
kemakmuran negara.
Nilai

1. Nilai taat atau setia. Contohnya, Laksamana taat


kepada perintah Betara untuk mendapatkan cogan Raja
Senggora.
2. Nilai berkorban. Contohnya, Laksamana sanggup
berkorban demi kepentingan negara.
3. Nilai kasih sayang. Contohnya, Laksamana sangat
sayang akan ibu saudaranya yang sedang sakit tenat.
Gaya Bahasa

1. Kata arkaik (kata klasik). Contohnya:


dura; pegari
2. Bahasa istana. Contohnya:
dititahkan; bonda; daulat; baginda
3. Pengulangan kata atau repetisi. Contohnya:
mendapat cogan Raja Senggora – rangkap 1, baris 3;
rangkap 10, baris 4
Pengajaran

1. Kita mesti taat akan perintah yang diberikan oleh


ketua.
2. Kita hendaklah sanggup berkorban jiwa dan raga
demi kemakmuran negara.
3. Kita hendaklah mengambil berat akan musibah yang
ditanggung oleh ahli keluarga kita.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai