Anda di halaman 1dari 32

ISI KANDUNGAN

________________________________________________________
BIL. TAJUK HALAMAN

1.0 2.0 3.0

PENDAHULUAN RIWAYAT HIDUP SIGMUND FREUD TEORI PSIKOANALISA/PSIKOSEKSUAL 3.1 CIRI UTAMA TEORI 3.2 PERKEMBANGAN PERSONALITI 3.3 PERSONALITI MANUSIA MENGIKUT PSIKOANALISIS

m/s 1 m/s 2-3 m/s 4-8

4.0 5.0 6.0

TAHAP KESEDARAN DALAM PSIKOANALISIS TAHAP PERKEMBANGA KEPERIBADIAN MENURUT FREUD ISU UTAMA (PENGKID) 6.1 DEFINISI 6.2 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI 6.3 KESAN 6.4 LANGKAH

m/s 9-10 m/s 11-16 m/s 18-29

7.0 8.0

KESIMPULAN BIBLIOGRAFI

m/s 30

Senarai rajah Rajah 2.1 : Foto 1 menunjukkan gambar tokoh Sigmund Freud, manakala Foto 2 diambil pada tahun 1909 di hadapan Universiti Clark. Rajah 4.1 : Tahap- tahap dalam Teori Sigmund Frued Rajah 5.1 : Tahap perkembangan peribadi

1.0 PENGENALAN
1

Personaliti selalu disebut untuk menyatakan tingkah laku seseorang. Ada yang merujuk personaliti sebagai paras rupa dan tidak kurang menyatakan personality merupakan gaya seseorang apabila berada dalam sesuatu suasana. Menurut Santrock (2007) berminat menyatakan personality sebagai penerangan kepada kepelbagaian individu yang membezakan dengan jelas kognisi dalam kalangan individu. Mengikut Fiest dan Fiest (2002), personaliti merujuk kepada perbezaan berfkir, emosi dan perlakuan seseorang terhadap persekitaran dunia luar. Atan Long (1976) dalam Suppiah, Aziz dan Ramlah (2008), menjelaskan bahawa personality berasal daripada perkataan Latin Pesona, yang membawa maksud topeng atau pelindung muka,iaitu merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu. Menurut ahli psikologi, personality merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya. Allport pula menyatakan bahawa konsep personality sebagai organisasi dinamik sistem psikofizikal setiap individu yang menetukan tingkah laku dan pemikiran. Personaliti dilihat berdasarkan pelbagai perspektif. Personaliti merupakan aspek penting dalam membicarakan tingkah laku seseorang. Ahli psikologi perkembangan mengesahkan bahawa personaliti seseorang berkembang bermula dari awal kelahiran hingga ke akhir hayat. Peringkat remaja dianggap oleh Sintrock (2003) sebagai peringkat konflik personaliti yang serius. Personaliti individu ini terutamanya remaja banyak dibincangkan dalam pelbagai teori. Antaranya ialah Teori Trait Personaliti, Teori Tiga Faktor, Teori Penjenisan Tubuh Badan, Teori Psikoanalisa dan Teori Psikososial. Bagi Teori Psikoalisa, teori ini membincangkan bahawa setiap individu mempunyai personaliti berbeza. Teori ini telah diperkenalkan oleh Sigmund Freud. Teori yang dikemukakan oleh Sigmund Freud ini menyatakan bahawa perilaku dan proses mental manusia dimotivasi oleh kekuatan-kekuatan dan konflik-konflik dari dalam manusia sendiri iaitu manusia memiliki sedikit kesedaran dan penguasaan atas kekuatan.

2.0 RIWAYAT HIDUP SIGMUND FREUD


2

Rajah 2.1 Foto 1 menunjukkan gambar tokoh Sigmund Freud, manakala Foto 2 diambil pada tahun 1909 di hadapan Universiti Clark. Barisan hadapan : Sigmund Freud, Granville Stanley Hall, Carl Jung. Baris belakang dari kiri: Abraham A. Brill, Ernest Jones, Sandor Ferenczi. Sigmund Schlomo Freud dilahirkan pada tanggal 6 Mei 1856 dan meninggal di London pada tanggal 23 September 1939 dalam sebuah keluarga Yahudi di Freiberg (Pribor), Moravia, dalam Empayar Austria (kini dimiliki oleh Republik Czech). Pada tahun 1877, ketika berumur 21 tahun, beliau menyingkatkan namanya menjadi "Sigmund. Walaupun Sigmund merupakan anak sulung dan mempunyai tiga orang adik lelaki dan lima orang adik perempuan, beliau mempunyai abang-abang tiri yang lebih tua hasil daripada perkahwinan ayahnya yang pertama. Keluarganya mempunyai kewangan yang terhad dan tinggal disebuah rumah pangsa yang penuh sesak. Walaupun demikian, ibu bapanya berusaha untuk mennyediakan pendidikan yang sempurna bagi Sigmund kerana sejak kecil lagi beliau telah menunjukkan kecerdikan yang ketara, Sigmund juga lebih disayangi oleh kedua ibu bapanya berbanding adik-beradiknya yang lain. Sigmund mendapat tempat pertama dalam kelasnya selama enam tahun daripada lapan tahun persekolahannya, dan kemudian beliau menyertai Universiti Vienna ketika berumur 17 tahun, dari 1873 hingga 1881. Pada keseluruhannya, tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan awal Freud kerana beliau telah memusnahkan dokumen-dokumen peribadinya sekurang-kurangnya dua kali, iaitu sekali pada tahun 1885, dan sekali lagi pada tahun 1907. Selain itu, dokumendokumen milik beliau kemudiannya dikawal dengan ketat dalam Arkib Sigmund Freud dan

hanya diberikan kepada pewaris rasminya iaitu Ernest Jones, dan beberapa ahli golongan dalaman psikoanalisis. Pada tahun 1886, Freud pulang ke Vienna dan telah membuka klinik yang mengkhusus dalam gangguan saraf dan otak. Kemudian beliau telah melangsungkan perkahwinannya. Beliau menguji kaji dengan hipnotisme pada pesakit-pesakit histeria dan neurosis yang paling teruk, tetapi kemudian menutup kliniknya. Semasa membuat uji kaji, Freud mendapati bahawa jika beliau membaringkan pesakit-pesakitnya di atas katil, beliau dapat menggalakkan mereka untuk bercakap tentang apa-apa sahaja yang difikirkan (suatu praktik yang diistilahkan sebagai kaitan bebas). Dalam tempoh umur empat puluhan, Sigmund menghidapi pelbagai jenis kecelaruan psikosomatik serta ketakutan berlebih-lebihan terhadap kematian diri sendiri dan fobia-fobia yang lain (Corey, 2001, m.s. 67). Pada masa itu, Sigmund terlibat dalam mengkaji mimpimimpi sendiri, serta dinamik perkembangan personaliti. Dalam analisis diri ini, beliau mendapati terdapat perasaan pemusuhan terhadap ayahnya (Jacob Freud) dan beliau teringat perasaan nafsu berahi pada masa kanak-kanak terhadap ibunya yang merupakan seorang wanita yang menarik, mesra, dan bersifat melindungi (Corey, 2001, m.s. 67). Di dalam Teori Psikoanalisa beliau juga mengatakan bahawa kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada ibu berbanding ayah dan kadang kala mempunyai sifat cemburu sekiranya ayah rapat dengan ibu. Selepas menerbitkan beberapa buku laris mengenai fikiran bawah sedar pada tahun 1900 dan 1901, Sigmund dilantik sebagai profesor di Universiti Vienna di mana beliau memperoleh banyak pengikut yang setia. Pada tahun 1930, Sigmund telah dianugerahkan dengan Hadiah Goethe oleh bandar raya Frankfurt sebagai penghormatan kepada sumbangansumbangannya dalam bidang psikologi. Ibunya meninggal dunia pada tahun yang sama ketika berumur sembilan puluh lima tahun. Pada tahun 1933, ketika Adolf Hitler dan Nazi merampas kuasa di Jerman, buku-buku Sigmund telah dibakar oleh S. A. di khalayak ramai. Sigmund gemar menghisap cerut sepanjang hayatnya, termasuk juga selepas rahangnya dibuang melalui pembedahan, akibat barah, sehingga kematiannya pada 23 September 1939. Beliau menghisap sekotak cerut setiap hari. Selepas menghidapi barah mulut pada tahun 1923 ketika berumur 67 tahun, beliau menjalani lebih 30 pembedahan untuk merawat penyakitnya dan selama beberapa tahun, beliau terpaksa memakai prostesis yang amat menyakitkan untuk memisahkan mulut daripada rongga hidungnya. Akhirnya, Sigmund tidak tahan dengan kesakitan yang dikaitkan dengan barahnya, dan kemudian
4

menjemput pakar perubatan peribadinya ke rumahnya di London untuk tujuan mengakhiri hayatnya. Kematian Sigmund disebabkan oleh dos morfina berlebihan yang dibantu oleh pakar perubatan.
3.0 TEORI PSIKOANALISIS ATAU TEORI PSIKOSEKSUAL

