Anda di halaman 1dari 8

Kerabu pegaga (called by Javanese as Quluban) Bahan-bahan: Kelapa parut (ambil yg putih sahaja) *Bawang merah & bawang

putih *Daun chekor *Cili merah *Gula *Garam *Untuk menambahkan rasa, sedikit belacan (tidak sesuai untuk yang berpantang) Daun pegaga/pucuk paku pakis/pucuk ubi/daun meranti Cara-cara: Tumbuk semua bahan * bersama, masukkan seditkit2 kelapa dan ditumbuk halus sehingga habis kesemua kelapa. Goreng tanpa minyak sehingga kekuningan. Gaulkan bersama duan pegaga (yang mentah) atau pucuk paku pakis/pucuk ubi/daun meranti yang telah direbus.

Resepi Kekal Langsing Bahannya: 5cm halia bara 10 biji lada hitam 30 ekor ikan bilis Sedikit perahan limau nipis Caranya: Tumbuk kesemua bahan tersebut dan akhir sekali dicampur dengan perahan limau nipis. Sedap dihidang bersama nasi panas.

Ikan Bilis Goreng Aroma Bahannya: 100g ikan bilis putih 3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka) 1 biji bawang besar dimayang 2cm halia dimayang 6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar 6 biji cili padi diketuk Minyak Caranya: Goreng ikan bilis hingga ranggup, kemudoian masukkan bahan hirisan.

Ikan Kukus Sos Tiram Bahan-Bahan:

2-3 ekor bawal putih (bawal kecil)/kerapu sederhana besar 2 biji bawang besar dipotong bulat-bulat 2 btg serai dimayang/ditumbuk 1 cm halia/halia muda and 2/3 bawang putih ditumbuk halus 3 sudu besar sos tiram atau sesedap rasa 1 sudu jus lemon/limau kasturi/limau nipis daun limau purut (untuk memberi aroma yg menyelerakan) Lobak merah, bunga kubis, tomato, capsicum, daun bawang dan sayur-sayuran lain Cara-cara: Campurkan semua bahan di atas (kecuali sayur) dan kukus lebih kurang 5-8 minit/sehingga ikan lembut.. Masukkan sayur-syauran, biarkan sebentar dan tutup api supaya sayur-sayur tadi tidak terlalu lembut sehingga hilang zat. Hidangkan. Untuk hidangan semasa waktu pantang, boleh gantikan sayur dengan lobak putih, sesuai untuk menambahkan susu badan manakala untuk hidangan sekeluarga, ikan boleh diganti dengan sotong atau udang. Taufu kukus Sos Kicap Bahan-bahan Taufu lembut (bentuk empat segi lazimnya) Sedikit minyak ,Halia ,Bawang Putih ,Minyak bijan ,Kicap cair ,Sos tiram jika suka,Garam,Gula ,Sesudu kecil tepung jagung (jika ingin pekat) lobak putih Cara-cara: Kukus taufu lembut bersama lobak putih sebentar. Gireng halia dan bawang putih bersama sedikit minyak hingga kuning, keluarkan dan tuang ke taufu kukus. Lebihan minyak tadi, masukkan sedikit miyak bijan dan kicap cair, sos tiram garam dan gula. Kacau hingga rata dan tuang ke dalam taufu kukus. Untuk memekatkan kuah sos, sesudu kecil tepung jagung dicapur sedikit air.

Bubur Nasi Berlauk Bahan-bahan: Beras dimasak sehingga menjadi bubur,Lobak Masin Bercampur Lobak masin dibasuh ,Bawang putih & merah ,Halia ,Telur, Ikan bilislauk-telur masin rebus Cara-cara Goreng bawang putih & merah bersama sedikit minyak, masukkan lobak masin, ikan bilis dan telur. Goreng sehingga bahan-bahan masak.

Daging Goreng Lada Hitam (Marinated) Bahannya:

Daging hihiris halus Lada hitam secukup rasa Halia Bawang besar Bawang putih Sos Cili/Cili mesin Sos tomato Sos tiram Kicap pekat Garam/serbuk perasa
Caranya: i)Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat. ii) Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut. iii)Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

Ikan Bilis & Halia Bahan-bahan 200gm ikan bilis, 200gm halia, 2 biji bawang putih, 1 sudu teh lada hitam, 2 sudu makan minyak utk menumis

Caranya Tumbuk kesemua bahan-bahan, tetapi jangan sampai lumat. Panaskan kuali, masukan minyak dan tumis sehingga kering.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ SAYUR KAILAN GORENG

Bahan-bahan :

Sayur kailan 2 sudu besar minyak Beberapa keping halia Sedikit garam Sedikit sahaja air

