Anda di halaman 1dari 2

[TEKNIK RAKAMAN VIDEO]

Teknik-teknik rakaman video 1. Teknik Arc Pergerakan di mana kamera bergerak mengelilingi subjek. Dalam erti kata lain, kamera arc ini seperti kamera yang bergerak dalam separuh bulatan kasar sekitar subjek tersebut. 2. Teknik Crane Teknik ini adalah pergerakan kamera secara meninggi ataupun merendah. Ia merupakan gerakan kamera yang dipasang pada alat bantu mesin beroda dan bergerak sendiri bersama jurukamera sama ada mendekati dan juga menjauhi objek. 3. Teknik Dolly Pergerakan di mana kamera menjauhi ataupun mendekati subjek yang dirakam. Pergerakan ini hampir sama dengan pergerakan Zooming tetapi Dolly memerlukan kamera dipasangkan di atas tripod beroda dengan cara menolak ke depan (Dolly in) dan juga mengundur ke belakang (Dolly out) 4. Teknik Dolly Zoom Satu teknik di mana pergerakan kamera yang bergerak lebih dekat ataupun lebih jauh dari subjek sambil menyesuaikan sudut zoom untuk memastikan subjek berada dalam saiz yang sama di dalam bingkai (frame). 5. Teknik Follow Teknik di mana pergerakan kamera tersebut yang mengikuti objek atau subjek yang dirakam dalam pergerakan searah. 6. Teknik Pedestal Pergerakan kamera secara vertikal kepada subjek.Pergerakan ini juga dikenali dengan pedding kamera ke atas dan ke bawah. Pedestals digunakan dalam setting studio dan memberikan banyak fleksibiliti serta pergerakan yang lancar. Tidak seperti tripod, pedestals mempunyai keupayaan untuk menggerakkan kamera ke mana-mana arah (kiri, kanan, atas, bawah). Pergerakan pedestal berbeza dengan Tilt kerana keseluruhan kamera yang bergerak bukannya sudut pandangan sahaja. 7. Teknik Panning Pergerakan yang mengubah gambar atau mengikut sesuatu aksi dengan menggerakkan kamera dalam satu aras garis melintang sama ada dari kiri ke kanan ataupun dari kanan ke kiri tanpa mengubah kedudukan kamera (Pan Left dan Pan Right). Pergerakan Panning biasanya digunakan apabila merakam suatu adegan statik atau bergerak yang tidak lengkap tetapi perlu merakamkan

[TEKNIK RAKAMAN VIDEO]


semua maklumat gambar atau subjek itu keseluruhannya. Contohnya seperti merakam keadaan persekitaran atau memperlihatkan suatu pemandangan yang luas. 8. Teknik Condong (Tilting) Teknik ini adalah gerakan kamera secara vertikal yang licin dan berterusan. Kamera berkenaan berada dalam keadaan yang tetap dan tidak berubah sama ada di atas tripod atau dipegang dengan tangan (hand held). Ia sesuai untuk menggambarkan subjek yang tinggi seperti Tilting dari puncak bangunan ke bawah (Tilt Down) atau dari bawah ke atas. Tilt up adalah pergerakan kamera secara vertikal dari bawah ke atas manakala Tilt down adalah pergerakan kamera secara vertikal dari atas ke bawah. 9. Teknik Trucking Teknik ini pada asasnya sama seperti Dolly dan Tracking. Secara umumnya ia merujuk kepada pergerakan kamera side-to-side yang memerlukan trek mudah alih bersama dengan tripod biasa. 10. Teknik Tracking Pergerakan kamera yang mengikuti subjek yang ingin dirakam iaitu pergerakan selari dengan tindakan atau sekurang-kurangnya pada jarak yang tetap. Ia digunakan untuk penggambaran di luar atau di dalam studio. Contohnya seperti merakam seseorang yang sedang memandu kereta dan juga menunggang kuda. Teknik penggambaran ini adalah yang paling sukar kerana ia memerlukan kamera dipegang tanpa tripod. Jurukamera yang mahir dengan teknik ini atau professional akan menggunakan landasan atau reel. 11. Teknik Zooming Teknik yang melibatkan penggunaan lensa iaitu lensa yang bergerak bukannya kamera. Zoom in adalah penggunaan kemudahan zoom pada kamera bagi mendapatkan kesan seolah subjek semakin dekat atau besar pada paparan skrin. Zoom out ialah penggunaan kemudahan zoom pada kamera bagi mendapatkan kesan seolah subjek semakin jauh atau kecil. 12. Teknik Over the shoulder Teknik iaitu shot yang dirakam di mana kedudukan kamera agak jauh sedikit dari pelaku utama, di mana pelaku utama duduk bertentangan dengan pelaku yang satu lagi. Ia dikenali sebagai Over The Shoulder kerana jurukamera rata-rata hanya merakamkan gambar dari belakang bahu orang yang sedang

menemubual, begitu juga sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai