Anda di halaman 1dari 31

BMK3043 - Seni Mengarang

Unit 7: Stilistik dan logik dalam penulisan


Penyelaras kursus: Profesor Madya Dr. Rohizani Yaakub
Emel: rohizani@usm.my Tel: 04-6535410/013-9226944 Pensyarah: Profesor Madya Dr. Rohizani Yaakub (Kota Bharu) Dr. Ahmad Zamri Khairani (Pulau Pinang 0195492525) Dr. Jamalsafri Saibon (Kota Kinabalu 0164556096) Profesor Madya Yahya Che Lah (Kuching 0134226462)

Hasil pembelajaran:
Pada akhir kuliah ini anda diharapkan dapat menguasai perkara-perkara berikut: Bahasa kiasan Peribahasa Membina ayat yang logik Kepelbagaian ayat Panduan umum mengajarkan stilistik

Apa yang menyebabkan pembaca begitu asyik?

Pengenalan:
Menulis ialah satu seni. Penulis berpengalaman menggunakan stilistik dalam penulisan mereka untuk mendapatkan kesan retorik. Dalam ertikata lain, teknik stilistik boleh mengangkat nilai estetik sesebuah karangan lalu mengetuk emosi pembaca. Sememangnya idea utama sesebuah karangan itu penting, tetapi hanya penulis yang boleh menggubah idea itu dengan cara yang unik mampu menarik pembaca.

Definisi
Stilistik merupakan kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan bahasa. Tujuannya untuk melihat sejauh mana penulis berjaya mengolah bahasa yang sesuai bagi menghasilkan karangan yang memiliki unsur-unsur estetika. Terdapat pelbagai unsur yang turut menjadi kajian stilistik dalam penulisan karangan. Antaranya termasuklah:
pemilihan diksi penggunaan struktur ayat (panjang pendek, bentuk, jenis, ragam ayat) penggunaan dialog, termasuklah loghat-loghat tertentu

Hasil kajian stilistik mampu memberi penjelasan tentang sifat kepengarangan seseorang penulis. Stilistik penting terutamanya dalam kajian analisis wacana dan kritikan sastera.

1. Bahasa kiasan
Bahasa kiasan ialah bentuk bahasa yang memperkatakan sesuatu dengan mengkiaskannya dengan perkara lain, sama ada dengan menyebut bandingannya ataupun tidak. Contoh: manis umpama lautan madu tinggi macam galah Mat Jenin Abu Jahal Bahasa kiasan yang luas dan masyhur pemakaiannya akhirnya menjadi simpulan bahasa.

Jenis-jenis bahasa kiasan


Kiasan asal
Kiasan yang menyebutkan bandingannya secara terang. Contoh:
Pahit bagai hempedu.

Kiasan berpindah
Kiasan yang tidak menyebutkan bandingan sebaliknya terus berpindah kepada benda bandingan tersebut. Contoh:
Tidur ayam Pekak badak *Ayam dan badak tidak mempunyai kaitan dengan manusia yang dibandingkan.

Kiasan terus
Kiasan yang mempunyai makna yang lain dari makna perkataan itu sendiri. Contoh:
Kutu embun Pisau cukur

Kiasan bersajak
Kiasan yang menunjukkan perbandingan dengan cara yang bersajak. Contoh:
Sudah gaharu cendana pula () Lain dulang, lain kakinya ()

2. Peribahasa
Peribahasa ialah susunan kata-kata yang dipilih khas, kemas, ringkas, mempunyai makna tertentu, mengandungi teladan dan pengajaran. Bahasanya indah dan lahir daripada pengalaman dan pemerhatian orang Melayu dahulu terhadap alam sekitar kehidupan mereka sehari-hari. Peribahasa dapat menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu lama dari segi perasaan, tindak-tanduk, kegemaran, kebencian, cara berfikir,

Jenis-jenis peribahasa
Peribahasa Contoh: Berani kerana benar, takut kerana salah. Seperti katak di bawah tempurung. Simpulan bahasa Contoh: Puteri lilin Lipas kudung

Jenis-jenis peribahasa
Perbilangan
Biar mati anak, jangan mati adat. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.

Lidah pendeta
Jangan dipandang orang yang berkata, pandang apa yang dikata. Lidah manusia lebih tajam dari pisau dan parang.

3. Membina ayat yang logik


Ayat yang gramatis sahaja belum tentu mempunyai logik. Contohnya:
Colorless green idea Ayah Amin kereta Kucing menyerang harimau Hujan turun dari tanah

Ayat yang logik juga membawa maksud boleh diterima akal.

Logik juga membawa maksud membantu dalam proses penaakulan. Perhatikan logik dalam contoh berikut: Pergaduhan berlaku akibat pertentangan pendapat. Murid sekolah tidak dilatih untuk berdialog. Akibatnya guru yang selalu pening kepala. Soalan: Apa pendapat anda tentang logik perenggan tersebut?

4. Kepelbagaian struktur ayat


Penggunaan ayat yang sama bentuk dan ragam dalam penulisan karangan menjadikan karangan kurang menarik. Pelbagaikan penggunaan ayat supaya terserlah kematangan idea. Gabungan ayat tunggal, ayat majmuk, ayat aktif/pasif menjadikan karangan lebih menarik.

i. Bentuk ayat

Ayat tunggal Contoh

Ayat yang mengandungi hanya satu subjek dan satu predikat. Saya guru. Isteri kepada Cikgu Adnan pandai memasak.

i. Bentuk ayat

Ayat majmuk contoh

Ayat yang terhasil daripada gabungan dua atau lebih ayat yang mempunyai subjek dan predikat yang berlainan.