Cara : 1. Panaskan minyak, tumis halia sebentar. 2. Masukkan sayur dan goreng sebentar. 3. Percikkan sedikit air dan goreng lagi. 4. Masukkan sedikit garam secukup rasa. 5. Sedia untuk dihidangkan. Ikan Haruan Masak Lada Hitam 1 ekor ikan haruan 1 cawan santan 1 biji bawang besar dihiris 1 sudu makan lada hitam ditumbuk 1 sudu makan minyak masak Garam secukup rasa Bahan hiris halus 4 ulas bawang putih 1 cm kunyit hidup 1 cm halia Cara 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi. Masukkan santan dan lada hitam. 2. Setelah mengelegak, masukkan ikan haruan, lada hitam, hirisan bawang besar dan garam secukup rasa. 3. Masak sehingga pekat. Hidangkan.

Masak Pindang Ikan Haruan 1 ekor ikan haruan 2 cawan air 1 biji bawang besar dihiris 2 biji cili merah 5 keping asam keping2 sudu makan minyak masak Garam secukup rasa Bahan Kisar 5 ulas bawang putih 1 cm kunyit hidup 1 sudu makan lada hitam Cara 1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik wangi. 2. Masukkan air dan tunggu mendidih. Sambil itu masukkan ikan. 3. Setelah ikan hampir masak, masukkan asam keping dan cili merah dan bawang besar yang dihiris. Masakan ini boleh dihidangkan dengan nasi panas.

Ikan Haruan Kukus Air Asam 1 ekor ikan haruan dibersihkan dan digaul dengan garam dan lada hitam 1 cawan air asam 3 sudu makan minyak masak 2 sudu makan kicap cair 1 sudu makan gula 1 sudu makan serbuk lada hitam (digaul bersama ikan) 1 tangkai daun kesum 1 batang bunga kantan dihiris halus 1 sudu teh tepung jagung 1 sudu teh garam Bahan Kisar 5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 cm kunyit hidup 1 lengkuas

1 batang serai dihiris nipis 1 sudu teh lada hitam ditumbuk Cara 1. Sapukan minyak masak di atas gris pinggan hidang kalis panas. Bubuh ikan di atasnya. Ketepikan. 2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik wangi. Tambahkan air asam. Masukkan garam, gula dan kicap cair. Pekatkan dengan bancuhan tepung jagung. 3. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Kacau rata-rata dan tuang atas ikan. 4. Sementara memasak kuahnya, kukus ikan haruan di atas air mengelegak selama 15 ke 20 minit (bergantung kepada ketebalan ikan).
Bubur Lambuk Ikan Haruan 1 ekor ikan haruan diambil isinya 1 cawan beras 1 cawan santan 5 ulas bawang putih dihiris halus 1 sudu makan lada hitam ditumbuk 1 cm halia dihiris halus Garam secukupnya Air secukupnya Bahan Hiasan Sedikit daun sup Sedikit daun bawang Bawang goring

Cara 1. Rebuskan beras dengan bahan yang dihiris sehingga kembang. 2. Masukkan isi ikan haruan 3. Setelah mendidih, masukkan santan, lada hitam dan garam secukup rasa 4. Setelah masak bolehlah dihias dengan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

Sup Ikan Haruan 1 ekor ikan haruan diambil isinya 3 ulas bawang merah ditumbuk lumat 2 ulas bawang putih - ditumbuk lumat 1 cm halia dihiris halus 2 cawan air 2 sudu makan minyak masak 1 sudu makan lada hitam ditumbuk 5 keping asam keping Garam secukup rasa Bahan Hiasan Sedikit daun sup Sedikit daun bawang Cara 1. Panaskan minyak masak dan masukkan bahan yang ditumbuk lumat serta halia yang dihiris sehingga naik wangi. Kemudian masukkan air. 2. Setelah air mendidih, masukkan isi ikan, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata sehingga isi ikan masak. 3. Selepas itu bolehlah dihias dengan hirisan daun bawang dan daun sup. Ikan Haruan Bakar 1 ekor ikan haruan 1 cm kunyit hidup dikisar 1 batang serai dikisar 1 sudu teh garam 1 sudu teh lada hitam Sedikit helaian daun pisang balut pada ikan Bahan Air Asam 1 genggam asam jawa diperah 1 cawan air 5 tangkai cili padi dihiris 1 biji bawang besar dihiris

Garam secukup rasa Cara 1. Perapkan ikan dengan bahan yang dikisar, lada hitam dan garam. Tunggu sehingga 1 jam. Selepas itu bolehlah dibakar ikan sehingga ikan masak. 2. Sementara itu ambil perahan air asam dan masukkan bawang, cili padi dan garam secukup rasa. 3. Setelah itu bolehlah ikan dihidangkan panas bersama sambal air asam.

Anda mungkin juga menyukai