Sigmund Freud adalah tokoh yang tidak asing lagi dalam psikologi terutamanya psikologi personaliti. Teori yang dikemukakan oleh beliau menjadi bahan perbahasan dan penyelidikan di peringkat antarabangsa. Hasil-hasil perbincangan dan penyelidikan beliau diterbitkan dalam pelbagai jenis jurnal. Beliau berjaya mengupas dengan mendalam aspek-aspek dalaman manusia khususnya peranan libido dalam kehidupan manusia. Selepas teori personaliti Freud diperkenalkan, ramai ahli-ahli teori personaliti lain muncul. Teori-teori personaliti yang muncul selepas teori personaliti Freud sebenarnya bertitik tolak daripada teori personaliti Freud itu sendiri. Mereka sebenarnya berhutang dengan Freud tidak kira sama ada teori mereka menentang ataupun menyokong teori beliau.Adalah sukar untuk menghasilkan teori personaliti yang baru tanpa memahami terlebih dahulu teori personaliti yang dikemukakan oleh Freud. Sistem personaliti yang diperkenalkan oleh Freud perlu didalami bukan sahaja kerana aspek sejarahnya tetapi juga pengaruhnya yang masih digunakan sehingga ke hari ini (Engler, 1979). Di dalam Teori Personaliti Psikoanalisa atau Psikoseksual, Freud mendapati bahawa personaliti seseorang itu menjadi unik disebabkan oleh hubungan anak dengan ibu bapa. Freud juga menegaskan bahawa personaliti individu telah dibentuk dan menjadi kukuh pada umur 5 tahun. Menurut Freud, setiap individu akan melalui kelima-lima peringkat iaitu tahap oral, anal, falik, latensi dan genital. Adakalanya seseorang itu tidak dapat pergi ke tahap lain kerana ada konflik yang belum diselesaikan. Menurut Freud, personaliti individu sebagai seorang dewasa iaitu bagaimana mereka bertingkah laku, berfikir dan berasa akan ditentukan oleh konflik yang dilalui semasa zaman kanak-kanak. Freud juga menjelaskan bahawa setiap remaja mempunyai tahap komponen personaliti yang berbeza. Komponen yang dimaksudkan ialah Id, Ego dan Superego. Id membawa sifat kebinatangan, manakala ego terbentuk daripada pengalaman dan superego terbentuk daripada baka serta persekitaran. Sekiranya seseorang remaja lebih menonjolkan Idnya, maka remaja ini akan mengutamakan keperluannya sahaja tanpa mengira keperluan orang lain. Manakala remaja yang mengutamakan egonya lebih daripada Id, remaja ini akan
5

membuat pertimbangan-pertimbangan sebelum melaksanakan sesuatu tindakan. Sebaliknya, remaja yang mempunyai kawalan superego yang tinggi akan sentiasa mengawasi tindaktanduknya mengikut norma masyarakat sekeliling. Psikoanalisis boleh diiktirafkan sebagai satu kaedah bagi merawati seorang individu yang meminta bantuan berkaitan dengan masalah emosinya. Mengikut fahaman tradisi, psikoanalisis lebih dianggap sesuai kaedah rawatan kepada individu yang mempunyai masalah yang berkaitan personaliti.

3.1 CIRI UTAMA DALAM TEORI PSIKOANALISA Dalam pandangannya tentang fitrah manusia, Freud mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang semulajadi (inborn drives). Berdasarkan kepada pandangan ini lahir satu konsep antirasional dalam segala gerak-geri dan perlakuan manusia. Fahaman ini berpendapat manusia merupakan individu yang tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan diri sendiri serta tidak dapat membawa kebaikan kepada nasib haluannya (Jas Laile Suzana Jaafar, 2002). Tingkah laku manusia lebih digalakkan oleh naluri kehaiwanan (Animalistic instincts) dan desakan biologikal. Desakan yang paling utama adalah desakan mendapatkan kepuasan nafsu diri (self gratification). Desakan ini berlaku dalam diri seseorang sama ada lelaki atau perempuan dan mereka telah terperangkap dalam asas naluri dan desakan yang jahat ini. Desakan-desakan kejahatan perlu dibendung dengan pengalaman-pengalaman dalam masyarakat termasuklah juga institusi kekeluargaan. Dengan demikian, wujud ciriciri sosialisasi. Sekiranya sosialisasi ini tidak berlaku, maka individu akan berhadapan dengan ciri-ciri yang boleh merosakkan peraturan-peraturan dalam sesebuah masyarakat itu sendiri.

3.2 PERKEMBANGAN PERSONALITI Kefahaman tentang psikoanalisis memerlukan penelitian aspek tenaga psiko yang meliputi konsep Penentuan Psiko dan Tahap Bawah Sedar. Konsep Penentuan Psiko ini bermaksud
6

semua tingkahlaku dan reaksi emosi manusia mempunyai sebab tertentu. Pada lazimnya berkait rapat antara hubungan sesama insan. Dalam erti kata lain, wujud perkaitan antara tahap sedar dengan tahap tidak sedar, antara pemikiran yang rasional dengan tindakan atau gerakkan emosi yang serta merta. Menurut Jas Laile Suzana Jaafar (2002) lagi, fahaman tenaga psiko dalam diri individu bermaksud desakan yang berasaskan kepada konsep Libido. Konsep libido menyerupakan suatu desakan seksual sebagai tenaga hidup atau Eros (tenaga kehidupan). Dalam pengertian yang lebih luas, libido merupakan desakan tenaga seksual kejantinaan yang luas dan tidak tertumpu hanya kepada maksud seks yang sempit, tetapi termasuk segala aspek kepuasan dalam diri. Desakan yang kedua dalam tenaga psiko adalah desakan aggresi atau Thanatos (kehendak mati). Desakan-desakan ini merupakan desakan naluri yang semulajadi yang wujud semenjak seseorang itu dilahirkan. Penentuan psiko ini berkait rapat dengan kenyataan bahawa manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya. Naluri desakan biologikal itu lebih kuat mempengaruhi tingkah laku manusia. Dalam kaunseling mengikut fahaman psikoanalisis, proses yang mustahak adalah memberi fokus kepada konflik yang belum selesai yang berasal dari pengalaman semasa kecil. Dalam fahaman psikoanalisis, bagi mengubah haluan proses kaunseling, kaunselor perlu mengkaji latar belakang dan sejarah pengalaman kliennya.

3.3 PERSONALITI MANUSIA MENGIKUT PSIKOANALISIS Selain dari penghuraian tentang konsep kesedaran ini dan kesannya terhadap perkembangan personaliti, psikoanalisis juga telah membahagikan personaliti manusia itu kepada tiga struktur id, ego dan superego.
7

Id diandaikan semua gejala yang semulajadi dalam pemikiran seorang individu. Dalam pandangan psikoanalisis, ciri-ciri id seseorang itu sudah wujud semasa dilahirkan. Id dianggap sebagai satu elemen struktur yang semulajadi, diwarisi, dan sedia ada dalam diri manusia. Id merupakan satu gejala yang berada di bawah tahap tidak sedar. Id merupakan satu tenaga yang primitif. Id tidak teratur, tidak rasional dan penuh dengan orientasi berkehendakkan kepuasan. Id merupakan sumber Libido. Tujuan utama id adalah bagi mendapatkan kepuasan diri sendiri secara mendadak (immediate gratification). Itulah sebabnya id tidak mempunyai penyatuan dari segi maksud, tidak teratur dan tidak bermoral. Sebagai satu daya tenaga yang begitu primitif, id merupakan penggerak psikologikal yang tidak perlu dipelajari. Selain itu, ia merupakan sumber dorongan dan nafsu yang diwarisi primitif, mementingkan diri sendiri dan tidak ada pengaruh dunia realiti (pengaruh tamaddun). Id juga dominan pada bulan-bulan awal kehidupan bayi iaitu dorongan dan kemahuan kuat mempengaruhi tingkah laku. Ego berbeza dengan id. Ego tidak wujud semasa kelahiran. Sebaliknya, ego berkembang secara berperingkat-peringkat. Sebagai satu elemen yang berada pada tahap sedar, ego penuh dengan persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan. Perkembangan ego adalah melalui hubungan secara sosial dan identifikasinya dengan orang lain termasuklah objek yang berada sekelilingnya. Ego berfungsi sebagai alat memperkukuhkan diri pada tahap sedar, ego memainkan satu fungsi yang penting dalam struktur tingkah laku dan personaliti seseorang individu. Ia juga bertanggungjawab dan mengawal dorongan dan desakan primitif id agar mengikut kehendak persekitaran iaitu kehendak moral dan piawai etika masyarakat. Identifikasi merupakan satu konsep terapan yang disedari, identifikasi memainkan peranan yang penting semasa mengubahkan haluan tenaga psiko daripada id kepada ego. Antara fungsi ego adalah dapat bertindak terhadap perbuatan yang mendatangkan kecemasan, biasanya konflik atau pertentangan antara id dengan super ego. Ego mempunyai dua cara untuk bertindak dalam keadaan kecemasaan. Ego boleh menggunakan asas pengalaman serta kebolehan tenaga pemikiran yang nyata atau yang sebenar. Seterusnya, ego boleh bertindak terhadap tingkahlaku penyelesaian masalah berasaskan pengalaman dan sosialisasi. Ego boleh menggunakan kaedah menentang, menolak, tipu-helah dengan memesongkan keadaan sebenar atau kebenaran. Apabila kaedah ini bergerak dan

