Anda di halaman 1dari 5

TAJUK : PASAK SEJARAH HAJI MOHAMMAD RAMZI BIN NANYAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SANGLANG 06150 AYER HITAM,

KEDAH DARUL AMAN 019-4406740 / 04-7949475 ramzinan@gmail.com

1.

Abstaract

Kegagalan pelajar dalam menjelaskan konsep sejarah menyebabkan mereka tidak mampu menyenaraikan kronologi dan pembahagian masa yang perlu ada pada setiap pelajar untuk mempelajari sejarah. Hasil kajian daripada ujian dan peperiksaan, didapati seramai 5 pelajar masih sukar menjawab dengan tepat konsep pembahaigan masa sepeti kurun, sumber sejarah dan arkeologi. Walau bagaimana pun melalui langkah Pasak Peta, Pasak Minda dan Pasak Hati seramai 11 pelajar telah melepasi angka 50 % markah dalam peperiksaan akhir tahun.

2. Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah dianggap mata pelajaran yang membosankan kerana pelajar kekurangan maklumat dan nilai ekonomi. Kekurangan tumpuan menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab soalan sejarah dengan baik dan berkesan. Hasil keputusan latihan, ujian topikal dan peperiksaan pertengahan tahun, didapati pelajar tidak mencapai sasaran yang ditetapkan dalam ETR PMR sejarah di peringkat sekolah.

3. Fokus Kajian Hasil peperiksaan pertengahan tahun, seramai 16 pelajar daripada 30 pelajar di Tingkatan 3A1, mencapai keputusan di bawah 50%. Pelajar gagal menjawab dengan tepat konsep berkaitan dengan kronologi, pembahagian masa seperti zaman, tahun, kurun, dan tarikh. Pelajar juga sukar mengenali tokoh dan peristiwa yang berkaitan dengannya. Dapatan menunjukkan pelajar lemah dalam mengingati sesuatu peristiwa dalam jangka masa yang lama. Tumpuan berfokus kepada kelemahan mengingati dan membaiki memori daya tahan pelajar.

4. Objektif Objektif Umum Meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah dan mengingati konsep asas dalam mata pelajaran sejarah. Objektif Khusus i) ii) iii) Pelajar dapat mengingat konsep asas sejarah Pelajar dapat menyenaraikan kronologi peristiwa sejarah. Pelajar dapat memahami konsep pembahagian masa.

5. Kumpulan Sasaran Kesemua 30 pelajar Tingkatan 3A1 dengan berfokus kepada 16 pelajar yang kurang mendapat markah 50% ke atas.

6. Melaksanakan Tindakan 6.1 Tinjauan Masalah Hasil latihan, ujian topikal dan peperiksaan pertengahanar tahun menunjukan kesukaran pelajar memahami dan mengingati konsep asas, kronologi dan peristiqwa sejarah. Hasil pemerhatian dan latihan, didapati masih terdpat 16 pelajar yang tidak berupaya melangkaui 50% markah yang ditetapkan. Ini kerana mereka mengalami kesukaran dalam mengenali dan mengembangkan potensi diri dalam subjek sejarah. 6.2 Analisis Tinjauan Masalah Berdasakran ujian bulanan dan peperiksaan pertengaan tahun, pelajar masih gagal melepasi 50% markah yang ditetapkan. Seramai 30 pelajar, hanya 16 pelajar yang belum mencapai tahap separa markah yang ditetapkan. Oleh itu, dapatan dari latihan bab demi bab dan ujian berkala yang dilalui adalah perlu pelajar ini diberi penekanan dalam memahmai konsep sejarah, kronologi dan tahap masa peristiwa yang terdapat dalam sejarah yang dipelajari di tingkatan 3.

6.3 Tindakan yang dijalankan a) Aktiviti 1: Pasak Peta Pelajar belajar mengenalpasti lokasi dalam peta Malaysia. Dengan cara ini pelajar akan mengingati di mana peristiwa itu berlaku berdasarkan kedudukan dalam peta tersebut. Kemudian pelajar akan menyiapkan peta untuk mengetahui kedudukan sejarah tersebut. Contoh: Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) yang terdiri daripada PAHANG, PERAK, SELANGOR dan NEGERI SEMBILAN. Bagi mengingati dengan tahap yang lama, pelajar akan menyebut PAK HANG ARAK NYAMOK DI JALAN. Peajar juga akan diajar kedudukan arah angin seperti Utara, Selatan, Barat, dan Timur untuk memudahkan pelajar menentukan kedudukan negeri dan wilayah yang terlibat dengan peristiwa sejarah. Pemerhatian Melalui kaedah ini, pelajar dapat mengingati perisitwa sejarah tersebut dengan agak lama. Pelajar mula tertarik dan membuat ayat sendiri untuk sesuatu peristiwa sejarah apabila disoaljawab. Pelajar mula rasa seronok dan berminat berdasarkan sinomin yang dianggap lucu tetapi menambah pengetahuan dengan jangka masa yang agak panjang. Malahan pelajar berminat melakar peta yang diberikan. Refleksi Aktiviti ini didapati mencapai objektif untuk menarik pelajar mengingati sesuatu peristiwa sejarah dengan memori yang lama. Walau bagaimanapun terdapat pelajar yang agak malu, sukar memahaminya kerana tidak tahu mnterjemahkan perkataan Pak Hang Arak Nyamok di jalan untuk menyebut Pahang Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. 90% pelajar telah memahami dengan jelas. Walau bagaimanapun pelajar dapat membezakan kedudukan negeri tersebut yang berada di Pantai barat, berdasarkan kefahaman kedudukan peta dan arah angin yang dilakarkan. b) Aktiviti 2 : Pasak Minda Guru mengenalpasti pelajar yang lemah mengingati peristiwa, kronologi dan fakta sejarah, dengan Teknik Pasak Minda, iaitu menukar perkataan kepada imej yang mudah disiman lama. Contoh agak sukar mengingat ciri-ciri Malayan Union 1946. Justeru itu, pelajar akan menukar ciri Malaya Union kepada imej di rumah atau di sekolah seperti 1. Gabungan Negeri-negeri Melayu kecuali singapura (Pagar), 2. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan (Pintu), 3. Gabenor (Ruang Tamu), 4. Kewarganegaraan (Ruang TV) 5. Raja-Raja Melayu (Bilik Mandi) 6. Pesuruhjaya Negeri (Tingkap) dan 7. Parlimen British (Lantai).

