Anda di halaman 1dari 2

PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI Pengenalan Tajuk ini akan membincangkan

berkaitan pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran Pendidikan Jasmani yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Terdapat banyak pendekatan, kaedah, teknik dan strategi dalam pengajaran namun dalam tajuk ini kita akan membincangkan topik penting yang berkaitan. Pelajar harus mencari sumber lain untuk menambah pengetahuan dalam topik berkenaan. Objektif pembelajaran Di akhir tajuk ini pelajar dapat 1. mengenalpasti pendekatan, kaedah, teknik dan strategi dalam pendidikan jasmani. 2. merancang strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani BAHAN PEMBELAJARAN 2.0 Sejarah Pembangunan Tingkah Laku Pengajaran. Pengajaran Pendidikan Jasmani menitikberatkan komponen kecergasan dan telah berubah mengikut perkembangan masyarakat yang berkembang maju maka kaedah pengajaran terpaksa berubah. Oleh itu wujudlah gaya arahan yang mementingkan rangsangan tindakbalas iaitu Pendekatan Tradisional. Pendekatan arahan ini masih wujud dan diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di Malaysia. Pada masa kini suatu pendekatan baru mula muncul menyahut cabaran masyarakat moden yang progresif. Pendekatan Humanistik meresap masuk dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan menjadi popular. Di Malaysia pendekatan Humanistik dan Tradisional digabungkan. Selain itu Pendekatan Tingkahlaku dan Pendekatan Sistem ada dijalankan di Malaysia. Pendekatan Humanistik menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman pembelajaran. Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi peluang untuk penglibatan individu secara mendalam. .Pembelajaran adalah melalui pengalaman.di mana pelajar digalak untuk bertindak sendiri untuk menemui sesuatu. Pendekatan ini mementingkan pelajar sebagai individu yang berpotensi dan menitikberatkan pembangunan sosial dan emosi individu. Mengikut Hellison (1973) dalam bukunya Humanistic Physical Education terdapat empat matlamat yang boleh menolong seseorang guru untuk membentuk cara pengajaran Pendidikan Jasmani ke arah kemanusiaan iaitu penghargaan diri(self esteem), merealisasikan diri(selfactualization), kefahaman diri(self-understanding) dan pertimbangan sosial(social consideration).

Pendekatan Tingkahlaku menumpukan perhatian kepada pemilikan kandungan mata pelajaran. Ia muncul dari aplikasi psikologi operan(operant psychology) yang dipelopori oleh Skinner(1974). Pendekatan ini menggunakan penguasaan isi kandungan mata pelajaran sebagai pengukur kejayaan pengajaran. Skinner(1974) mencadangkan tiga perkara untuk interaksi antara tingkahlaku dan persekitaran iaitu ketika bila tingkahlaku berlaku, tingkahlaku itu sendiri dan aktiviti pengukuhan. Matlamat pendekatan ini ialah untuk membentuk tingkahlaku terakhir yang boleh diperhati dan dinilai. Aplikasi prinsip psikologi operan ini mencipta suatu alat untuk Pendidikan Jasmani mencapai matlamat bertanggungjawab. Pendekatan Sistem pula menganggap proses pengajaran pembelajaran melibatkan prosedur langkah demi langkah. Pendekatan ini digunakan oleh guru untuk menunjukkan langkah yang digunakan oleh seseorang guru untuk membawa perubahan kepada tingkahlaku. Ciri penting pendekatan ini ia sangat produktif dan ia menunjukkan pertalian antara komponen-komponen yang merangkumi seluruh sistem. Menurut Straub(1976) menyenaraikan sepuluh proses yang terlibat dalam sistem ini iaitu mengenal pasti matlamat, analisis pengajaran, mengenalpasti kemahiran kemasukan pelajar, pembangunan objektif tingkahlaku, pembangunan alat penilaian, rekabentuk strategi pengajaran, pemilihan media, pembangunan atau pemilihan bahan pengajaran dan penilaian formatif.

Anda mungkin juga menyukai