mengambilalih tingkah laku, keadaan ini ternyata sebagai mekanisma bela diri ego. Antara mekanisma bela diri adalah pendaman, rosotan, sublimasi. Superego merupakan struktur yang ketiga dalam pemikiran tingkahlaku psikoanalisis. Superego lebih menyerupai hati nurani atau 'conscience' seseorang individu. Superego merupakan akar tunjang dari aspek peneguhan moral yang baik. Moral yang dipelajari dan dikenal pasti daripada ibu bapa, mahupun masyarakat. Moral yang demikian dipelajari hasil daripada asuhan semasa seorang individu itu masih kecil dan berkembang dengan penerapan moral sebagai sebati dengan hati nuraninya. Merupakan sumber asal suara hati(conscience) iaitu kebolehan membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Muncul apabila kanak-kanak mula mempelajari peraturan yang digunakan ibu bapa untuk menginterpretasi jangkaan masyarakat. Superego mengawal ego dan id. Superego bertindak seakan-akan seperti ibu bapa seorang individu, saling mengingatkan keadaan, suasana, peristiwa, persepsi, pemikiran, emosi, perasaan, sikap, tingkah laku dan sebagainya. Di sebalik superego, sentiasa wujud imej pengawalan. Sebagai contoh, lazimnya di kalangan orang Melayu, apabila hendak keluar dari rumah, secara otomatis terlintas bagi memakai kasut. Keadaan menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah kediaman juga menjadi kelaziman adat orang Melayu. Kanak-kanak yang dibesarkan secara melampau mempunyai superego tidak fleksibel sehingga mencegah diri daripada menikmati keseronokan normal yang sepatutnya. Kanak-kanak superego punitif yang meningkat remaja akan menghadapi masalah dlm memenuhi permintaan superego. Contohnya menghadapi kesukaran mengawal permintaan seksual yg meningkat pada usia baligh. Freud juga percaya kerisauan(anxiety) dan kemurungan datang bersama kehendak superego yang melampau. Id, ego dan superego mempunyi matlamat dan kaedah yg berbeza. Konflik dalaman wujud bila id dan superego menguasai ego. Menurut Teori Freud, konflik antara id, ego dan superego kecelaruan mental. 4.0 TAHAP KESEDARAN membawa kpd

Rajah 4.1 : Tahap- tahap dalam Teori Sigmund Frued Konsep ini adalah penting dalam teori psikoanalisis, selain daripada Penentuan Psiko. Dalam pemikiran manusia, keadaan sedar merupakan satu tahap yang paling rendah dari segi keutamaan tahap kesedaran. Psikoanalisis menyatakan bahawa ada tiga tahap kesedaran iaitu sedar (conscious), prasedar (preconscious), bawah sedar ataupun tidak sedar (unconscious). Tahap atau peringkat kesedaran yang ditunjukkan dalam Rajah I ini penting dalam kerja-kerja kaunseling psikoanalisis. Tahap sedar berada pada tahap teratas dan merangkumi segala aspek tingkah laku, tindakan, perasaan yang disedari oleh individu. Tahap ini juga berkaitan dengan komponen ego. Contohnya rasa sepi, suka, menulis tugasan, berlari, makan, minum dan sebagainya. Tahap Prasedar pula tergolong daripada keadaan pemikiran yang berkaitan dengan perasaan, pemikiran kita yang boleh dipanggil secara sendiri supaya dapat dirasai kenyataannya dalam keadaan sedar. Sungguhpun pada asalnya perasaan, pemikiran itu tidak merupakan sebahagian daripada tahap sedar tadi. Contoh, pada masa tertentu, kita akan berasa lapar, ia boleh dirasai sendiri dan tindakan selanjutnya adalah kehendak untuk makan. Contoh yang lain, panas dan sejuk dapat difikirkan kekuatannya. Tahap panas dan sejuk mempunyai tahap tertentu bagi diri seorang mengikut pengalaman masing-masing.
10

Tahap Bawah Sedar atau juga dikenali sebagai tahap tidak sedar merupakan peringkat yang paling penting dalam proses psikoanalisis. Peringkat bawah sedar ini memainkan peranan dalam pembentukkan tingkah laku seseorang itu selain daripada desakan naluri yang semulajadi seperti tenaga psiko. Tahap bawah sedar ini merupakan pemikiran perasaan yang mana seorang tidak dapat mengeluarkannya secara sendiri. Antaranya seperti pengalaman yang memalukan dan keinginan untuk melakukan sesuatu yang kurang matang. Oleh yang demikian, peralihan dari tahap bawah sedar kepada tahap sedar akan memerlukan bantuan daripada kaunselor. Pada biasanya perasaan pemikiran bawah sedar ini melalui proses repressi yang disekat dari kenyataan. Keadaan ini berlaku oleh kerana individu itu biasanya beranggapan atau pun tidak dapat menerimanya sendiri, atau ia mempunyai satu persepsi bahawa masyarakat juga tidak dapat menerimanya. Dalam psikoanalisis, bahan-bahan yang dimaksudkan dalam bawah sedar ini meliputi kata-kata tersasul, mimpi, fantasi atau khayalan seseorang individu. Semua ini merupakan satu manifestasi kepada galakan yang tersirat di dalam tahap bawah sedar individu. Penekanan terhadap tahap bawah sedar inilah yang membezakan antara lainnya di antara kaunseling psikoanalisis dengan teori lain yang baru yang lebih menumpukan kepada tingkah laku semasa yang dapat dicerap (Mahmood Nazar Mohamed, 1992). Antara fungsi kaunselor dalam proses kaunseling secara psikoanalisis adalah untuk bertindak kepada tahap kesedaran kliennya. Di sini kaunselor dikehendaki menarik perhatian klien dan memberi kesedaran kepada pemikiran bawah sedarnya yang telah disekat daripada kenyataan secara mekanisma bela diri repressi. Secara repressi, individu itu telah dapat menunjukkan kenyataannya dalam bentuk tingkahlaku yang 'tak sesuai' tetapi kaunselor juga dikehendaki membantu kliennya bagi cuba menyelesaikan konflik yang belum dapat diselesaikan. Kaedah yang boleh digunakan ialah pendedahan, peneroka dan pentafsiran Selain daripada penekanan kepada tahap bawah sedar, kaunseling secara psikoanalisis juga tertumpu kepada kaedah penerokaan dan pendedahan. Apa yang dimaksudkan di sini ialah kaunselor itu akan membantu kliennya dengan mendedahkan sebab sebenar masalah yang dihadapinya. Pada biasanya, percubaan untuk mendedahkan sebab asas masalah ini akan melalui dengan penuh rintangan kerana wujudnya mekanisma bela diri klien. Klien akan sedaya upaya menghalang sebab masalahnya itu didedahkan. Melalui pentafsiran seseorang kaunselor dapat bersemuka dengan makna yang sebenarnya disebalik huraian komunikasi yang dibuat oleh klien. Pentafsiran merupakan elemen terapi yang kuat dalam pendekatan psikoanalisis. Oleh kerana pentafsiran dapat
11

membantu klien memahami apakah yang beliau sedang mengalami desebalik tahap bawah sedarnya dan juga bagaimana beliau telah memesongkan persepsinya terhadap acara semasa. Apa yang telah diperkatakan tadi merupakan konsep di sebalik kaedah pendekatan psikoanalisis. Konsep yang kaitannya dengan tahap kesedaran itu sangat rapat.

5.0 TAHAP PERKEMBANGAN KEPERIBADIAN Usia Lahir-18 bulan Tahap Oral Objek fokus Mulut, Bibir Tingkah laku Menghisap jari, mengigit, mengunyah Masalah yang terhasil Ketagih alkohol,merokok, menggigit kuku, tidakmatang dan agresif.
12

18 bln 3 Anal tahun

Dubur

Aktiviti membuang air kecil dan besar

Panas baran, agresif, suka lakukan jenayah, kurang pengendalian diri, suka bermusuhan. Sumbang mahram

3-6 tahun

Phalik

Zakar

Tertarik pada jantina yang berbeza Mengembangkan kecekapan sosial dan intelek, bina hubungan rapat dengan jantina yang sama & Membina hubungan dengan lawan jantina

6-11 tahun

Latensi

Pendaman

Homoseksual, lesbian dan pengkid.

12-18 tahun

Genital

Remaja Dewasa

Rajah 5.1 : Tahap perkembangan peribadi Sigmund Freud melalui teori psikoseksual telah menyatakan bahawa perilaku dan proses mental manusia dimotivasi oleh kekuatan-kekuatan dan konflik-konflik dari dalam manusia sendiri iaitu manusia memiliki sedikit kesedaran dan penguasaan atas kekuatan. Hal ini menyebabkan perilaku manusia menjadi lebih rasional dan boleh diterima secara sosial dan rasional. Selain itu, Freud juga mendapati bahawa personaliti seseorang itu menjadi unik disebabkan oleh hubungan anak dengan ibu bapa. Freud juga menegaskan bahawa personailti individu telah dibentuk dan menjadi kukuh pada umur 5 tahun. Menurut Freud, setiap individu mesti akan melalui kelimalima peringkat yang telah dihuraikan di bawah iaitu tahap oral, anal, phallic, latency dan genital. Ada kalanya seseorang itu tidak dapat pergi ke tahap lain kerana ada konflik yang belum diselesaikan. Konflik ini dipanggil fixation. "fixation is a portion of libido or psychic energy remains invested in that developmental stage, leaving less energy for the following stages." Berdasarkan rajah 5.1, Freud mengenalpasti lima tahap perkembangan psikoseksual. Menurut beliau tahap-tahap dalam perkembangan psikoseksual ini ditentukan oleh objek atau aktiviti yang diperlukan untuk mencapai kepuasan desakan pada tahap tertentu. Freud juga berpendapat bahawa naluri seks atau naluri untuk mendapatkan keseronokan adalah merupakan tenaga yang paling penting dalam menentukan tingkahlaku seseorang. Naluri
13

