Anda di halaman 1dari 6

Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada:

kata seru kata tanya


kata perintah kata pembenar kata pangkal ayat

Tugas: untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengeyaan atau penerang kepada pangkal klausa.

Berfungsi melahirkan pelbagai perasaan. Digunakan untuk membentuk ayat seruan. Contoh kata seru:

Aduh Amboi

Cis Oh

Celaka Eh

Wah Syabas

Wahai

Aduhai

Contoh penggunaan dalam ayat:


Aduh, sakitnya tanganku! Cis, berani dia menentangku! Celaka, habis tanamanku dimusnahkannya! Amboi, mahal betul kereta itu! Wah, cantiknya baju dia! Wahai anak anakku, berbaktilah kepada negara! Aduhai, malangnya nasibku!

Digunakan untuk menanyakan sesuatu. Hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Contoh:
Mengapa Berapa Bila Bagaimana

Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan disertai dengan partikel kah.

Contoh penggunaan dalam ayat:


Harga barang itu berapa? Merka sampai bila? Kesihatannya sekarang bagaimana? Berapakah harga barang itu?

Ada tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan juga sebagai kata tanya iaitu apa, siapa, dan mana. Contoh:
Yang datang semalam siapa? Baju baharu saya mana? Yang di dalam kotak itu apa? Siapakah yang datang semalam?

Anda mungkin juga menyukai