Anda di halaman 1dari 26

FAKTOR-FAKTOR SEJARAH YANG TELAH MENYULITKAN PROSES PENCAPAIAN PERPADUAN DI MALAYSIA SEBELUM 1970 Pendahuluan Malaysia terkenal di mata

dunia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun. Kejayaannya bukan sekadar menangani isu-isu tempatan, bahkan turut terlibat dalam menangani permasalahan yang menimpa dan dialami oleh masyarakat antarabangsa. Malaysia turut dikenali sebagai sebuah Negara Islam yang unik. Penduduknya berbilang bangsa dan kaum serta mempunyai kepercayaan dan pegangan agama yang berbeza. Majoriti terbesar warganya terdiri dari kaum Melayu beragama Islam. Bumi Malaysia adalah tanah asal tempat tumpah darah mereka. Dahulu, negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun 16 September 1963, namanya ditukar kepada Malaysia. Beberapa jenis flora dan fauna di bumi subur beriklim tropika ini sukar ditemui di tempat lain. Hasil komoditinya menjadi idaman banyak pihak. Malaysia terkenal sebagai Negara pengeluar bahanbahan mentah yang bernilai tinggi (Mohd. Thajudin Abd. Muthalib, 1997 ). Kedudukannya juga sangat strategik dalam lingkaran laluan dagangan antarabangsa. Walaupun rakyatnya berbilang etnik dan bangsa, tetapi mereka dapat hidup rukun dan damai, tidak seperti penduduk di negara-negara lain yang tidak sunyi dengan perbalahan, pertikaian dan permusuhan sedangkan mereka terdiri dari bangsa, keturunan dan kepercayaan yang sama. Kehidupan rakyat negara ini pernah diuji. Keharmonian hidup mereka tidak bertahan lama kerana dicemburui banyak pihak. Beberapa kawasannya telah diserang dan dijajah oleh pelbagai kuasa seperti Portugis, Belanda, Siam, Jepun, dan Inggeris. Segala bentuk, rupa dan rasa keperitan dan kesukaran telah dilalui oleh ramai pemastautin tempatan apabila mereka cuba menentang penjajahan asing demi memelihara tanah air tercinta. Begitu juga semasa mereka berada di bawah cengkaman kuasa asing. Banyak usaha dilakukan untuk mengembalikan semula kehidupan tanpa tekanan pihak luar yang rakus
1

kuasa dan benda lantaran tamak haloba untuk mengaut kekayaan dan mengikis hasil negara. Bermacam-macam rintangan dan gerakan untuk menggugat keharmonian, keamanan dan perpaduan antara kaum dapat ditangani oleh barisan pimpinan negara. Namun begitu terjadi beberapa peristiwa yang tidak diingini kerana masih ada niat dan usaha jahat pihak tertentu yang enggan memberi kerjasama untuk membendungnya. Jesteru, maka perpaduan kaum dan integrasi nasional adalah isu dan agenda utama pemimpin dan seluruh warga negara Malaysia.Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia (Tun Mohammad Suffian Hashim, 1984). Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan. Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada negara (Jabatan Perpaduan Negara, 1991). Cabaran ini berkait pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada individu tertentu sahaja. Halangan dan kesukaran perpaduan kaum Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia, di antaranya ialah agama dan kebudayaan. Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali
2

menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum. Dasar Penjajah British berperanan besar dalam memecahbelahkan hubungan etnik di Tanah Melayu. Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri.. Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik. Masalah perpaduan kaum lebih menyulitkan apabila sistem pendidikan, persekolahan yang ada tidak seragam dan penggunaan bahasa pengantar yang tidak bersifat nasional. Laporan Razak menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara. Amalan ekonomi yang berlainan oleh tiga kaum terbesar ketika itu, Melayu dengan ekonomi sara diri seperti berkebun atau menjadi nelayan. Kaum India pula menjadi pekerja lading atau estet, manakala Orang Cina melombong bijih timah dan berniaga kebanyakannya tinggal di Bandar. Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam. Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik menambah ruang perpaduan kaum yang mana sesuatu
3

