Anda di halaman 1dari 5

Tafsir Zilal Surah Al-Qalam. 1. Khatirah Surah: Ahklak seorang daie: Dos and Donts. 2.

Waktu penurunan surah ini mengikup kajian Syed Qutb: Antara selepas dakwah secara jahar, sebelum berhijrah. Setelah seluruh kaum Quraisy diseru kepada Islam dan mereka menolak. (panjang lebar bukti surah ini turun ketika waktu diatas). 3. Ajaran Nabi dipandang asing. Ini kerana: Ajaran Nabi Ibrahim telah disimpan /gkan oleh musyrik Quraisy dari bentuk asalnya yang mulia selari dengan ajaran Nabi Muhammad. Jadi sukar untuk berubah: a. Tuhan banyak > Tuhan yang satu b. Pelbagai kasta/kelas dalam masyarakat > samarata disisi Allah c. Akhlak Jahiliyyah > Akhlak Islam. 4. Juga nabi bukan dari kalangan pemimpin. Juga ada halangan kerana pegangan kekeluargaan sangat kuat tapi tiada asas. Cth: Kisah Abu Jahal, Al-Akhnas, Abu Sufyan.

5. Nabi SAW tetap seorang manusia yg dgn susah payah bersama pengikut yg sedikit menghadapi kaum musyrik. Nabi dan sahabat selalu dengar cacian (68:51) dari majority masyarakat! >> Sangat menyakitkan jiwa, walau Rasul sekalipun. 6. Jadi, banyak dalam surah Makkiyah Allah menenangkan kaum mukminin agar tabah. Allah sanggah segala tuduhan dan Allah menjanjikan perlindungan kepada mukminin + amaran Allah kepada orang musyrik (68:1-4, 48, 34-36, 10-16, 44-45, 42-43). Kisah pemilik kebun sebagai ciri2 orang Quraisy. 7. Cercaan terhadap nabi yg tiada asas lansung: show keadaan masyarakat yg bersahaja/ketinggalan. Allah balas dengan bukti2 kukuh (2-6, 10-13, 37-40). 8. Kata2 Syed Qutb: Lihat bagaimana keadaan umat Islam selepas 20 tahun? Keadaan umat islam berganda2 baiknya dan tak pernah dicapai umat selainnya dlm masa yg singkat. Tahap pemikiran manusia meningkat, terlepas dari kesempitan dunia, penyatuan umat manusia dll nikmat. InsyaAllah kita bersusah2 skrg seperti Nabi dan sahabat, masa depan pasti lebih cerah.

Jawapan dan Arahan. Ayat: 1. Allah bersumpah dgn Nun, pena dan tulisan. Umat ketika itu sangat ketinggalan dalam tulisan dan baca. Since ia penting untuk perkembangan risalah islam (keseluruh dunia), jadi 2 perkara ini dimestikan oleh islam. 1-2. Allah menetapkan dan meniadakan: Menetapkan nikmat atas nabi dan meniadakan tuduhan gila. Yang hairan: org2 yg kenal nabi, akhlaknya, kejujurannya(jelas terbukti), boleh plak terima tuduhan ni. Semuanya kerana dendam, angkuh menyebabkan buta dan tuli. 3. Janiji pahala yang tidak putus2 (rantaian dakwah yg berterusan), adalah bagi menenangkan Nabi: ganjaran atas penah lelah nabi berdakwah (motivasi). 4. Kesaksian dr Allah bahawa nabi benar2 memiliki budi pekerti yg tggi. Kata Syed Qutb, keperibadian Nabi terbukti dengan bagaimana nabi menerima ayat ini sendiri: Tidak goyah, riak, sombong, angkuh. Walaupun sentiasa mendapat wahyu dari Allah yg Maha Agung. Bahkan teguran Allah direct kpdnya pun disampaikn tanpa rasa segan, malu, aib. Hanya nabi SAW sahaja yg layak mencapai keangungan ini. INI JUGA menunjukkan mulianya unsur akhlak disisi Allah. Itulah antara sbbnya nabi diutuskan. Akhlak juga adalah pinjaman sifat2 Allah kpd manusia yg tidak terbatas pd adat. 5-7. Selepas tenangkan hati, Allah guarantee pula kemenangan utk hari2 mendatang, kelak jelaslah sape yg gila dan sesat dan siapa dapat petunjuk. Ia juga sebagai ancaman kpd org2 angkuh. 8-9. Pegangan orang2 yg menuduh gila ni bukanlah mantap pun. Akidah jahiliyah mereka rapuh, lemah kerana berisi pandangan2 Jahiliyah yg bercampur-baur. Bahkan mereka bersedia meninggalkan sebahagian ajaran mereka demi kepentingan sendiri >> Mrk bersedia berlemah-lembut dan toleransi dgn Nabi, dengan harapan nabi juga berbuat demikian. MANA mungkin tawar-menawar dalam hal Aqidah! Tiada satu hakikat akidah pun yg dapat dijual kerana setiap hakikat saling melengkapi. Dalam hal lain digalakkan tawar-menawar tp terkecuali dlm1``11 isu aqidah. Jahiliyah dan Islam tidak pernah jalan seiringan, sering bercanggah & bermusuh! (Walaupun umat islam ketika itu ditindas teruk).