seksual ini dikenali sebagai eros dan tenaga yang datang daripadanya dipanggil tenaga libido. Libido berada di tempat tertentu di tubuh badan mengikut tahap mana seseorang itu berada. Amnya, Freud adalah teoritis pertama yang memusatkan perhatiannya kepada keperibadian, dan menekankan pentingnya peranan masa awal bayi dalam pembetukan karakter seseorang. Freud yakin dasar kepribadian sudah terbentuk pada usia 5 tahun, dan perkembangan kepribadian selepas usia 5 tahun sebagian besarnya hanya merupakan perkembangan dari struktur dasar tadi. Teknik psikoanalisis mengeksplorasi jiwa manusia antara lain dengan mengembalikan mereka ke pengalaman masa kanak-kanak. Menurut Freud, pengalaman awal mempengaruhi perkembangan kepribadian berikutnya. Motivasi yang tidak disedari secara tidak langsung akan mempengaruhi perilaku proses mental manusia. Oleh itu, menurut Freud 5 tahap dalam perkembangan psikoseksual itu adalah : 1. Tahap Oral Tahap oral bermula dari selepas lahir hingga 18 bulan. Objek fokus pada tahap ini adalah disekitar mulut dan bibir. Antara tingkah laku yang menonjol pada tahap ini adalah aktiviti seperti menghisap jari. Mengulum, menggigit dan mengunyah. Kita sedia maklum, bahawa selepas bayi dilahirkan, aktiviti mulut adalah merupakan pusat utama bagi keseronokan bayi. Pada tahap ini, kanak-kanak akan memperolehi kelazatan daripada menghisap dan mengulum barangan (peringkat menghisap) dan kemudiannya akan menggigit objek yang keras (peringkat menggigit). Aktiviti-aktiviti ini amat berkaitan dengan isu-isu seperti kepuasan zon mulut, kepercayaan, kebergantungan dan kebebasan (Jas Laile Suzana Jaafar, 2002). Freud berpendapat bahawa, ketidakpuasan atau terlalu puas dengan keperluan ini akan membawa kepada lekatan. Lekatan berlaku apabila seseorang individu leka dengan satu-satu aspek perkembangan psikoseksual yang mengakibatkan dan mengganggu individu tersebut pada tahap selanjutnya. Antara masalah yang terhasil apabila kurang mendapat perhatian atau tidak mendapat kepuasan zon mulut semasa kecil adalah mereka akan menjadi agresif terutamanya dari segi pertuturan dan mempunyai sikap oral yang tidak digemari masyarakat seperti mengumpat, suka memaki, menengking dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak yang tidak dipuaskan keinginannya seperti lambat diberi makan juga, apabila meningkat remaja akan terlibat dengan gejala merokok, ketagih alkohol, suka menggigit kuku dan tidak matang. Tindakan atau aktiviti ini dilakukan bagi menunjukkan tanda protesnya terhadap kekurangan perhatian daripada kedua ibu bapanya sewaktu kecil. Manakala, jikalau terlalu dipuaskan
14

pula mereka akan menjadi individu yang terlalu bergantung dan mudah mempercayai orang lain serta mudah berasa tidak selamat. Namun, bagi mereka yang berjaya pada tahap ini pula akan mempunyai cirri-ciri mempercayai orang lain tapi tidak terlalu bergantung pada orang. Tahap Anal Seterusnya, berdasarkan rajah 5.1 tahap anal bermula dari umur 18 bulan hingga 4 tahun. Objek fokus pada peringkat ini adalah pada bahagian dubur yang mana aktiviti yang difokuskan adalah membuang air besar dan air kecil. Hal ini menyebabkan tumpuan diberikan pada tenaga libido iaitu pada otot yang mengawal proses pembuangan. Pada tahap ini, pertama kalinya kanak-kanak akan mendapati kepuasan impuls idnya dikawal oleh ibubapa dari segi masa dan tempat pembuangan (toilet training). Menurut Hairunnaja Najmuddin (2003), konflik ditahap ini berlaku apabila kanakkanak mempunyai senjata samaada untuk mematuhi atau tidak patuh pada kehendak ibu bapa. Dua kesan jika tahap ini tidak berjalan dengan lancar adalah :
i.

Membuang ditempat dan masa yang tidak sesuai dan hal ini kemudiannya akan dimarahi oleh ibu bapanya. Jika kanak-kanak mendapat kepuasan dengan cara ini mungkin pembentukan ciri positif di dalam dirinya semakin berkurang. Misalnya, ibubapa yang kurang memberikan perhatian terhadap cara pembuangan najis anaknya akan menghasilkan individu yang panas baran, agresif, suka bermusuhan dan suka melepaskan perasaan sehingga usia dewasa dengan melakukan pelbagai kegiatan jenayah. Menurut Freud lagi, kes-kes jenayah yang dilakukan individu adalah berpunca dari pembawaan zaman kanak-kanak lagi.

ii.

Kanak-kanak yang menahan proses pembuangan. Aktiviti ini akan dapat menghasilkan keseronokan erotik pada mereka dan ia merupakan satu teknik yang dilakukan kanak-kanak untuk memanipulasi ibubapa. Sebagai contoh, apabila seseorang kanak-kanak itu berjaya menahan proses pembuangannya dari membuang di tempat-tempat awam atau tempat dan masa yang tidak sesuai, ia secara tidak langsung dapat menarik perhatian dan kasih sayang dari kedua ibubapa mereka. Hal ini seterusnya akan menghasilkan individu yang kedekut, degil, terlalu kemas, rigid dan tekun apabila dewasa kelak.

Tahap Phallic
15

Tahap Phallic pula bermula pada umur 4 hingga 5 tahun. Objek fokus pada tahap ini adalah pada bahagian zakar. Antara tingkah laku yang menonjol pada tahap ini adalah kanak-kanak mula tertarik pada jantina yang berbeza. Tumpuan diberikan pada kepuasan libido iaitu alat kelamin, konflik antara impuls id dan kehendak masyrakat. Pada tahap ini, kanak-kanak mula timbul rasa ingin tahu perbezaan diantara alat kelamin lelaki dengan perempuan serta proses kelahiran. Zaman akhir kanak-kanak ini, merupakan konflik yang paling sukar untuk diselesaikan kerana berlakunya kompleks oedipus dan kompleks elektra iaitu keinginan tidak sedar kepada ibu bapa berlainan jantina.
i.

Kompleks oedipus adalah kanak-kanak lelaki bersaing dengan bapa untuk dapatkan kasih sayang ibu, rasa cemburu dan bermusuhan terhadap bapa. Misalnya, apabila sibapa bermesra dengan siibu, sianak ini akan melakukan sesuatu untuk menarik perhatian ibunya. Kasih sayang yang diberikan ibunya kepada bapanya haruslah tidak melebihi dari kasih sayang ibunya kepadanya. Untuk mengawal tingkah laku ini kanak-kanak lelaki belajar beridentifikasikan dirinya dengan bapa.

ii.

Kompleks elektra pula ialah bapa objek kasih sayang kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak perempuan ini akan menyalahkan ibu mereka dan cuba ambil tempat ibu dengan cuba menarik perhatian bapanaya.

Menurut Freud, konflik ini tidak dapat diselesaikan keseluruhanya kerana pembentukan superego dikalangan wanita tidak sempurna. Konflik ditahap ini dan penyelesaiannya akan menentukan perhubungan dan sikap dewasa terhadap jantina berlainan. Jikalau tidak berkesan, ia akan menghasilkan personaliti narsistik yang inginkan perhatian, pujian, sombong dan menunjuk-nunjuk. Masing-masing lelaki dan wanita tampilkan kelelakian dan kewanitaan uutuk memanipulasi dan tawan mereka daripada lain jantina. Selain itu, masalah yang akan timbul pada tahap ini jika tidak dibendung adalah masalah sumbang mahram. Hal ini terjadi kerana, mereka yang pada mulanya hanya mempunyai perasaan berahi kepada ibu atau bapa mereka, namun atas paksaan atau sukarela mereka terpaksa beridentifikasi dengan ibubapa. Perasaan ini dipendam dan akan dibawa ke tahap dewasa dan akan mengakibatkan berlakunya hubungan abnormal.