parti

yang

ditubuhkan

hanya

mementingkan sesuatu bangsa sahaja. Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi sebegini telah memperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan. Salah satu faktor penting yang memberi kesan ke arah perpaduan kaum ialah Pendudukan Jepun. Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurang permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina (Prof Madya Dr. Cheu Hock Tong, 2001). Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri dari orang-orang Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis. Keadaan ini menjadikan menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayu dan Cina. Penutup Kejelekitan perpaduan dan integrasi rakyat dalam sebuah negara berbilang kaum sukar dicapai tanpa pendedahan awal yang berstrategik, keintiman, persefahaman semua pihak, kepercayaan dan pegangan kukuh terhadap ajaran agama, di samping menghayati dengan penuh keinsafan intipati dan kandungan tersurat dan yang tersirat dalam kesemua prinsip Rukun Negara. Kementerian Pelajaran Malaysia (2005) menekankan bahawa penghayatan Rukun Negara untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional yang padu lagi jitu dilaksanakan di negara ini melalui proses pendidikan dan pembelajaran berdasarkan kurikulum Kebangsaan, pembabitan dalam kokurikulum yang teratur dan terancang. Penghayatan keagamaan dalam kehidupan seharian, penyertaan semua warga organisasi dalaman sekolah dan di luar sekolah mahupun seluruh anggota masyarakat yang juga perlu agar warga negara Malaysia terlibat aktif dalam pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pembentukan kehidupan rakyat yang bersatu padu secara kolektif serta
4

jalinan perhubungan yang baik dan mesra yang diamalkan secara ikhlas dan penuh keinsafan oleh semua pihak berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara Malaysia. Kini kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan dan integrasi nasional akan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa

PERKEMBANGAN MODENISASI DI MALAYSIA PENDAHULUAN Modenisasi merupakan istilah yang digunakan bagi menunjukkan tentang kemajuan atau kemodenan yang dialami oleh masyarakat dunia pada umumnya. Di samping itu terdapat juga kenyataan-kenyataan yang menerangkan tentang Modenisasi sebagai contohnya: " modernization theory presumes that all countries had similar starting points and follow similar paths to "development," which just happens to look exactly like contemporary 1st world societies." ( http://www.maxwell.syr.edu/maxpages/faculty/merupert/depe...) Dari kenyataan diatas, ini menunjukkan bahawa modenisasi itu

merangkumi semua aspek kehidupan manusia yang mana lebih tertumpu kepada satu bentuk kehidupan barat dan secara tidak langsung dapat mempengaruhi sesuatu masyarakat
5

dari

beberapa

aspek,

termasuklah

kebudayaan, sosial, cara hidup dan lain-lain lagi. Sungguhpun secara umum permodenan diandaikan sebagai satu peralihan dari masyarakat feudal kepada industri atau sebagai satu proses masyarakat tradisional mencapai keadaan moden, namun belum terdapat satu definisi khusus yang menerangkannya. Wujudnya keadaan ini kerana sering terdapatnya kaedah baru mengumpulkan dan menganalisis data serta berbagaibagai aliran pemikiran yang wujud. Dari kaca mata barat, kedua-dua proses pembaratan dan pemodenan adalah berbeza. Dalam konteks dan fahaman mereka, pemodenan bermaksud membentuk semula yang lama untuk menjadikan yang baru, sementara pembaratan bermaksud membawa keluar idea-idea mereka (Barat) lalu menyebarkannya ke negara-negara lain di dunia. Menurut Rahimah Abdul Aziz (1989), sebaliknya, di negara bukan Barat kedua-dua proses itu dianggap serupa dalam erti kata pada asasnya mereka termasuk mengambil unsur-unsur Barat. MODENISASI DI MALAYSIA Dalam konteks Malaysia, modenisasi ialah proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat, dengan keadaan perubahan yang berlaku harus ditempuh oleh semua bangsa dan negara. Modenisasi juga berupa perubahan berencana iaitu proses yang mempunyai matlamat, kaedah dan penetapan ukuran pencapaian sebelum sesuatu perubahan dilakukan. Aspek utama dalam modenisasi di Malaysia ialah pembangunan ekonomi dan pembangunan politik (Jabatan Perpaduan Negara, 1991). Sasaran atau matlamat pembangunan ekonomi bagi Malaysia ialah mencapai kemajuan dengan mewujudkan masyarakat industri. Ukuran pencapaian pembangunan ekonomi sebegini mengambilkira ukuran pencapaian tertentu, contohnya Keluaran Negara Kasar (KNK). Pada Peringkat awal, modenisasi tertumpu kepada peningkatan prasarana ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian(import). Pada akhir tahun 1960an, modenisasi di
6

