Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN

Alangkah bangganya kita menjadi makhluk yang dinamakan manusia. Manusia adalah makhluk
yang paling beharga di dalam dunia ini jika dibandingkan dengan haiwan. Walaupun dari pandangan biologi manusia tidak banyak perbezaan dengan haiwan, namun dari segi perlakuan kedua-duanya amat berbeza. Kumpulan manusia merupakan makhluk yang paling unik kerana ia terdiri daripada kumpulan hidupan yang mengamalkan satu cara hidup yang boleh dikongsi bersama dalam sesebuah masyarakat secara turun temurun1. Cara hidup tersebut merangkumi aspek nilai-nilai, kepercayaan, dan pantang larang sama ada dalam bidang sosial, politik, mahu pun ekonomi. Sebagai contoh, dalam urusan perkahwinan rakyat Malaysia tidak kira dalam masyarakat Melayu, Cina, India, Kadazan, masing-masing mempunyai cara dan keunikan yang tersendiri. Dalam perkahwinan masyarakat Melayu khususnya keunikan dapat dilihat dari segi pakaian, makanan, dan aturcara majlis. Keunikan ini dijaga, dan diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang berikutnya. Ia juga turut ditiru dan dikongsi bersama oleh kaum-kaum lain. Inilah yang boleh kita katakan sebagai salah satu unsur budaya. Namun, sejauh mana kita boleh faham dan memberi takrifan yang tepat tentang perkataan budaya?. Konsep budaya sangat meluas dan sangat rumit untuk dibincangkan. Banyak perbezaan pendapat dan kecelaruan yang timbul di kalangan para pengkaji terhadap penjelasan konsep budaya 2. (Kling, Budaya dan kebudayan : Teori, Isu dan Persoalan, 1987). Ini berlaku kerana faktor latar belakang, disiplin dan perspektif kebudayaan yang dialami sendiri oleh para anthropologist. Jika disebut perkataan budaya maka timbullah pelbagai pendapat, takrif serta pengertian yang berkaitan dengannya. Berdasarkan pandangan Hajah Noresah Baharom yang turut disokong oleh Haji Abdul Karim ( 1908M-1981M )3 dan Sultan Takdir Alisjahbana ( 1908M-1994M )4 perkataan budaya adalah gabungan dua kata akar yang terpisah iaitu budi dan daya. Budi membawa maksud cahaya
1

(Prof Dr Mohamed Yusoff Ismail, Prof Madya Hazidi Abdul Hamid, Dr Sarjit Singh, Azahar Ahmad Nizar, Sheith Faikis Abau Bakar, Ogos 2011)(1)
2 3

(Kling, Konsep kebudayan Kebangsaan Malaysia-Pertemuan Dunia Melayu '82, 1987) (Karim, 1996) 4 (Alisjahbana, 1982)

atau sinar yang hadir dalam diri manusia. Daya pula merujuk kepada keupayaan manusia melaksanakan atau bertindak dengan anggota terhadap apa yang diransang oleh budi. Hasil pertalian antara dua perkataan ini yang menghasilkan sesuatu yang dikatakan budaya. Beliau juga berpendapat perkataan kebudayaan bermaksud tamadun, peradaban atau kemajuan fikiran5. Perkataan budaya menurut Hashim Awang A.R terdapat sedikit perbezaan dengan kebudayaan6. Budaya merujuk kepada segala prinsip, peraturan dan struktur, kod, nilai, norma dan seumpamanya yang mendasari kelakuan manusia, makakala kebudayaan pula adalah bentuk amalan yang perlakuan yang dihasilkan berlandaskan prinsip, nilai, falsafah, dan sebagainya. Dengan kata lain budaya ialah teori dan kebudayaan adalah praktikalnya (A.R, Hashim Awang, 1998). Pemahaman ini berbeza sedikit dengan pandangan Koentjaraningrat yang disunting dari ensiklopedia bebas ( Wikipedia bahasa Indonesia ), yang mengatakan bahawa budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa Sanskerta ( Sanskrit ) iaitu buddayah iaitu kata jamak dari perkataan buddhi (budi + akal) yang memberi tafsiran segala hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Dengan demikian kebudayaan dapat diertikan sebagai segala hal yang berkaitan dengan akal7. Merujuk kepada daftar kata dalam Bahasa Inggeris istilah culture berasal dari perkataan Latin colere yang bermaksud menyedia dan mengerjakan tanah atau menanam 8. Perkataan ini dipilih kerana ia berkait rapat dengan aktiviti pertanian ( agriculture ) yang mereka alami pada masa itu ( Zaman Renaisance ). Selaras dengan pendapat ahli sosiologi Amarika, Will Durrat dalam bukunya The Story of Civilization, mengemukakan pandangan bahawa bentuk kebudayaan pertama ialah pertanian9. Berhijrah kita kepada daftar Bahasa Arab, istilah kebudayaan sama ertinya dengan al-

