Anda di halaman 1dari 15

AKU

OLEH:
ROSLI K. MATARI
RANGKAP 1
TIDAK ADA MANUSIA
LAIN DI PANTAI INI
KECUALI DIRIKU

MAKSUD:
Penulis mendapati dirinya keseorangan
tanpa ada manusia lain di pantai ini.
RANGKAP 2

KUSUSUR PASIR PANJANG SAMBIL


KUBAYANGKAN AKU INI ADAM

MAKSUD:
Penulis menyusuri sepanjang pantai sambil
membayangkan bahawa dirinya itu Nabi
Adam.
RANGKAP 3

HARI INILAH AKU TERCIPTA


DAN PERTAMA KALI MELIHAT
LAUT,LANGIT DAN POHON

MAKSUD:
Digambarkan bahawa hari tersebut
merupakan hari wujudnya nabi Adam iaitu
manusia pertama yang dicipta oleh
Tuhan.Baginda buat pertama kalinya melihat
keindahan alam ciptaan Tuhan.
RANGKAP 4

KELMARIN AKU BELUM ADA


TIDAK TERDENGAR OLEHKU
BUNYI OMBAK ITU

MAKSUD:
Baginda tidak pernah mendengar deruan
ombak sebelum kewujudannya.
RANGKAP 5

TIDAK TERASA OLEHKU


SENTUHAN ANGIN INI
BERTIUP DI MANA-
MANA

MAKSUD:
Baginda juga tidak pernah merasai
tiupan angin.
RANGKAP 6
BAHKAN AKU TIDAK
TAHU KULIT KERANG
DAN RU PERNAH
WUJUD DI SINI

MAKSUD:
Baginda juga tidak pernah mengenali dan
mengetahui kewujudan hidupan laut dan
tumbuh-tumbuhan di situ.
RANGKAP 7
TUHAN,
AKU PERCAYA KAU
PENCIPTA KERANA AKU
BARU ADA

MAKSUD:
Baginda percaya akan kekuasaan Tuhan
yang Maha Pencipta kerana baginda baru
sahaja dicipta.
TEMA
Kewujudan diri dan menghayati alam
sekitar.Pembaca dipupuk untuk menghayati
dan menikmati alam sekitar yang memberi
ketenangan jiwa serta menyedari kewujudan
Tuhan.
PERSOALAN
1. Pemeliharaan alam sekitar.Alam sekitar
perlu dipelihara agar dapat dinikmati oleh
generasi akan datang.

2. Kepercayaan kepada Tuhan.Manusia


pertama dicipta ialah nabi Adam.

3. Bersyukur dengan nikmat yang telah


diberikan.Tuhan menciptakan dunia untuk
manusia menggunakannya sebaik mungkin.
BENTUK
• Bebas
• Mempunyai 7 rangkap
• Setiap rangkap mempunyai 3 baris
• Terdiri daripada 1-4 perkataan dalam sebaris
• Rima akhirnya ialah a,b,c kecuali rangkap
4,6 dan 7 iaitu a,b,b.
GAYA BAHASA
i) SINKOPE
Contoh: Kecuali diriku
“ku” ialah singkatan daripada “aku”

ii) KATA GANDA


Contoh: Bertiup di mana-mana

iii) IMEJ ALAM


Contoh: Laut,langit dan pohon
GAYA BAHASA
iv) ASONANSI
Pengulangan vokal “a”
Contoh: Kerana aku baru ada

v) ALITERASI
Pengulangan konsonan “L”
Contoh: Laut,langit dan pohon
NILAI
i) PERCAYA KEPADA TUHAN
Contoh: Aku percaya kau Pencipta…

ii) KESYUKURAN
Contoh: Aku bersyukur diciptakan oleh Tuhan dan
dapat merasai nikmat yang ada di dunia.

iii) KEINSAFAN
Contoh: Adam insaf akan kebesaran dan
kekuasaan Tuhan.
PENGAJARAN
• Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah
diberikan oleh Tuhan kepada kita.

• Kita hendaklah menjaga alam sekitar agar


terpelihara keasliannya.

• Kita hendaklah menginsafi diri agar tidak


melakukan perkara yang membawa kemurkaan
Tuhan.

Anda mungkin juga menyukai