Malaysia mula diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan daripada industri gantian( import) kepada eksport. Bermula pada tahun 2000, perhatian diberikan kepada pembangunan ekonomi berteraskan k-ekonomi (ekonomi berteraskan ilmu). Secara keseluruhannya, kualiti hidup rakyat secara amnya adalah baik berlandaskan penurunan kadar kemiskinan serta kadar inflasi yang rendah. Modenisasi di Malaysia amat signifikan dengan pembangunan ekonomi mampan. Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri-ciri uniknya melalui pengalaman penjajahan British. Modal juga terpisah mengikut kelompok etnik, misalnya modal asing, modal kaum cina dan sebagainya. Aspek ekonomi dan etnisiti ialah dua perkara yang saling mempengaruhi dan tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain dalam kehidupan di Malaysia. Komponen ekonomi amat penting dalam konteks modenisasi Malaysia. Semasa zaman kolonial dan pascakolonial aspek pembangunan

dipengaruhi faktor pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal. Penjajah British sebenarnya berperanan penting dalam modenisasi di Malaysia. Hal ini kerana, bagi memajukan Britain, Negara jajahan perlulah mengeluarkan hasil yang banyak agar dapat dimanfaatkan oleh mereka. Oleh itu, satu cara bagi meningkatkan produktiviti dalam Negara jajahan adalah melalui modenisasi. Namun demikian, dari segi konteks modenisasi di Malaysia, istilah Pembangunan Ekonomi bukan hanya untuk kepentingan ekonomi tapi juga merupakan satu landasan pembinaan negara bangsa. Mengambil kira aspek hubungan etnik, pembangunan ekonomi haruslah berlandaskan kesamarataan. Walaupun pada sesuatu aspek, orang Cina bimbang dengan ketuanan melayu yang menguasai politik, kerana Melayu bangsa majoriti di Malaysia dalam aspek demografi dan politik, ini tidak bermakna Melayu turut majoriti dalam ekonomi tetapi etnik masyarakat Cina menguasai ekonomi di MalaysiaHal. Ini kerana dalam ekonomi, majoriti ditentukan oleh kuantiti hak kekayaan. Pernah suatu ketika, isu ekonomi menjadi
7

punca berlakunya rusuhan kaum, 13 Mei 1969 (Profesor Madya Zulkifly Osman, 2009). Oleh itu, kerajaan telah menjalankan dasar yang mengutamakan keseimbangan kepentingan dalam setiap kumpulan.etnik. Selepas Perang Dunia Ke-2, pemerintah kolonial Inggeris cuba sedaya upaya membina kembali persekutuan Tanah Melayu daripada runtuhan peperangan. Dari segi politik, British gagal untuk mendirikan Malayan Union setelah ditentang hebat oleh orang Melayu melalui penubuhan United Malay Nations Organisation (UMNO) (Kassim Thukiman, 2002). Namun, dari segi ekonomi British Berjaya mencorakkan pembangunan bagi Persekutuan Tanah Melayu kerana mengambil ilham daripada rancangan 5 tahun yang dilaksanakan di Soviet Union dan India serta pengalaman Marshall Plan (Kassim Thukiman, 2002). Pihak penjajah British telah merangkakan dan melaksanakan

perancangan 5 tahun pertama Persekutuan Tanah Melayu (PTM) yang diberi nama Draft Development Plan of Malaya (1950-1955). Dalam draf tersebut, Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney (1950) menyatakan pada halaman pendahuluan muka surat pertama, bahawa : The plan is an attempt to define the objectives of social and economic policy for the period 1950-1955 : to balance them in relation to each other, and to plan them within range of the resources available to finance them. (http://www.epu.gov.my/draft_development) Rancangan tersebut telah mengasaskan suatu tradisi perancangan moden dan menjadi suatu institusi penting serta satu alat politik yang berkesan menentukan masa depan PTM dan
/

seterusnya Julai 2012).

Malaysia Secara

(http://www.epu.gov.my/draft_development

24

keseluruhannya perancangan pembangunan menjadi elemen terpenting dalam pembentukan negara Malaysia. Dalam tahun-tahun berikutnya, perancangan 5 tahun ini diteruskan bagi mewujudkan kesinambungan ekonomi mampan dapat
8

