Anda di halaman 1dari 10

1.

PENGENALAN

Kesenian ialah sesuatu yang mengindahkan sehinggalah dapat menimbulkan kepuasan kepada orang lain apabila berlakunya proses penghayatan seni. Setiap penilaian terhadap kesenian pastinya mempunyai nilai-nilai estetika kerana seni adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Ketinggian dalam bidang kesenian merupakan salah satu faktor yang membantu negera China ataupun Tamadun China untuk mencapai kegemilangan. Hal ini kerana perkembangan kerja-kerja kesenian China sering mendapat perhatian oleh bangsa asing sejak zaman Klasik China lagi. 2.0 SENI ORIENTAL CHINA

2.1 SENI TEMBIKAR CHINA.

Seni tembikar China merupakan salah satu seni yang telah lama wujud sejak pada akhir zaman batu lagi. Tetapi, pada zaman Neolitik, negeri china merupakan tempat yang yang popular dengan pembuatan tembikar. Kebanyakan tembikar di merata dunia hampir datang daripada negeri tersebut. Jelasnya, negeri China kaya dengan ilmu seni tembikar cina yang merupakan antara yang terbaik di dunia. Pada awalnya, kebanyakan tembikar China berbentuk pasu mulut besar dan berbadan kecil. Apabila beralih daripada dinasti ke dinasti lain, bentuk pasu masih kekal tetapi ciri-ciri perhiasan luaran pasu adalah berlainan. Sebagai contoh, tembikar zaman Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan dengan perhiasan hitam. Manakala, tembikar Dinasti Chou mempunyai lapisan glaze yang terang pada permukaan tembikarnya. Seterusnya, tembikar Zaman Wangsa Han, menggunakan glaze kelabu kekuningan yang diperbuat dari timah hitam dan copper oxide.

2.2 SENI TEMBAGA CHINA Seni tembaga China dipercayai bermula pada zaman Wangsa Shang. Kebanyakan kesenian tembaga pada ketika itu adalah peralatan rumah dan peralatan untuk sembahyang yang ditiru daripada bentuk-bentuk tembikar. Pada akhir Wangsa Chou, terdapat bukti teknik tuangan bentuk huruf atas bejanabejana telah dilakukan. Bentuk-bentuk bejana berasaskan bentuk binatang yang lazim digunakan adalah untuk kegunaan harian dan istiadat keagamaan.

Tembaga dibahagikan kepada 9 kategori iaitu Ding, alat untuk mengisi arak, alat untuk mengisi makanan, alat untuk mengis air, alat muzik, senjata untuk peperangan, pengukur, cermin gangsa dan peranti yang lain. Salah satu pola yang paling umum dari gangsa, adalah taotie, juga dikenali sebagai wajah haiwan seperti naga, harimau, rusa, burung dan lain-lain lagi. Tembaga juga digunakan dalam ritual pengorbanan. Peralatan ritual keagamaan adalah seperti lampu, peranti merokok, aksesoris bangunan dan sebagainya.

2.3 CATAN CHINA 2.3.1 Catan China Sebenarnya, lukisan tradisional China telah ditemui dan dikembangkan dari 4000 sebelum masihi dan lukisan tradisional China ini dijangka telah dikembang lebih daripada 6000 tahun.

Pada peringkat awal, lukisan China amat berkait rapat dengan ukiran di atas kraf, perhiasan daripada tembaga, jed dan juga tembikar. Seterusnya, catan China dipengaruhi oleh agama Buddha dari India pada abad 1 Masihi dan kebanyakan lukisan adalah berunsurkan agama Buddha, Taoisme dan Confucianisme.Semasa Dinasti Song (960-1127) pula, lukisan yang berunsurkan keagamaan telah ditukar kepada wajah sejarah dan juga cerita daripada kehidupan seharian para penduduk pada zaman tersebut. Pada zaman Song,

pelukis Cina banyak menggunakan ciri pemandangan untuk menghasilkan lukisan-lukisannya. Sebagai contohnya, lukisan bunga dan burung telah dipisahkan untuk membentuk sebuah genre lukisan yang bebas sekitar pada abad ke-9. Pelukis kerap menggunakan bunga, buah-buahan, serangga

dan ikan sebagai subjek matter.

