Anda di halaman 1dari 3

BALADA TERBUNUHNYA BERINGIN TUA DI PINGGIR SEBUAH BANDARAYA Usman Awang

Selamat tinggal, selamat tinggal wahai awan Selamat tinggal matari selamat tinggal bulan Selamat tinggal kupu-kupu sayang Selamat tinggal wahai burung-burung bersarang Selamat tinggal anak-anak bermain riang. Namaku Beringin pohon tua yang terbuang dimusuhi oleh rancangan bernama Pembangunan.

Beringin tua di pinggir jalan raya di sebuah ibu kota yang setengah muda ratusan tahun usianya berdiri menadah matari memayungi bumi burung-burung berterbangan menyanyi di sini rumah mereka, di sini keluarga bahagia kupu-kupu berkejaran dalam senda guraunya anak-anak bermain di keteduhan perdunya.

Tiba-tiba pagi yang hitam itu datang geregasi teknologi menyerangnya dengan kejam membenamkan gigi-gigi besi sehingga terdengarlah jeritan ngeri suara Beringin rebah ke bumi.

Sampai sekarang, tiap senjakala lembayung petang dengarlah suara Beringin mengucapkan pesan:

SURAT DARI MASYARAKAT BURUNG KEPADA DATUK BANDAR


Tuan Datuk Bandar kami masyarakat burung telah mengadakan mesyuarat agung pada suatu pagi yang manis dan ranumttrw di atas bangunan parlimen yang kosong seluruh kaum burung telah diwakili oleh para cerdik pandai, kecuali perwakilan burung gagak yang sibuk dengan urusan kematian penembakan, bangkai hanyut di sungai kelang. sidang ini dihadiri juga oleh pemerhati undangan kupu-kupu yang ada kepentingan dengan persoalan yang kami bincangkan Tuan Datuk Bandar, meski kami tidak pernah mengangkat tuan sebagai datuk kami kerana perbezaan fahaman taraf 'Datuk' dan 'cucu' kerana kelainan pendapat antara rambut dan bulu (tuan-tuan telah mempermaniskan gelaran menyebut rambut pada diri tuan-tuan, sedangkan untuk kami tuan namakan perkataan 'bulu') kami tetap menghormati tuan yang pernah menjanjikan untuk MENGHIJAUKAN SELURUH WILAYAH

Tapi manusia kota ini telah membunuh KEHIJAUAN ALAM semata-mata untuk mengejar KEHIJAUAN ringgit sejak lumpur kota ini menjadi batu-batu kami masyarakat burung menjadi mangsa yang bisu mendiang burung belatuk menjadi korban punggur rebah burung merbuk telah ditipu dengan nama padang merbuk sedang mereka dipenjarakan di tempat yang tuan namakan sangkar. perwakilan burung pipit telah mengemukakan protes kerana menuduhnya sebagai "pipit pekak makan berhujan" ia disokong kuat oleh perwakilan burung punai bahawa tuan telah menghina kaum jenis mereka datuk menamakan benda-benda rahsia di tempat rahsia tubuh datuk dengan nama 'pipit' dan 'punai', sedangkan kami tahu 'pipit' dan 'punai' datuk tak pandai terbang. Tuan Datuk Bandar, surat ini merayu kebijaksanaan tuan, PELIHARALAH tiap pucuk dan akar tumbuh-tumbuhan tiap helai daun, tiap kelopak bunga, tiap kerimbunan itulah rumah kami, kediaman kami turun temurun malah demi kesejahteraan manusia kesihatannya, kebahagiannya, kedamaiannya alam semula jadi seribu keindahan mekar di bawah matahari bersinar USMAN AWANG

CINTA AKAN ALAM SEKITAR


Aku cinta padamuwahai laut yang bergelora kerana aku bisa belajar menjadi seorang pemimpin yang tabah menerima cabaran walau apa saja yang dihadapi Aku cinta padamu wahai langit biru yang luaskerana aku bisa terbang bebas menjelajah dunia saujana antara batas dan tradisi Aku cinta padamu wahai gunung yang tinggi kerana aku bisa menjadi seorang pendaki gagah yang tidak cepat menyerah kalah Aku cinta padamu wahai tasik yang indah kerana tumbuh di dalam hakikatku menjadi ruang dan bersatu di dalamnya menjadi detik yang selalu hidup di hatiku

Anda mungkin juga menyukai