dicapai sepenuhnya. Maka, wujudlah beberapa siri perancangan 5 tahun iaitu Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) dengan konsep ke arah pemerintahan sendiri melaui Pilihanraya Umum 1955, dan tercapainya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Seterusnya Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) dengan penerusan dasar oleh pemimpin tempatan dan disusuli pula Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) (1966-1970) yang lebih agresif, meliputi pendidikan, bahasa dan budaya. Fokus utamanya ialah membangunkan ekonomi masyarakat desa yang miskin (Fadhlin Abdullah, 2004). RMK1 ini dilaksanakan semasa konfrontasi oleh Indonesia (1963-1966) dan berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969. Rancangan Malaysia Kedua bermula 1971 hingga 1975 telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dirancang bermula 1971 dan akan tamat 1990. Seterusnya, Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) diketengahkan bagi menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik di Malaysia. Hal ini disusuli oleh Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) dan Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995). RMK4, RMK5 Korea. Dasar penswastaan yang diwujudkan pada tahun 1983 bersifat bertentangan dengan dasar pemiliknegaraan (nationalization). Menurut Tun Dr. Mahathir (1983), kerajaan tidak cekap dalam menguruskan suatu yang bersifat pengurusan, manakala swasta lebih cekap. Penswastaan dapat meningkat prestasi pekerja dan meningkatkan juga produktiviti. Perbelanjaan sektor awam pada 1975 ialah 28%, dan sebanyak 35% pada tahun 1982. Hasilnya, kerajaan menanggung beban kewangan yang besar. Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) memberikan perhatian kepada industri berasaskan k-ekonomi.
9

RMK6 ini menitikberatkan teknologi yang lebih maju dan

pengenalan kepada dasar penswastaan, yang mengambil model dari Jepun dan

Manakala Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) menekan penghasilan modal insan kelas dunia dan Islam Hadhari sebagai salah satu agenda politik pada waktu itu. Kerajaan juga mengambil langkah drastik modenisasi dengan mengikut jejak langkah Arab Saudi, Iran dan Pakistan dengan menukar kepada sistem perbankan Islam. Kerajaan telah mewartakan Akta Bank Islam 1983 serta Akta Pelaburan Kerajaan 1983, justeru itu berkembangnya sistem perbankan, insuran dan pasaran kewangan Islam. Implikasinya, Akta Takaful 1984 diwartakan, dan berlakunya penubuhan STMB dan TNSB dan sebagainya. Dua peranan sistem perbankan Islam ialah penyumbang kepada ekonomi negara dan memenuhi tuntutan masyarakat Islam. <!-- /* Font Definitions */ @font-face panose-1:2 4 5 3 5 4 6 3 2 4; family:roman; 2 4 3 2 4; 1107304683 0 0 159 0;} @font-face pitch:variable; unhide:no; height:115%; mso-font-pitch:variable; {font-family:"Cambria Math";

mso-font-charset:0; mso-generic-fontmso-font-signature:-1610611985 mso-font{mso-stylelinefont{font-family:Calibri; panose-1:2 15 5 2 2

mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:swiss;

mso-font-signature:-1610611985 1073750139 0 0 159 0;} /* mso-style-parent:""; margin-top:0cm; margin-left:0cm; font-size:11.0pt;

Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal mso-style-qformat:yes; margin-right:0cm; margin-bottom:10.0pt;

mso-pagination:widow-orphan;

family:"Calibri","sans-serif"; theme-font:minor-latin; font:minor-latin; font:minor-latin; default-props:yes; font:minor-latin; font:minor-latin; font:minor-latin;

mso-ascii-font-family:Calibri;

mso-ascii-

mso-fareast-font-family:Calibri;

mso-fareast-thememso-bidimso-

mso-hansi-font-family:Calibri;

mso-hansi-theme-

mso-bidi-font-family:"Times New Roman"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-fareast-font-family:Calibri; mso-hansi-font-family:Calibri;

theme-font:minor-bidi;} .MsoChpDefault {mso-style-type:export-only; mso-ascii-thememso-fareast-thememso-hansi-theme-

mso-bidi-font-family:"Times New Roman";


10

mso-bidi-

theme-font:minor-bidi;} .MsoPapDefault {mso-style-type:export-only; margin-bottom:10.0pt; {size:612.0pt 792.0pt; header-margin:36.0pt; line-height:115%;} @page Section1 msomargin:72.0pt 72.0pt 72.0pt 72.0pt;

mso-footer-margin:36.0pt; mso-paper-source:0;}

div.Section1 {page:Section1;} -->Model Ekonomi Baru (MEB) telah dibentangkan di Persidangan Invest Malaysia 2010 di Kuala Lumpur pada 30 Mac 2010. Tiga prinsip yang ditekankan ialah berpendapatan tinggi, kemapanan dan keterangkuman (inclusive). Dengan prinsip-prinsip ini dapat memacu ekonomi Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang membangun sepenuhnya, meletakkan kedudukan negara yang berdaya saing secara strategik di dalam ekonomi serantaau dan global, persekitaran yang mapan dan kualiti hidup secara menyeluruh. Intipati atau ringkasan MEB antara lain menegaskan tentang