Thaqafah yang ditemui dalam hasil karya para cendikiawan zaman pemerintahan Dinasti Umawiyah (661M-749M). Ia dikaitkan dan membawa maksud cepat memahami atau kecerdikan.
5 6

(Baharom, 2005) (A.R, Hashim Awang, 1998) 7 (Wikipedia Ensiklopedia Bebas, 2011) 8 (L.Reese, 1980) 9 (Durrant, 1954)

Pakar antropologi Edward Burnett Tylor ( 1882M-1917M ), iaitu seorang yang berbangsa Victoria merupakan orang pertama memberi takrif tentang budaya. Beliau berpendapat bahawa budaya atau tamadun sangat kompleks dan merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat, dan kepercayaan serta tabiat yang berbeza dalam sesebuah masyarakat. ( Tylor 1903/1988, ms 64 ). Ahli antropologi serta ahli sosiologi yang terdiri daripada Sarjana Barat, Sarjana Islam serta Sarjana dan Budayawan Melayu turut menghuraikan tentang konsep budaya. Antaranya seperti Franz Boas ( 1858-1942 ), Bronislaw Malinowski ( 1884-1942 ), Alfred Reginald RadcliffeBrown ( 1881-1955 ), Ralph Linton ( 1893-1953 ), Malik Bennabi ( 1905-1973 ), Ismail Raji alFaruqi ( 1921-1986 ), Syed Nasir Ismail ( 1921-1982 ), Asmad ( 1930-1993 ), dan ramai lagi. Justeru, berdasarkan pengertian literal dan pendapat-pendapat tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa budaya atau kebudayaan adalah satu usaha yang disusun oleh kumpulan manusia untuk memenuhi keperluan, kehendak dan aktiviti dalam hidup bermasyarakat yang meliputi apa jua bidang dengan berteraskan kepada keupayaan akal dan kecerdikan. CIRI-CIRI BUDAYA Menyebut tentang budaya dan peradaban, ianya saling melengkapi antara satu sama lain. Adakalanya budaya sama ertinya dengan peradaban. Walau bagaimanapun peradaban itu adalah sebahagian daripada budaya. Budaya menyentuh, merangkumi dan meliputi pelbagai bidang kehidupan manusia seperti dalam hal yang berkaitan sistem ekonomi, politik, bahasa, permainan, peralatan, sosial, ilmu pengetahuan, agama dan kepercayaan. Dalam banyak hal budaya adalah seperti keperibadian seseorang. Ianya tidak dapat dilihat dengan nyata tetapi dapat dinilai dari aspek perlakuan dan tindakan sesebuah anggota masyarakat. Perlakuan tersebut didorong oleh berbagai-bagai aspek seperti norma, nilai, peraturan, adat resam, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Budaya itu tidak kelihatan10 kerana sesuatu perlakuan tersebut sudah sebati dengan jiwa manusia atau kehidupan masyarakat. Contohnya dalam hal ekonomi, setiap manusia akan bekerja untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan diri atau keluarga. Manakala dari segi bahasa setiap manusia akan

10

(Ferraro, 2006)

menguasai bahasa secara semulajadi mengikut rumpun kaum atau ras masing-masing. Budaya ini berlaku secara tidak sedar dan tidak kelihatan kerana bahasa itu dikuasai secara automatik. Suatu kelompok manusia atau kumpulan etnik yang bergerak merentasi sempadan organisasi, kampung, daerah, negeri, Negara dan benua dengan membawa kepelbagaian budaya masingmasing dipanggil kedinamikan budaya ( cultural dynamics ). Keadaan ini akan mewujudkan satu proses yang dinamakan sosio - budaya. Apabila keadaan ini berlaku, tidaklah menjadi satu kesalahan jika sesuatu budaya itu dikongsi
11

