Anda di halaman 1dari 17

SAYA SAYANG IBU AYAH

UMMI KALTHOM BINTI ABDULLAH

DALIL WAJIB BERADAB KEPADA IBU BAPA


Ertinya''Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya,ibunya telah megandungkanya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan( dari awal mengandung hingga akhir menyusuinya)dan tempoh menceraikan susunya dalam masa 2 tahun.(Dengan demikian bersyukurlah kepadaKu dan kedua-dua ibu bapamu dan ingatlah kepada Aku jualah tempat kembali.(untuk menerima balasan)''.
(Surah Lukman, ayat 14)

Apabila matinya seseorang anak adam itu maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah yang berkekalan, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh terhadap kedua ibu bapanya. video 1

ADAB ADAB TERHADAP IBU BAPA

Maksud Adab kepada Ibu bapa Bersopan santun kepada ibu bapa dalam pertuturan, perbuatan dan tingkah laku.

10. ADAB TERHADAP IBU BAPA

1. Mendoakan keampunan kepada kedua ibu bapa.

17 : 24
Dan rendahkan dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah Wahai Tuhanku, sayangilah keduanyanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil. video

2. Taat kepada mereka kecuali perkara yang ditegah oleh syara.

3. Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya.

4. Segera menjawab panggilan mereka.

5. Bertutur bersama mereka dengan penuh beradab.

17 : 23
Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia, dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah sorang diantara keduanya atau kedua duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali kali jangan engkaulah mengatakan kepada keduanya perkataan ah dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.

6. Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang dikehendaki oleh keduanya (mengikut kemampuan ). video 2

7. Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau waktuwaktu yang munasabah.

8. Memohon kepada Allah SWT, supaya mereka mendapat kesejahteraannya di dunia dan akhirat.

9. Selalu menziarahi kubur mereka setelah mereka meninggal dunia disamping menghadiahkan kepada mereka bacaan ayat Al-Quran, tahlil dan sebagainya.

10. Berbincang dengan mereka setiap masalah yang mereka hadapi dan jangan merahsiakan sesuatu daripada mereka.

SEKIAN TERIMA KASIH. INSYAALLAH BERTEMU LAGI DI LEMBARAN YANG BARU. MOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI. AMINN.

Anda mungkin juga menyukai