Catan Cina biasanya menggunakan media seperti berus dan kerta China. Setiap media tersebut mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Bahan media seperti berus China, ia lebih kurang sama dengan berus biasa yang digunakan oleh pelukis untuk lukisan cat air di negara barat yang lain. Berus China ini pula mempunyai bulu yang lebih halus berbanding dengan berus barat pada masa itu. Terdapat beberapa jenis berus China yang digunakan oleh para pelukis iaitu, Hsieh Chao Bi. Berus ini juga dikenali sebagai ketam berus cakar dan saiznya kecil. Hua Jan Bi pula direka khas untuk melukis lukisan bunga-bunga. Lan Yu Chu Bi pula direka khas untuk anggerek lukisan dan juga buluh. Media lain iaitu, kertas China juga mempunyai beberapa ciri-ciri seperti lertas itu dicipta dan diperbuat daripada pelbagain bahan seperti kulit, pokok, pulp dan juga jala ikan. Sebenarnya, kertas yang berbeza mutu menghasilkan keputusan yang berbeza. Kertas yang kasar menyerap air atau dakwat dengan cepat manakala kertas licin tidak dapat menyerap air dan dakwat.kertas China biasa dikenali sebagai rice paper dalam bahasa Inggeris. Dalam penggunaan warna pula, cara

penggunaan warna di China berbeza berbanding dengan cara penggunaan warna di Barat. Warna yang digunakan di negara China biasanya pudar sahaja. Hal ini kerana tujuan warna yang digunakan pada masa itu bukan digunakan untuk menunjukkan bayang pada sesuatu objek tetapi digunakan untuk menunjukkan ciri-ciri objek tersebut.

Di samping itu, terdapat banyak perlambangan dalam catan China. Perlambangan dan falsafah ini mempunyai makna yang tersendiri dan merupakan perlambangan bagi setiap satu objek. Antaranya ialah, Shan gunung, qi- atmosfera dan hsing bentuk. Ketiga-tiga objek ini merupakan tiga

unsur

yang

biasanya

muncul

dalam

sesebuah

catan

Cina.

Gunung berlambangkan kesuburan, keturunan, kekuatan, kesungguhan serta boleh mempengaruhi perasaan dan penghayatan seseorang melalui perubahan atmosfera. Awan cerah melambangkan keharmonian, malah awan gelap menimbulkan suasana kemuraman. Pokok besar seperti ru dan pine membawa maksud pasak bumi dan kedudukan mengikut hirarki. Pokok buluh pula melambangkan kekayaan, lanjut usia, kejujuran, kebenaran serta mampu menghalau hantu. Pokok orkid melambangkan musim luruh manakala pokok plum blossom melambangkan kecantikan dan lanjut usia. Ikan pula

melambangkan pertambahan rezeki. Jika ikan yang bewarna keemasan melambangkan status kaya, manakala hitam melambangkan kehidupannya biasa sahaja. Ikan kelisa melambangkan kekayaan dan keuntungan juga. Sungai pula melambangkan kegembiraan dan keharmonian.

Selain itu, terdapat juga falsafah dalam catan China. Dalam proses penghasilan catan China, terdapat beberapa falsafah dalam penghasilannya seperti melukis tanpa sombong yang bermaksud, mempercantik lagi hasil yang telah siap bagi mempertingkatkan mutu catan lagi sehingga mencapai penghasilan yang paling bermutu dan berkualiti. Dalam hal ini, boleh dilihatkan bahawa, pelukis tidak harus cepat berpuas hati dan bangga dengan kerjanya. Falsafah seterusnya adalah tidak menghadapi kerja dengan lalai . Falsafah ini bermaksud sesorang haruslah bersedia dari segi rohani dan peralatan serta persekitaran sebelum melukis bagi mendapatkan kerja yang sempurna. Jika setiap pelukis memupuk falsafah-falsafah ini dalam jiwa mereka sendiri, maka,lebih banyak catan yang berkualiti dapat dihasilkan.

2.3.2 Hukum Catan China Hukum catan China merupakan asas yang penting dalam menghasilkan sesebuah karya aliran China. Terdapat enam ciri ataupun boleh disebut sebagai kriteria dalam hukum catan China. Keenam-enam kriteria ini adalah berasaskan prinsip Shi-Vitalize Spirit.

