Anda di halaman 1dari 3

http://psksksd.blogspot.com/2010/02/kenali-perayaan-kaum-cinasambutan.

html KENALI PERAYAAN KAUM CINA- SAMBUTAN TAHUN BARU CINA


Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.

Haiwan Dahan bumi Tikus Lembu Arnab Naga Ular Kuda Kambing Monyet Ayam Anjing Khinzir z chu mo chn s w wi shn yu x hi

Tarikh 19 Februari 1996 7 Februar 2008 7 Februari 1997 28 Januari 1998 5 Februari 2000 24 Januari 2001 1 Februari 2003 22 Januari 2004 9 Februari 2005 29 Januari 2006 26 Januari 2009 14 Februari 2010 23 Januari 2012 10 Februari 2013 19 Februari 2015 8 Februari 2016 28 Januari 2017 16 Februari 2018

Harimau yn

16 Februari 1999 3 Februari 2011

12 Februari 2002 31 Januari 2014

18 Februari 2007 5 Februari 2019

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina. MITOS DISEBALIK SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nin () ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 12 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Gu nin (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ), yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".[1][2]

SAMBUTAN PERAYAAN

Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga saudaramara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin

Sumber : Wikepedia

Anda mungkin juga menyukai