bersama sepertimana petikan daripada Raplh

Linton (1947) dari dalam bukunya The Cultural Background of Personality: budaya adalah susunan perlakuan yang dipelajari dan hasil daripada perlakuan ini ia dikongsi bersama dalam masyarakat. Budaya yang dikongsi bersama ini merangkumi nilai-nilai dan kepercayaan serta pantang larang yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain dalam sesebuah melalui proses yang dinamakan pembudayaan. Bagaimana pun proses pembudayaan ini tidak tetap dan berkembang dari masa ke semasa mengikut proses pembangunan dan kemajuan global. Dalam perkembangan teknologi contohnya masyarakat dunia berkongsi teknologi yang sama. Contoh yang jelas ialah jenis atau model telefon bimbit yang di keluarkan oleh syarikat yang sama seperti Motorola, Nokia dan Samsung, yang melibatkan perkongsian antara benua. Dalam kelompok kecil masyarakat pula contohnya, dari segi cara dan adat makan antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu. Lazimnya, orang Cina akan menggunakan lidi ( chopsticks ), manakala orang Melayu akan menggunakan tangan untuk menyuap makanan semasa makan. Sebaliknya fenomena perkongsian budaya berlaku, jika orang melayu menggunakan lidi ( chopsticks ) dan orang cina menggunakan tangan semasa makan. Begitu juga jika dikaitkan dengan cara pemakaian. Lazimnya etnik wanita bagi masyarakat Cina memakai pakaian tradisional yang dipanggil Congsam semasa musim perayaan. Manakala etnik wanita bagi masyarakat Melayu pula memakai Baju Kurung. Perkongsian budaya berlaku jika terdapat kumpulan etnik wanita Melayu yang memakai pakaian Congsam semasa Tahun Baru Cina dan etnik wanita Cina memakai Baju Kurung semasa sambutan Hari Raya.

11

(Ferraro, 2006)

Sesuatu budaya juga dikatakan boleh dipelajari12. Hal ini jelas kerana budaya itu tidak diwarisi secara genetic. Melalui proses interaksi sosial atau enkulturasi, setiap kelompok manusia atau etnik akan berhubung antara satu sama lain. Budaya akan dipelajari secara tidak langsung mengikut kumpulan sosial di mana sesuatu kelompok itu dilahirkan atau dibesarkan. Sebagai contoh, sebuah keluarga India yang berhijrah ke sebuah perkampungan masyarakat Cina. Banyak urusan dalam kehidupan keluarga mereka secara tidak langsung akan berubah dari masa ke semasa kerana faktor pengaruh sosial. Contoh yang jelas mungkin dari aspek penguasaan Bahasa Mandarin. Contoh lain pula adalah seperti masyarakat Indonesia yang terkenal dengan perkahwinan campur. Mereka akan berkahwin dan hidup secara sekeluarga walaupun berlainan adat dan agama. Contohnya perkahwinan antara pasangan yang beragama Kristian dan Budha. Dalam hal atau fenomena ini, anak-anak yang dilahirkan oleh pasangan tersebut akan secara tidak langsung belajar tentang pelbagai perkara berkaitan adat dan kepercayaan mengikut agama yang dianuti oleh ibu dan bapa mereka. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada sejauh manakah perilaku, tabiat atau gaya hidup pasangan tersebut. Jika pasangan tersebut lebih berpegang kepada adat resam yang dibawa oleh agama Kristian, maka anak-anak mereka juga akan terdorong kepada penguasaan adat resam agama Kristian. Setiap manusia mempunyai keperluan asas seperti tempat tinggal, makanan dan pakaian. Dengan ini mereka juga terdorong ke arah kehendak-kehendak biologi yang lain seperti baju, rumah, makan, minum, kebersihan diri, kesihatan dan sebagainya. Pelbagai kehendak ini dipenuhi dengan pelbagai cara, mengikut adat dan budaya masing-masing. Sebagai contoh dalam kelompok masyarakat Islam. Berlandaskan kehendak agama, masyarakat Islam dituntut supaya membersihkan diri dengan mandi dan bersugi pada awal pagi sebelum menunaikan solat subuh. Mungkin hal ini berbeza dengan gaya hidup masyakat lain di Malaysia atau masyarakat sejagat. Ianya bergantung kepada kepercayaan dan tuntutan agama masing-masing. Senario ini dikatakan bahawa budaya boleh mempengaruhi proses-proses biologi13 sesebuah kelompok etnik dalam kumpulan manusia.

12 13

(Ferraro, 2006) (Ferraro, 2006)

Dalam sejarah tamadun manusia, perubahan budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah. Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti: i. ii. iii. iv. v. Pertambahan bilangan anggota masyarakat. Pertambahan keperluan dan keinginan manusia. penemuan dan penciptaan teknologi baru.iv. pertembungan budaya. konflik yang berlaku. perubahan alam sekitar.

