Anda di halaman 1dari 2

Service kereta Perodua MYVi

selama ni selalu service kat Perodua kangar.. tapi mahal nak mampuihhh... so semua orang advice service je kat kedai service biasa kat luar, upah baru rm10. tapi biasalah pompuan mana reti semua2 ni kan, nak kena tukar tu tukar ini ikut mileage semua. yang tau tukar minyak itam je, tu pun sebab ada tampal sticker kat cermin depan2 kepala. kalau tak mesti tak tau jugak bila kena service, 5000 km ke? 10000 km ke? mana tau nak tulkar, minyak brake, minyak gear auto, coolant, bateri, semua2 lah. so service yang lepas aku start hantar kat kedai apek je, menggunakan minyak baki2 dari perodua yang aku simpan tu... settle, dia tukar plug, pastu cakap plug myvi mahal la apala, kena gak la rm45. tadi dah ekna service lagi, uda dah pesan guna minyak itam shell. sms tanya minyak hitam shell apa, uda reply Shell Helix. dengan semangat pergi shell, sekali hambik ko! ada pelbagai jenis sheel helik ok! oren, merah, kelabu, biru, ijau... pelbagai kaler, tu semua untuk different car! huarghhh than aku pun beli la, yang adik2 kaunter suggest untuk keta perodua. sekali bawak pergi kedai, uncle tu tuang dia kata 3 liter tak cukup! kena tambah lagi 500 ml. haremmmm... huh blur. padahal dah tau kan selama ni mmg ko punya minyak itam 4 liter, apesal ko boleh relax je beli yang 3 liter? padan muka, nasib baik eprgi balik shell ada jual yang seliter, even kerugian beberapa ringgit, tapi aku rela kot daripada aku kena beli lagi satu tong yang 4 liter. 3 liter = rm52 1 liter = rm19 4 liter = rm66 kot.. so pergi service tadi, macam2 la aku tanya uncle tu... 1) minyak brake = tukar 1 tahun sekali, atau if lampu brake tu menyala even ko dah bawak turun handbrake, so kena tukar 2) minyak itam = myvi bagus pakai 5W/30 (4liter) 3) minyak gear = tukar 20 000 km sekali 4) Plug = tukar 50 000 km sekali 5) Coolant = tukar 20 000 km sekali, tapi uncle tu pandai je cakap, kalau 10 000 km sekali tukar pun bagus. ye la.... tokey kedai memang selalu je suruh tukar semua. duit aku yang habis! 6) Oil filter - setiap kali service tukar

7) Air cond filter - boleh ketuk2 tak payah tukar, if ketuk2 still itam lagi... tukar la, dalam rm15 je.

ok dah, buat masa ni, sambungan refer neh. 8) minyak power stering tukar 60 000 km - harga jan 2011 = rm120 di kangar. kt tengok nanti 5 tahun akan datang harga brapa... eh 5 tahun lagi still pakai myvi jugak eh? 9) tayar. ni reminder untuk tayar aku * tayar potenza kena pam 200 kpa only! jangan ngade nak pam 210 atau 22o nescaya sebulan la ko dok bertahan macam naik keta lembu! pastu bising2 nak pasang centre cone la apa la, sampai nak g cek absorber segala! padahal tak perlu kuar modal apa2, angin je yang salah isi! kedai aku pasang tayar tu pun hampeh, pesan kat aku suh pam 200 kpa, tapi dia letak brapa kpa ntah dalam tayar tuh! macam nak runtuh keta bila lalu atas line2 kuning tu. * tayar spare pam 400kpa... ye ke? kecik tapi pam keras camtu? tapi tayar spare tebal kan... pastu boleh bawak 60km/hr je sebab tayar kecik! * pam tayar dengan oksigen sebiji tayar rm5 = kangar * nex time tukar tayar kena pakai 55 siri, bukan macam sekarang pakai 50 siri, nipis sangat tu yang macam naik kuda! * list tayar yang orang duk cakap2, harga sebijik December 2010, Rengit, Batu Pahat: tayar bagus, michelin (rm260) & potenza (rm320) tayar biasa2, astana (rm200) tayar keras, falken & simex (keras, bawak kat highway tak best, org cakap la... aku tak biasa tukar2 tayar mana nak differentiated best ke tak, tapi potenza tu bila dah pam betul angin dia mmg best!) * kalau kereta terhentak2 sangat, boleh cek absorber (bocoq atau pelincir problem), absorber price, bagus punya around rm300. lagi satu spring problem... kalau pakai spotrim 16/17 inch, mmg kena tukar spring.. pakai 14/15 inch tak payah tukar pun ok. 10) minyak hitam lain yang ok selain perodua. jimat minyak, pic up bagus = Vmag 10w/40 (5liter), rm 88. service 7000km sekali, bukan macam minyak 5w/30, 5000km sekali. so mana jimat? tak pernah try lagi neh.. ok tu je buat masa ni.. will always update untuk peringatan sendiri bila ada extra info.

Anda mungkin juga menyukai