Anda di halaman 1dari 6

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

SEKOLAH KEBANGSAAN TERUSAN BARU


SANDAKAN SABAH

KERTAS KERJA
SAMBUTAN MAULID AL-RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2009

1.0 Muqadimah

Rasulullah (SAW) merupakan nabi dan rasul yang terakhir diutuskan


oleh Allah (SWT) ke muka bumi bagi menjalankan visi dan misi yang
amat penting iaitu menyelamatkan manusia dari terjerumus ke
lembah durjana dan menyeru manusia untuk masuk ke alam
kenikmatan yang kekal buat selama-lamanya. Baginda memiliki
akhlak dan tingkah laku yang amat terpuji sehingga dipuji dan
diminati oleh mereka-mereka yang mengikuti baginda dan bagi
mereka-mereka yang memusuhi baginda. Atas pengorbanan dan
jasa baginda yang tidak terhingga ini sebagai umat Islam perlu
mengikuti jejak langkah baginda dan mengingati kelahiran dan sirah
survival kehidupan baginda yang budiman. Bertitik tolak daripada
perkara yang penting ini satu jawatankuasa pelajar di bawah
Persatuan Agama Islam Sekolah Kebangsaan Terusan Baru
Sandakan Sabah berhasrat mengdakan program seperti mana di
atas.

2.0 Objektif

2.1 Mengingatkan kembali sirah kehidupan nabi Muhammad SAW di


kalangan murid khususnya dan guru umumnya.
2.2 Memberi peluang kepada pelajar menunjukkan kebolehan dan
bakat yang ada dalam menjayakan program ini. .
2.3 Melatih murid dalam pengurusan berorganisasi dan membentuk
nilai-nilai murni sebagai generasi yang bakal menerajui pucuk
pimpinan dimasa hadapan
2.4 Membantu pelajar-pelajar sekolah meningkatkan motivasi dan
keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam bidang ekadamik
mahupun sosial dengan mengambil roh semangat perjuangan
nabi.

3.0 Tema

“RASULULLAH IKUTAN SEPANJANG ZAMAN”

4.0 Anjuran

Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Terusan Baru.

5.0 Perasmi

Cadangan Perasmi Majlis Maulid al-Rasul ialah:-


Yang Berusaha Encik Husin Bin Abdullah.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan Baru Sandakan.

6.0 Tarikh

10 Mac 2009 (Selasa)

7.0 Tempat
Program ini akan diadakan di Kelas Tahun 6 Sekolah Kebangsaan
Terusan Baru Sandakan Sabah.

8.0 Penyertaan

Program ini melibatkan semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan


Terusan Baru Sandakan Sabah.

9.0 Struktur Organisasi

(Sila lihat lampiran A)

11.0 Aturcara Program

(Sila lihat lampiran B)

12.0 Anggaran Belanjawan

(Sila lihat lampiran C)

13.0 Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga program ini dapat diluluskan


dan dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai objektif yang
digariskan dalam melahirkan murid yang cemerlang dari semua sudut
sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia
dan dengan maha pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan
yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan,
pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang
dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah
SWT.
Lampiran A

CARTA ORGANISASI
SAMBUTAN MAULID AL-RASUL 2009

AHLI MAJLIS TERTINGGI

PENGERUSI EN. HUSIN BIN ABDULLAH

TIMB. PENGERUSI ADAM BIN HENRY

SETIAUSAHA HUSZARUDIN BIN HAJI


HUSSIN

BENDAHARI HAISA ABD HAKIM

AHLI JAWATANKUASA PENYELARAS UNIT-UNIT

PENYELARAS PROGRAM SUFIAN BIN SHAH ARIFFIN

PENYELARAS TEKNIKAL JULKIPLI BIN ANDUL


PENYELARAS JAMUAN ZAIDAH BINTI MOHD NOOR

PENYELARAS CENDERAMATA NURAZLIN BINTI MAT NOR

PENYELARAS TUGAS-TUGAS KHAS SYED MOHD


KHAIRUDIN BIN SYED OMAR

PENYELARAS TEMPAT NORZAHRINA BINTI NORMAN

PENYELARAS PERSEMBAHAN AHMAD KHUZAIRI BIN SAID @


NAWANG

PENYELARAS KAWALAN MURID MOHD ZAMRI BIN ABD.


GHANI

Lampiran B

Aturcara Program

730 pagi : Semua murid dan guru mengambil tempat


masing-masing
745 pagi : Ketibaan perasmi dan penceramah
750 pagi : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
800 pagi : Bacaan Doa oleh Ustaz Huszarudin Bin Haji
Hussin
745 pagi : Bacaan ayat-ayat suci al-Quran daripada murid
800 pagi : Ucapan perasmian daripada guru besar
830 pagi : Persembahan pelajar
900 pagi : Ceramah oleh Yang Berbahagia ustaz Syed Mohd
Khairudin
930 pagi : Kuiz Sirah Rasul
1000 pagi : Selawat beramai-ramai
: Persembahan Nasyid
1030 pagi : Majlis bersurai

LAMPIRAN C

ANGGARAN PENDAPATAN

Peruntukan Panitia
RM 40.00

JUMLAH KESELURUHAN
RM 40.00
ANGGARAN BELANJAWAN

Cenderamata RM
25.00

Cenderamata penceramah RM 5.00 X 1 = RM 5.00


Cenderamata pelajar yang terlibat RM 1.00 X 20 = RM 20.00

Rencam dan Pengurusan RM


10.00

JUMLAH KESELURUHAN RM
35.00

Anda mungkin juga menyukai