Jika dilihat secara kasar kita hanya berpandangan bahawa budaya itu tetap, kekal atau statik. Anggapan ini salah kerana budaya bersifat saling berubah14 kerana ia akan mengalami proses asimilasi atau perubahan dari masa ke semasa. Melalui perkembangan Dunia Teknologi kita mampu berkongsi maklumat di mana sahaja kita berada. Ini menyebabkan pertukaran budaya akan berlaku dengan cepat dan pantas. Melalui jaringan komunikasi antarabangsa iaitu internet, kita mampu merapatkan hubungan yang jauh dengan lebih dekat, luas kepada lebih sempit, lambat dengan lebih cepat dan susah dengan lebih mudah. Menurut Tomlinson (1999) menganggap perkembangan atau perubahan tersebut sebagai deterritorialization yang bermaksud kita tidak boleh lagi mempertahankan masa dan ruang sebagai hak kita tanpa boleh dicerobohi oleh orang lain. Dalam proses globalisasi budaya ruang dan masa sudah menjadi hak bersama masyarakat sejagat. Media massa telah menjadi alat dan pengaruh yang besar ke atas perubahan sesebuah masyarakat dan budaya 15. L. John Martin berpendapat media massa merujuk kepada alat yang mewujudkan interaksi sosial, politik dan ekonomi dalam senario yang lebih moden. Ia telah melalui arus globalisasi yang bersifat universal serta tiada sempadan. Dengan ini secara tidak langsung pengaruh budaya globalisasi berkembang dengan lebih pantas. Berbeza antara masyarakat dahulu dengan sekarang. Masyarakat dahulu sanggup berperang kerana sanggup mempertahankan budaya hidup mereka16. Masyarakat masa kini pula sudah banyak berubah dan menuju ke arah globalisasi. Sebagai contoh budaya yang telah melalui
14 15

(Ferraro, 2006) (Chong, 2009) 16 (A.Rahim, 2010)

proses globalisasi ialah budaya makan. Seperti yang kita lihat sekarang, pelbagai makanan dari Negara luar mudah didapati di mana-mana restoran di Malaysia. Contohnya dari Jepun, Asia Barat dan Eropah. Ia diusahakan secara francais seperti cendawan yang tumbuh. Keadaan ini juga berlaku di Negara-negara lain, contohnya makanan Malaysia yang telahpun terkenal di Negara-negara barat. Salah satu perniagaan Francais yang terkenal iaitu Kentucky Fried Chicken contohnya berkembang pesat di pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Cara masakannya juga turut diadaptasi dengan citarasa tempatan seperti Tom Yam dan sebagainya. Contoh lain dalam proses perubahan budaya ialah budaya pakaian. Dengan bantuan perkembangan teknologi, industri pakaian dan fesyen telah melalui proses asimilasi budaya. Contohnya satu ketika dahulu wanita Melayu hanya memakai Baju Kurung sebagai pakaian pilihan utama mereka. Kini, sungguhpun mereka masih mengekalkan pakaian tradisonal tersebut, namun ia telah beralih kepada bentuk atau fesyen yang lebih moden serta terkini dengan menggabungkan unsur-unsur budaya lain. Perubahan fesyen tersebut sangat meluas sehingga ke peringkat kebudayaan global. Perkembangan ini berlaku kerana adanya para pereka fesyen yang terkenal seperti Calvin Clien, Armani Exchange dan sebagainya. Jenama pakaian mereka berkembang ke seluruh dunia dan juga boleh didapati di pasaraya-pasaraya terkemuka. Kepelbagaian kaum dan agama di dalam sesebuah Negara menggambarkan kepelbagaian budaya yang tersimpan di dalamnya. Agama merupakan pegangan hidup bagi setiap manusia. Walaupun berbeza agama namun kehidupan setiap manusia tetap berpaksi pada nilai, moraliti serta perlakuan yang baik. Hakikat ini boleh menjelaskan bahawa budaya itu bersifat sejagat17. Budaya sejagat bermaksud semua manusia mempunyai budaya. Tidak ada masyarakat yang tidak mempunyai budaya. Walau bagaimanapun budaya sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor alam, faktor luar dan penyesuaian anggota. George Murdock, seorang ahli antropologi yang menjurus kepada silang budaya telah menyenaraikan contoh unsur-unsur budaya sejagat seperti FUNGSI BUDAYA Budaya merupakan seluruh cara hidup manusia. Budaya yang tercipta secara langsung atau tidak langsung mempunyai kepentingan bagi memenuhi kehendak serta keperluan hidup kelompok
17