Lembu yang menanduk kereta saya itu menanduk kereta Ahmad.

ii. Jenis ayat

Ayat penyata contoh

Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat pernyataan. Cikgu Aleesya mengajar bahasa Melayu. Emak mencuci pakaian.

Jenis ayat

Ayat perintah contoh

Ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Terkandung juga: ayat suruhan, harapan, permintaan, ajakan, tegahan.

Tulis dengan kemas! Semoga anda cepat sembuh.

Jenis ayat

Ayat seruan Contoh

Ayat yang diucapkan untuk melahirkan perasaan: takut, sakit, terkejut, marah, suka.

Amboi, cantiknya! Syabas atas kejayaan anda!

Jenis ayat

Ayat tanya Contoh

Dituturkan untuk menanyakan sesuatu hal.

Susi makan nasi? Bilakah tarikh peperiksaan akhir?

iii. Ragam ayat

Ayat aktif contoh

Ayat yang subjeknya mendahului predikat.

Kawan-kawan sedang belajar. Kawasan pelancungan selalunya terletak di tepi pantai.

Ragam ayat

Ayat pasif contoh

Ayat yang predikatnya mendahului subjek. Ayam disambar helang. Baju sudah berjahit.

5. Unsur-unsur stilistik
Walau apapun stail yang ingin digunakan sewaktu menulis, faktor-faktor berikut penting dikuasai dengan baik supaya karangan yang dihasilkan berkualiti. Kejelasan Penanda wacana Penggunaan unsur retorik Penggunaan unsur estetik

Kejelasan
Faktor kejelasan amat mustahak dan perlu diutamakan. Kejelasan bermakna membuang segala perkataan yang tidak perlu dan boleh membuatkan pembaca keliru. Contoh:
Bahasa prosa adalah bentuk penggunaan bahasa yang berupa karangan biasa, terbina daripada ayat-ayat yang disusun kemas dan di dalamnya terkandung idea-idea atau kenyataan-kenyataan tertentu atau jalinan peristiwaperistiwa yang akhirnya membentuk sebuah cerita.

Penggunaan ayat aktif dapat meningkatkan kejelasan karangan. Penggunaan penanda wacana yang sesuai dan tepat dapat meneguhkan makna dan memberi kejelasan karangan yang ditulis.

Penanda wacana
Penting dalam melahirkan karangan yang memenuhi ciri-ciri koheren dan kohesi. Bertindak sebagai panduan kepada pembaca memahami ayat demi ayat, atau perenggan demi perenggan (idea demi idea). Penggunaan/pemilihan penanda wacana yang kurang sesuai menjadikan karangan terpisahpisah (choppy). Contoh: Selain itu Sementelahan Seterusnya

Penggunaan unsur-unsur retorik


Daya imaginasi pengarang mampu menterjemahkan idea ke dalam bentuk penulisan yang menarik melalui penggunaan unsur retorik yang sesuai. Penggunaan metafora, simile, ironi, hiperbola, pengulangan dapat menimbulkan kesan dramatik dalam penceritaan. Contoh: - Cukai menggunung yang dikenakan terhadap penjawat awam menjerut leher. - Kesan inflasi menggunung membunuh masa depan generasi muda.

Mengajarkan stilistik
i. Buang perkataan-perkataan yang tidak perlu/luwes/tidak membawa maksud apa- apa. Contoh:
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa (Tidak dinafikan ). Fifi merupakan seorang gadis desa (Fifi gadis desa ) Kekecewaan berlaku kerana adanya sifat (Kekecewaan berlaku kerana sifat )

2. Penggunaan ayat aktif


Perhatikan dua ayat berikut: i. Saya sentiasa ingat pengalaman pertama melawat Tugu Negara. ii. Pengalaman pertama melawat Tugu Negara sentiasa saya ingat. Ayat pertama lebih jelas dan mudah difahami berbanding ayat kedua.

3. Bahasa yang mudah kadang-kala memberi kesan yang lebih mendalam.


Contoh 1:
Satu lagi jenis penulisan yang tergolong dalam kumpulan penulisan komunikasi bukan peribadi ialah penulisan kreatif yang dapat menggambarkan perasaan, pengalaman, dan imaginasi murid-murid dalam melafazkan fikiran dan perasaan mereka secara sendirian atau dalam bentuk monolog. Ayat di atas mengandungi 35 patah perkataan. Ayat itu boleh saja dipecahkan kepada ayat-ayat kecil supaya lebih mudah difahami.

Contoh 2:

Dia hanya memandang mereka membawa adiknya pergi. Ini tak sepatutnya berlaku. Aku tidak patut membiarkannya berbuat begitu. Namun, dia tidak berbuat apa-apa, hanya memandang.
* Perhatikan ayat-ayat yang digunakan agak pendek dan tidak kompleks.

Penutup
Tiada had/sempadan kepada penulis yang kreatif untuk menggunakan stilistik dalam penulisan. Pelbagai stail boleh dipilih bersesuaian dengan personaliti penulis. Walau bagaimanapun, dalam penulisan ilmiah, faktor tatabahasa perlu diberi perhatian utama.

Anda mungkin juga menyukai