Pemerhatian Dengan teknik ini, didapati pelajar merasai kesukaran diperingkat awal kerana ia memerlukan teknik berulang-ulang untuk mendapat imej yang mudah difaham pelajar dengan fakta sejarah yang sebenar. Pelajar yang cerdik akan mudah mnegikutinya kecuali pelajar yang lemah minda mereka. Walau bagaimanapun, didapati pelajar seolah-olah menghafal fakta dan menukar imej dengan mudah secara berkumpulan. Refleksi Pelajar perlu kenal pasti imej yang hendak dibentuk. Fakta seperti senarai isi perjanjian akan menjadi mudah jika pelajar sudah kuasai kronologi perisitiwa dan kesan daripadanya. Teknik ini sesuai untuk pelajar yang sudah menguasai beberapa fakta dan kronologi penting dalam sumber sejarah.

c) Aktiviti 3 : Pasak Hati Kegagalan pelajar disebabkan sikap malas. Kemungkinan pelajar kurang motivasi, cepat bosan, tiada tarikan ekonomi dan tiada keperihatinan waris berbanding dengan subjek yang lain. Justeru pelajar perlu diberi suntikan hati dengan Teknik Pasak Hati iaitu menariik minat pelajar mempelajari sejarah. Melalui lawatan ke tempat bersejarah dan mengkaji bahan tinggalan lama seperti kuku kambing di rumah, dan memcerita kronologi sejarah warisan mereka, akan menyebaban pelajar meminati sejarah. Permerhatian Teknik ini sering dilakukan diperingkat sekolah tetapi tidak di bawa pelajar mendekati peristiwa sejarah mereka sendiri atau tempat sejarah yang mampu dilihat sendiri oleh pelajar. Lawatan ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang di Merbok, Kedah telah menarik minat pelajar apabila kesemua pelajar mengikuti lawatan tersebut. Dalam kelas pelajar rasa kepuasan bila menceritakan salasilah keluarga mereka. Mereka juga membawa bahan sejarah seperti kuku kambing ke sekolah untuk tunjukan kepada pelajar yang lain. Refleksi Teknik ini amat sesuai untuk pelajar diperingkat sekolah menengah rendah kerana mereka amat sukar untuk melawati tempat sejarah kecuali dengan lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Pelajar juga akan menonjolkan kehebatan sejarah keluarga mereka dan membawa sesuatu bahan sejarah yang sukar diperolehi seperti kuku kambing, gasing lama dan bahan yang dianggap tinggalan budaya.

6.4 Penilaian Berdasakran aktiviti yang telah dilalui, pelajar 3A1 telah mencapai 50% markah ke atas dalam peperiksasan Ujian Topikal 3 dan Pperiksaan Akhir Tahun, kecuali 5 pelajar yang masih gagal melepasi 50% markah. Walau bagaimanapun 5 pelajar tersebut masih ditahap lulus dan boleh dibaiki jika ada usaha yang berterusan. 6.5 Refleksi Kajian Kaedah ini perlu mengambil masa yag agak panjang dan secara berterusan untuk mendapat perbandingan markah yang lebih baik. Aktiviti Pasak Peta perlu diperluaskan meliputi peta dunia bukan sekadar peta Malaysia atau peta Asia Tenggara sahaja. Manakala aktiviti Pasak minda hendaklah dipraktik secara berterusan, dan aktiviti Pasak Hati dapat menarik minat pelajar mengenali sumber sejarah dengan memerhati sendiri seperti yang terdapat di Muzium Arkeologi Lembah Bujang. 7. Cadangan Kajian Seterusnya Kajian ini telah berjaya mencapai keseluruhan objektif umum dan khusus yang telah disenaraikan. Kajian ini perlu dilaksanakan bagi memastikan pelajar dapat menyimpan dan mengingati sumber sejarah yang dipelajari. Untuk kajian seterusnya pelajar perlu memahami mata pelajaran sejarah bukan sahaja untuk lulus dalam peperiksaan tetapi memahami budaya bangsa dan Negara setelah mereka meninggalkan bangku sekolah. 8. Rujukan

i) ii) iii)

Buku Sejarah KBSM Tingkatan 1,2 dan 3 Buku Seminar Kajian Tindakan Negeri Kedah 2006 Bahan Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Kedah

9. Lampiran Rujuk Peta Malaysia

Anda mungkin juga menyukai