Kisah Utbah tawar-menawar dengan Rasul SAW. (Page 14-15). Utbah bukan berhujah untuk kebenaran agamanya tetapi cuma tak mahu agama Islam lebih tersebar. Pegangan akidah agamanya x strong. Rasulullah sanggup sabar dengar tawaran panjang lebar (yg confirm ditolak): akhlak seorg daie iaitu banyak mendengar dan bagi peluang.

Bentuk ke 3 tawar-menawar agama: Aswad, Walid, Umayyah, Al-Ash dtg dgn tawaran yg menggelikan!. Jawapannya adalah Al-Kafiruun. Sememangnya Islam tidak pernah akur dengan Jahiliyyah. 10-16. Dilarang mengikut org yg mendustakan dan ada ciri2 tercela, jijik, rendah, hina. Ada yg kata ini ciri2 Walid Al-Mughirah. Juga kepadanya ayat Muddattsir 11-26. Juga dikatakan ia diturunksn mengenai al-Akhnas. Kedua2nya memusuhi Nabi saw dlm masa yg panjang. Mereka disifatkan dengan 9 ciri2 yg semuanya buruk, hina. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Suka bersumpah Hina Suka mencela Tabur fitnah Enggan berbuat baik Melampaui batas lawan kpd adil, seimbang. Banyak dosa Kasar Terkenal kejahatannya

Pastu, sifat peribadi org itu pula ialah x bersyukur dengan nikmat harta dan anak pemberian Allah sebaliknya memerangi islam pula! (14-15). Orang sebegini kelak akan dihina serendah2nya (ayat 16). Khurtum maknanya belalai gajah/hidung babi. Hidung bagi org arab adlh kiasan kpd kedudukan. Disini ada 2 penghinaan: 1. Tanda pada hidung sepeti hamba. 2. Hidung mereka disamakan dengan belalai yg jijik. Bayangkan penghinaan kepada musuh islam ini diabadikan dalam Quran yang kekal sepanjang zaman. Walaupun sudah mati tapi nama musuh2 Allah ini tetap disebut2 dengan penghinaan. Inilah balasan setimpal bagi pendusta kepada kebenaran yg berakhlak buruk. Belajar Dari Sejarah. 17-33. Ini adalah teguran (kpd musyrikin ketika itu) akibat bersikap sombong, enggan berbuat baik dan melanggar hak org lain. Kisah yang diceritakan adalah pekebun yg sombong, kisah yang simple, mudah difahami. Cerita ini seolah2 kita sedang melihat video (Syed Qutb). Disebalik kisah ini, sebelumnya pemilik kebun asalnya memperuntukkan sebahagian kepada org miskin. Warisnya yg kedekut. Mereka bersumpah utk ke kebun pagi2 untuk petik hasil DAN taknak tggalkan utk org miskin. Allah pula merancang sebaliknya (musnahkan kebun). Pada paginya, mereka saling memanggil utk petik buah awal2. Mereka berbisik2 dengan rencana jahat utk menghalang org miskin, padahal mereka x tahupun apa sudah jd dgn kebun. Sedangkan pembaca Quran sudah tahu. Syed Qutb mengatakan Quran mentertawakan mereka dgn cerita ni. (25) Mereka berniat jahat padahal mereka mampu tolong. (26) Bila sampai, kebun sudah musnah, mereka agak mereka tersalah tempat (27) Tapi akhirnya yakinlah mereka bahawa itulah kebun mrk. (28) Salah seorang dari mereka yang plg baik fikiran menegur utk bertasbih. (29) Skrg barulah mereka mahu

