Anda di halaman 1dari 3

KERANA MANISNYA DAKWAH

Telah diceritakan pada suatu masa dahulu, di satu tempat yang jauh terdapat seekor Rubah yang tinggal di tepi sungai.

Hampir setiap minggu Rubah akan berjalan merentasi sungai, merentasi jambatan yang panjang untuk pergi mendapatkan sebiji buah epal yang letaknya di atas sebuah bukit yang tinggi. Perjalanan untuk menaiki bukit itu bukanlah satu perjalanan yang mudah, perjalanan yang memerlukan keazaman yang tinggi, merentasi banyak halangan yang berliku. Perjalanan yang memerlukan persediaan, bekalan untuk melalui perjalanan yang panjang.

Tanpa disedari, hampir setiap minggu seekor Rusa akan melihat gelagat Sang Rubah. Pada mulanya Sang Rusa hanya mengabaikan sahaja Rubah, tetapi kerana hampir setiap minggu Rubah akan muncul juga, maka gelagat Rubah telah menarik perhatian Rusa. Setelah disiasat, Rusa mendapati yang tujuan Rubah memanjat bukit itu adalah untuk mendapatkan sebiji epal yang letaknya di atas sebuah bukit.

Ini rupanya kerja Rubah, tujuannya untuk memetik epal yang terdapat tinggi di atas sebuah bukit, aku pun nak rasalah Rusa bermonolog sendirian.

Keinginan Rusa yang kuat mendorongnya memanjat bukit untuk memakan epal dari pokok yang sama. Perjalanan Rusa tidak mudah kerana terpaksa melalui beberapa halangan iaitu merentas arus sungai yang deras dan melalui jambatan gantung

untuk pergi ke pokok epal tersebut Setelah penat merentas hutan, tibalah Rusa di bawah pokok epal tersebut. Sebaik sahaja Rusa mahu mengambil buah epal tersebut, didapati ketinggiannya tidak mencukupi untuk mengambil buah epal itu. Rusa mencuba dan terus mencuba dan akhirnya berputus asa kerana penat.

Buat penat sahaja aku datang sini, dah la tak dapat makan epal, nak ke sini pun susah, aku pun bukan tau panjat pokok Lalu Rusa pun meninggalkan pokok epal itu begitu sahaja.

Selang beberapa hari kemudian, seperti biasa ketika Rubah hendak memanjat bukit yang terdapat di atasnya pokok epal, Rusa telah bertanya khabar kepada Rubah, hai Sang Rubah, apa yang engkau nak lakukan? Rusa sengaja bertanya walaupun ia sudah tahu akan jawapannya.

Aku nak memanjat bukit ini untuk memakan buah epal yang terdapat di puncak bukit ini, sedap epal itu Balas Rubah.

Oh, pokok epal yang di atas bukit itu ke? Tapi perjalanan nak ke sana bukan mudah, kena melalui arus sungai, melalui tebing yang curam dan banyak lagi cabaran yang bakal dilalui, sedap sangat ke epal di atas bukit itu, ada beza ke dengan epal yang di bawah ini? Tanya Rusa.

Walaupun perjalanan untuk mendapatkan epal itu jauh dan panjang, tetapi engkau akan rasa kemanisan epal itu jika engkau memakannya balas Rubah. Tak naklah, kalau dah namanya epal tu, sama sahaja dengan epal di sini pun", Rusa pun berlalu

meninggalkan Rubah. Rubah meneruskan perjalanan untuk memetik buah epal tersebut.

Engkau tidak akan faham Rusa kerana engkau belum pernah merasa lagi betapa manisnya epal itu

Kerana manisnya epal, Rubah sanggup mengharungi perjalanan yang panjang semata-mata untuk memakan epal. Kesabaran dan kecekalan amat perlu untuk hanya memakan sebiji epal yang terdapat di atas bukit yang tinggi.

Rusa pula tidak pernah merasa epal yang terdapat di atas bukit, masakan pula dia boleh mengatakan yang epal itu tidak sedap sedangkan dia tidak pernah menikmatinya, bahkan pula menjamahnya.

Begitu juga dakwah, jika tidak kerana manisnya, masakan ada yang sanggup berkorban kerananya, malahan mati kerananya. Berhabis duit, memerah segala yang ada hanya untuk memastikan tertegaknya Islam, untuk berdakwah, ya, kerana manisnya dakwah.

Lihat para sahabat, kalau tidak mahu lihatlah sekeliling, lihat kepada mereka yang berdakwah.

Jangan jadi seperti Rusa, belum rasa dikatanya tidak manis.

Anda mungkin juga menyukai