meningkatkan pendapatan tahunan perkapita sebanyak USD7,000 (RM22,806) kepada USD15,000 (RM48,870) dalam tempoh 10 tahun. Ini dapat dilakukan dengan membangunkan sektor sedia ada dan memaksimumkan potensi sektor baru melalui inovasi. Kerajaan juga mengadakan pelaburan dan persaingan untuk bakat terbaik melalui pembayaran upah yang tinggi. Di samping itu, pekerja kolar biru akan menerima upah berdasarkan kompetensi yang mereka miliki dan prestasi diukur berdasarkan peningkatan antarabangsa. Justeru, semakin banyak kemahiran, tanggungjawab menjadi semakin besar dan produktiviti meningkat lalu menghasilkan pendapatan yang tinggi. Pengurangan kebergantungan kepada buruh asing yang tidak

berkemahiran dan lebih fokus kepada pekerja pelbagai kemahiran (multi-tasking worker) yang mana boleh meningkatkan produktiviti, juga merupakan agenda penting dalam MEB. Hal ini kerana, pengaliran keluar wang negara yang banyak dengan produktiviti yang kurang mampu menjejaskan matlamat MEB. Namun demikian, MEB dicanang dengan mengambil kira kesan pembangunan ekonomi terhadap persekitaran dan sumber asli. Semua pihak atau rakyat akan menikmati hasil kemakmuraan negara yang semakin
11

meningkat. Oleh sebab itu, tidak ada seorang pun akan terpinggir dalam menyumbang dan mengecapi hasil penjanaan kekayaan. Bagi memastikan matlamat dan impak maksimum dapat dicapai dengan pelaksanaan MEB, lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik diperkenalkan kerajaan. Antaranya menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi, membangunkan tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing, memperkukuhkan sektor awam, melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran , membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan, meningkatkan sumber pertumbuhan dan memastikan pertumbuhan yang mapan. Pemodenan sistem pendidikan ke arah melahirkan tenaga kerja bertaraf dunia melalui MEB diharap dapat dilaksanakan sekurang-kurangnya menjelangnya tahun 2020. Pembangunan dalam pasaran modal akan terus diperkukuh di dalam Pelan Induk Pasaran Modal Kedua yang sedang dirangka oleh Suruhanjaya Sekuriti. Peranan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dipertingkatkan dengan kebenaran untuk melabur lebih banyak aset di luar negara (sekarang 6%). Dengan ini, ia akan mempelbagaikan portfolio dan memberikan lebih banyak ruang domestik untuk penyertaan baru. Pada masa sekarang KWSP menguasai 50% daripada volume harian Bursa dalam pasaran ekuiti dan bon tempatan. Kerajaan dan KWSP akan membentuk kerjasama bagi membangunkan 3,000 ekar tanah di Sungai Buloh sebagai hab baru bagi Lembah Klang. Pelaburan sebanyak RM5 bilion dijangka dapat memberi kesan positif kepada ekonomi. Melaui MEB, Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) dilantik atau dijadikan sebagai agensi promosi pelaburan yang lebih efektif dengan membuat perubahan drastik. Dengan itu, MIDA akan dikorporatkan untuk memberi lebih fleksibiliti untuk menarik dan mengekalkan tenaga kerja serta bakat. MIDA akan dikenali sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia. Khazanah akan melupuskan 32% pegangan dalam Pos Malaysia melalui dua peringkat proses pelupusan strategik iaitu bermula serta-merta : kaedah urus tadbir korporat dan
12

