Anda di halaman 1dari 5

3/26/13

Kelebihan kambing Jamnapari Pembekal kambing Malaysia

Pembekal kambing Malaysia


Just another WordPress.com weblog

Kelebihan kambing Jamnapari

(http://segiternak.files.wordpress.com/2008/07/sany23815b35d1.jpg) Memandangkan permintaan terhadap daging dan baka kambing cukup tinggi di Malaysia pada masa kini, projek penternakan ini merupakan satu projek yang berpotensi tinggi untuk di maju dan di usahakan. Setiap baka kambing mempunyai kelebihan dan juga kelemahannya, samaada ianya Jamnapari, Boer, Saanen, Katjang mahupun Biri Biri. Namun apa yang perlu di utamakan adalah sistem penternakan dan pengurusan yang baik. Malaysia yang berkeadaan cuaca panas dan lembab sepanjang tahun akan meningkatkan lagi masalah ternakan terdedah kepada jangkitan bakteria, infestasi cacing dan kutu serta jangkitan kuman fungus. Adalah penting untuk mendapatkan baka yang tahan lasak dan dapat mengadaptasi kepada keadaan ini dengan baik ataupun dapat melakukan perkahwinan silang dengan baka tempatan bagi meningkatkan lagi daya ketahanan ternakan terhadap penyakit. Dengan alasan inilah maka pihak Segi Ternak Sdn Bhd telah memulakan penternakan kambingnya dengan jenis Jamnapari sahaja dahulu memandangkan jenis ini mempunyai daya adaptasi dan ketahanan yang tinggi terhadap penyakit dan kelebihannya menyesuaikan diri pada
segiternak.wordpress.com/2008/07/29/kelebihan-kambing-jamnapari/ 1/5

3/26/13

Kelebihan kambing Jamnapari Pembekal kambing Malaysia

persekitaran iklim di Malaysia memandangkan secara semulajadinya ianya di ternak di kawasan beriklim khatulistiwa. Kelebihan Jamnapari ini juga adalah: - Pembiakannya berkembang dengan pantas dan efisien iaitu 2 kali setahun dengan purata 2 ekor anak setiapkali kelahiran malah berupaya melahirkan sehingga 4 ekor anak dalam satu masa. - Matang ketika berumur 6 bulan dan pada usia 10 bulan sudah boleh mengawan. - Saiznya besar dan berat. Berat dewasa puratanya adalah 36 65 kg seekor dan boleh mencapai sehingga ke tahap 100 kg keatas. - Boleh di jual sewaktu umur 6 bulan (berat 20kg) samada untuk pembakaan atau penyembelihan. - Pertumbuhan berat badan adalah tinggi iaitu antara 4 hingga 6 kg sebulan. - Kadar kematian rendah = anak < class=post-author> Ditulis oleh Pembekal kambing Malaysia untuk http://www.segiternak.blogspot.com (http://www.segiternak.blogspot.com) Posted by Pembekal Kambing Malaysia at 9:16 AM (http://segiternak.blogspot.com/2008/07/kelebihan-kambing-jamnapari.html) 0 comments (http://www.blogger.com/comment.g? blogID=270528613115919494&postID=5653266541368267249) (http://www.blogger.com/emailpost.g?blogID=270528613115919494&postID=5653266541368267249) (http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=270528613115919494&postID=5653266541368267249)

Pemakanan (http://segiternak.blogspot.com/2008/07/pemakanan.html)
Ternakan yang sihat memerlukan pemakanan yang seimbang dan mencukupi setiap masa. Di antara makanan yang penting ialah: Garam galian * perlu untuk kesihatan yang baik terutama kambing yang bunting dan sedang membesar *jenis garam yang biasa diberi ialah garam biasa, garam jilat, tepung tulang atau garam komersial seperto phoshrich * garam diletak dalam bekas atau digantung pada dinding Suppliment * suppliment atau makanan penguat adalah makanan tambahan yang dibuat dari dedak jagung, bungkil kelapa dan hampas tauhu * contoh suppliment ialah 2 bahagian dedak jagung: 1 bahagian dedak halus: 1 bahagian hampas kelapa. * suppliment komersial berbentuk pellet * suppliment penting sebagai makanan tambahan untuk kambing yang bunting, menyusu serta anak-anak kambing yang sedang membesar