Kriteria yang pertama ialah penggunaan warna secara monokrom dalam sesebuah karya China. Penggunaan cat air ini adalah dalam ton warna yang terhad dan kesan ini akan memberi impak yang mendalam. Warna yang sering digunakan dalam karya China ialah warna hitam atau coklat. Kedua-dua warna ini adalah tergolong dalam media dakwat.

Selain itu, komposisi juga memainkan peranan yang penting dalam catan China. Komposisi adalah merupakan ruang atau sudut dimana ia mementingkan rangkaian ruang berasaskan garisan tegak dan mendatar. Ruang atau sudut ini juga dikenali sebagai ruang keemasan. Fungsi komposisi ini adalah untuk menonjolkan dan menarik lagi perhatian orang ramai.

Di samping komposisi, wujud juga ton dan suasana untuk memberi suasana yang lebih ghairah dan dinamik dalam sesebuah karya. Dalam penghasilan ton dan suasana, prinsip Chi Yun Sheng Tung telah diaplikasikan dalam karya tersebut. Prinsip Chi Yun Sheng Tung merupakan salah satu daripada enam prinsip dalam menghasilkan catan China. Prinsip ini membawa maksud getaran rohani atau perasaan pelukis. Dengan ini, prinsip ini adalah amat berguna dan penting dalam proses penghasilan catan China.

Kriteria keempat ialah struktur dan sapuan berus. Dalam catan China, sapuan memberi sesuatu pergertian. Di samping itu, ia dibuat secara spontan dan merupakan simbol kepada semula jadi.

Selain itu, lakaran merupakan proses pertama dalam penghasilan sesuatu karya. Lakaran memangpenting kerana lakaran adlah pembentukan awal sesuatu gambaran. Tidak kira sama ada karya itu catan China atau Barat, lakaran adalah proses yang pertama dalam penghasilan karya seni.

Kriteria yang terakhir adalah berhubungkait dengan objek. Dalam sesuatu karya, pelukis harus berfikir tentang kesesuaian lukisan dengan objek yang ingin

dilukis olehnya. Walaupun lukisan tidak sama dengan objek sebenar tetapi perlu ada persamaan dalamannya. Sebagai contoh, pokok dengan bunga merupakan pasangan yang sesuai. Sekiranya pokok dengan komputer, komputer atau pokok tersebut akan menjadi penegasan terhadap satu sama lain.

2.4 CATAN LANDSKAP CHINA Catan landskap Cina menggambarkan keindahan panorama alam semula jadi yang nyata dan memberi pengaruh yang luas serta mengambil tempat yang istimewa dalam seni catan Cina. Dalam catan landskap China, bumi ataupun lebih khusus gunung dan air merupakan dua aspek terpenting dalam landskap Cina, sesuai dengan pengertian landskap ataupun shan-shui yang bermaksud gunung dan air. Cara pelukis Cina melukis catan mereka adalah dengan berus dan cat air serta kertas beras. Media ini merupakan media utama kepada catan seni Cina. Menurut buku Segerak Yusof Ghani, seniman besar China, Kuo His pernah menyebut anak sungai adalah salur nadi ataupun urat-urat kepada gunung. Dalam landskap Cina, aliran air dikelilingi oleh gunung-ganang serta batu-bata besar yang dilukis berkepul-kepul seperti awan. Pelukis-pelukis Cina gemar mengembara ke seluruh pelosok alam ini untuk mengkarya. Hal ini demikian disebabkan oleh mereka ingin menghayati dan merakamkan alam dengan penuh kejujuran. Dalam catan landskap Cina, kebanyakannya menerangkan kepercayaan kaum Cina bahawa manusia merupakan sebahagian daripada alam. Ini dipaparkan dengan imej figura manusia yang kecil seringkali ditampilkan dalam komposisi alam semula jadi yang luas bagi menunjukkan kekerdilannya serta menyedarkan bahawa manusia adalah bahagian kecil dari alam. Malah, catan yang dihasilkan juga mempunyai falsafah dan sajak yang menyampaikan perasaan hati pengkarya.