kawal seliaan yang sesuai akan dipatuhi. Perbincangan menyeluruh akan dilaksanakan mengambil kira; struktur kawal seliaan, penggunaan tanah Kerajaan dan kedudukan serta kebajikan pekerja. Yang kedua, Kerajaan akan menggariskan proses bidaan dan penilaian untuk memilih pemegang saham baru dengan taahap keusahawanan yang tinggi bagi memodenkan Pos Malaysia Kerajaan akan mengurangkan peranan dalam aktiviti-aktiviti persaingan secara langsung dengan sektor swasta. Kerajaan dalam proses mempertimbangkan langkah-langkah penswastaan bagi Percetakan Nasional Berhad, CTRM Aero Composites Sdn. Bhd., Nine Bio Sdn. Bhd. dan Innobio Sdn. Bhd. termasuk beberapa beberapa syarikat lain lagi. Petronas pula akan menyenaraikan dua subsidiari yang mempunyai prestasi baik di Bursa pada tahun ini. Ini dapat mengurangkan penglibatan Kerajaan dalam aktiviti perniagaan yang akan menggalakkan persaingan dalam ekonomi, pengambilan risiko dan merangsang pertumbuhan ekonomi jangka panjang dan seterusnya memberi manfat kepada semua warga Malaysia. Kerajaan akan bertindak mengubah struktur polisi fiskal yang akan menaksir semula sistem subsidi yang wujud di Malaysia dan meluaskan punca kutipan hasil melalui cadangan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (goods and services tax(GST)).

Jelaskan pembangunan ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia Latar Belakang Penjajahan British merubah lanskap ekonomi Tanah Melayu dari pertanian sara diri kepada ekonomi komersil. Modal tempatan dari saudagar Negeri Selat dan modal asing yang dibawa masuk British untuk sektor ekonomi yang sedang berkembang. Perkembangan ekonomi dunia yang memerlukan kepada bahan mentah mempengaruhi ekonomi Tanah Melayu. Kedudukan Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mentah menarik minat kuasa besar untuk menjajah dan membuka lombong bijih timah dan ladang getah. Buruh
13

dibawa masuk dari China dan India untuk bekerja di sektor berkenaan. Kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan serta kemudahan bekalan air dan eletrik kesan dari kemajuan ekonomi yang berlaku (http://www.slideshare.net/emkay84/hubungan-etnik-2011-pembangunan ekonomi-dalam-konteks-hubungan-etnik-di-malaysia/download/30 Julai 2012).

Ekonomi Malaysia Selepas Merdeka Dasar Pecah dan Perintah British menyebabkan kelangsungan ekonomi Tanah Melayu tidak menggalakkan ditambah lagi dengan kekangan ekonomi tradisional oleh pihak British. Tetapi selepas merdeka, asas ekonomi dipelbagai dengan memperkenalkan komoditi seperti kelapa sawit, koko, lada hitam, kayu balak serta penumpuan kepada eksport barang seperti barang pembuatan, tekstil, dan getah. Pada peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import. Pada akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan dari industri gantian import kepada industri berorientasikan eksport. Menjelang 2000an, Malaysia mula memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi berteraskan K-ekonomi. Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan yang dapat diukur dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik iaitu sekitar 8% hingga 9% terutama pada tahun 1980an dan 1990an. Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur melalui KDNK tetapi juga dengan ukuran peningkatan indeks kualiti hidup. Kualiti hidup rakyat secara amnya adalah baik berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah. Dalam konteks ini, hubungan ekonomi dan etnisiti di Malaysia

sememangnya berkait rapat. Ini menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yang menimbulkan rasa cemburu antara kaum. Integrasi ekonomi amat penting
14

dan dilaksanakan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan lain-lain. Ini bagi memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan dapat dimansuhkan dan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang dapat dikurangkan dan dihapuskan. Bagi menghapuskan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum, DEB digubal. Ini juga ekoran berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969. Dasar ini bertujuan membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. Strategi yang dilaksanakan bagi mencapai objektif dasar ini ialah membaiki kehidupan rakyat di luar bandar, menambah peluang pekerjaan, menambah daya pengeluaran, mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian dan menubuhkan agensi awam sebagai agensi pelaksana. DEB mensasarkan ekuiti bumiputera, bukan bumiputera dan asing pada nisbah 30: 40: 30. Dalam hal ini DEB tidak mendiskriminasikan kaum, hanya mensasarkan 30% pemilikan, bukannya 100%. Bagi meneruskan tradisi pembangunan mampan, Rancangan Malaysia Ke-10 dilaksanakan dengan memperuntukkan RM 290 bilion yang dibahagikan kepada sektor ekonomi, sektor sosial, sektor keselamatan dan pentadbiran am. RMK10 meneruskan kesinambungan agenda nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Oleh hal yang demikian, aspek ekonomi dan etnisiti tidak dapat dipisahkan. Kadar pertumbuhan ekonomi dan indeks kualiti hidup rakyat yang positif adalah bukti kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia. Kesan positif pembangunan ekonomi Malaysia dalam konteks hubungan etnik pula ialah membasmi kemiskinan kemiskinan tanpa mengira etnik serta penyusunan semula masyarakat agar kedudukan sosioekonomi antara etnik adalah seimbang.

Huraikan proses pembentukan pembangunan ekonomi mengikut acuan


15

Malaysia Latar Belakang Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang mudah. Ini adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya. Tan Sri Ghazali Shafie (1985) menyatakan hal berikut berkenaan cabaran perpaduan di Malaysia : "the road to a cohesive and proggressive society is a long and ardous one which to use the Malay phrase, is full of onak dan duri. (http://ariedrifke.blogspot.com/2010/07/hubungan-etnik-di-malaysia.html/30 Julai 2012). Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu kita tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Terdapat pelbagai cabaran yang di antaranya adalah dari aspek sosial dan ekonomi. Acuan Malaysia Dalam Pembangunan Ekonomi Berasaskan Perpaduan Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala,
16

kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia. Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak. Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tida boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal miskik dan peluang pekerjaan produktif yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar
17

bandar tetapi juga di kawasan bandar. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja. Cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di mana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendara Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing. Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi tegal atau taboo kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka
18

mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka. golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan walhal ianya memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka. Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasiyang menunjukkan proses globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini. Implikasi daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini. Namun demikian, pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi, budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja yang bisa menjadi bakal pemimpin negara lenyap dek kerana budaya kuning yang songsang ini. Budaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas. Dari segi sains dan teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah dengan pornografipornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri. Bermacam-macam keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan sumber manusia dan bahan mentah juga datangnya daripada pengaruh Barat. Jelasnya di sini dapat dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus dek pengaruh Barat bagi merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang juga kerana tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan zaman. Menurut Hasnah Hussin (2007) dan Mardiana Nordin (2007), usaha kerajaan ke arah pemupukan hubungan etnik bermula setelah tahun 1957, iaitu
19

selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan bagi mengatasi cabaran-cabaran yang telah dikemukakan sebelum ini. Kerajaan merancang dan menyediakan pelbagai dasar dan pelan tindakan untuk mencapai perpaduan dari pelbagai aspek. Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan sebagainya. Kerajaan berusaha dengan lebih keras lagi dalam mencapai perpaduan berikutan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan kaum yang amat dahsyat. Rentetan peristiwa tersebut telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara, penentu pentadbiran yang licin dan sempurna dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan
20

Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum. Selain itu, pada 29 Januari 1970 juga telah tertubuhnya Majlis Perundingan Negara(MAPEN) yang bertanggungjawab untuk mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional untuk memupuk identiti kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia serta bertanggungjawab dalam pembentukan perlembagaan. Majlis ini dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti wakil-wakil dari MAGERAN, wakil dari kerajaan negeri, wakil dari parti politik, wakil dari Sabah dan Sarawak, wakil dari kumpulan agama, wakil dari badan profesional, wakil dari perkhidmatan awam, wakil dari kesatuan sekerja dan persatuan majikan, wakil dari akhbar, wakil guru-guru dan wakil dari kelompok minoriti bagi membolehkan mereka membuat perbincangan secara berterus-terang. Kemuncak usaha kerajaan ekoran peristiwa 13 Mei ialah terciptanya satu ideologi negara iaitu Rukun Negara yang dihasilkan berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk membentuk satu jati diri rakyat Malaysia yang unggul serta bertujuan menyemai dan memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum. Rukun Negara dengan prinsip-prinsip berdasarkan semangat Perlembagaan diharapkan dapat membentuk jati diri rakyat negara ini sebagai satu bangsa Malaysia dan dijadikan sebagai pedoman dan hala tuju dalam merancang program pembangunan negara. Secara khususnya, ia merupakan ikrar yang menjadi acuan bagi integrasi nasional, pembentukan Bangsa Malaysia dan ideologi negara. Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar-Dasar Pembangunan Negara yang dirancang selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi, politik, sumber kekayaan, aspirasi masyarakat serta persekitaran global. Dalam konsep hubungan etnik, dasar-dasar pembangunan negara merujuk kepada usaha kerajaan bersama rakyat untuk melakukan perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi secara seimbang dan adil bagi semua kaum. Terdapat tiga pelan pembangunan negara yang utama iaitu Era Dasar Ekonomi
21

