Anda di halaman 1dari 7

airel Iskandar bin tarmizi

3 tarmidzi

Puan habibah binti yusuf

:Isu bencana alam


Bencana alam Bencana alam merujuk kejadian alam yang mampu
memusnahkan negara dan penduduknya. Negara kita
memang sering dilanda banjir, ribut, kemarau dan
kebakaran hutan kerana pelbagai faktor yang
mendorong keadaan ini mudah berlaku terutama ketiak
bumi dikatakan sedang mengalami perubahan cuaca
yang drastik dalam tempoh yang terdekat ini.
.
Sesungguhnya, ada banyak faktor yang mendorong
keadaan ini dan ada banyak langkah yang boleh diambil
untuk membendungnya daripada terus berlaku
Bencana alam Kejadian bencana alam sering dikaitkan
dengan kemusnahan alam sekitar terutama
kemusnahan hutan belantara negara.
Keadaan ini wujud kerana hutan dianggap
menjadi pelindung atau penahan
berlakunya kejadian banjir dan kemarau
kerana keupayaannya untuk menakung air
dan menyalirkan air dengan baik.
Kemusnahan hutan menyebabkan muka
.
bumi menjadi kosong dan mendorong
mudahnya berlaku semua bencana alam ini.
Oleh itu, kemusnahan hutan perlulah
dipantau dengan lebih teliti oleh pihak
kerajaan
Bencana alam Malahan, keghairahan negara untuk membangun
dengan pesat turut mendorong berlakunya bencana
alam ini. Pembukaan kawasan bandar baru, industri
dan kawasan perumahan telah menyebabkan sistem
ekologi yang asal tidak mampu untuk menghalang
sebarang kejadian bencana alam daripada tidak
berlaku. Manusia menganggap kemodenan mampu
menghalang bencana alam berlaku lantas terus
menerus menjalankan projek pembangunan tanpa
mempunyai rasa takut atau bimbang berlakunya
.bencana alam di kawasan projek mereka. Justeru,
pembangunan yang pesat memang penting tetapi
perlulah dikawal atau dilakukan dengan berhati-hati
supaya tidak menjejaskan sistem ekologi secara
drastik
Bencana alam Tambahan pula, sikap kita dalam
menguruskan sumber asli terutama
penyelenggaran sungai dan pembalakan
hutan yang tidak praktikal. Naluri manusia
yang sering mengutamakan keuntungan
kewangan daripada berfikir secara rasional
perkara yang bakal berlaku pada masa
depan telah mengundang padah. Semua
sumber alam negara akan terus
.
dieksploitasi kerana manusia memang
menganggap diri mereka lebih baik dan
bijak daripada alam. Jadi, bencana alam
akan terus berlaku kerana kegagalan
manusia untuk menguruskan sumber
alamnya dengan baik
Bencana alam Malahan, kempen kesedaran terutama kepada generasi
muda harus dilaksanakan. Kempen yang dijalankan itu
haruslah sesuai dengan minat dan diri remaja kerana
merekalah yang bakal menghuni negara ini serta
mampu menyelesaikan masalah ini. Kempen yang
dijalankan secara terancang mampu menghasilkan satu
generasi
. masyarakat yang menghargai alamnya lebih
baik daripada generasi terdahulu. Jelaslah, kempen
yang berkesan mampu menangani isu ini dengan lebih
baik
Bencana alam Kesimpulannya, bencana alam akan terus berlaku
di negara kita. Sikap masyarakat yang sambil lewa
kerana menganggap alam bukan tanggungjawab
mereka telah menyebabkan masalah ini menjadi
semakin rumit untuk diselesaikan. Mungkin kita
semua lupa bahawa setiap kali bencana alam
melanda
.
negara ini setiap kali itulah ada nyawa
manusia yang melayang. Agaknya kita menilai
nyawa manusia sama seperti alam?

Anda mungkin juga menyukai