segiternak.wordpress.com/2008/07/29/kelebihan-kambing-jamnapari/

Rumput dan kekacang

2/5

3/26/13

Kelebihan kambing Jamnapari Pembekal kambing Malaysia

Rumput dan kekacang * merupakan sumber air dan serat yang baik * ia dapat merangsang kecekapan sistem penghadaman * seekor kambing dewasa memerlukan 4-5 kg rumput basah sehari * rumput yang disyorkan seperti guinea, rumput setaria dan kekacang * tumbuhan tempatan seperti daun mengkudu, daun turi, daun pisang muda juga digemari oleh kambing Air * air penting untuk pembiakan kambing * air bersih perlu disediakan sepanjang waktu * cuaca yang panas akan menggalakkan pengambilan air yang lebih terutama kambing baka susu Ditulis oleh Pembekal kambing Malaysia untuk http://www.segiternak.blogspot.com (http://www.segiternak.blogspot.com) Posted by Pembekal Kambing Malaysia at 9:10 AM (http://segiternak.blogspot.com/2008/07/pemakanan.html) 0 comments (http://www.blogger.com/comment.g? blogID=270528613115919494&postID=2394828693048159492) (http://www.blogger.com/emailpost.g?blogID=270528613115919494&postID=2394828693048159492) (http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=270528613115919494&postID=2394828693048159492)

Sistem Ternakan (http://segiternak.blogspot.com/2008/07/sistem-ternakan.html)


Sistem Tambat *kambing diikat pada kayu atau pokok dengan tali kira-kira 3 mpanjang. *kambing perlu dipindah sekurang-kurangnya sekali sehari untuk mempastikan ia mendapat cukup rumput segar *sebelah malam, kambing diletak di tempat terlindung atau dalam kandang khas serta dibekalkan air, makanan tambahan tidak diperlukan *tempat mengikat sebaik-baiknya digilirkan untuk mengelak timbulnya penyakit terutama parasit seperti cacing Sistem Bebas *biasanya kambing diternak dalam bilangan yang kecil iaitu sekitar 5-20 ekor *kambing-kambing dibiarkan bebas mencari makanan sendiri seperti tumbuh-tumbuhan dan rumput-rampai. *ia dilepaskan pada waktu pagi dan dimasukkan ke dalam kandang pada waktu petang

segiternak.wordpress.com/2008/07/29/kelebihan-kambing-jamnapari/

Sistem Kandang/Intensif

3/5

3/26/13

Kelebihan kambing Jamnapari Pembekal kambing Malaysia

Sistem Kandang/Intensif *kambing dipelihara dalam kandang sepenuh masa *sekali-sekala dibawa keluar untuk pendedahan kepada cahaya matahari bagi menggalakkan kesuburan, tumbesaran dan kesihatan yang baik *kambing tidak dapat merayau merata-rata tempat dan ini memudahkan pengurusan Ditulis oleh Pembekal kambing Malaysia untuk http://www.segiternak.blogspot.com (http://www.segiternak.blogspot.com) About these ads (http://en.wordpress.com/about-these-ads/)

July 29, 2008 - Posted by segiternak | Uncategorized No comments yet.

Latar Belakang
Segi Ternak Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat Bumiputra yang mengimport, menternak dan membekal kambing baka dan daging. Sejak akhir tahun 2007 hingga kini kami telah mengimport lebih 1000 ekor kambing Jamnapari (Etawah) dan Jamnapari Cross bagi memenuhi permintaan dan kehendak pasaran semasa. Kini kami mampu mengimport pelbagai jenis kambing baka dan daging segar dalam jumlah kuantiti kecil atau besar pada harga yang sangat berpatutan. Matlamat utama syarikat adalah untuk menjadi antara pembekal ternakan kambing baka dan daging dengan rangkaian pemasaran di seluruh daerah Negeri Johor Darul Takzim khususnya, mahupun keseluruh Negara Malaysia amnya. Perkhidmatan Ditawarkan 1) Menternak dan menjual baka kambing jenis Jamnapari, Boer Cross & Biri-biri Ekor Gemuk 2) Membekal kambing untuk aqiqah dan qurban 3) Membekal daging kambing untuk pasaran
segiternak.wordpress.com/2008/07/29/kelebihan-kambing-jamnapari/ 4/5

3/26/13

Kelebihan kambing Jamnapari Pembekal kambing Malaysia

4) Menjual Tinja Kambing (Harga boleh dirunding) 5) Memberi khidmat nasihat perternakan dan sistem pengurusan 6) Menyediakan perkhidmatan dan nasihat bagi membina kandang ternakan Pejabat Pengurusan Segi Ternak Sdn. Bhd. ( 771275 U ), 09-01, Susur Larkin Perdana 1, Persiaran Larkin Perdana, 80350 Johor Bahru. Tel No. 07-2343400 Fax No. 07-2321400 Emel:segiternak@yahoo.com

Site info
Pembekal kambing Malaysia Theme: Andreas04 by Andreas Viklund. Blog at WordPress.com.

segiternak.wordpress.com/2008/07/29/kelebihan-kambing-jamnapari/

5/5

Anda mungkin juga menyukai