Dalam catan landskap Cina, binaan struktur landskap merupakan topik yang penting dan harus difahami oleh pelukis dalam mengkarya dan memahirkannya. Pertama sekali ialah pembahagian objek utama dan sekunder. Biasanya, benda yang dilukis berdekatan dengan paras penglihatan dalam catan landskap Cina dikatakan objek utama. Kedua, sifat memberi dan menerima untuk menghasilkan daya kesungguhan dan irama kelembutan dalam lukisan diperlukan dalam pemandangan pada sesebuah catan landskap Cina.

Seterusnya, sifat nyata dan kabur yang dipaparkan pada catan. Biasanya, sifat nyata dalam catan akan menonjolkan sesuatu perasaan yang lebih berat, lebih nyata dan senang dikesan. Meninggalkan tempat kosong dalam catan landskap Cina merupakan teknik yang penting dalam lukisan Cina supaya lukisan tersebut dikatakan elegant dan ruang ini dapat membezakan lapisan lukisan. Kesan berus yang padat atau jarang juga penting agar sesuatu catan landskap Cina tidak kelihatan kaku. Beberapa ciri terdapat dalam catan landskap Cina iaitu tidak meniru alam secara realistik tetapi tertumpu kepada ekspresi yang membawa pengertian terhadap keseluruhan catan. Seseorang artis harus dapat berinteraksi dengan alam secara harmoni dan terjemah falsafahnya melalui catan. Tambahan pula, konsep Yin dan Yang menjadi teras kepada catan landskap Cina iaitu keseimbangan kekuatan dan kelemahan. Kaum Cina percaya elemen-elemen dalam ala mini adalah saling melengkapi. Contohnya, gunung, kuda hitam dan ayam jantan mewakili Yin manakala kabus, air, awan, bunga dan lembah ialah Yang.

2.5 SENI ARCA DAN UKIRAN CHINA Seni arca China dan seni ukiran China dikesan sejak zaman Wangsa Shang dengan terjumpanya dua arca yang berbentuk harimau dan burung hantu yang diperbuat daripada marmar.

Perkembangan seni arca China bermula pada zaman Dinasti Tang seiring dengan perkembangan seni lukis. Agama Buddha banyak memainkan peranan dalam seni arca China. Hal ini dapat dikesan melalui patung-patung yang dihasilkan di kuil. Misalnya, terdapat banyak imej-imej Buddha ditemui dalam candi-candi di Gua Yun Kang, Shensi. Di Gua-gua Tun Huang, Kansu juga terdapat imej-imej Buddha yang diukir pada dinding dan arca-arca tersebut adalah diperbuat daripada batu, tembaga dan tanah liat yang telah diwarnakan. Kemudiannya, orang China telah menggantikan patung-patung keagamaan itu secara beransur-ansur dengan membuat patung-patung berbentuk kuda dengan ukiran-ukirannya sekali. Patung-patung kuda yang bersama dengan penunggang dibuat kerana patung tersebut dapat menggambarkan sifat kepahlawanan China. Seni ukiran China pula dapat dilihat pada patung-patung yang dibuat daripada batu jed, batu, tanah liat dan kayu. Tambahan pula, seni ukiran China juda dibuat di kubur dan di dinding gua. Pada Dinasti Shang, pengukinya menggunakan batu marmar, batu jed dan batu kapur untuk mengukir patungpatung kecil. Bukan sahaja Dinasti Shang, Dinasti Han juga terkenal dengan pengukir-pengukirnya yang mahir.

2.6 SENI KALIGRAFI CHINA Kaligrafi China adalah salah satu seni kaligrafi tertua di dalam sejarah peradaban manusia. Tradisi kaligrafi China berasal dan berkembang dari negara China, khususnya penulisan aksara Cina dengan menggunakan dakwat dan kertas. Sedangkan untuk kaligrafi, bentuk-bentuk ini mengalami perubahan yang sifatnya memperindah. Terdapat banyak gaya penulisan dalam seni kaligrafi China. Misalnya, skrip cop mohor (zhuanshu), skrip rasmi (lishu), skrip rumput atau dikenali sebagai tulisan kursif (caoshu), skrip standard (kaishu), skrip berlari atau dikenali sebagai tulisan separa kursif (xingshu). Ahli kaligrafi boleh menulis dalam bentuk aksara tradisional atau diringkaskan, tetapi mereka agak menjurus

