Anda di halaman 1dari 6

ADAB BERFIKIR

Disediakan oleh: Muhammad Syahmi B. Md Ishak Ahmad Afif B. Ahmad Suhaimi Aliff Fazhin B. Hamdan Firdaus Al-Hakim bin Saiful Azlan Shah

Konsep Berfikir Menurut Islam


Manusia dikurniakan akal untuk berfikir secara kreatif dan kritis, dengan itu, manusia dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.

Adab Berfikir
Adab berfikir terbahagi kepada tiga:
i. BERFIKIR MENURUT WAHYU - Al-Quran dan Al-Hadith menjadi rujukan utama bagi menentukan sesuatu yang difikirkan betul dan mendapat keredhoan Allah BERFIKIR UNTUK MENCARI KEBENARAN - Kita digalakkan untuk berfikir tentang kejadian alam melalui kajian saintifik dan teknologi untuk mendekatkan diri kepada Allah. Hasilnya, kita juga boleh menggunakannya untuk kesejahteraan umat

ii.

BERFIKIR UNTUK PEMBANGUNAN UMAT Dalam mengharungi arus globalisasi, umat Islam tidak seharusnya ketinggalan dalam arus pembangunan ini. Para ulama juga perlu memikirkan berbagai pendekatan agar umat Islam memiliki daya tahan untuk berpegang teguh dengan prinsip Islam dan menghayatinya.

iii.

Perbandingan Diantara Bentuk Pemikiran Yang Positif Dengan Negatif


PEMIKIRAN POSITIF 1. Mempunyai keyakinan melakukan tindakan. 2. Berani menghadapi cabaran dan risiko. 3. Sabar dan tabah menghadapi ujian atau kegagalan. 4. Kuat keinginan mencuba idea-idea baru yang mencabar dan beresiko tinggi 5. Bersikap terbuka dan sedia menerima pendapat orang lain. PEMIKIRAN NEGATIF 1. Ragu-ragu dalam melakukan tindakan. 2. Takut berhadapan dengan cabaran. 3. Mudah mengalah dan kecewa apabila menghadapi ujian atau kegagalan. 4. Malas mencuba idea-idea baru. 5. Berfikiran sempit dan sukar menerima pendapat orang lain.

Konsep Akal Dan Wahyu


 AKAL Akal manusia boleh menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan mempunyai daya kreativiti yang unik, tetapi keupayaan akal masih terbatas kerana manusia tidak dapat memikirkan perkara ghaib.

 WAHYU Allah menurunkan wahyu kepada Rasul-rasul untuk membantu akal mencari dan mengenali kebenaran yang hakiki dan memimpin manusia menuju hidayah ALLAH subhanahu wata ala.

Hikmah Berfikir
Dapat membezakan diantara hak dan batil Mengelakkan kesalahan dan kekecewaan

Menghasilkan pandangan yang kreatif dan kritis

Meningkatkan kualiti diri

Dapat mendekatkan diri kepada Allah

Anda mungkin juga menyukai