Anda di halaman 1dari 10

HAKIKAT AKHLAK DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

PENDAHULUAN
Islam

Akhlak

Agama yang syumul

Syumul ( Akhlak Islam bersifat sejagat)

( Ajaran Islam bersifat Komprehensif,praktikal)

KESYUMULAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN MANUSIA


Maksudnya; ia meliputi setiap peringkat kehidupan
Ia bersifat universal mencakupi politik, ekonomi,

sosial, pendidikan dan sebagainya Tidak terbatas; - masa, tempat, manusia Ia mampu diterima oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama yang dianuti. Contoh; berjabat tangan

ASPEK KESYUMULAN AKHLAK


Terdapat 6 kategori: 1. Akhlak terhadap Allah ~ Akhlak yang paling tinggi dan mengatasi segala-galanya ~beriman, menyembah, meminta tolong dan bertawakal, mengharap, mensyukuri, reda, tidak putus asa dengan rahmat dan ujian, berzikir, bertaubat, mencintai Allah dan lain-lain lagi. ~ berbudi pekerti mulia apabila berhubung dengan Allah dalam melaksanakan ibadah-ibadahnya. Contohnya, seseorang itu perlu menutup auratnya, menjaga adab dan keseponan di hadapan Allah, kusyuk, rendah diri dan berdoa dengan penuh keikhlasan

Samb
2. Akhlak terhadap Rasul ~ Sebab Rasul adalah pembawa risalah, penghubung manusia dengan Allah
~ Mencintainya, tidak menyakitinya, menerima ajarannya, mengamalkan sunnahnya, mendoa dan selawat kepadanya, meneruskan usaha dakwahnya dan lain-lain lagi.

Samb
3. Akhlak terhadap diri sendiri

~ Manusia ini adalah amanah, pinjaman ~ Menjaga diri zahir dan batin
* Menjaga kesihatan diri, membersih jiwa dari akhlak yang buruk, melatih jiwa supaya berfikir dan menganalisa, bersikap sederhana, bercakap benar, sabar, ikhlas dan sebagainya lagi.

Samb
4. Akhlak terhadap Keluarga

~ Mereka yang membesarkan, mendidik dan menjaga kita ~ Suami perlu bergaul dengan isteri dengan cara yang baik, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, berlaku adil kepada semua orang ~Bergaul dengan baik, Menghormati ahli keluarga, menolong, adil, menjaga nama baik keluarga, menjaga hubungan sesama saudara dan lain-lain lagi

Samb
5. Akhlak Terhadap Masyarakat

Islam dan bukan Islam Dalam negara dan antarabangsa Organisasi Menjaga amanah (tidak menipu), melaksana tanggungjawab, tidak mengambil tanpa hak, hormat menghormati, perpaduan, amar makruf, nahi mungkar, pemaaf, tidak menyakiti, tidak mengeji dan lain-lain lagi

Samb
6. Akhlak terhadap Alam ~ Tempat manusia menetap, amanah Allah untuk menjaganya dengan sebaik mungkin ~ Berhemah apabila berinteraksi dengan alam spt. hutan, sungai, air, langit, angkasa raya ~ Manusia wajib menjaga alam daripada pencemaran dan kerosakan serta dikehendaki menyayangi haiwan, memelihara dan menjaganya, tidak dibenarkan membunuh, menyakiti atau menzalimi kerana semuanya adalah makhluk Allah yang saling bergantung dan masing-masing ada peranannya.

KESIMPULAN
Dasar-dasar akhlak Islam bersifat sejagat, mencakupi

semua perkara dan boleh diterima oleh semua akal yang rasional Akhlak meliputi setiap aspek kehidupan manusia Al-Quran mencirikan orang yang mempunyai akhlak yang syumul sebagai orang yang bertakwa, bersesuaian dengan ayat, 2;177 dan orang-orang yang menepati janjinya apabila berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orangorang yang benar dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.

Anda mungkin juga menyukai