2. Tahap latency 16

Tahap latency ialah pada umur 6 hingga 11 tahun. Objek fokus tahap ini adalah pada pendaman. Naluri seksual dipendamkan ditahap prasedar. Pada tahap ini individu cuba menyeimbangkan kecekapan sosial dan inteleknya. Selain itu, individu mula membina hubungan rapat dengan rakan sejantinanya. Menurut Freud, pada tahap ini naluri seksual dipendamkan ditahap prasedar kerana kebanyakan tumpuan dan fokus disalurkan pada aktiviti sekolah, minat dan sukan (Mahmood Nazar Mohamed, 1992). Mengikut Teori Freud, tahap Latency adalah antara umur 6 hingga akil baligh. Freud berpendapat bahawa tahap oral, anal dan phallic adalah tahap di mana personaliti dewasa kebanyakannya telah dibentuk. 3 struktur utama personaliti dalam teori Freud (id, ego, superego) telah dibentuk pada umur 5 tahun dan hubungan antara id, ego dan superego adalah kukuh pada tahap tersebut. Maka, pada tahap Latency, kanak-kanak dan juga ibu bapa berehat seketika di mana hubungan mereka lebih stabil, tidak seperti semasa tahap phallic iaitu semasa berlaku Oedipus-complex. Pada tahap inilah, naluri seks adalah dominan. Kanak-kanak meluang lebih masa dalam aktiviti sekolah, hobi baru dan aktiviti sukan serta bergaul atau membina hubungan rapat dengan rakan daripada jantina yang sama. Hubungan sosial, pada peringkat awal semasa zaman kanak-kanak tingkah laku untuk bersosial sudah mula berkembang sedikit demi sedikit bermula dari alam persekolahan lagi. Dan apabila meningkat usia remaja mereka sudah pandai berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling, melalui interaksi sosial ini boleh memberi impak yang negatif atau positif pada individu tersebut. Walaubagaimanapun, jika hubungan antara rakan sejantina ini terlalu memuaskan, maka masalah seperti hubungan homoseks, lesbian, pengkid dan lain-lain akan terhasil. Psikoanalisis menekankan kesan peristiwa silam terhadap kanak-kanak apabila meningkat dewasa. Remaja yang kurang mendapat perhatian daripada kedua ibubapanya sewaktu kanak-kanak mudah untuk terjeremus dalam gejala seperti lesbian, pengkid dan homoseksual. Pengkid misalnya, terjadi kerana sewaktu ditahap anal, ibubapanya kurang memberikan perhatian terhadap cara pembuangan najis anak. Mungkin juga ibubapa tersebut telah membiarkan anak-anak mereka membuang air kecil atau besar tanpa panduan dari ibubapa. Malah, dari sejak kecil lagi kanak-kanak ini lambat diberikan makan dan dibiarkan berseorangan tanpa kasih sayang. Hal ini seterusnya menyebabkan lahirnya pelajar atau individu yang bermasalah pengkid. Oleh kerana, dirinya tidak dipedulikan, lalu mereka mengambil keputusan untuk mencari keseronokan dengan cara lain melalui memenuhi kepuasan kendiri.
17

Tahap Genital Tahap genital adalah tahap yang terakhir sekali iaitu tahap pemantapan (remaja & dewasa). Objek fokus pada tahap ini adalah pada jiwa keremajaan dan ingin menjadi dewasa. Ia adalah tahap sebaik sahaja kanak-kanak menghampiri akhir baligh, kehendak seksual diganti dengan struktur ego yang mengambil alih semula perkembangan diri. Pada tahap ini juga individu mula membina hubungan denagn lawan jantina. Tahap ini juga menekankan peranan sosialisasi, pelaksanaan aktiviti berkelompok, penarikan interaksi seksual dan persediaan perkahwinan serta berkeluarga. Pada masa ini, objek yang jitu dari segi perkembangan diri menjadi lumrah dengan kematangan yang berfungsi. Ego yang terbentuk dijaga dan dikembangkan secara pengalaman yang baru serta bermakna bagi diri individu. Individu mula dengan peranan sosialisasi, perlaksanaan aktiviti berkelompok, mula dengan penarikan interaksi seksual dan persedian perkahwinan, berkeluarga dan penetapan vokasional. Zaman kanak-kanak ditinggalkan dan bermula dengan peringkat kedewasaan. Jika tidak berlaku sebarang lekatan pada mana-mana tahap perkembangan, individu akan membesar dengan normal dan hubungan antara jantina juga memuaskan. Jika tiada berlaku lekatan pada mana-mana tahap berkembang sempurna sebagai individu normal dan hubungan antara jantina memuaskan. Psikoanalisis menekankan kesan peristiwa silam terhadap kanak-kanak apabila meningkat dewasa. Freud juga percaya kanakkanak melalui pelbagai tahap psikoseksual pada peringkat yang ditetapkan. Pada setiap peringkat ada bahagian badan yg membekalkan kepuasan dorongan seksual. Kanak-kanak yg melalui tahap oral, anal, falik, latensi dan genital dgn memuaskan akan menjadi orang dewasa yg normal. Kekecewaan atau kelebihan pada mana-mana tahap menyebabkan fixation pada tahap tersebut dan ini akan mempengaruhi kehidupan dewasanya. Misalnya, orang yang makan terlalu banyak di tahap oral mungkin mempunyai fixation di tahap ini dan menjadi gemuk atau penagih dadah bila dewasa. Pembinaan Kerjaya yang Mantap dan Pembinaan Institusi Kekeluargaan, diimana apabila mengecapi tahap kematangan, maka individu akan mengejar matlamat hidup mereka bagi memperolehi kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya serta stabil. Dimana mereka akan membina suatu pekerjaan yang tetap dan mencari pasangan hidup bagi membentuk keluarga (Hairunnaja Najmuddin, 2003). 6.0 ISU UTAMA PENGKID
18

Dalam perkembangan seksual, beberapa masalah sering dikeluhkan oleh ibu bapa kerana perkembangan ke arah seksual yang normal tidak dilihat. Biasanya tingkah laku yang awal diamati adalah dari segi tingkah laku yang tidak mencerminkan jantina mereka. Dari segi fizikal dan alat kelamin, mereka menunjukkan jantina yang jelas tetapi dari segi peranan dan pengenalan jantina tidak berlaku perkembangan yang boleh mengukuhkan jantina mereka yang sebenar. Sebagai remaja yang sedang berkembang dan melalui alam persekolahan, mereka biasanya mementingkan sosialisasi dan pergaulan dengan remaja yang lain. Jika mereka mempunyai masalah dari segi perkembangan psikoseksual ini, biasanya ibu bapa akan melihat kelakuan dan tingkah laku yang tidak sesuai dengan jantina. Banyak ibu bapa berasa risau apabila melihat anak-anak mereka tidak mahu memakai pakaian tertentu yang dibeli. Remaja perempuan lebih suka memakai pakaian lelaki dan membenci pakaian perempuan. Mereka juga lebih selesa dan gembira untuk berkawan dan bergaul dengan remaja lelaki. Aktiviti lasak lelaki seperti memanjat dan permainan lelaki sangat digemari dan mudah pula dilaksanakan. Walaupun mereka berlagak seperti lelaki, mereka memahami bahawa jantina mereka perempuan. Sifat ala lelaki (tomboi) seperti ini tidak menjadi masalah yang besar selagi pengenalan jantina wujud dan tidak celaru atau berubah. Pada sesetengah remaja, pengenalan jantina juga berubah. Mereka tidak mahu mengaku jantina yang ada pada mereka tetapi mengaku sebaliknya. Oleh itu, mereka mula berkelakuan menunjukkan tingkah laku jantina yang dianuti itu. Misalnya, remaja perempuan bukan sahaja mahu memakai pakaian lelaki malah menunjukkan sifat lelaki yang ditiru secara berlebihan. Kebiasaannya menerusi perkembangan seksual Sigmund Freud, fenomena pengkid berlaku pada tahap latensi. Pada umur enam hingga dua belas tahun. Pada peringkat latensi, objek fokus adalah pendaman. Oleh hal yang demikian, remaja akan melakukan mengembangkan kecekapan sosial dan intelek, bina hubungan rapat dengan jantina yang sama. Justeru berlaku tingkah laku homoseksual, pengkid dan lesbian. Fenomena pengkid (tomboi) ini hanya terdapat dalam kalangan remaja perempuan terutama di sekolah-sekolah yang menampung para pelajar perempuan sahaja. Remaja perempuan yang menonjolkan diri mereka sebagai lelaki dengan gaya dan tingkah laku seperti remaja lelaki dikenali sebagai pengkid. Mereka megah dipanggil pengkid tetapi tidak suka dipanggil tomboi. Sesetengah daripada mereka tidak kelihatan seperti tomboi tetapi mereka membina imej sebagai lelaki. Rambut dipotong pendek dan mereka sentiasa memakai
19

seluar atau berpakaian seperti lelaki. Di sekolah dan di rumah, mereka terpaksa memakai pakaian perempuan kerana peraturan dan takut dimarahi ibu bapa. Tetapi sebaik-baik sahaja keluar dari sekolah dan rumah, mereka akan memakai pakaian lelaki. Ada yang menghisap rokok, minum arak dan melakukan aktiviti seperti lelaki. Malah ada yang berani bergaduh dan bertumbuk dengan remaja lelaki untuk membuktikan sifat mereka. Pada hari-hari tertentu, mereka berkumpul di pusat membeli-belah untuk bergaul. Golongan pengkid ini akan mencari teman perempuan atau makwe. Dalam pergaulan sesama rakan perempuan ini, mereka suka dikenali sebagai pakwe malah nama pun kadang-kadang ditukar kepada nama lelaki. Ada yang mengaku bahawa melakukan kegiatan seksual dengan teman perempuan mereka seperti bercium dan sesama merangsang. Bagi remaja, mengaku diri mereka sebagai pengkid bukanlah suatu masalah. Tetapi ibu bapa dan guru amat berasa risau terhadap tingkah laku yang digayakan itu. Bagi orang dewasa, tingkah laku yang ditunjukkan itu memang tidak manis sekali. Mereka sebenarnya seorang perempuan dan mengalami haid pada setiap bulan. Mereka memahami, sedar dan mengetahui yang mereka itu perempuan tetapi gemar dan minat untuk berlagak dan bertingkah laku seperti lelaki. Masalah yang susah hendak difahami oleh ibu bapa adalah apabila mereka mempunyai anak yang secara fizikal memang jelas jantinanya tetapi dari peringkat awal-awal lagi sudah menunjukkan ciri-ciri atau sifat jantina sebaliknya. Sifat yang ada itu, kadang-kadang begitu semulajadi dan dirasakan susah untuk diubah. Daripada pengamatan yang dibuat terhadap pengkid ini, kebanyakan mereka tidak meneruskan tingkah laku ini setelah mereka dewasa atau setelah tamat sekolah menengah. Malah ada yang berubah dan menggayakan semula sifat kewanitaan mereka dan tidak lagi menjadi kasar seperti lelaki. Remaja pengkid ini ada yang berubah selepas dibawa untuk kaunseling atau terapi. Kesedaran nilai moral dan agama yang diterapkan kepada mereka sewaktu kaunseling akan menggalakkan mereka berfikir dengan lebih lanjut tentang tingkah laku mereka. Banyak orang mengatakan bahawa fenomena ini adalah berbentuk sementara dan tidak kekal. Remaja pengkid ini akan berubah setelah mereka matang dan dewasa. Hal ini demikian kerana, menerusi perkembangan teori psikoseksual pada tahap genital mereka mula melakukan tingkah laku membina hubungan dengan lawan jantina. 6.1 FAKTOR-FAKTOR PENGKID KELUARGA
20

