Anda di halaman 1dari 4

Pembentukan Kilat, Petir dan Guruh!

12:01 PG Dr. Pakar Gebang No comments Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia, Hai apa khabar semua? harap kalian semua dalam keadaan baik sentiasa. Kalau tak sihat tuh. erm, pandai-pandailah buat sesuatu sehingga kembali sihat. jumpa doktor ker, makan ubat ke. Kalau nak makan ubat tu, jangan main taram aje. kang tak pasal-pasal nazak pula. Elok-elok duduk rumah, ni kene pergi wad pula. Sejak kebelakangan ini, keadaan cuaca di negara Malaysia kita yang tercinta ini banyak tak menentukan? sekejap mendung, kejap panas, kejap ribut, kejap bersalji dan hujan. Hujan pula, kadang-kadang gerimis dan renyai-renyai sahaja, kadang-kadang pula hujan ribut berserta dengan petir dan kilat sambung-menyambung. Tetapi sebut sahaja berkaitan kilat dan petir yang sambung-menyambung ni, Pernahkah kalian berfikir bagaimana dan macam mana agaknya pembentukan kilat dan petir in berlaku. Tetapi kalau terfikir bagaimana terjadinya hujan ini, masa kita dalam darjah satu sudah dapat jawapannya. Betulkan? Semua orang tahu bahawa air di atas muka bumi ini akan mengalami proses penyejatan dan proses kondensasi atau dikenali sebagai proses pemeluwapan. Proses penyejatan ialah air bertukar menjadi gas, manakala proses kondensasi pula gas bertukar menjadi air. Proses penyejatan akan berlaku di darat manakala proses kondensasi akan berlaku di udara. Betulkan?

Semasa Proses kondensasi ini berlaku, Maka, pembentukan awan di udara juga berlaku. Pembentukan awan ini terhasil dan berlakunya adalah disebabkan percampuran kabus, habuk, gas dan semualah yang terdapat di udara. Tetapi kapal terbang, jet, helikopter dan belon gas yang berada di udara tak termasuk sekali ya!

Semasa pembentukan awan ini, pergeseran diantara awan dengan awan serta pergeseran antara awan dan udara berlaku. Ini menyebabkan banyak cas-cas akan terhasil. Penghasilan cas-cas yang banyak ini akan mengaruhkan cas positif pada objek-objek yang terdapat dibawahnya atau dengan bahasa yang mudah penghasilan cas yang banyak ini akan menyebabkan objek di muka bumi menjadi cas yang bersifat positif.

Jika daya tarikan diantara kedua-dua cas ini cukup kuat iaitu cas negatif pada awan dan cas positif pada objek di bawahnya ini cukup kuat, bahagian positif dan negatif pada atom awan iaitu molekul awan tersebut akan terpisah. Terpisahnya atom awan ini disebabkan oleh daya tolakan diantara cas-cas negatif atom awan sangat kuat dan menyebabkan tenaga akan dilepaskan dalam bentuk haba dan cahaya. Maka ledakan petir akan berlaku. Pernolakan di antara cas-cas negatif ini di kenali sebagai nyahcas elektrik. Nyahcas elektrik berlaku dengan pantas serta memanaskan saluran nyahcas. Ini menyebabkan udara berkembang dengan cepat dan menghasilkan gelombang kejutan. Gelombang kejutan inilah yang dikenali sebagai guruh.

Oleh itu, banyak bangunan tinggi-tinggi sekarang ini di pasang dengan pengalir petir. Terdapat hujung-hujung yang tajam diatas bangunan yang kita lihat selama ini dan ia terletak paling tinggi diatas bangunan tersebut. Hujung yang tajam inilah dikenali sebagai pengalir petir. Ia berfungsi untuk mengalirkan cas elektrik ke udara sebelum petir berlaku kerana untuk mengelakkan daripada bangunan tersebut di panah petir. Dan apa yang aku tahu, pengalir petir

juga berfungsi untuk menangkap panahan petir. Tenaga elektrik yang terhasil oleh panahan petir akan terus dibumikan supaya kejutan elektrik tidak berlaku.

Inilah sedikit sebanyak kejadian kilat, petir dan guruh yang dapat diterangkan dari segi pemahaman sains dan teknologi dimana ia dikaji berkaitan cas elektrik dan cas elektrostatik. Tetapi bagaimana pula dari segi agama? Pembentukan dan terhasilnya kilat, petir dan guruh ini sebenarnya ada diceritakan dan diterangkan di dalam Al-Quran, surah Ar-Rad ayat 12 dan 13. Untuk mengetahui lebih mendalam berkenaan kilat, bolehlah merujuk di sini.

Anda mungkin juga menyukai