kepada bentuk tradisional bagi seni tradisi lama. Seperti abjab Rumi, terdapat pelbagai mukataip yang wujud untuk pencetakan bahasa Cina, yang mana sebilangan besarnya banyak berteraskan gaya-gaya arts individu atau sekolahsekolah kaligrafi. Terdapat beberapa ciri penting yang diberikan perhatian dalam

menghasilkan suatu karya yang berkualiti. Antaranya ialah unsur tebal tipis goresan, komposisi dan teknik sang kaligrafer ketika menggoreskan tinta. Kaligrafi ini juga membawa kepada banyak lagi bentuk seni di Asia Timur, termasuk mengukir cap mohor, penindih kertas hiasan dan batu dakwat. Dalam sehari-hari, lukisan kaligrafi China ini menghiasi dinding-dinding rumah atau toko milik warga keturunan Cina. Kaligrafi ini mengandungi makna dan filosofi tertentu bagi mereka yang mengerti. Seni kaligrafi China digunakan untuk

mempersembahkan berbagai-bagai ungkapan, seperti kata-kata mutiara, duka cita, ucapan perkawinan atau ulang tahun.

2.7 SENI BINA CHINA Seni bina China adalah merujuk kepada sesuatu gaya seni bina yang sudah ada di Asia untuk beberapa abad. Seni bina China telah dikatakan setua Tamadun China sendiri. Sejak dari Dinasti Tang lagi, pengaruh besar dari seni bina China telah dapat dilihat dalam gaya seni bina Vietnam, Korea dan Jepun. Seperti seni bina yang lain, seni bina China juga mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri di mana seni bina China ini lebih kepada prinsip simetri dan juga keseimbangan. Dalam seni bina China, terdapat empat bahagian penting dalam seni bina China iaitu dinding, pintu gerbang, bumbung dan hiasan. Batu bata merupakan elemen atau bahan penting dalam bahagian pembinaan dinding dan begitu juga kayu. Dinding bata mempunyai jubin (tiles) yang licin serta berwarna. Terdapat

juga dinding nipis yang mana diperbuat daripada kayu. Dalam bahagian pintu gerbang pula, kayu merupakan elemen penting dan ianya dibina secara bertingkat. Fungsi bagi pintu gerbang ini adalah sebagai pintu masuk ke kuil, tugu, tempat perkuburan dan bandar. Selain itu, bumbung juga merupakan salah satu bahagian penting dalam seni bina China. Bumbung selalunya mempunyai hiasan dan ukiran yang menarik. Ianya disusun secara bertingkat dan mempunyai atap genting yang berwarna. Terdapat pelbagai jenis bumbung dalam seni bin China iaitu bumbung panjang, bumbung piramid dan bumung lima. Dalam hiasan pula, hiasan seni bina China lebih banyak menunjukkan ciri-ciri kebangsaan iaitu negara China itu sendiri. Hiasannya pula lebih kepada bentuk binatang dan manusia. Selain empat bahagian penting itu tadi, terdapat juga seni bina China yang lain iaitu pagoda, pai lou iaitu pintu pagar atau tugu peringatan, jambatan, istana dan rumah kediaman.

3.0

KESIMPULAN

Kesenian China mempunyai sejarah yang lama dan padat serta masih berterusan sehingga banyak mempengaruhi kehidupan seharian orang ramai. Nilai-nilai positif yang ingin disampaikan telahpun diserapkan dalam kesenian China secara tidak langsungnya seperti dalam catan landskap China dan seni kaligrafi. Melalui karya seni yang dihasilkan juga dapat mengajar dan membawa falsafah-falsafah baik kepada generasi akan datang. Justeru itu, bidang kesenian Cina perlulah diperkembang lagi dalam kalangan pelajar bukan sahaja kepada kaum Cina tetapi kepada kaum-kaum yang lain. Hal ini kerana apa yang positif perlulah kita serapkan supaya kita dapat hidup dalam alam yang harmoni, bersih dan indah ini.

Anda mungkin juga menyukai