Keluarga memainkan peranan dalam mendidik anak remaja. Antara faktor berlakunya gejala pengkid adalah disebabkan daripada keluarga. Hal ini demikian kerana, cara didikan yang diberi oleh ibu bapa akan mempengaruhi perkembangan anak-anak. Misalnya fenomena pengkid berlaku apabila dalam keluarganya, terdapat adik beradik lelaki yang ramai. Gejala pengkid akan mudah berlaku apabila hanya dia seorang sahaja anak perempuan manakala adik beradiknya yang lain adalah lelaki. Keadaan ini mendorongnya untuk menjadi pengkid. Ibu bapa yang mempunyai anak perempuan yang kasar dan bertingkah laku seperti anak lelaki, biasanya tidak gembira jika anak mereka dipanggil tomboi mahupun pengkid. Jika mereka sedar dari awal lagi tentang arah perkembangan psikoseksual anak mereka ke arah ini, mereka perlu menyekat kecenderungan ini dan menggalakkan kecenderungan serta tingkah laku jantina yang sebenarnya. Gejala pengkid seperti ini kadang-kadang secara tidak sedar disokong pula dengan pendekatan ibu bapa yang turut mengukuhkan lagi tingkah laku yang ditunjukkan. Sesetengah ibu bapa tidak sedar yang pendekatan mereka salah kerana mereka sendiri mempunyai konflik tertentu terutama dari segi kelahiran anak dengan jantina yang diidamkan. Ibu bapa sepatutnya menggalakkan tingkah laku yang sesuai dengan jantina yang ada pada anaknya. Ibu bapa juga turut mendidik cara yang sama dengan adik beradik lelaki. Keadaan ini menyebabkan anak perempuan cenderung untuk menjadi pengkid. BUDAYA Di samping itu, budaya juga antara faktor masalah pengkid. Budaya yang mempengaruhi tingkah laku tidak baik adalah amalan masyarakat yang tidak konsisten dan bertentangan dengan amalan dan kehendak budaya sejagat. Budaya yang ada di Barat lambat laun akan sampai ke negara kita. Kenyataan ini sudah dapat dilihat sekarang. Contohnya ialah kegilaan remaja dengan budaya pengkid. Budaya pengkid sudah pun kelihatan dalam kalangan remaja kita. Jika dulu budaya pengkid hanya terdapat pada anak-anak muda di negara Barat tetapi sekarang ia telah menular kepada anak-anak muda kita. Pakar psikologi dan psikiatri mengatakan bahawa anak-anak muda biasanya memerlukan suatu saluran untuk menyalurkan kekeliruan dalam jiwa mereka jika mereka melalui dan mengalami perkembangan psikologi yang kurang mantap. Kebanyakan golongan ini pula kurang panduan dan bimbingan dari individu yang seharusnya memberi panduan dan tunjuk ajar serta mengawasi. Sesetengah anak muda seperti ini enggan menjadi belia yang
21

baik dan mereka juga enggan berusaha untuk menjadi anak muda yang baik dengan mengamalkan nilai social yang dapat diterima oleh masyarakat. Mereka berasa lebih selesa dan megah dengan cara hidup pilihan mereka sendiri yang menyeronokkan. Oleh sebab itulah mereka meniru sesuatu yang dirasakan dapat memberi kepuasan dan kelainan. PENGARUH RAKAN SEBAYA Selain itu pengaruh rakan juga antara faktor berlakunya pengkid. Kegagalan untuk mengaplikasikan konsep kendiri dan personality terhadap remaja dalam proses pengajaran dan pembelajaran terjadi kerana remaja itu sendiri lebih mudah terpengaruh kepada persekitaran seperti pengaruh rakan sebaya jika tiada pengawasan dan perhatian daripada guru serta ibu bapa. Sebagaimana yang diketahui, remaja lebih gemar menghabiskan masa lapang mereka bersama rakan-rakan. Banyak waktu mereka berada bersama rakan-rakan termasuklah dalam waktu persekolahan. Pada waktu ini, remaja sedang mencari-cari identiti sebenar mereka. Mereka lebih gemar meniru perwatakan yang dilihat oleh mereka seharian seperti watak dalam filem kesukaan mereka, majalah dan rakan sebaya mereka sendiri. Masalah pengkid berlaku apabila seseorang remaja itu cuba meniru rakan pengkidnya yang lain. AGAMA Faktor agama juga memainkan peranan dalam masalah pengkid ini. Teras kepada ketinggian akhlak dan budi adalah agama. Insan yang baik dalam erti kata yang lain adalah insan yang beragama. Asas kepada akhlak dalam Islam adalah kesetiaan dan ketaatan kepada Allah S.W.T, nilai dan peranan akhlak, dengan itu akan menjadi mutlak, kekal dan tidak berubah. Sebaliknya, nilai dan peranan akhlak yang berasaskan kehendak masyarakat atau negara akan sentiasa berubah-ubah dan menjadi relatif. Nilai-nilai yang berubah-ubah ini seperti nilai keseronokan dan budaya. Faktor agama yang dimaksudkan ialah remaja membuat tafsiran yang salah terhadap agama. Pada dasarnya, hukum beragama merupakan amalan yang baik. Mengikut kajian teologi, tidak ada agama yang mengajarkan perkara yang tidak baik kepada orang lain. Penyalah tafsir dan metod pengajaran yang tidak betul memungkinkan agama yang dianuti akan diseleweng oleh remaja. Didikan agama yang sempurna dan lengkap bagi mewujudkan kesedaran diri yang tinggi juga perlu untuk membanteras masalah keruntuhan akhlak yang semakin berleluasa
22

kini. Usaha dan kesedaran daripada insan itu sendiri amat penting bagi melahirkan insan yang berilmu, beriman, berakal, berketerampilan dan berakhlak mulia. Seterusnya penghasilan insan yang sempurna ini mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Apabila seseorang itu mempunyai fahaman agama yang tinggi maka risiko untuk melakukan kejahatan adalah minimum. Hal ini demikian kerana, seseorang itu akan dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan. SIKAP INGIN MENCUBA Pada setiap hari, remaja didedahkan dengan berbagai-bagai tarikan yang dapat mempengaruhi mental mereka. Kadang-kadang tarikan ini sungguh kuat sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk meniru dan bermegah-megah dengan perbuatan mereka. Sungguhpun mereka tahu perbuatan seperti ini tidak diterima oleh ibu bapa, tetapi mereka akan cuba mempengaruhi ibu bapa untuk mengikut kehendak dan kemahuan mereka. Misalnya masalah pengkid, remaja tahu akan kesan perbuatan tersebut terhadap diri masingmasing. Namun sikap ingin mencuba yang mendalam terhadap diri mereka sehinggakan remaja tidak peduli akan kesan mahupun akibatnya kelak.

6.2 KESAN KESAN GEJALA PENGKID Kesan kepada diri sendiri Gejala pengkid merupakan gejala seks songsang, di mana individu yang terlibat dalam gejala tersebut telah mengamalkan nilai nilai hidup yang bertentangan dengan ajaran agama dan norma hidup masyarakat. Gejala ini bukan sahaja akan mendatangkan impak terhadap diri sendiri tetapi juga akan mendatangkan impak negatif kepada keluarga dan masyarakat.

