Anda di halaman 1dari 8

WAJ3105: LITERASI NOMBOR TESELASI: WAJAH LELAKI BERSONGKOK Apa itu Teselasi?

Dalam terminologi geometri, teselasi adalah corak yang berulang pada sesuatu bidang dan kebiasaannya adalah hasil susunan bentuk-bentuk poligon (Kay, hal.245) yang disusun menyerupai susunan jubin pada lantai, corak pada kain batik dan sebagainya. Susunan corak yang berulang ini biasanya tidak bertindih di antara satu corak dengan corak yang lain ataupun tidak mewujudkan jurang antara corak (sila rujuk Rajah A).

Rajah A: Berbagai corak teselasi

Daripada bentuk poligon yang asas, kita boleh mencorakkan bentuk segiempat, segi tiga dan sebagainya kepada corak-corak yang lebih kreatif dengan melakukan translasi (Rannuci, hal. 40, 49) bahagian pada corak yang berkenaan dan memindahkan paten corak ke bahagan lain (seperti Rajah B).

Rajah B: Teselasi yang ditranslasi

Selain

corak-corak

geometri,

teselasi

juga

boleh

dihasilkan

dengan

menggunakan wajah manusia, haiwan, unggas, tumbuhan dan sebagainya

WAJ3105: LITERASI NOMBOR TESELASI: WAJAH LELAKI BERSONGKOK Sebagai memperjelas dan memperlengkapkan kefahaman saya terhadap teselasi ini, maka saya akan menghasilkan satu teselasi bertajuk Wajah Lelaki Bersongkok. Saya bermula dengan corak geometri yang asas iaitu segi empat sama. Berikut adalah langkah kerja teselasi wajah Lelaki Bersongkok.

Langkah 1 Lakar sebuah segi empat sama seperti pada Rajah 1 sebelah.
A B

Rajah 1 Langkah 2 Lakar satu garisan lurus pada dalam petak di sebelah atas. Lihat Rajah 1.
A B

Rajah 2

WAJ3105: LITERASI NOMBOR TESELASI: WAJAH LELAKI BERSONGKOK Langkah 3 Lakar garisan lengkok pada sisi kanan seperti tertera pada rajah 2 dan namakan ia sebagai Paten A Paten A

Rajah 3 Langkah 4 Pindahkan Paten A ke sisi yang bersetentangan. Maka kita telah mewujudkan Paten B. Lihat Rajah 4. Paten B Paten A

Rajah 4 Langkah 5 Lakar satu garisan lengkok di tapak atas seperti pada Rajah 5 dan namakan ia sebagai Paten C. Paten C

Rajah 5

WAJ3105: LITERASI NOMBOR TESELASI: WAJAH LELAKI BERSONGKOK Langkah 6 Pindahkan Paten C ke tapak bawah. Maka kita telah mewujudkan Paten D. Lihat Rajah 6. Paten C

Paten D Rajah 6 Langkah 7 Hasil daripada translasi Paten A, B, C dan D tadi maka kita dapat menbentuk wajah lelaki bersongkok seperti yang tertera pada Rajah 7. Tambahkan garisan rambut dan bentuk mata.

Rajah 7 Langkah 8 Warnakan wajah lelaki bersongkok dengan warna yang mengikut citarasa kita. Rujuk Rajah 8.

Rajah 8

WAJ3105: LITERASI NOMBOR TESELASI: WAJAH LELAKI BERSONGKOK Langkah 9 Salin wajah lelaki bersongkok seperti pada Rajah 9.

Rajah 9 Langkah 10 Cantumkan kedua-dua wajah tersebut. Maka kita telah membentuk satu teselasi. Lihat Rajah 10.

Rajah 10

Gambarajah di bawah adalah pelengkap satu bentuk teselasi bertajuk Wajah Lelaki Bersongkok.

WAJ3105: LITERASI NOMBOR TESELASI: WAJAH LELAKI BERSONGKOK

Rajah 11

Refleksi

WAJ3105: LITERASI NOMBOR TESELASI: WAJAH LELAKI BERSONGKOK Proses kerja menyiapkan satu teselasi bertajuk Wajah Lelaki Bersongkok adalah satu pengalaman baru kepada saya. Walau bagaimanapun saya telah mendapat banyak ilham ketika menjalankan proses kerja ini.

Pada saya pembelajaran dan pengajaran Matematik di dalam bilik darjah kini bukan hanya mengajar murid-murid dengan nombor, operasi asas, penyelesaian masalah dan sebagainya. Untuk mencapai keseronokan dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik, pengenalan kemahiran teselasi adalah satu usaha bijak untuk memastikan daya tarikan murid-murid terhadap pembelajaran Matematik. Pada dasarnya, kita belum lagi mengesahkan punca kelemahan murid-murid dalam Matematik dan keadaan ini berterusan sehingga masakini. Justeru setelah menjalankan tugasan teselasi ini, beberapa penemuan telah saya perolehi. Dengan memperkenalkan pembelajaran teselasi murid-murid akan mendapat satu dimensi baru bahawa Matematik adalah berunsur rekacipta. Selain itu ia juga satu proses kemahiran manipulatif.

Sebagai rumusan, guru-guru Matematik harus mengambil iktibar untuk menyerapkan pembelajaran kemahiran teselasi ketika mengajar Matematik.

Rujukan

Buku

WAJ3105: LITERASI NOMBOR TESELASI: WAJAH LELAKI BERSONGKOK 1) Kay, David C., (1994). College Geometry A Discovery Approach . New York, Harper Collins College Publishers,

Laman web:1) Census data revisited.(n.d). Retrieved August, 2011 from :types of tessellation website, http://mathforum.org/sum95/suzanne/whattess.html 2) Census data revisited.(n.d). Retrieved August, 2011 from tessellation website, http://www.tessellation.com/tessellations /index.html

Anda mungkin juga menyukai