(Scupin, 2004)

manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan Negara khususnya Malaysia. Budaya yang melambangkan keperibadian manusia haruslah dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan kea rah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Bagi sebuah Negara yang mempunyai rakyat yang berbilang bangsa seperti di Malaysia proses pembentukan budaya nasional memerlukan penggemblengan, perancangan dan perancangan yang rapi daripada pihak kerajaan agar dapat melahirkan rakyat yang mempunyai nilai yang mulia, sifat-sifat yang baik bagi tujuan pembinaan bangsa dan ketahanan Negara. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti, dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. 18Berteraskan kepada budaya Rakyat Asal rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kamphuchea serta Kepulauan Pasifik sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun dan budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat permulaan dan pengembangan budaya Melayu sejak zaman berzaman. Kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu dibuktikan dengan wujudnya Melaka sebagai pusat yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai perhubungan antarabangsa (linguafranca). Budaya serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga Bahasa Melayu-Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadian. 19 Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar serta boleh diterima sebagai sesuatu yang dinamik sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Dengan adanya unsur-unsur budaya Cina, India, Arab, barat dan lain-lain yang sesuai, maka budaya melayu dikatakan telah melalui pelbagai proses asimilasi. Walaupun ia mengalami pelbagai perubahan, namun budaya Malaysia masih lagi memainkan peranan penting dan berfungsi untuk; i. ii. Memenuhi dan menyediakan keperluan. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara.

18 19

(Kebudayaan, 2011) (Kebudayaan, 2011)

iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. PENUTUP

Memupuk dan memelihara keperibadian ahli masyarakat. Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan manusia. Mengimbangi aspek kerohanian dan pembangunan sosioekonomi. Mengekalkan identiti sesebuah Negara. Memenuhi keperluan sosiobudaya. Meningkatkan taraf dan mutu kesenian. Mewujudkan komunikasi yang berkesan dan, Mengatur hubungan sesama manusia.

Setiap bangsa mestilah mengekalkan budaya dan adat resam. Budaya dan adat resam ini mestilah dipelihara dan dipupuk agar tidak ditelan zaman. Ia juga mesti dijaga supaya berkekalan dan diamalkan oleh generasi akan datang. Masyarakat Malaysia khususnya menyimpan pelbagai khazanah budaya yang tersendiri. Ianya boleh memberikan impak yang besar kepada kelompok ahli masyarakat sama ada dari segi sosial mahupun ekonomi.

Bibliography
A.R, Hashim Awang. (1998). Budaya dan Kebudayaan : Teori, Isu dan Persoalan. Kuala Lumpur: Citra Bahasa. A.Rahim, S. (2010, Januari 22). Globalisasi dan Media Global. blog-karangan BM . Alisjahbana, S. T. (1982). Perkembangan Sejarah Kebudayaan Indonesia Pilihan Dari Jurusan Nilainilai (Vol. Cetakan Ketiga). Jakarta: PT. Dian Rakyat. Baharom, H. N. (2005). Kamus dewan (keempat ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chong, G. T. (2009, September 27). Kesan Globalisasi. wordpress-karangan kesan globalisasi . Durrant, W. (1954). The Story Of Civilization: Our Oriental Heritage. New York: Simon & Schuster. Ferraro, G. (2006). Cultural anthropogy (6th ed.). Belmont: Thomson Wadsworth. Karim, H. A. (1996). Pandangan Hidup Muslim (Vol. cetakan kedua). Jakarta: Bulan Bintang. Kling, Z. (1987). Budaya dan kebudayan : Teori, Isu dan Persoalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kling, Z. (1987). Konsep kebudayan Kebangsaan Malaysia-Pertemuan Dunia Melayu '82. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

L.Reese, W. (1980). Dictionary of Philosophy and Religion : Eastern and Wastern Thought. New Jersey: Humanities Press. Prof Dr Mohamed Yusoff Ismail, Prof Madya Hazidi Abdul Hamid, Dr Sarjit Singh, Azahar Ahmad Nizar, Sheith Faikis Abau Bakar. (Ogos 2011). HBEF 1503 Masyarakat dan Tamadun. Selangor D.E: Open Universiti Malaysia. Wikipedia Ensiklopedia Bebas. (2011, Oktober 7). Budaya , p. Halaman utama.

Anda mungkin juga menyukai