23

Pengamalan gaya hidup yang bertentangan dengan nilai agama dan norma hidup masyarakat ini mendatangkan kesan yang amat teruk kepada individu itu sendiri. Keruntuhan akhlak merupakan kesan utama yang dapat dilihat pada pengamal gejala pengkid ini. Nilai nilai murni yang sepatutnya wujud dalam diri telah digantikan dengan nilai nilai yang tidak sepatutnya. Nilai ketimuran yang harus dipegang sebagai seorang gadis melayu telah ditinggalkan sebaliknya diganti dengan perwatakan seorang lelaki. Budi bahasa dan tutur kata yang sopan melambangkan akhlak yang terpuji bagi seorang gadis, tingkah laku yang lemah lembut dan bersopan santun merupakan ciri yang patut ada bagi seorang gadis. Bagi individu yang terlibat dalam gejala ini mereka akan menukarkan perwatakkan mereka seperti seorang lelaki sehingga sanggup memakai bengkung untuk menutup ciri fizikal mereka. Rambut akan dipotong menjadi seperti lelaki dan perwatakkan mereka menjadi kasar seperti seorang lelaki. Perasaan yang wujud hanya untuk kaum sesama jenis mennyebabkan mereka selesa berperwatakan seperti lelaki. Hal ini jelas menunjukkan bahawa perbuatan golongan ini adalah perbuatan bagi orang yang tidak berakhlak dan bermoral. Gejala pengkid ini juga akan merosakkan akidah. Hal ini demikian kerana Islam mengharamkan hubungan seks sesama jenis atau jantina, malah agama lain juga tidak membenarkan perbuatan ini. Bagi individu yang terlibat dalam gejala yang tidak sihat ini jelaslah mereka telah membelakangi hukum hukum agama sehingga sanggup mengubah perwatakan menjadi lelaki. Golongan ini telah berada di landasan yang salah kerana telah mengubah fitrah kejadian manusia. Kitab Al Quran yang diturunkan sebagai pegangan ada menyebut tentang golongan ini di dalam surah Al Shuara ayat 26 160. Dalam ayat ini ada disebut tentang kisah kaum Nabi Lut yang telah mengamalkan cara hidup songsang iaitu homoseks. Kaum yang engkar dengan ayat-ayat Allah s.w.t. ini diberikan hukuman bencana iaitu diterbalikkan tanah tempat tinggal mereka ke dalam perut bumi hanya setelah mereka menafikan maksiat homoseksual selepas berkali-kali dinasihatkan oleh Nabi Lut supaya bertaubat dan kembali kepada ajaran Allah s.w.t. yang benar. Kejadian yang diceritakan dalam Al-Quran ini jelas menunjukkan bahawa individu yang mengamalkan hubungan seks sesama jenis ini melanggar hukum Allah dan merosakkan Akidah individu tersebut. Pengamalan gaya hidup songsang ini akan menyebabkan individu tersebut mengalami kesan fizikal yang tidak sihat. Golongan ini terdedah kepada penyakit mental, merasa tidak gembira (unhappy) dan tidak puas (unfullfield). Kesan fizikal yang dapat dilihat ialah mereka selalunya mengalami kemurungan dan kelihatan pucat. Hal ini demikian kerana kesan
24

daripada hubungan seks yang mereka lakukan dengan pasangan masing masing. Hubungan

seks yang kerap dilakukan dengan pasangan menyebabkan mereka kelihatan tidak bermaya, pucat dan kelihatan murung. Kesan fizikal ini akan menyebabkan golongan ini tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran sehingga menyebabkan prestasi pelajaran mereka menurun. Golongan ini juga terdedah kepada penyakit mental. Sesetengah daripada golongan pengkid, merupakan seorang yang setia kepada cinta dan sesetengah daripadanya lebih suka bertukar pasangan untuk memuaskan nafsu songsangnya. Bagi golongan pengkid yang setia kepada cinta dan sanggup berkorban apa sahaja untuk pasangan mereka, golongan ini akan menghadapi tekanan perasaan yang teruk sehingga membawa kepada penyakit mental sekiranya pasangan mereka beralih arah kepada pengkid lain. Selain itu, golongan ini juga mudah mendapat penyakit mental kerana mereka menganggap diri mereka tidak normal seperti individu lain dan sentiasa dipandang serong oleh masyarakat. Kesan negatif dari pengamalan gejala songsang ini juga ialah individu yang terlibat akan terdedah kepada penyakit berbahaya seperti penyakit kelamin yang serius dan HIV Positif. Penyakit kelamin yang berpunca daripada hubungan seks sesama jenis yang dilakukan bertujuan untuk memuaskan nafsu sendiri dan pasangan dengan memasukkan sesuatu ke dalam kemaluan masing masing seperti jari atau sayur sayuran seperti lobak merah, terung timun dan sebagainya akan menyebabkan berlakunya pendarahan pada kemaluan. Jangkitan kuman dan bakteria pada kemaluan juga akan menyebabkan individu terdedah kepada penyakit kelamin yang serius. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh wakil kuantitatif Gaunteng mendapati bahawa 9 peratus wanita kulit hitam dan 5 peratus wanita kulit putih yang mengamalkan hubungan seks songsang ini dilaporkan mendapat HIV Positif. Pengamalan gejala seks songsang ini meninggalkan kesan negatif bukan sahaja dari segi fizikal dan kesihatan sehingga boleh membawa kepada kematian malah mereka juga akan mengalami tekanan mental dan emosi. Kesan kepada keluarga. Gejala pengkid ini bukan sahaja mendatangkan kesan negatif kepada individu malah ia juga akan memberi impak negatif kepada institusi keluarga. Keruntuhan institusi perkahwinan akan berlaku. Sekiranya gejala ini tidak dibendung sejak di awal penglibatan mereka iaitu di usia remaja, tidak mustahil sekiranya mereka meningkat dewasa dan berkahwin atau dipaksa berkahwin ini akan memberi kesan kepada rumah tangga individu tersebut. Hal ini demikian kerana golongan ini sanggup bertindak di
25

luar batasan seperti meninggalkan suami dan anak semata mata untuk hidup bersama pasangan pengkid mereka. Beberapa tahun dahulu media massa dan elektronik pernah memaparkan tindakan seorang suri rumah yang telah berkahwin selama 7 tahun telah lari meninggalkan suami dan 2 orang anaknya untuk meneruskan gaya hidup songsangnya bersama kekasih pengkidnya. Tindakan mereka ini dianggap sebagai tindakan yang tidak bermoral kerana meruntuhkan institusi perkahwinan yang merupakan sebuah ikatan yang suci dan memilih jalan hidup yang songsang dan haram di sisi agama. Perbuatan golongan ini juga menjatuhkan maruah keluarga mereka sendiri. Ahli keluarga semestinya merasa malu sekiranya ada diantara ahli keluarga mereka yang terlibat dengan gejala seks songsang ini. Jiran jiran dan masyarakat sekeliling tentunya akan memandang serong kepada mereka disebabkan tindakan salah seorang dari ahli keluarga tersebut. Tindakan golongan ini yang tidak memikirkan perasaan dan maruah keluarga akan menyebabkan hubungan kekeluargaan akan terjejas. Gejala pengkid yang semakin berleluasa ini jika tidak dikawal akan menyebabkan manusia lari dari sistem perkahwinan. Perkahwinan merupakan ikatan yang suci terpatri diantara dua hati yang berlainan jantina. Bagi golongan pengkid yang bernafsu kepada golongan wanita mereka tidak akan berkahwin. Hal ini demikian kerana perkahwinan merupakan salah satu hukum untuk menghalalkan hubungan di antara lelaki dan wanita, bagi golongan pengkid mereka boleh memuaskan nafsu masing masing tanpa perlu berkahwin kerana naluri dan keinginan nafsu seks mereka adalah pada kaum wanita. Golongan ini akan tinggal sebumbung bersama pasangan masing masing tanpa perlu merasa takut kerana mereka mempunyai jantina yang sama dan tidak perlu berkahwin seperti pasangan normal yang lain. Jelaslah menunjukkan bahawa golongan ini akan lari dari sistem perkahwinan yang sah. Tindakan golongan ini yang lari dari sistem perkahwinan akan menyebabkan terputusnya nasab keturunan mereka. Perhubungan sesama jenis tidak dapat menghasilkan zuriat. Oleh yang demikian mereka tidak dapat memperkembangkan keturunan mereka dan nasab keturunan mereka akan terputus disebabkan tindakan mereka yang memilih jalan hidup yang songsang ini. Kesan kepada Masyarakat Selain itu gejala pengkid juga akan mendatangkan kesan kepada masyarakat. Memusnahkan kekuatan moral masyarakat iaitu masyarakat Islam dikenali dengan masyarakat yang
26

mengamalkan adat ketimuran dan mempunyai moral yang baik. Wujudnya gejala pengkid ini akan menyebabkan pandangan masyarakat lain kepada masyarakat Islam berubah dan sekaligus menjatuhkan maruah masyarakat. Tindakan segelintir anggota masyarakat menyebabkan seluruh institusi masyarakat mendapat kesan. Gejala pengkid ini juga mencerminkan kemunduran masyarakat. Hal ini demikian kerana gejala ini juga diharamkan di negara negara lain kecuali negara negara maju seperti Amerika, Singapura dan sebagainya. Wujudnya gejala seperti ini di Malaysia mencerminkan kemunduran masyarakat di kalangan masyarakat negara lain yang juga mengharamkan seks sesama jenis yang jelas terpesong ini.

6.3 LANGKAH LANGKAH MENGATASI GEJALA PENGKID Gejala pengkid yang semakin berleluasa ini harus diatasi dengan segera supaya generasi muda kita tidak terus terjerumus ke lembah hina ini. Langkah - langkah mengatasi harus diambil segera supaya negara dapat melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ibu bapa, guru, pihak sekolah, masyarakat dan kerajaan harus menggembleng tenaga bersama - sama untuk menyelamatkan golongan ini. Peranan Ibu Bapa
27

