Anda di halaman 1dari 5

ISU SOSIAL : KENALI VANDALISME

Apakah itu vandalisme?

Vandalisme ialah perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian tanpa sebab yang sah di sisi undangundang.

Vandalisme mengakibatkan pihak awam dan swasta mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan kos untuk membaiki dan menggantikan barang-barang yang rosak.

Vandalisme boleh dilakukan secara sendirian atau berkumpulan.

Mengapa vandalisme terjadi ? Sebab-sebabnya adalah:

Untuk mendapatkan sesuatu, contohnya duit dari telefon awam Untuk masuk ke sesuatu tempat, contohnya memecah masuk ke dalam rumah

Untuk menyatakan sesuatu idea dan kepercayaan

Untuk membalas dendam Untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seseorang atau sesebuah organisasi

Untuk keseronokan dan kepuasan diri Untuk diterima sebagai kawan dan ahli kumpulan remaja terlibat dalam geng ( kumpulan vandalisme)?

Mengapa

Remaja terlibat dalam geng (kumpulan vandalisme) kerana pelbagai sebab seperti:

Keseronokan Rasa megah / status Perlindungan Peluang untuk mencari wang dan sumber pendapatan Rasa diterima oleh ahli kumpulan (sense of belonging) Dipaksa (jarang berlaku)

Apakah ciri-ciri lain yang boleh dikaitkan dengan vandalisme?

Remaja yang terlibat dengan vandalisme biasanya menghadapi masalah peribadi sejak kecil dan tidak mendapat rawatan yang sepatutnya.

Masalah peribadi yang tidak dirawat boleh mengakibatkan tingkah laku anti sosial

Masalah-masalah ini mungkin melibatkan aspek emosi, mental, sosial dan fizikal.

Contoh-contoh masalah yang boleh menjuruskan kepada kelakuan vandalisme adalah :


o o o o o o o o o o o o

Ponteng kelas atau sekolah Melepak di kawasan awam semasa atau di luar waktu sekolah Lewat bangun pagi dan pulang lewat malam Kemahiran sosial yang lemah Mencari perhatian dengan cara yang negatif Jarang berhubung dengan ahli keluarga atau rakan-rakan Tekanan perasaan dan masalah mental yang lain Masalah keluarga Masalah dalam persahabatan Masalah di sekolah Masalah dengan pihak berkuasa dan undang-undang Penyalahgunaan dadah

Apakah akibat buruk menjadi seorang remaja yang terlibat dalam vandalisme?

Remaja yang aktif melakukan vandalisme akan mudah menjadi penjenayah apabila dewasa kelak, dan mungkin juga akan terlibat dalam keganasan.

Remaja yang melakukan vandalisme biasanya terlibat dalam lain-lain salahlaku seperti gangguan seksual, pencerobohan, kecurian dan

pencemaran alam persekitaran (contohnya pembuangan sampah sarap di tempat yang tidak sesuai).

Remaja yang melakukan vandalisme selalunya menghadapi masalah dengan pihak sekolah.

Remaja yang melakukan vandalisme selalunya mendapat laporan buruk dari pihak sekolah, keadaan ini boleh mengurangkan peluang untuk mereka berjaya dalam hidup.

Ini akan menimbulkan lebih banyak masalah ketika mereka sudah dewasa kerana ianya menjuruskan mereka kepada aktiviti jenayah mereka akan menjalani kehidupan yang kurang sihat.

Vandalisme akan mengakibatkan kerugian besar dan menyusahkan masyarakat terutamanya apabila kemudahan awam (contohnya telefon awam) tidak dapat digunakan di waktu kecemasan.

Vandalisme terhadap harta benda dan perkhidmatan awam mungkin mengakibatkan kehilangan nyawa pada waktu kecemasan yang kritikal

Gangguan fizikal dan emosi boleh membawa kepada masalah peribadi dan sosial seperti tekanan, tingkahlaku agresif serta putus hubungan

persahabatan. Bagaimanakah seseorang itu boleh mengelakkan diri dari terlibat dalam Vandalisme?

Memahami bahawa vandalisme adalah satu kesalahan jenayah. Tanya diri anda :
o o o o

Bagaimanakah kemusnahan harta benda boleh membantu saya? Apakah kesannya pada saya setelah merosakkan harta benda ini? Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk mendapatkan bantuan? Siapa yang boleh membantu saya?

Mengawal kemarahan yang mendorong anda untuk melakukan vandalisme. Memupuk kemahiran menyelesaikan masalah secara sihat dan wajar. Mencari cara yang terbaik dan sesuai dalam menyelesaikan masalah untuk mengelakkan vandalisme.

Meminta pertolongan dari orang lain ketika menghadapi masalah Sentiasa libatkan diri dalam aktiviti sihat dan aktiviti kurang berisiko seperti senaman, bersukan, hobi dan kerja-kerja sukarela yang boleh membantu anda mengatasi tekanan hidup

Jauhi rakan-rakan yang melakukan vandalisme Sentiasa mengawal kelakuan anda sedikit demi sedikit dan mencatatkannya di atas kertas

Untuk bantuan dalam hal ini, dapatkan nasihat kaunselor atau pakar psikologi

Sumber daripada : http://abihulwa.blogspot.com/2011/01/isu-sosial-kenali-vandalisme.html

Anda mungkin juga menyukai