ideologi

negara,

iaitu

Rukun

Negara

dan

perubahan

Baru (1971-1990), Era Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Era Dasar Pembangunan Negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan salah satu usaha dasar ekonomi untuk mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan mundur kepada maju dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). DEB dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang(RRJP) yang bermatlamatkan untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Antara usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan melalui DEB ialah mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan, memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya berpindah ke sektor yag lebih lumayan, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar), memodenkan kehidupan di luar bandar dan memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain. Seterusnya, Dasar Pembangunan Nasional(DPN) telah dilancarkan pada tahun 1991 yang bermatlamat untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil. DPN merupakan pemangkin negara ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan digerakkan di atas landasan yang kukuh ke arah membentuk pembangunan seimbang yang meliputi aspek keadilan sosial, nilai, etika dan moral mengikut acuan tempatan. Strategi DPN masih lagi berlandaskan strategi yang telah dibina oleh DEB iaitu serampang dua mata dan diperkasakan dengan dua pendekatannya tumpuan sebuah dengan iaitu memasukkan beberapa dimensi baharu dalam pelan tindakan, iaitu penegasan terhadap pembasmian perhatian kemiskinan kepada utama, menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif; menumpukan pembangunan
22

Masyarakat

Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi ke arah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi; meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat dan memebri lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar Wawasan Negara (20012010) atau dikenali sebagai Wawasan 2020. ia merupakan respons kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku pada peringkat nasional dan antarabangsa serta menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi dari segi politik, ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia dijangka mampu menjadi sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing. Dalam kertas kerja berjudul Malaysia Melangkah ke Hadapan (1991) yang dibentangkan pada sidang pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur pada 28 Februari 1991 menyatakan terdapat sembilan cabaran yang dikenalpasti untuk merealisasikan Wawasan 2020 (http://ariedrifke.blogspot.com/2010/07/hubungan-etnik-di-malaysia.html/30 Julai 2012). Sememangnya, negara Malaysia telah berusaha untuk mencapai kesembilan matlamat itu. Walaupun banayak matlamat itu menumpukan kepada pembangunan ekonomi, pembangunan keseluruhannya tidak boleh diketepikan. Hal ini disebabkan pembangunan keseluruhan dari aspek politik, sosial dan ekonomi yang mampu menyatukan rakyat. Pembangunan yang seimbang dari setiap sudut itu mampu menggerakkan pelbagai kaum di Malaysia untuk hidup secara harmoni dan sejahtera. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi
23

pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini. Melalui pembacaan beberapa karya Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri Perpaduan Negara-Perpaduan Antara Kaum, terbitan Penerbit Setiamas pada tahun 1995. Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang mempunyai pegangan agama, bahasa dan adat istiadat tersendiri. Perhubungan politik dan ekonomi dengan dunia uar, proses penjajahan barat dan kemasukan orang asing erupakan faktor utama yang bertanggungjawab mewujudkan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Malaysia terdiri daripada masyarakat yang multiracial dan multiculture yang mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang dimenifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri. Masyarakat berperanan dalam pemupukan hubungan etnik agar negara kita malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan selesa. Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi
24

perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan keharmonian kehidupan di negara kita selain menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui perpaduan nenek moyang kita. Oleh yang demikian, setiap kaum, golongan masyarakat dan semua pihak adalah terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin kehidupan sejahtera yang berpanjangan.

BIBLIOGRAFI Cheu Hock Tong.(2001). Pengajian Am Kertas 900/1. Pustaka Sarjana Fadhlin Abdullah.(2004). Pembangunan Sumber Manusia Di Malaysia : Cabaran Abad Ke-21. Johor : UTM Press. Hasnah Hussin & Mardiana Nordin .(2007). Pengajian Malaysia. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

25

Kassim Thukiman.(2002). Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik. Johor : UTM


Press.

Zulkifly Osman.(2009). Dasar Ekonomi Baru Dalam Rangka Pembentukan Ekonomi Bangsa.Abstrak Penerbitan Kertas Diskusi Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan (Discussion Paper of the Faculty of Economics and Business) Universiti Kebangsaan Malaysia.
http://ariedrifke.blogspot.com/2010/07/hubungan-etnik-di-malaysia.html. http://sharinginfoz.blogspot.com/2010/03/ringkasan-intipati-model-ekonomibaru.html. http://www.epu.gov.my/draft_development /.

http://www.slideshare.net/emkay84/hubungan-etnik-2011-pembangunan ekonomi-dalam-konteks-hubungan-etnik-di-malaysia/download.

26

Anda mungkin juga menyukai