Anak merupakan anugerah berharga daripada Allah s.w.t. Lahirnya mereka ke dunia ibarat kain putih, ibu bapalah yang harus mencorakkan kehidupan anak anak dengan didikan yang betul. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan kehidupan anak anak, seharusnya sejak dari kecil anak- anak perlu dididik supaya mencintai kebaikan dan didikan agama yang kuat perlu diterapkan dalam diri mereka, supaya mereka tahu perkara yang haram dan halal dalam agama masing masing. Keperibadian dan sahsiah anak - anak haruslah dibentuk berlandaskan pegangan agama supaya mereka tidak bertindak di luar landasan agama. Ibu bapa juga harus dekati dan selami perasaan anak anak dan harus mengambil kira perasaan mereka dalam membuat keputusan di usia remaja. Dalam membuat keputusan ibu bapa harus mengamalkan cara asuhan autoritatif di mana mereka membentuk tingkah laku anak anak mengikut kebolehan diri mereka dan pada masa yang sama menyatakan harapan atau tingkah laku yang mereka harapkan dicapai oleh anak - anak. Ibu bapa juga harus menggunakan pendekatan psikologi sekiranya ada di antara anak mereka yang cenderung mempunyai perwatakan seperti tomboy sebelum mereka terjebak dalam gejala pengkid. Khidmat kaunseling dari pakar pakar psikologi dapat membantu anak ini supaya tidak mengalami kecelaruan gender dan perlu mendekatkan dirinya dengan didikan agama. Selain itu, bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang terjebak dalam gejala ini di peringkat awal perlulah memisahkan mereka daripada kawan kawan seamalannya. Pindahkan mereka ke tempat lain yang mempunyai persekitaran yang selamat supaya mereka tidak berpeluang mengulangi perbuatan yang sama lagi. Pergerakan mereka juga harus dipantau dari semasa ke semasa. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang telah terlibat dalam gejala yang tidak bermoral ini secara serius mereka haruslah mendekati dan membimbing anak mereka kembali ke pangkal jalan. Tindakan ibu bapa yang menyisihkan atau menghalau anak mereka dari rumah akan memburukkan lagi keadaan. Peranan Guru dan Pihak Sekolah Selain daripada ibu bapa, guru dan pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini. Gejala pengkid yang kebiasaannya bermula di peringkat sekolah menengah seperti di sekolah berasrama dan sekolah perempuan memerlukan pemerhatian guru yang serius untuk mengatasi gejala songsang ini. Guru perlu bersikap terbuka dan fleksibal dalam membicarakan isu berkenaan pendidikan seks di sekolah. Kebiasaannya, guru tidak suka membicarakan hal hal berkaitan pendidikan seks ini mungkin kerana faktor malu. Bagi mengatasi masalah ini guru perlu bersikap terbuka dengan
28

pelajar dalam membicarakan hal hal yang berkaitan. Pembelajaran mengenai seks, hanya terdapat dalam silibus mata pelajaran sains dan biologi sahaja dan pelajar hanya didedahkan ketika sesi pembelajaran ini sahaja. Untuk mengatasi masalah ini guru mata pelajaran lain juga perlu bersikap terbuka dalam membicarakan isu seperti ini dengan pelajar. Hal ini demikian kerana sekiranya guru sentiasa memberi pendedahan tentang isu ini, pelajar akan dapat mengetahui baik dan buruk gejala tersebut, mereka juga berpeluang untuk menyatakan pendapat dan bertanya kepada guru tentang sesuatu perkara yang mereka ingin ketahui. Guru juga harus mendekati dan cuba selami tingkah laku pelajar mereka, supaya mereka dapat mengesan sekiranya ada di antara pelajar mereka yang terjebak dalam gejala gejala yang tidak sihat. Sekiranya guru dapat mengesan pelajarnya terjebak dalam gejala ini pendekatan psikologi boleh digunakan iaitu dengan membawa pelajarnya berjumpa kaunselor di sekolah dan perlulah sentiasa memantau tingkah laku pelajar ini. Seterusnya pihak sekolah juga harus memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah di kalangan pelajar ini. Pihak sekolah boleh menganjurkan program program berbentuk keagamaan seperti kem motivasi dan sebagainya. Dalam program ini pihak sekolah bolehlah memasukkan modul modul berkaitan keagamaan dan ceramah motivasi yang dapat memberi kesedaran kepada pelajar pelajar tentang gejala gejala yang tidak sihat. Peranan Kerajaan Pada 23 0ktober 2008 Majlis Fatwa Kebangsaan telah mngeluarkan fatwa yang mengharamkan hubungan seks sesama jenis bagi wanita iaitu pengkid. Namun begitu Maklum balas yang diterima dari masyarakat dan golongan pengkid amat mengecewakan. Badan bukan kerajaan iaitu pihak NGO dan segelintir masyarakat memberi kritikan pedas ke atas fatwa yang di keluarkan oleh MFK itu. Tindakan segelintir golongan ini memberi gambaran seolah olah tindakan golongan pengkid ini tidak salah dan di sokong oleh sesetengah pihak. Untuk mengatasi masalah ini kerajaan perlu mengambil pendekatan undang undang. Undang undang khusus untuk sabitkan kesalahan ke atas wanita yang mengubah dirinya menjadi seperti lelaki mengikut undang undang syariah perlu diwujudkan. Jika pendekatan undang undang tidak diambil, usaha untuk mengatasi masalah ini agak sukar kerana golongan ini boleh bertindak sesuka hati kerana tiada undang undang yang dapat
29

mendakwa segala tindakan mereka. Undang undang syariah bagi golongan mak nyah dan gay telah diwujudkan, jadi untuk memerangi golongan pengkid ini undang undang syariah perlu diwujudkan. Seterusnya Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga juga perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi gejala ini. Pihak kementerian ini perlu megadakan kempen Selamatkan Wanita dan Keluarga supaya ahli keluarga dan masyarakat samasama membuka mata membanteras gejala yang tidak sihat ini. Pihak kementeriaan juga boleh mengadakan program berbentuk ceramah yang dapat memberi panduan dan pendekatan kepada ibu bapa dalam mengatasi masalah ini. Peranan Masyarakat Masyarakat juga harus memainkan peranan yang penting dalam mengatasi gejala pengkid yang kian berleluasa ini. Masyarakat harus membuka mata dan bersama sama mengembleng tenaga membawa golongan pengkid ini kembali ke pangkal jalan. Antara langkah langkah yang boleh diambil oleh masyarakat bagi mengatasi gejala ini ialah sentiasa memberi perhatian serius terhadap gejala ini. Masyarakat sekeliling tidak boleh memandang enteng perlakuan golongan remaja ini sebaliknya mereka harus mengambil tindakan supaya masalah ini dapat di atasi. Pandangan msyarakat pada golongan ini juga harus diubah. Masyarakat tidak boleh memandang hina dan membuat diskriminasi ke atas golongan ini. Sekiranya anggota masyarakat terus bersikap seperti ini masalah ini sukar diatasi malah akan menjadi bertambah rumit. Masyarakat harus bijak memainkan peranan untuk membawa remaja remaja ini kembali ke pangkal jalan. Mereka harus cuba mendekati golongan ini supaya mereka tidak merasa tersisih dan lama - kelamaan mereka dapat menjalani kehidupan normal seperti individu lain.

7.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, Teori Psikoanalisa atau Teori Psikoseksual ini adalah suatu teori yang membincangkan personaliti remaja berbeza pada setiap tahap. Terdapat beberapa komponen iaitu id, ego dan superego yang mana ketiga-tiga ini mempunyai sifat yang berlainan disetiap tahap. Seperti yang diterangkan id ialah sifat yang paling tersorok didalam
30

tahap tidak sedar individu, ego ialah sifat separuh sedar manakala superego pula ialah sifat yang terbaik di dalam diri manusia yang sentiasa ingin ditunjukkan oleh individu. Manakala lima tahap yang telah dibincangkan ialah tahap oral (0-18 bulan), anal (2-4 tahun), falik (3-7 tahun), latensi (6-11 tahun) dan genital (12 tahun keatas). Di dalam perbincangan, isu pengkid telah dikupas, di mana fenomena ini sering berlaku pada tahap latensi. Pada tahap ini, naluri seks adalah dominan. Kanak-kanak meluang lebih masa dalam aktiviti sekolah, hobi baru dan aktiviti sukan serta bergaul atau membina hubungan rapat dengan rakan daripada jantina yang sama. Pada tahap inilah permulaan bagi gejala yang tidak bermoral akan berkembang sekiranya pihak-pihak tertentu terutamanya ibu bapa dan keluarga tidak bertindak segera mengekang naluri tersebut daripada terus berkembang. Antaara gejalagejala lain yang turut berkembang pada tahap ini ialah homoseksual, lesbian, bohsia, transeksual. Oleh yang demikian, teori Psikoanalisa atau teori Psikoseksual oleh Sigmund Freud ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam mengenali perkembangan kanak-kanak sehingga mereka dewasa. Dalam teori ini, banyak pengetahuan yang boleh dipelajari dalam menangani isu-isu gejala yang tidak sihat agar dapat ditangani dan dibanteras dengan segera terutamanya ibu bapa dan keluarga.

8.0 BIBLIOGRAFI Atan Long. (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Fiest and Fiest. (2002). Cognitive Development in Adulthood Personaliti : A Fifth Science View Reading, MA : Aidilson-Wesley. H. Jalaluddin. (2005). Psikologi Agama.Jakarta : PT RajaGrafindo Persada. Hairunnaja Najmuddin. (2003). Memahami dan Bimbingan Remaja Nakal. Pahang : PTS
31

publication & Distributors Sdn. Bhd. Jas Laile Suzana Jaafar. (2002). Psikologi Kanak-kanak & Remaja. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahmood Nazar Mohamed. (1992). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhd. Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd. Tamin. (1980). Psikologi Remaja. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah. (2009). Pembelajaran dan Pekembangan Pelajar. Shah Alam :Oxford Fajar Sdn. Bhd. Sanmtrock, J.W. (2007). Educational Psycology. New York : McGrawHill Inc.

Sumber Internet Diambil pada : 17 Ogos 2009 Hil4ry.Wordpress.com//teori_psikoseksual_dari_Sigmund_Freud/. Diambil pada : 17 Ogos 2009 Psikologi_freud_fies.blogspot.com Diambil dari : 18 Ogos 2009 Images.irwanuryana.multiply.com

32

Anda mungkin juga menyukai