insaf dan kembali kpd Allah. (30) Kemudian menjadi fitrah mrk saling menyalahkan dan mencela. (31-32) Sedarlah mereka bahawa ini adalah kesilapan mrk semuanya, mereka insaf dan mengharap sumber rezeki mereka diganti dan mengharap pengampunan dari Tuhan. (33) Pengajaran: Begini baru azab dunia, Azab Akhirat lebih besar! Penyesalan didunia masih boleh dibaiki, tapi penyesalan slps dapat azab diakhirat tiada lg gunanya. Pengajarannya (azim): Yang jahat pasti jatuh, yg baik pasti terbela. Jangan sesekali berbuat jahat (sifat mazmumah) dan digalakkan berbuat baik (sifat mahmudah). Inilah akhlak seorang daie. Balasan Bagi Orang Bertaqwa. 34. Cerita diatas adalah sunnatullah. Diperingatkan kepada org musyrik dengan reality yg mudah difahami. Bagi pihak muslimin ia adalah berita gembira bahawa musuh2 agama (walaupun kaya, berpangkat, anak ramai) pasti kalah. Sedangkan orang bertaqwa dan menjaga diri dari sifat2 buruk, bagi mereka syurga penuh kenikmatan. Skali lagi, yang jahat pasti dibalas jahat dan yang baik pasti dibalas baik (bersambung). Orang Islam Versus Orang Kafir 35-47. Ini kerana orang2 kafir berharap balasan yang diterima orang islam sama dengan balasan kepada orang2 kafir (35). Lalu Allah menentang dakwaan mereka ini dengan soalan2 yang bertubi2 yang jawapannya memang sudah jelas (36-41). Ini menunjukkan islam adalah agama yang berasaskan fakta dan logic. Selesai soalan2, mereka diancam pula dengan pemandangan akhirat yg menakutkan (42) Penyingkapan betis = kesusahan dan penderitaan (arab). Mereka dah xde kuasan untuk sujud. Dulu didunia tak nak sujud sedangkan dia sehat (43) (44-45) Lalu datang gertakan yg menggoncangkan kepada orang2 yg dusta iaitu serahkan mereka kpd Allah, biar Allah yang setelkan mereka (one point of view-ketika lemah agar tak givup). Jika Allah sudah handle org2 kafir, jadi umat nabi SAW seolah-olah boleh berehat dan bertenang dengan selesa. BAHKAN, org kafir ni ditarik sket2 ke arah kebinasaan tanpa mereka sedari yakni ISTIDRAJ (leka dan tertipu dengan dunia). Lebih teruk lagi Allah sengaja menangguh masa pembalasan agar mereka menambah lagi dosa. Nauzubillah. Inilah balasan org mendustakan agama. (46) Adakah kita minta ganjaran dari madu selepas mendakwah mereka? Selayaknya kita dapat, tapi manalah madu faham. Jadi sebaik2 ganjaran adalah dari Allah. Dan org yg didakwah tiada hutang yg mereka tanggung, so sepatutnya mereka menerima dengan mudah. (47) soalan penutup bagi menewaskan hujah dakwaan orng kafir. Peperangan antara Islam dan kafir adalah dilakukan Allah sendiri (another point of view-ketika kuat agar tak bangga diri). Kita hanya buah catur-Nya yang digunakan atau dibiarkan sesuka Allah. Kita dipilih atau tidak, kedua-duanya adalah UJIAN. Maka kemenangan sememangnya sudahlah PASTI. Jadi ketika di Mekah, ayat ini utk menenangkan org mukmin dan menakutkan org kafir. Tapi di Madinah, ketika perang badar, Allah menegaskan lagi hakikat ini dalam surah Anfal:17.

Kepentingan SABAR dalam Perjuangan. (48-50) Allah mengingatkan para pendakwah agar bersabar dengan perjuangan ini. Jangan putus asa dan marah dengan kedegilan dan kesusahan berdakwah seperti yg dialami oleh nabi Yunus a.s. (As-Soffat).

Jika terlanjur (futur, putus asa, frust), segeralah kembali meminta ampun kepada Allah dan kutip kembali nikmat2 Allah yg telah diabaikan. Sebenarnya kesusahan dan kepenatan usaha dakwah ini adalah kesukaran bersabar menanti keputusan Allah, dimana keputusan Allah sememangnya adil lagi bijaksana. Adakah kita tak nak bersabar dengan ketetapan Allah? Bukankah janji kemenangan Islam itu janji Allah yg benar? Jadi bersabarlah, terus istiqamah dan pasti akan beruntung. Sikap orang kafir terhadap Al-Quran dan Rasulullah SAW. (51) Kembali ke point pertama dimana nabi hampir digelincirkan (ingat diri gila) dengan pandangan orang2 kafir. Pandangan org kafir ini dipenuhi kebencian, kejahatan, dengki, dendam dll, yang disertai dengan caci-maki, fitnah, tuduhan2 palsu yg menyakitkan. Tapi yang mereka benci bukanlah kepada Nabi SAW tapi apa yang disampaikan nabi iaitu Al-Quran.. (52) Dan Quran itu tidak lain hanyalah peringatan dari Allah untuk menyelamatkan manusia. Jadi adakah mereka patut/pantas membenci dakwah yg dtgnya dari Allah ini selepas melalui hujah2 sebelum ini? Lil alamin disini agak mengejutkan kerana disaat dakwah disekat dan tertindas, dakwah ini tetap mengumumkan kealamiahannya sesuai dgn hakikatnya. Disini menunjukkan alamiah deen ini sudah menjadi sifatnya sejak awal lagi, iaitu ketika kelahiran dakwah di Mekah lg.

Anda mungkin juga menyukai