Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Kemahiran mengenal alatan pertukangan merupakan asas untuk murid-murid sekolah rendah mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Hal ini amat penting untuk mereka menguasai kemahiran pertukangan kayu yang memerlukan mereka melakukan kerja-kerja amali pada masa hadapan. Kegagalan murid menguasai kemahiran mengenal alatan pertukangan akan menyekat penguasaan kemahiran melakukan kerja-kerja amali dan ujian bertulis yang lebih mencabar. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran mengenal alatan dan disamping itu juga untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid tersebut. Kajian ini juga akan melihat faktor-faktor yang mempengaruhi minat dan masalah kelemahan Muridmurid Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir, Sitiawan, Perak. Selepas menjalankan beberapa aktiviti, didapati pencapaian murid-murid meningkat dalam kemahiran mengenal alatan, walaupun mereka mengambil masa untuk mengetahui sesuatu alatan namun mereka masih boleh menguasai nama-nama alatan dan mengenal alatan-alatan tersebut.

NAMA KAD PENGENALAN KUMPULAN

: SHARIDAH BINTI SHARIFF : 671117-07-5178 : PGSR RBT AMBILAN NOVEMBER 2008

Anda mungkin juga menyukai