Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".
Faktor Penyebab
Asap Rokok
Mempercepatkan pembekuan darah Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah. Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung. Tekanan Perasaan Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat. Tekanan darahnya juga meningkat.
Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.
Kurang bersenam
Senaman penting untuk menguatkan jantung. Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung. Bersenamlah.
Darah Tinggi
Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah. Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.
Kencing Manis
Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung
Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung. Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan. Jika anda merokok. Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda. Jika anda mengidap penyakit kencing manis. Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan. Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi. Jika anda kurang bersenam. Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.
Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-
tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan. Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun. Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis. Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing. Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya. Mulalah bersenam secara beransur-ansur. Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.